Sunday, January 31, 2010

Warna-warni hari pernikahan AdukaTaruna - Part 1

oleh ali :

Salam satu Negeri Sembilan. Morning person macam den mestilah bangun Subuh. Umat Islam musti bangun Subuh bai. Kalau tak macam mano nak tunaikan Solat Subuh. Wajib tu bai. Sapo tak buek memang la mangkuk. Hari ni adalah hari Sabtu 30 Januari 2010.

Pukul 7.30 pagi

"Li, kau dah sembahyang subuh ko bolum?!"
"Dah la bu. Orang tongah tengok tivi haa," Omak den selalu sangka buruk kek anak jantan dio yang soleh ni.
"Takdo tivi-tivi dor. Bilo la kalo ekau ni baco quran kalau dah kek dopan tivi tu. Poie lokeh boli nasi lomak kek pokan"
"Ayah mano bu?"
"Tu la kau, Ayah kau Qiyamulai kek masjid"
"Eh sojak bilo nih?," Den tokojut.
"Ekau mano nak ingat kek rumah ni, manjang tido kek kodai. Poie boli lokeh. Den dah lapar"
"Yolah-yolah"

Pukul 8.00 pagi

"Li, Pak Ngah kau dah nikah lagi satu"
"Hah?!". Nak tersombur nasi lomak kek dalam mulut den.
"Ibu janganlah buek lawak pepagi buto ni boleh tak"
"Nah tengok gambar kek dalam nset ni". Sambil hulur nset ayah den.
"Mak ai. Cantik betino ni. Mano Pak Ngah dapek ni? Berapo umur betino ni? Ni nenek dah tahu ko bolum ni? Mak Ngah tahu ke tidak ni? Apepasal den tak tahu ni? Adoiiiii." Ibu kuti lengan den.
"Suaro kau boleh pelahan tak. Tanyo tu selow-selow sikit. Kau jangan heboh kek orang. Umur betino tu 39 tahun"
"Dah nikah kono heboh bu. Mano boleh sorok-sorok. Ni Mak Ngah tahu ke tidak ni?"
"Mak Ngah kau tahu. Sepupu-sepupu kau bantah. Tu yang nikah kek Perlis"
"Along Azri (Abang sepupu den) takkan bantah. Biarlah Pak Ngah nikah. Namo yo pas Amerika. Pundek. Adoiiiiiiii." Omak den kuti lagi kuek dari tadi.
"Ekau boleh cakap elok-elok tak. Tak boleh nak bawak bebincang la ekau ni"
"Thaipusam buu. Abih ni dalam adik beradik, ayah la yang tahu?"
"A ah. Kau bukan tak tahu ayah kau yo yang rapat dengan Pak Ngah"
"Bilo nikah eh ni?"
"Ahad lopeh"
"Laa hari terakhir den berjumpo Aduka sebelum dio ke Kelantan." Den berkato dalam hati.
"Ibu, arini orang gi somban. Member den menikah"
"Ni Pak Ngah ko punyo cito lum habis laie."
"Takpo bu. Pak Ngah buek bondo yang halal. Mak Ngah pun paham tu. Kok Along Azri doge? Pandai la den bercito dongan dio. Ayah kono bagitahu nenek walaupun nenek tu bukan wali. Tak selamo eh kito nak simpan rahsio." Peh. Tetiba den jadik matang jap.
"Pak Ngah kau bukan taknak cakap. Dia maleh nak kecoh. Tapi bondo ni akan kecoh. Macam budak dalam surekkaba ni. Padan muko kono tangkap. Orang Somban rupa eh." Mak den sambil tunjuk gambar Aduka kat paper Utusan.
"Laa sapo boli Utusan ni. Ni surekkaba ponipu. Mano ado dio kono tangkap. Dio poie menyorah diri"
"Ayah kau la yang boli. Ekau macam kenal dengan budak ni yo?." Laa baru sehari qiyaimulai kek masjid dah boleh boli Utusan. Ayo parah ni.
"Eh mana ado (Den bohong sunat). Buek maso sekarang ni Pak Ngah kono mengadap nenek. Den mintak diri dulu bu." Maleh den nak sambung. Karang sampai ke tengahari bincang tak sudah. Baik den poie bukak kodai jap.

Pak Ngah

Tak sangka Pak Ngah ku kawin lagi. Ha Ha Ha. Dia adalah antara bapak saudara den yang den respek. Terbuka. Radikal. Pelawak. Suka orang sekeliling dia hepi. Kalau ado yang sedih, sedaya upaya dia akan tolong orang tu. Hampir 2 dekad duduk kek Amerika sebab sambung belajar sampai PhD. Pak Ngah baru pencen tahun ni. Pencen je terus nikah lagi satu maa. Power bai. Lagi satu, isteri baru dia ni cantik. Putih melepak. Ado lesung pipi. Pandai dia carik. Ini mesti carik kek facebook nih. Walaupun dia penyokong UMNO yang tegar, tapi dia tak seperti Parpukari atau Papa Gomo. Gaya dia macam Datuk Ruhanie Ahmad sikit. Rasional. Pak Ngah amat benci rasuah.

Sejak dia baru balik dari Mekah, berlaku banyak perubahan ke atas diri Pak Ngah. Asal jumpo yo cito ilmu agamo dengan den. Tu sayang den bertambah-tambah kali ganda dengan Pak Ngah. Dia layan anak buah macam anak-anak sendiri. Apa pun den ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pak Ngah walaupun terlewat seminggu. Kalau Pak Ngah terbaca blog ni, percayalah den tetap sokong keputusan Pak Ngah. Tapi jangan ajak ayah den join the club. Ni siap bagi gambar nikah kat nset bapak den lagi. Ini racun baikkk punya. Cis naya kek omak den hoii. Pliss Pak Ngah, jangan racun bapak den menikah lagi satu. Bab-bab poligami macam ni bukan boleh pecayo kek adik beradik ayah den.

Pukul 11.00 pagi

Den sekarang ado kek kodai. Fikiran den agak tergangu bilo tahu Pak Ngah den menikah lagi satu. Macam mano perasaan Mak Ngah den? Den dah lah anggap Mak Ngah seperti ibu sendiri. Along Azri ni musti mengamuk nih. Pak Ngah dah sedozen cucu. Ayah den baru sorang cucu. Nak masuk duo tak lamo lagi. Insya Allah amin. Aduhai. Dengan kes Khalid Samad lagi. Ali, apsal pulak kau yang terasa boban lak ni? Apo nak jadi ni bai. Ali, kau poie boli rokok. Ado suara mangkuk dalam diri den. Tetiba nset den berbunyi dengan satu nombor panggilan yang tak dikenali.

"Aloo, Ali Bagan Pinang ke? Gi kenduri rumah Aduka tak" Ah sudah sapo pulak ni.
"A ah. Pegi-pegi. Sapo ni?"
"Ala edyes blog tu aku la"
"Aedes ko?"
"Edyesdotcom la. Nanti sampai tunggu aku kat Stadium Paroi"
"Boleh-boleh. Mana dapat nombor telefon ni?"
"Poji bagi. Nanti sampai kol"
"Ok-ok"

Wah sudah bagus. Tenang den sekejap. Den mesti hepi hari ni. Pak Ngah den hepi minggu lepas sebab menikah lagi satu. Hari ni den mesti hepi macam Pak Ngah den hepi. Hari ni hari Aduka. Aduka pun wajib hepi. Semua kenkawan musti hepi. Tadi kol Xenan, masih di Perak, on the way. Peedee Utama dah nak sampai. Ini sure dia sampai dulu dengan Dayat. Cantik. Boleh up satu artikel baru untuk tolong ingatkan kenkawan susur galur sejarah tertubuhnya JK Displin PAS. Baru beberapa bulan, ramai dah lupa bahawa JK Displin tu sebenarnya diwujudkan khas untuk Hasan Ali. Tuan Guru Nik Aziz nak 3 orang, Hasan Ali, Mustapa Ali dan Nasarudin Mat Isa dibuang atau dijatuhkan hukuman. Tapi dapat sorang, Hasan Ali. Jadi la bai. Tup tup. Hasan Ali lepas, Khalid Samad yang tiada kena mengena dan dilihat tidak bermasalah oleh TG Nik Aziz pulak yang kena. Apa kes? [link] Karang den cakap mangkuk, Herman marah dengan den. Karang lotak gambar den kek blog lepas tu tulis WANTED. Kepala Abah kau. Setakat tarik gambar tu dari blog kau tak cukup bai. Mintak maaf pun tidak. Ahli PAS yang beriman konon.

Artikel den siap. Dah up. Den sms xenan."Lu dah sampai komuter ko?" Lepas tu dio reply dah sampai komuter KL. "Ramai gila org bai.Eh lupa adik wa ada skali ni. Muat tak kete ferari lu?". Mesti la muat. Insya Allah. Dalam dunia ni, hanya kereta ferari den je yang ado 4 pintu. Yang lain 2 pintu je bai. Den punyo kereta kiro custom car macam dalam Discovery Channel la. JPJ Amerika Syarikat takde hal dengan kereta ferari den. JPJ Malaysia lak yang dongki. Alahai. Semoga xenan dengan adik dio tak tersalah naik Komuter. Karang sampai kat Baru Caves buat naya je. Ha Ha Ha. Nset den berdering lagi. Peedee Utama kol.

"Li, sini banyak SB kat rumah Aduka"
"Habis tu bang?"
"Kau tangkap gambar SB-SB tu"
"Ah takdo kojo abah den nak poie menangkap gambar diorang." Getus hati den.
"Nanti kalau Sya-Reformis ado, kau tangkap gambar dia sekali"
"Ok-ok". Den main ok je. Miang orang tuo ni tak abis lagi rupo eh. Orang tu poie Filipina la.
"Kau bilo nak sampai ni li?"
"Makan dulu bang. Karang lapar. Den lambek ni"
"Ok-ok. Ni bapak mertua den pun nak sampai PD nih"

Ala apola faedah eh menangkap gambar SB-SB tu. Biarla. Lain la dio yang nak tangkap gambar dan suruh kita dedahkan di blog. Baganutama baru sahaja mengisytiharkan PDRM adalah sahabat. Kita PengYu. Kawan biar seribu. Musuh jangan dicari selagi dio belum mencari kito. Jika dia banyak tanyo kek kito. Kito tanyo dio balik. Kalau den, den tanya balik, Encik ni ado anak betino tak? Cantik tak? Den nak masuk meminang sekarang ni.

Lain lah SB-SB ni buek aksi kasar. Ini bukan PengYu lagi. Time tu memang cantik kita reramai tangkap gambar dia dan dedah dalam blog. Sebab wajib kita bagitahu kek orang ramai yang diorang sedang buek zalim. Setakat tanya-tanya, tak buat aksi zalim, takde hal la kek den. Kalau nak tahu ramai SB-SB ni yang tolong kenkawan den time reformasi dulu. Setakat saman kereta yang beribu ringgit tu, SB tu tolong setelkan. Baca catatan Peedee Utama [disini].

Pukul 1.30 tengahari

Den baru bertolak dari kodai den kat Area 51. Ha Ha Ha. Den boli rokok bai. Ciss. Dah bertahun-tahun den tak memboli rokok. Sengaja den boli rokok ni dengan niat nak bagi kek Xenan dengan adik dio. Peh siap baco niat tu. Niat kono suci beb.

Pukul 1.50 tengahari

Kali ni kereta ferari den laju. Sekejap je sampai Seremban. Pukul 2.00 tengahari den dah sampai Masjid Negeri. Apo-apo hal solat dulu bai. Time tu dah banyak sms masuk kek nset den. Den solat qasar dan jamak sekali. Jangan kau tanyo den pakai mazhab apo. Ha Ha Ha.

Pukul 2.15 tengahari

Den dapat sms. "Gua dah lepas Nilai. Jauh lagi ke bro? Haha" - xenan. Hehe, boleh lak ada haha. Time tu den dah sampai Komuter Seremban. Den reply lagi 20 minit sampai. Alamak den lupo, Zainulfaqar dan Ustaz One-G pun nak datang gak. Den kol pakaq. Tak angkat. Hampeh. Ha Ha Ha. Ni musti tongah membuto ni. Kol Ustad One-G.

"Aloo Ustad ado kek mano ni?"
"Ana dah dekat dah ni syeikh. Kitaorang dengan Mat Sabu ni"
"Hah bawak Mat Sabu tu sekali"
"Tak boleh Syeikh, dia ade ceramah kat Johor"
"Ok-ok, ape-ape hal ustad gi Stadium Paroi"

Uiks. Tengahari buto pun ado ceramah ko?

Pukul 2.38 tengahari

Komuter Xenan sampai. Sampai-sampai, pekara pertama yang Xenan buat ialah boli rokok.

"Oit, den dah boli rokok lu la"
"Wa dah terbeli maa"
" Ini duo-duo bawak beg bosar ni apehal"
"Hehe. Rahsia bai."

Pukul 2.50 tengahari kot

Den dengan xenan brothers dah sampai kat Stadium Paroi. Tunggu aedes. Opps Edyes la. Sementara menunggu den bertigo pasang rokok halau nyamuk aedes dalam kereta sambil pasang air-cond. Dah bertahun den tak hisap rokok. Tibo arini den isap balik. Best gak isap rokok ni. Ha Ha Ha. Xenan, kau la mengajar den mengisap balik ni. Nanti den repot dengan omak kau. Kejap tu Edyes sampai. Salam punya salam, Edyes bersuara, "Ha apo lagi, bak la rokok tu sebatang". Cis. Dio pun samo gak. Sekejap lepas tu, 2 mangkuk bersaudara dari KL sampai. Ustad One-G dengan Pakaq datang bawak kereta besar. Nak samo bosar macam kereta Nik Abduh. Tapi kereta Nik Abduh bosar lagi bai. Kau tengok nombor plat Nik Abduh pun dah tahu sebesar mano kereta dio.

Bersambung daa. . . .

Saturday, January 30, 2010

Tahniah kepada Exco DPPP Abdullah Abdul Karim. Kita PengYu

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Hati den berbunga-bunga bila Zainulfaqar kata ada Exco Pemuda yang lawan keputusan JawatanKuasa Displin PAS masa kenduri nikah kat rumah AdukaTaruna tadi. Den ingatkan Herman. Kalau la Herman, penduduk Eskimo pasti berhijrah ke padang pasir. Ha Ha Ha. Kepada Abdullah Abdul Karim, kami di Baganutama mengucapkan tahniah atas keberanian anda.

Den secara peribadi berbangga kerana pernah beramah mesra dengan anda semasa Himpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang lalu. Teruskan perjuangan anda. Keputusan majoriti tidak semestinya keputusan terbaik. Keputusan majoriti juga tidak semestinya benar. Anda sekarang sedang menuruti pekara yang pernah dilakukan oleh Margaret Thatcher. Rakyat pasti dibelakang anda !!! [Klik untuk baca statement Abdullah Abdul Karim]

Asal usul Lembaga Displin PAS

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Ia bermula pada mesyuarat khas pada tahun lepas sebagai respon kepada tulisan TG Nik Aziz di dalam blognya supaya di adakan EGM. Klik link ni. Dalam mesyuarat khas tersebut Hasan Ali dibantai teruk. Bagi meredakan keadaan makan diadakan satu JawatanKuasa Displin untuk menyiasat Hasan Ali. Lalu dilantik Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengetuai JawatanKuasa tersebut.

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

Mustafa Ali mencadangkan satu jawatankuasa displin yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Chik untuk menyiasat Hasan Ali. Siasat apa lagi bai. Bukti depan mata. Mustafa Ali kata dengan tertubuhnya jawatankuasa displin khas ini, ia mampu meredakan ketegangan banyak pihak. Tetapi majoriti melawan cadangan Mustafa Ali. Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kerana ia pilihan majoriti untuk menjadi ketua jawatankuasa displin tersebut.


Kenapa JK Displin ditubuhkan?

JawatanKuasa Lembaga displin PAS sebenarnya diwujudkan untuk memuaskan hati TG Nik Aziz sebagai ganti supaya EGM atau Muktamar Khas tidak diadakan kononnya untuk menjaga kestabilan parti. JK Lembaga Displin PAS yang diketuai oleh Tuan Ibrahim diwujudkan khas untuk Hasan Ali. Macam mana nama Khalid Samad boleh timbul ni bai.

http://mudin001.com/wp-content/uploads/2009/10/Host-Picture-Hassan-n-Nasa.jpg
Gambar diambil semasa pertemuan Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa dengan blogger UMNO pada 26 Oktober 2009. Banyak rahsia Parti PAS seperti Bai'ah Cerai Isteri talak 3 telah didedahkan kepada blogger UMNO. [link] [link]


Click for enlarge.Kenyataan media Presiden Pas bertarikh 25 Oktober 2009 yang melarang ahli PAS menggunakan internet atau media baru untuk pertikaian masalah dalaman Parti. Tetapi sehari selepas press statement itu dikeluarkan, Hasan Ali dengan selamba bertemu dengan blogger UMNO. Siap dedahkan rahsia Parti bai.

Solusi?

Di mana keadilan? Apa yang perlu rakyat buat? Senang je. Sokong PAS Reform. Kita desak PAS untuk berubah dengan kuasa rakyat. Undi berada ditangan kita. PAS lah yang perlu tunduk dengan kemahuan kita. Tanpa kita siapalah mereka. Hapuskan Unity Government. Bersatu untuk PAS Reform. People POWER. We'll fight never surrender !!!.


Friday, January 29, 2010

Gambar AdukaTaruna di Mahkamah Seremban 2

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Lepas Solat Jumaat den terus ke Seremban 2.

"Dayat lu ado mano"
"Sabar hoi. Kojap lagi den sampai. Dah start ko?"
"Ontah. Den lum sampai la"
"Mangkuk meggi punya budak"

Peh laju gak den bawak ferari den. Sojam lepas chatting dengan dayat baru sampai. Padahal dokek jo. Den tengok nset ada sms. "Bro update gua ape yang patut"- xenan. Update apo namo eh ni. Ada wifi ko kek sini. Abihla kredit den macam ni. Ha Ha Ha.

Mang ai. Dah ramai orang kek luar tu. Belah kiri gambar adalah lawyer Razlan. Ala yang ado beg sekolah darjah satu tu.

Den poie belakang. Wartawan tu cakap Aduka lalu kek sini tadi.

Den poie balik kek dopan. Semuo tu wartawan. Wartawan dari paper cino ramai bai.

First time den masuk court. Gayat den. Dayat dah sampai time ni. Boleh kan dio kol den dalam court. Marah orang kek den. "Silent pliss" "Silent pliss". Hak ala. Mangkuk Dayat.

"Eh bai masuk lokeh"
"Den pakai selipar jopun"
"Sejak bilo kau jadi penakut"
"Tapi helmet den"
"Bawak je. Mano tahu Aduka nak pakai kek dalam karang. Cover muko dio dopan hakim"
"Yo tak yo jugak kan. Ha Ha Ha"

Besapau menunggu. Dayat usik den. Eh tukar court la. Tadi kek court nombor 3 sekarang kek nombor 2 pulak.

Dah duduk court nombor 2 tetiba tukar balik ke court nombor 3 balik. Boleh lak main tukar-tukar. Selamat la rakyat Malaysia ni penyabar. Nampak tu Dayat masuk balik ke court nombor 3 dengan gaya macho. Selamba je mamat tu bawak masuk helmet. Ini la member maso sonang maso susah. Sanggup datang walaupun dengan motorsikal. Bukan sonang nak carik member macam ni bai.

Taraaa. Sesi mahkamah dah selesai. Aduka bebas dengan ikat jamin RM5000.00. Untuk lebih lanjut [klik ni]. Time ni den keluar. Bukan den nak jamin. Den mano ado duit. Bini eh yang jamin. Dio la yang tunggu kek dalam. Maso ni Peedee Utama sampai. "Sya-Reformis mana". Hak ala orang tuo ni. Takdo soalan lain ko. Ha Ha Ha. Laa, gatal dio tak habis-habis sojak Prk Bagan Pinang bai. Ado mesej sampai. "Ese otw"- Chegubard. Orang dah abih baru nak sampai? Kiro ok la tu. Busy-busy dio, dialah pemimpin Pakatan Rakyat yang amik tahu pasal Aduka.

Chegubard sampai. Peh ada gaya YB gak mamat ni. Semoga monang dalam Pru ke-13 nanti.

"Eh bai mano gambar Aduka"
"Ekau bayar den RM10 ribu satu koping baru den tunjuk"
"Mangkuk"
"Tunggu esokla. Gambar nikah dio mesti lagi hensem dari ari nih"
"Apsal pulak"
"Ekau ingat dio mandi ko? Baju tu dah seminggu dia pakai. Ekau tau tak"
"Apo kono mengono dengan gambar lak"
"Bingai punya budak, eh dari gambar kita dah boleh tahu dia wangi ke tak"
"Sudah la pembongak. Buang maso den"
"Ha Ha Ha"

Tuan Ibrahim Tuan Man, anda MANGKUK

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Ok, kita terus pada point. Tuan Ibrahim Tuan Man adalah bingai.

"Eh Ali itu je point kau."
"Kau diam boleh tak mangkuk."

Ada lagi. Pertuduhan yang dikenakan pada Hasan Ali tiada kena mengena dengan PAS. Pertuduhan ke atas Hasan Ali sepatutnya diadili oleh Kerajaan Selangor. Itu kerja Khalid Ibrahim. Mangkuk. Takde kena mengena dengan Parti langsung. [link]

Audio video Albanjari

Wak Albanjari telah mengaku telah menyerahkan tape kepada Tuan Ibrahim dimana Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa dengan jobo mendedahkan rahsia PAS tentang bai'ah cerai isteri talak 3 kepada sekumpulan blogger UMNO. Dan bukti dari tape itu telah tidak dijadikan sebagai pertuduhan ke atas Hasan Ali.

"Eh boto ko Wak Albanjari bagi tape tu kek Tuan Ibrahim"
"Mano den tahu. Apo pulak?"
"Itu ari Wak Albanjari cakap tak nak tulis politik dalam blog"
"Poduli apo den dengan orang yang jual ubek air pancut."
"Eh ye la, kiro dio tu munafik la sobab masih lagi tulis pasal politik."
"Oh yo ko. Abis ape kena mengena bagi tape dengan Tuan Ibrahim?"
"Orang munafik, boleh percaya ke?"
"Mano la den tahu. Ekau tanya la ulamak. Poie tanyo Tuan Ibrahim"
"Li, Wak tu gelaran orang Jawa kan"
"A ah"
"Apsal Wak Albanjari pakai title tu padahal dia bukan Jawa"
"Mano la den tahu bai. Dio tongah jobo kot macam Hasan Ali"
"Jobo takpo bai. Tapi dia menipu kata nak bersara tulis politik"
"Abih ekau nak kluar ayat Quran kata dia munafik ko"
"Maleh la den dengan mangkuk tu. Makin dilayan makin bingai bai"
"Ha Ha Ha. Orang gila jangan dilayan. Nak-nak orang yang gila jobo"

Kita Pengyu

Mano mungkin Tuan Ibrahim nak hukum Hasan Ali, sedangkan Hasan Ali adalah BFF kepada Tuan Ibrahim. Best Friend Forever. Kroni bai.

Khalid Samad

Maklumat sulit apa yang telah didedahkan oleh Khalid Samad? Sejak bila tak boleh kritik Hasan Ali ni bai? Jangan nak perbodohkan rakyat la Tuan Ibrahim. Kau pakai serban segodang mano pun tak dapek kau nak menipu rakyat.

Kesimpulan

Khalid Samad tidak bersalah tapi digambarkan sebagai pesalah di mata rakyat. Hasan Ali bersalah tetapi digambarkan sebagai Hero di mata rakyat. Eh boleh blah la Tuan Ibrahim.



Tulang Besi

Kepada Kekandaku Tulang Besi, It's about time to reveal everything. Boto ko den cakap omputih tu. Cikgu Lyn nanti tolong botokan. Den tongah jobo cakap omputih nih. Takpola nanti den amik tuisyen Bahasa English dengan Cikgu Muna. Ha Ha Ha.

Thursday, January 28, 2010

Benarkah anak Minang dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia ??

oleh ali :

Salam satu Negeri Sembilan. 24 Oktober 2008 cucu kepada Yang DiPertuan Besar (baca Sultan) Negeri Sembilan yang ke-10 iaitu Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar telah diserang dan diculik oleh Raja Muda Johor [link]. Sekarang Raja Muda Johor yang dimaksudkan sudah pun ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor [link]. Sehingga ke saat ini, Tunku Ismail masih belum didakwa oleh pihak berkuasa yang diwakili oleh Kerajaan Pusat.


Press confrence yang terpaksa dilakukan oleh Tunku Nadzimuddin setelah setahun tiada apa-apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

Kecederaan yang dilakukan oleh Raja Muda Johor yang sekarang bergelar Tunku Mahkota Johor terhadap cucu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Mengapa tiada tindakan diambil kepada Tunku Ismail yang sekarang menyandang gelaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) ?? Adakah Negeri Johor lebih istimewa dari Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia ?? Maruah rakyat Negeri Sembilan tercalar bersama luka-luka di wajah cucu baginda. Jika cucu kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari Kerajaan Malaysia, apa lah sangat yang boleh kita harapkan bila AdukaTaruna dihadapkan ke muka pengadilan nanti.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.“Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.“Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai,” katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.-mstar


Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang baru.

Rakyat Malaysia PEMAAF

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Semalam iaitu Selasa 26 Januari 2010, Ntv7 ada bikin satu poll kepada rakyat Malaysia. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Ntv7 kerana sudi membuat poll ini. Sms poll dia bertajuk "Should bloggers who insult rulers escape punishment??" Jawapannya samada YES atau No. Sudah tentulah poll ini dibuat kerana AdukaTaruna. Bilik Berita Ntv7 buat survey khas ini untuk mengetahui isi hati nurani rakyat Malaysia.

Ekau jangan sms sekarang bai. Undian sudah pun tamat.

Rakyat Malaysia memang best

Jawapannya memeranjatkan den. 80% rakyat Malaysia menghantar sms mengatakan YES. 80% rakyat Malaysia meluahkan isi hati bahawa AdukaTaruna tidak patut dihukum. Rakyat Malaysia telah sudi memaafkan Aduka dengan rela hati tanpa sebarang unsur paksaan. Amazing !!! 80% tu bai. Lebih besar dari 2/3 two third majority. Rasionalnya mudah kerana AdukaTaruna telah pun menarik artikel yang kontroversi itu dan memohon maaf atas ketelanjurannya. Tapi yang penting sekali, Aduka rela menyerah diri kepada pihak berkuasa untuk diadili. Itu baru anak jantan. Aksi sebegini hanya terdapat di Jepun dan di negara-negara Eropah sahaja. Hendak lihat ahli politik Malaysia memohon maaf atas ketelanjuran mereka ?? Macam tunggu anak Melayu bermain bolasepak mewakili Manchester United. AdukaTaruna menjadi fenomena kekaguman publik. Kalau individu lain, sudah pasti ia tidak mengaku salah serta tidak memohon ampun atas kesalahanya lalu lari.

Haa nampak tak carta pai tu. Bosar-bosar dio tulih 80%. Cantik tak amoi tu. Macam Laoshi Bahasa Mandarin den lah.

Datuk Seri Hishamuddin

Tetapi kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun hussein keras dalam kenyataannya terhadap Aduka ??. Datuk Seri Dr. Rais Yatim sendiri berlembut menyatakan kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap Aduka kerana dia sudah pun memohon maaf secara terbuka. Adakah Datuk Seri Hishamudin berucap begitu kerana sentimen kenegerian ?? Anak Johor sendiri sudi memaafkan Aduka dan mahu ia dibebaskan segera. Hasmi Hashim anak jati Pontian telah menyatakan isi hatinya [link]. Poll Ntv7 itu kita semua percaya ia sebagai lambang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia. Adakah Hishamudin mahu menafikan suara rakyat ?? Datuk Seri, the PUBLIC has spoken !!!

Ini Ntv7 negara mano la pulak ni. Sapo tiru sapo ni bai ??

Wednesday, January 27, 2010

Sinar Harian pun dua kali lima MANGKUK

oleh ali :

Previously on saman "Part 1" & "Part 2"

Salamku kepada famili AdukaTaruna. Nampaknya kali ini paper Sinar Harian sangat bermurah hati mahu dirinya disaman. Yang bestnya ado duo pemberita Sinar Harian yang bikin laporan tu. Patutnya bilo dah berduo buek kojo pastilah lebih bermutu dan berkredibiliti. Nampaknya 2 mangkuk ni sengaja mahu majikan mereka disaman. Ah takdo-takdo. Kau berduo pun kono bai.

Selamba je Nik Sheila Erini dan Che Mat Kamel tulis Aduka kono tahan Polis. Nak den tunjukkan gambar Aduka pogi Balai Polis lagi ko. Mano yang bolum poie klik yang part 1 tu. Aduka gi Balai Polis macam itik jalan di waktu potang. Osah MANGKUK paper Sinar Harian ni. Dah la tulih Aduka umur 30 tahun. Main toko-toko macam tu jo. Orang tu mudo remaja lagi. Lum sampai 30 tahun laie bai. So, kepado famili Aduka saman. Jangan tak saman. Kali ni jumlah saman dah meningkat sebanyak RM404 juta. Ompek juta tu jangan lupo bagi kek den. Den nak buek amal jariah sikit. Ha Ha Ha. Kalaulah Karpal Singh sihat wal alfiat, dah lamo orang tuo tu berlari pogi rumah Aduka jadi peguam famili Aduka.

Click for enlarge. Aduka awal-awal lagi mengangkat tangan tanda kesyukuran ke hadrat ilahi kerana lepas ni dia akan bergelar jutawan. Pakcik kayo bai.

Anak Johor meMAAFkan perbuatan AdukaTaruna

oleh ali :

Salam satu Johor. Facebook bagi den telah berjaya mengecilkan dunia ini menjadi kampung macam kampung den. Kawan-kawan yang beribu batu boleh dihubungi dengan selamba melalui facebook. Macam dekat sebelah rumah je. Ada sahabat facebook beritahu den bahawa ada satu anak jati Johor telah mengumumkan dalam facebooknya bahawa beliau telah memaafkan AdukaTaruna. Malah mengharapkan Aduka dibebaskan. Memang anak Johor ini berjiwa besar dan matang pemikirannya. Susah nak cari orang yang big heart seumpamanya. Orang yang dimaksudkan adalah Hasmi Hashim. Ini kata-kata beliau dalam status facebooknya.

Sebagai anak Johor, saya mengharapkan Adukataruna dimaafkan dan dibebaskan. Sudah-sudahlah tu...

Hasmi Hashim bukan orang lain kek den. Hasmi Hashim selalu mewarnai portal PerakExpress dengan tulisan-tulisannya yang segar dan berdarah muda. Hampir kesemua tulisannya den baca. Malah tulisannya mempertahankan Abdullah Munsyi menjadi rujukan untuk artikel blog Baganutama baru-baru ini [link]. Malah beliau yang aktif dalam Republik Anak Muda (RAM) juga mengaku pernah ada amoi menjadi makwenya. Jeles den. Nanti kau.

Kemuliaan

Forgiven and forgotten bak kata orang kampung den, itulah sebaik-baiknya bagi kita sebagai hamba kepada Allah. Allah mampu memaafkan dan mengampuni dosa hamba-hambanya walaupun sebanyak buih-buih di lautan dan sebanyak zarah yang membentuk gunung-ganang di banjaran Everest. Malah melupakan dosa-dosa hambanya setelah ianya diampunkan. Allah Maha Pemaaf. Tahniah, Hasmi Hashim ada sifat tuhan yang ini. Malah anak-anak Johor yang lain juga mewarisi sifat ini dari nenek moyang mereka. Mereka akan menemuinya sifat itu tersedia ada dalam jiwa raga masing-masing. Keluarga Diraja Johor Insya Allah juga memiliki sifat ini kerana keluarga mereka adalah Payung (pemegang amanah) Agama Islam di Negeri Johor. Manusia yang memiliki Payung ini sudah semestinya lebih berjiwa besar dari Hasmi Hashim. Dan inilah kepercayaan kami dan rakyat Johor!

Tuesday, January 26, 2010

Baganutama & Polis adalah sahabat. Kita PengYu

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Setelah membaca entry terbaru dari blog Aduka [link], hati den berbunga-bunga. Den dah lama ampunkan abang-abang Polis yang bagi den Tear Gas & Water Canon sepanjang zaman reformasi sampai lah perhimpunan terakhir yang den sertai iaitu perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009 yang lalu. Itu semua den anggap sebagai gurauan abang-abang FRU dengan den. Kira macam orientasi maso zaman den masuk Sekolah Berasrama Penuh dulu. Maso orientasi kan bebudak senior pukul-pukul sayang budak-budak junior. Lepas orientasi barulah junior senior jadi adik beradik. Itu maso dulu. Den tak tahu la zaman sekarang ni.

Samo la jugak macam para peserta demonstran, diberi orientasi (bagi tear gas dengan water canon) selepas itu baru diterima sebagai rakyat Malaysia sejati. Sapo yang bolum kono tear gas dan water canon, dia bukan anak Malaysia sejati. Ha Ha Ha. Untuk berlaku adil, ada juga abang-abang Polis yang sedikit terkasar dan tidak mematuhi peraturan. Team Baganutama mendoakan ini hanyalah kes-kes terpencil. Di sini ada satu tulisan khas dari UmmuAsiah kepada isteri AdukaTaruna. Baco dan hayatilah. Mato den berkaca bila membacanya. Jom klik link ni. [Khusus untuk isteri AdukaTaruna]

*Ummuasiah adalah Puan Nashita Md Noor, Bendahari GMI dan juga dikenali ramai sebagai Aktivis masyarakat.

Harakahdaily pun sama mangkuk

oleh ali :

Previously on "Saman Berita Harian Online"

Salam Jalan Raja Laut. Apo la kono si Harakahdaily nih. Dio pun sama mangkuk macam Berita Harian Online. Apo nak jadi ni bai. Sodih den. Bilo maso AdukaTaruna dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Sesuko hati buek cito. Berita TV3 pukul 1.30 petang pulak seiya sekata dengan Berita Harian Online kata AdukaTaruna ditahan bukannya menyerah diri. Walhal itu semua hanya hendak memalukan AdukaTaruna dan kaum keluarganya. Laporan dari Evelyn pada pukul 4.00 petang dari Blog AdukaTaruna mengatakan Aduka sekarang dibawa ke Bukit Aman.[link]

Jadi kepada famili Aduka, kalau tadi RM101 juta sekarang ni dah jadi RM303 juta campur sekali TV3 dengan Harakahdaily. Saman jangan tak saman. Eh bai yang tigo juta tu tuk sapo ?? Untuk den la. Den nak buek amal jariah sikit. Ha Ha Ha.

Click for enlarge. Ini keratan yang dimaksudkan. Sabar yolah.[link]

Keluarga AdukaTaruna sebenarnya Jutawan

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Pagi ni den baco Berita Harian Online. Den terkejut campur kagum dengan kebodohan Berita Harian kerana boleh menyiarkan satu berita menipu. Berita malafide. Berita yang sebenarnya bermaksud jahat kepada AdukaTaruna. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Itu prinsip asas den dan semua orang. Tapi takkan penulis Azida Shaharuddin menjadi lebih mangkuk dari den. Dia penulis dari paper yang besar dan ternama. Utusan Malaysia lebih jujur menyiarkan berita tentang AdukaTaruna. Malah gambar Aduka pergi menyerah diri dah pun tersebar sejak malam tadi. Takkan Azida tidak mengetahui itu semua. Menyembunyikan diri ?? Ditahan Polis ?? Nampak sangat nak melariskan paper Berita Harian dengan berita sensasi tetapi menipu rakyat Malaysia. Di mana integriti anda wahai Berita Harian.

Kepada Keluarga AdukaTaruna

Jadi nasihat den kepada famili Adukataruna, sila saman Azida Sharuddin dan paper Berita Harian. Mereka berniat jahat memalukan Aduka dan keluarganya. Saman malu dan ganti rugi perlu untuk menebus maruah keluarga Aduka dan Aduka sendiri. Jangan biarkan Berita Harian memalukan anda sekeluarga. Saman RM101 juta. Yang satu juta tu bagi kek den. Den nak buek amal jariah. Ha Ha Ha. Sebelum ini ada kes yang individu tu menang saman terhadap media massa arus perdana. Den dah lupo. Takpo. Yang penting sekarang famili Aduka mulakan prosiding menyaman Berita Harian. Jangan tunggu esok hari.

Click for enlarge. Keratan yang memalukan dan menipu tentang penangkapan AdukaTaruna.[link]

Korang tengok tu bai. Ado 20 Polis mengiringi Aduka. Bergari bai. Bekas Mufti Perlis pun takdo sedahsyat itu ditahan Jais + Polis.

Maksud tersurat di sebalik kata-kata AdukaTaruna

oleh ali :

Salam kepada semua. Bagus jugak ada facebook ni. Yahudi tak yahudi. Itu terpulang pada pendapat masing-masing. Manusia tu yang patut dipersalahkan jika menyalahgunakan teknologi. Lihat Perdana Menteri 1Malaysia pandai menggunakan teknologi baru. PM kita siap ada facebook lagi macam den. So, ada satu komen menarik dari facebook den yang nak dikongsikan kepada anda semua. Ini komen yang den nak kongsikan.

Sebenarnya jika dibaca betul-betul apa yang tersurat dari tulisan AT tu dengan diabaikan kekasaran bahasanya, ada point yang cuba AT sampaikan. Tapi dek kerana terlalu kasar bahasanya, mesej yang baik itu hilang. Semua nampak yang buruk semata. Sayang sangat.

Pada pendapat saya, apa yang saya dapat saring dari bahasa AT yang kasar itu, ia adalah satu kekesalan kerana jenazah Almarhum Sultan tidak dikebumikan dengan segera sedangkan ia dituntut dalam Islam. Kenapa disimpan lama tanpa sebab-sebab yang munasabah. Itu sahaja.

Sebab tu bahasa itu melambangkan akal dan budi kita. Beginilah jadinya bila emosi. Semoga Allah permudahkan urusan AT. Dia sudah pohon maaf dan sudah pun menyerah diri. Tidak pula memberi alasan macam-macam seperti sesetengah ahli politik atau blogger yang lain. Dah buat salah tapi tak mahu mengaku. Putar belit, malah ada yang buat-buat tak tau, masih mahu pegang jawatan lagi. Ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku, InsyaAllah.

Monday, January 25, 2010

Gambar sebenar AdukaTaruna

oleh ali :

Previously on "Gambar AdukaTaruna"

Salam satu Malaysia. Satu Malaysia dah tahu AdukaTaruna menghina Institusi Raja-Raja Melayu. Hati den pun panas gak macam korang. Setelah menyiasat dan mengintip. Den akhirnya berjaya mengenali siapakah manusia biadap disebalik nama AdukaTaruna. Ini gambar memang real punya. Den merayu kalau korang jumpa mamat dalam gambar ni, tolong serahkan pada Polis selepas korang belasah mamat yang berselindung dengan nama AdukaTaruna ni. Belasah dulu bai. Pliss, I'm begging you. Inilah gambar yang dinanti-nantikan oleh anda semua.

Bai, yang pegang banner tu aduka. Terang-terang dia hina Sultan Agong yang masih hidup.

Den mendoakan rakyat Malaysia dapat jumpa AdukaTaruna yang pegang banner tu. Buek repot copek bai.

Gambar AdukaTaruna

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Entry ini tidak menyokong atau membela aduka. Den cuma nak bagitahu ado mangkuk-mangkuk yang menyebarluaskan gambar aduka di facebook, blog dan tagged. Betul-betul berniat jahat. Itu bukan gambar aduka. Gambar sapo la yang korang pedajalkan tu. Kepada Herman Samsudeen dan NurAflah, sila tarik gambar yang dimaksudkan. Jangan bikin fitnah beb. Jangan buat malu organisasi yang ekau sertai dan ekau sokong. Jangan memalukan orang yang tak bersalah. Tak pasal-pasal orang lain yang kono tangkap. Karang tak memasal report polis kat korang berdua menyebabkan organisasi ekau pun terpalit samo. Oh ye bagi yang lain yang tolong menyebarluaskan gambar tu sila lah tarik gambar tu dari blog memasing. Jangan jadi jobo bai. Nak tahu sapo aduka, tunggu pada hari dia menyerah diri. Tolong jadi blogger yang bertanggungjawab.

Eh bai, ekau ompek orang dah dimalukan. Poie repot copek.

Mak ai siap tulis wanted tu bai. Buek malu omak kau. Ekau poie saman copek sapo yang lotak gambar kau ni kat internet.

Herman Samsuden semakin jobo menyiarkan gambar aduka, padahal itu bukan aduka. Adakah Herman sebenarnya bermusuh dengan jejaka di gambar itu lalu memperdajalkannya?[link]

Saturday, January 23, 2010

Stand UP and Speak OUT

oleh ali :

Salam kampus. Hari ini jiwa den berbunga-bunga. Mahasiswa telah tunjuk taring. Cayalah. 9 telah dilokap. Sebab tak puas hati dengan e-voting. Teruskan perjuangan anda. Baca laporan di sini dan di sini. Den pernah buat laporan tentang mahasiswa anti e-voting ni maso den bertugas di Bagan Pinang tahun lepas.

Peh femes budak ni. Lepas ni sure banyak makwe. Bai, den lagi kacak dari ekau.

Tapi bukan itu den nak highlight. Selepas TG Nik Aziz habis berdoa bagi mengakhiri majlis penerangan Pakatan Rakyat, tetiba bangun seorang pemuda disebelah lautan orang ramai. Pemuda itu dengan selamba berucap dengan pembesar suara. "Saya berucap mewakili mahasiswa datang ke Bagan Pinang atas maksud....". Wow !!! amazing. Orang ramai yang bergerak kerana nak balik sebab dah pukul 11.30 terpaku sambil mendengar ucapan anak muda itu yang hanya pakai pembesar suara je. Berani budak ini memposisikan dirinya. Cayalah. Mana ada slot untuk mahasiswa berucap. Sejak hari selasa lagi den cuba melobi supaya ada satu slot khas untuk GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) berucap dalam majlis penerangan Pakatan Rakyat dalam kempen di Bagan Pinang. Tapi boo layan. Maybe janggut Pak Samad (A. Samad Said) lebih panjang dari janggut YB Saari Sungip. Hahaha.

Ucapan anak muda itu bersemangat. Berapi-api ucapannya dalam menerangkan apa itu e-voting yang sedang berlaku dikampus-kampus Universiti pada waktu ini. Darah muda den naik. Den dulu pernah jadi mahasiswa masa zaman reformasi. Inilah gaya ucapan mahasiswa pada zaman reformasi dulu. Meremang bulu roma den dek teringat jatuh bangun mahasiswa masa zaman reformasi dulu. Walaupun ucapan anak muda ini berakhir dalam 6 minit, tapi itu sudah cukup. Audiens rata-ratanya kagum. Syabas buat anak muda ini. Berani dan ada talent dalam pidatonya. Buat anak muda itu dan para pejuang, meh sini den kongsikan sajak Allahyarham WS Rendra diblog ini. Dengar dan hayati.


Ayuh wahai mahasiswaku. Anda hero kami. Hero rakyat. Gunakan akalmu. Jangan persia-siakan otakmu. Luaskan bacaanmu. Percayalah pada hati nuranimu. Bukan setakat e-voting, perjuanganmu wajib mencakupi jerit payah rakyat marhean. Dengarkan lagi sajak WS Rendra ini dan hayatinya dengan jiwa yang tunduk.


Friday, January 22, 2010

Ust. Abdul Ghani Samsudin "menasihati" Ust Harun Din

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Pada hari Selasa 19 Jan 2010 yang lalu telah berlangsung "roundtable talk" di rumah Anwar Ibrahim mengenai isu kalimah ALLAH oleh bukan muslim. Den maleh nak cito yang lain-lain. Anda boleh rujuk [link ini], [link ini] dan [link ini] untuk berita lanjut. Apo yang den nak paparkan ialah bilo time Ust. Abdul Ghani Samsudin berpeluang bercakap, beliau dengan sinis menyindir Ust. Harun Din dengan berkata, "..kita harap Dr. Harun Din tidak dimanfaatkan oleh golongan tertentu," sambil disambut dengan gelak ketawa dan riang ria oleh para hadirin yang hadir. Den tak tahu la YB Zulkifli Nordin ketawa atau tidak. Zulkifli Nordin sepanjang sesi di rumah Anwar tersebut hanya senyap menikus. Walhal dalam blog dialah hero. Dialah segala-galanya. Poyo bai. Untuk makluman, Ust. Harun Din dijemput tetapi memilih untuk tidak hadir. Pokok dek ekaulah. Dr. Harun Din dan Zulkifli Nordin den nasihatkan masuk UMNO atau bikin parti politik baru. Kehadiran mereka berdua banyak menganggu gugat Pakatan Rakyat dari dalam.

Suasana pada malam tersebut. Pertama dari kiri anda ialah Ust. Abdul Ghani Samsudin. Di sebelahnya pula Tuan Ibrahim Tuan Man. Gambar ehsan Wanjo.


Cayala Tuan Ibrahim

Lagi satu den nak highlight, den respek dengan ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah Anwar Ibrahim pada malam tu. Cantik hujah dia.


Khalid Samad vs Zulkifli Nordin

Semua orang tahu Zulkifli Nordin telah menghina Khalid Samad pada 4 Jan 2010 dengan melabel beliau sebagai politikus hingusan. [klik link] Tetapi bila di rumah Anwar, Zulkifli Nordin senyap menikus. Apepasal kau tak tunjuk hero kau depan orang ramai pada malam itu. Khalid Samad punya syok berhujah, para hadirin menjangkakan "hero Melayu" Zulkifli Nordin akan bangun membidas hujah Khlid Samad. Jangkaan meleset bai. Zulkifli Nordin memilih untuk senyap. Eh bai tunjuk la jantan kau sikit. Hilang respek den dengan Zulkifli Nordin ni. Kau ni rupanya sama taraf dengan den. Tunjuk hero dalam blog. Den blogger cikai, kau pun nak ikut samo cikai. Memang mangkuklah sapo yang bawak dio ni naik jadi Yb pada Mac 2008 hari tu.

Conversation satu hala boleh la bai

Rupanya Yb mangkuk ni cuma tunjuk hero dalam blog dan ceramah je. Satu hala. Cuba buat dua hala macam dalam forum, memang out la bai. Malam tu pun tak terlawan dengan hujah Khalid Samad. Senyap sunyi bai. Lain kali jangan cakap besar. Biasanya hujah Zulkifli Nordin didalam blognya penuh dengan sentimen dan emosi. Berfakta la sikit. Lihat Khalid Samad, penuh fakta dan hujah. [klik link] Zulkifli Nordin dalam isu kalimah ALLAH bukan sahaja melawan Khalid Samad malah keputusan Partinya sendiri.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Peguam den

Hari ini dalam blognya, Zulkifli Nordin mengatakan Khalid Samad menghina Islam kerana menghina Enakmen Negeri Selangor. [klik link] Eh bai, Enakmen yang dimaksudkan oleh Khalid Samad tidak bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana Enakmen atau undang-undang Negeri yang tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah adalah menghina Islam. Sepatutnya kita patut julang Khalid Samad sebagai HERO kerana menjulang martabat Islam. Ini terbalik bai. Lupo lak den, peguam kan pandai spin fakta. Takpo bai, den hantar peguam den jawab balik hujah kau. Maleh den nak pakai hujah-hujah Al-Qaradhawi dan Wahbah Zuhaili. Wasting my time lah. Zulkifli Nordin !!! Kau baco hujah peguam den ni. Jangan tak klik bai.

Sunday, January 17, 2010

ISLAM : A Blessing to Malaysians

oleh ali :

Negaraku apa khabar ?? Den nak kongsikan satu dialog agama yang telah berlaku dua tahun yang lalu. Wacana ini menarik dan harmoni. Ia telah berlaku pada 18 Disember 2007. Dah duo tahun bai, kenapo den baru tahu sekarang ?? Dalam wacana tu yang den kenal cuma 3 orang. Hasrizal, Tricia Yeoh dan Wan Saiful Wan Jan.

Ustaz Hasrizal, anda semua tentu kenal, den maleh nak perkenalkan. Ustaz ni terlalu teruja dengan KungFu Panda. Tah apo kono eh. Wan Saiful Wan Jan ni pernah bertanding sebagai apo tah kat England. Sebagai ahli parlimen kot. Tapi tak monang. Takpo bai, kau bertanding kek Malaysia. Ado hati nak ganti Gordon Brown. Muko tak malu. Ha Ha Ha. Tricia Yeoh den maleh nak komen. Dulu dio pernah mengurat den maso dio kojo kek Centre for Public Policy Studies (CPPS). Jadi Director CPPS maa. Den buek tak layan lamaran Tricia. Tricia patah hati lalu tinggalkan CPPS untuk join pejabat Menteri Besar Selangor. Tricia Yeoh cakap dengan member den yang muko Tan Sri Khalid Ibrahim ado iras-iras muko den. Ha Ha Ha. Suko hati ekau lah. Maleh den nak layan.

Tengok youtube yang den bagi sampai habis bai. Walaupun diaorang cakap bahasa omputih tapi korang boleh faham punya. Rugi tak tengok sampai habis. Dua panelis lain terdiri daripada K.Shanmuga dari Malaysia Hindu Sanggam dan Rev. Dr. Hermen Shastri yang mewakili Gereja-gereja Malaysia. Banyak ilmu dan pengalaman para panelis kongsikan bersama audiens. Jom kita sama-sama saksikan.



Sambungan-> [Part 2/6], [Part 3/6], [Part 4/6], [Part 5/6] dan [Part 6/6].

Saturday, January 16, 2010

ALLAH adalah TUHANKU

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Nampak gayanya polemik isu penggunaan nama ALLAH oleh non muslim berterusan dan berselang-seli dengan keganasan samada membakar atau menyimbah cat gereja. Rumah ibadat Sikh dan pejabat peguam juga diprovokasi oleh golongan mangkuk yang sampai hari ini tidak dapat dikenalpasti. Apo nak jadi ni bai. Perbincangan di facebook den lihat sangat harmoni dengan masing-masing mengemukakan pendapat dan hujah dengan baik tanpa emosi. Den puji komuniti facebook berbanding NGO-NGO muslim yang terpekik terlolong berdemo selepas solat Jumaat. Hari ini, Jumaat 15 Jan 2010 tidak pula mereka meneruskan demo besar-besaran mereka. Nampak sangat hangat-hangat taik ayam. Jelas mereka dipergunakan. "Political motivated" kata orang kampung den.

Alan Bently

Click for enlarge. Bently berbeza pendapat dengan den

Den mula-mula ingat David Bently ni bekas pemain Arsenal. Sebelum dia makan gaji dengan Spurs, dia main dengan Blackburn Rovers. Ha Ha Ha. Den tersilap, rupanya Alan Bently. Perspektif orang yang revert kepada Islam berbeza dengan muslim baka yang menyokong penggunaan nama ALLAH oleh penganut agama lain. Alan Bently adalah SB. Saudara baru la bai. Alan Bently mempertahankan pendapat bahawa God iaitu tuhan jika mahu ditukarkan kepada bahasa Arab ialah ilah. Ilah adalah tuhan. ALLAH pula adalah kata nama khas. Masuk akal juga hujah dia. Den hormat pendapat dia. Hormat tak semestinya kita menerima pendapat dia. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan Alan Bently.

Shah Kirit

Click for enlarge. Majalah Al-Islam Julai 2008 muka surat 24. Shah Kirit ni kalau kulit kaler putih mesti sejibik muko macam Khalid Samad. Seghoman bai

Den ingat Alan Bently ni berguru dengan Shah Kirit kot. Sebab mereka sependapat dalam isu ini. Shah Kirit telah lama menyatakan pendapat beliau sejak Julai 2008 lagi. Pendapat ini telah direkodkan oleh Majalah Al-Islam. God jika ditranslate secara harfiah ke dalam bahasa Arab mestilah ilah bukan ALLAH. Ilah adalah kata nama AM manakala ALLAH adalah kata nama Khusus atau kata nama Khas. Tapi Shah Kirit ada letak bom. Dia ada letak racun. Pasal dia ni power pasal Bible, dia cakap orang Katholik akan bermasalah dan keliru bila God ditukarkan menjadi ALLAH. Klik link ini untuk rujuk ayat-ayat Bible yang akan beri masalah kepada para penganut Kristian jika GOD ditukar kepada ALLAH.

Aik, yang kau nak defend orang Kristian apa hal pulak. Kita memang nak diorang bermasalah. dan keliru. Mangkuk betul la. Kita sebagai orang Islam akan tolong setelkan masalah dan kekeliruan mereka (Penganut Kristian). Itulah dakwah. Walaupun Shah Kirit dah lama jadi SB, tak semestinya dia ni maksum.

"Eh bai kau tak takut ko kono tangkap dengan SB"
"Den Ali la bukan lobai. SB tu saudara baru la mangkuk"



Kenkawan kono tengok youtube penerangan Shah Kirit di atas sampai habis. Kira fatwa terbaru dia la kot. Tak banyak beza dengan interview dia dengan Majalah Al-Islam tapi ada sedikit improvement dan den puji dia. Dalam youtube di atas Shah Kirit menyatakan kebimbangan dia bila Bible ditranslate ke dalam bahasa Melayu dan menggunakan nama ALLAH sebagai tuhan. Bagi den, translate je lah. Bukan ado masalah apo pun. Bahasa English ke bahasa Melayu tak banyak beza. Bila Shah Kirit kata orang Kristian Katholik bermasalah jika Bible English version ditukar GOD kepada ALLAH, tentulah bila Bible dibahasamelayukan akan menambah masalahkan kepada pendakwah Kristian.

Abdullah Munsyi

Sudah lebih seratus tahun Bible dibahasamelayukan di Sabah dan Sarawak. Bible bahasa Melayu mereka terang-terang menyebut nama/kalimah ALLAH. Dalam temubual antara Shah Kirit dengan Majalah Al-Islam, Shah Kirit menyatakan Bible bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1996. Salah tu bai. Dah ratus tahun. Sejak zaman Abdullah Munsyi lagi. Abdullah Munsyi adalah orang Melayu pertama translate Bible ke dalam bahasa Melayu. Malah dalam tulisan jawi. Abdullah Munsyi translate GOD ke dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH. Klik untuk baca catatan Hasmi Hashim.

Ramai tak Melayu zaman Abdullah Munsyi masuk Kristian ?? Jawapan ada pada anda.

Kenapa Shah Kirit & NGO Melayu Muslim bimbang ?

Memang diaorang ni ada point untuk bimbang. Kebimbangan mereka berasas. Paper mingguan The Herald Tribune yang mewakili penganut Kristian Katholik kat Malaysia ni sebenarnya melawan keputusan Katholik dunia yang berpusat di Vatican City (terletak dalam negara Itali). God is GOD. Tuhan adalah GOD. Itu pendirian Vatican City. Sila lihat u tube kat bawah ni sampai habis.



Bishop Katholik kat Belanda yang mahu GOD ditukarkan kepada ALLAH, Vatican City boo layan. Paderi Moore siap kondem penggunaan nama ALLAH dan mengaitkannya dengan aktiviti keganasan. Guna nama ALLAH dikaitkan dengan terrorist. Peh bermati-matian Sang paderi ni tak nak guna nama ALLAH sebagai ganti GOD.

"Li, apepasal Vatican taknak guna nama ALLAH"
"Selalu kau panggil den bai. Buang tebiat ko ??"
"Ala karang la ekau marah den. Bai soklan den kau tak jawab"
"Ha Ha Ha"

Dialog antara Aku & Jenny

Ado amoi ni selalu datang kodai famili den. Den suko berkawan dengan dia. Jenny namo diberi. Cantik dan baik orangnya. Dari nama pun kita tahu dia ni penganut Kristian. Persepsi bai. Dari nama kita dah boleh agak apa agama dia. Itu iklim di Malaysia. Bila gereja mula dibakar kat Lembah Klang, den dengan Jenny masih maintain good conversation. Bila Jenny datang kodai den, sikit pun den tak sentuh isu ni. Gereja ke-5 terbakar. Gereja ke-6 disimbah cat. Jenny dah kurang sikit berdialog dengan den. Alamak den raso tak sodap hati. Tiba-tiba gereja kat Seremban Dua belakang Jaya Jusco kono bakar. Jenny still datang kodai den. Kali ni dia bawak Bible. Tak pernah-pernah amoi ni bawak Bible, tiba arini dia bawak kek kodai den. Ado baco yasin ko malam ni ?? Ni baco yasin ala Kristian la kot. Orang Melayu ni suko buek apo yang nabi tak buek. Tak pernah lagi den baco hadis, Nabi, Abu Bakar, Umar, Ali dan sahabat-sahabat yang lain duduk reramai malam jumaat baca yasin secara berjemaah. Kalau ado hadis tu tolong bawakkan kek den. Yang sahih bai. Yang hadis palsu den tak pakai.

Ini bukan Jenny. Tapi muko dio seroman dengan gambar ni. Cantik tak?

Sambung balik pasal Jenny. Tetiba den mintak Bible kek tangan Jenny. Dialog ni memang benar-benar terjadi.

"Jenny.Itu Bible ke? Bagi jap"
"Mau bikin apa Ali?," sambil serah Bible kek den.
Den pun buek-buek baca."Eh Jenny, dia tulis God sebagai God la"
"Memangla," kata Jenny. Agak ea dalam hati mesti cakap den ni mangkuk.
"Ooo. Infact you panggil God sebagai God la"
"Tidak juga. Kami panggil God sebagai Jehovah"
"Hah," den terkejut. "You Katholik ke?"
"Bukan la. I dari Seventh-Day Adventist"
"Hape tuh"
"I bukan dari Katholik maa"
"Apa beza Katholik dengan seben ape tadi.."
"You panggil SDA atau Adventist je. Kami berbeza sebab tak makan babi. Just makan sayur. Ala you search kat internet la"
"Ok ok. Saya mau pinjam ini Bible. Hehehe. Boleh tak"
"Cannot. I want to read it tonite. Nanti habis I bagi you"
"Ini Bible version ape ?? King James ke"
"Bukan lah. NIV version"
"Uiks," apepasal malam ni den banyak kali terkejut.
"Ini New International Version"
"Ooo." Yang den tahu King James dengan Al-Muqaddas. Ha Ha Ha.
"Tapi tak unfair la diaorang bakar gereja"
"Betul kata you Jenny. I pun tak suka," alamak bai.
"Tengok you pun tak suka." Time ni mata Jenny berkaca. "Tak baikla you all buat minoriti macam ni." Jenny tak puas hati maa. Den dapat rasakan melalui mata dia.
"But we don't catch the culprit yet. Rite?" Den tetiba cakap orang kampung bolah omak den. Mata den berkaca sebab menahan malu sebab Jenny dah macam tuduh Melayu yang bakar Gereja. Den dahlah secara rasmi dilihat sebagai Melayu. Babi laa Melayu mana yang bakar gereja tu."Maybe Iluminati, maybe CIA or maybe Singaporean burn the church. It could be anyone." Peh berabuk den cakap omputih. Tah betul ke tidak. Kena cover maa. Belum tentu Melayu yang bakar gereja tu.
"Yeah rite. But important thing we live in harmony.Rite. Ok la Ali. I got to go. Bye"

Aik belah macam tu je. Tapi sebelum dia pergi dia bagi senyuman dia yang paling manis kek den. Biasala orang kacak ni pompuan suka senyum yang manis-manis je. Jangan jeles bai. Jenny tentu terguris dengan kejadian bakar gereja tu. Dah tentu kejadian tu menyebabkan penganut berbilang aliran Kristian walaupun berbeza mazhab antara satu sama lain, pasti terasa trauma dan benci terhadap orang Islam Malaysia. Sebab kejadian tu berlaku semasa isu nama ALLAH tengah hangat. Tentu diorang tuduh orang Melayu gak yang bakar tu. Tahniah la sape yang bakar tu. Anda telah berjaya membina tembok berapi antara den dengan Jenny. Sepatutnya kita semua yang mengaku muslim membina jambatan dengan penganut agama lain. Barulah senang nak dakwah. Bukan tembok. Macam mano den nak dakwah Jenny lepas ni ??

Senario Kristian di seluruh dunia

Den tak tahu secara detil. Kristian yang aliran Adventist pun baru malam tadi tahu. Jehovah sebagai nama tuhan ?? Itu pun first time den dongar. Selamo ni yang den tahu Kristian menyebut tuhan sebagai Elohim dan Yahweh. Kalau Yahweh ni banyak dipakai oleh Yahudi yang beragama Judaism. Ini den cite apo yang den tahu la. Kristian ni terbahagi kepada 3 mazhab yang besar. Tapi diaorang ado beratus-ratus aliran. Kita cerita 3 mazhab terbesar ni dahulu. Ia terdiri daripada Katholik, Orthodox dan Protestant. Apa-apa hal ia semua bermula dari Rom. 300 ratus tahun selepas nabi Isa diangkat naik ke langit, Council of Nicea baru sahaja melantik Isa sebagai tuhan. Oleh kerana Kristian di lihat sebagai Rom(Bangsa Itali) maka yang bukan bangsa Rom tak puas hati. Rom adalah Kristian. Kristian adalah Rom. Aik macam sama dengan falsafah Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Lu pikir la sendiri. Lalu yang tak berpuas hati dengan Rom buat mazhab baru iaitu Orthodox . Empayar Rom yang besar itu telah berpecah 2. Rom barat(Orang Itali) dan Rom timur(Bukan berbangsa Itali). Rom timur yang dikenali sebagai Empayar Byzantine sekarang menganut Kristian Orthodox. Byzantine berpusat di Constantinople. Sekarang, Kota Constantinople telah menjadi Kota Istanbul yang terletak dalam negara Turki moden. Protestant pula juga adalah pecahan dari Katholik Rom dan bermula dari Eropah Barat lalu merebak berkembang hingga ke tanah besar Utara Amerika. Faktor utama perpecahan Protestant dengan Katholik kerana pencerahan atau 'Englightenment'. Mereka tidak sanggup diperbodohkan akal mereka yang sihat oleh Katholik. Itu cerita pada zaman gelap Eropah apabila gereja Katholik terlalu powerful dan korup. Itu kita cerita dalam episod yang lain.

Metod dakwah yang berbeza antara mazhab

Empayar Byzatine yang menganut Orthodox ni terdiri dari Greek, Turki, Utara Mesir, Timur Tengah dan kemudianya merebak ke Eropah Timur dan wilayah Russia moden. Orthodox ni jika nak diikutkan tidak punya banyak masalah dengan orang Islam sebab pendirian atau polisi mazhab mereka
ialah tidak wajib berdakwah kepada yang bukan Orthodox. Berbeza dengan Katholik, penganut mereka wajib berdakwah kepada yang bukan Katholik. Malah memaksa mereka yang bukan Katholik untuk terima Kristian Katholik dengan apa cara sekalipun. Tidak kisahlah dengan cara menipu, rasuah kekayaan kepada yang miskin, secara sihir, taqiyyah, memanupulasikan fakta, berdebat, berhujah dan bermacam-macam cara lagi. Pendek kata, dalam dakwah, Katholik membenarkan matlamat menghalalkan cara. Wajib maa. Penganut Katholik jika tidak berjaya mengkatholikkan yang bukan Katholik maka hukumnya di akhirat adalah bermastautin di neraka. Berat tu bagi penganut Katholik. Itu pasal mereka bersungguh menjalankan program kristianisasi di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Contoh, hukum mendirikan solat bagi muslim adalah wajib. Begitulah Katholik mengkatholikkan bukan katholik. Hukumnya adalah wajib. Bagi penganut Protestant, dakwah kepada bukan Protestant hukumnya sunat kot. Raso den la.

Kristian di Tanah Arab

Orang Arab yang beragama Kristian di Timur Tengah majoritinya bukan Katholik. Jika di Mesir, orang Arab yang Kristian bermazhab dengan mazhab Koptik iaitu salah satu aliran dari Orthodox. Jika di Palestin terutama di Baitlehem yang terletak di Baitulmuqaddis orang Arab Kristian pula menganut mazhab Kristian Greek yang ori juga salah satu aliran Orthodox. Jadi orang Arab Kristian yang bermazhab Orthodox ni tidak menjadi musuh orang Islam di negara-negara Arab kerana Orthodox tidak melancarkan program kristianisasi. Mereka tak keluar berdakwah pun kepada orang Islam. Arab kristian tidak mempunyai agenda memurtadkan orang arab Islam. Jadi jika mereka menggunakan kalimah ALLAH sebagai tuhan, muslim arab tidak mencurigai mereka. Muslim Arab tidak prejudis dengan Arab Kristian. Kalau ikut logik, memang logik lah ulama'-ulama' Arab tidak pernah mengeluarkan larangan penggunaan kalimah ALLAH untuk Arab Kristian. Sebab Arab Kristian dipercayai tidak akan memanipulasikan kalimah ALLAH untuk mengelirukan muslim Arab.

Kalimah ALLAH di Wikipedia

The government of Malaysia in 2007 outlawed usage of the term Allah in any other but Muslim contexts, but the High Court in 2009 revoked the law, ruling that it was unconstitutional. While Allah had been used for the Christian God in Malay for more than four centuries, the contemporary controversy was triggered by usage of Allah by the Roman Catholic newspaper The Herald. The government has in turn appealed the court ruling, and the High Court has suspended implementation of its verdict until the appeal is heard. In the wake of this dispute, there were a number of attacks on three Christian churches in Kuala Lumpur, one in Penang, Malacca & Miri respectively in January 2010.[34]

Lihat, wikipedia cepat update perkembangan terkini isu kalimah ALLAH kat negara kita. Siap buat satu perenggan khas untuk isu itu. Nampaknya dunia luar mengambil isu ini sebagai case study. Sebab Malaysia ni kan unik. Malaysia boleh! Perkembangan Malaysia dipantau dengan rapi oleh masyarakat antarabangsa sekarang ni. [Klik link wikipedia tersebut]

Keadaan Eropah terkini

Eropah zaman Katholik berkuasa dengan Eropah zaman sekarang amat berbeza. Masyarakat Eropah adalah masyarakat membaca. Masyarakat yang maju. Masyarakat mereka tidak mudah ditipu. Misalnya, jika ada orang mengatakan Islam adalah pengganas maka masyarakat mereka tidak akan mudah mempercayainya dengan melulu. Mereka akan kaji dan membuat analisa sendiri. Lihat sahaja pada Yvonne Ridley dan Yusuf Islam (Nama asal Cat Stevens). Mereka mengkaji. Mereka mencari maklumat mengenai Islam. Mereka berdikari dalam usaha mencari kebenaran. Bila hidayah ditemui, mereka mengucap 2 kalimah syahadah. Sudah tentulah Katholik mengharamkan penggunaan nama ALLAH dalam Bible mereka di sana. Bak kata Shah Kirit tadi, ia akan bikin big problem bagi Kristian dan Katholik. Orang Eropah akan cepat menerima Islam jika GOD ditukar pada ALLAH. Lihat sahaja populasi muslim di Eropah dan Amerika Utara meningkat berkali-kali ganda selepas 911.

Keadaan Malaysia terkini

Masyarakat Melayu pemalas. Malas membaca. Malas mengkaji. Malas cari duit. Serba serbi malas. Orang yang malas mudah dimanupulasi. Orang malas bodoh dan mudah diperbodohkan. Mudah diperkotak-katikkan. Mudah dibeli. Mudah dibakar sentimennya. Tidak pandai berdikari. Mudah hilang jatidiri sendiri. Tidak menepati masa. Perangai seumpama lalang. Melayu Islam di Malaysia masih dalam kegelapan. Pencerahan itu ada. Tapi belum sehebat masyarakat Eropah moden yang ada sekarang. Dikhuatiri nanti orang Melayu Islam mudah terjebak dalam dakwah(Orang Melayu panggil 'Dakyah') Kristian Katholik lalu menjadi murtad. Jadi kebimbangan Shah Kirit, Harun Din, Abim, NGO-NGO Melayu muslim dan para mufti memang ada kewajarannya.

"Abis ko sokong mana ni Ali ?"
"Kau boleh diam tak mangkuk. Den belum habis cito lagi"

Pendirian den

Den mengutamakan kebenaran dari sentimen dan emosi. Semoga begitulah hendaknya sehingga habis nyawa di halkum. Insya allah. Kalau org lain den tak tahu. Den raso semuo org mengutamakan ilmu yang benar dan sahih sahaja. Den pernah bincangkan bahawa Nabi Isa menyebut tuhan dengan kalimah ALLAH dalam filem arahan Mel Gibson. [Klik untuk melihat artikel yang dimaksudkan] Jika yang lain mengupas ayat-ayat Al-Quran dan hadis, biarlah den dengan sejarah hidup Nabi. Abdullah adalah bapa nabi kita Muhammad. Yang bagi nama Abdullah dah tentulah Abdul Mutallib. Abdullah bermaksud hamba ALLAH. Apepasal Abdul Mutallib tak letak nama Abdul Ilah ?? Kenapa mesti Abdullah. Bak kata Shah Kirit sepatah, Ilah adalah gantinama tuhan dalam bahasa Arab. Ilah adalah gantinama Am bagi tuhan. Manakala ALLAH adalah gantinama Khas\Khusus.

Nama Bapa Baginda

Kenapa Abdul Mutallib masih guna nama ALLAH untuk menamakan anaknya ?? Untuk soalan lebih ekstrem apa agama yang dianuti oleh Abdul Mutallib dan Abdullah ?? Jika Islam, baik tak payah lantik Muhammad sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Jika nama ALLAH haram digunakan oleh bukan muslim, kenapa Nabi kita Muhammad tidak menukar sendiri nama ayahandanya dari Abdullah kepada Abdul Ilah ?? Abdullah ayahanda Nabi tidak sempat pun bersyahadah seperti kita muslim bersyahadah pada hari ini. Semua orang tahu Nabi kita Muhammad adalah anak yatim piatu. Umur baginda mencecah 40 tahun baru dilantik ALLAH sebagai Rasul akhir zaman. Habis takkanlah kita nak tunjuk lebih pandai dari Nabi Muhammad. Benda yang Nabi kita tak haramkan janganlah pula kita memandai haramkan. Kata nak ikut Nabi.

Solusi

Orang Melayu Islam wajib faham Islam sebagaimana Nabi Muhammad dan para sahabat faham Islam. Yang terpekik terlolong berdemo membantah penggunaan kalimah ALLAH bagi Katholik Malaysia, disamping menjadi alat kepada UMNO secara automatik, mereka juga mahu mengekalkan atau maintain status quo sikap dan sifat umat Melayu Islam yang ada tanahair. Itu yang sikit-sikit guna kuasa. Itu yang sikit-sikit guna ISA. Para alim ulama' termasuk mereka yang berada di Jabatan Agama kerajaan Pusat dan Negeri dan para mufti tidak mahu gunakan hujah/dalil untuk berhujah dengan yang jahil. Mereka yang berilmu dan berjawatan ini pemalas. Liat untuk mereka ini keluar dari bilik Air-Cond pejabat mereka. Mereka tak mahu keluar dari daerah keselesaan mereka.

Agama bagi mereka sekadar office hour. Itu yang ada kes cina nak masuk Islam kena halau.

"Aloo Encik saya mahu masuk Islam"
"Sekarang dah pukul 5.15 petang. Awak datang esok pagi lah"
"Sekarang talak boleh ka Encik"
"Tak boleh. Saya dah nak balik ni. Esok jangan lupa datang waktu pejabat. Jangan nak menyusahkan saya datang di luar waktu pejabat"
"Haiyaa. Babi punya Melayu"

Membunyikan Al-Quran

Kalau cina tu mati sejam kemudian macam mana. Mangkuk. Mangkuk. Dan mangkuk. Para penjawat agama di Malaysia ni bila dah makan gaji dia jadi malas. Pemalas. Lupa lak mereka ni kan Melayu. Melayu kan pemalas. Sepatutnya pekara pertama yang dilakukan oleh para alim ulama' kita ialah mengubah paradigma mentaliti orang Melayu dari membunyikan Al-Quran kepada membaca Al-Quran. Entah ajaran sesat mana mengatakan bila anak Melayu khatam Al-Quran maka dah sempurna Islamnya. Eh bai, anak kau macam burung kakak tua. Hanya membunyikan Al-Quran tanpa memahami apa yang dibunyikan. Jika kita dalam mood membaca, kita faham apa yang kita baca.

Itu sebab kita tak hairan bila Aisyah Bukhari yang dikatakan hafal Surah Yasin masuk Kristian. Dia cuma hafal membunyikan Surah Yasin. Dia tak faham pun apa yang dia bunyikan dari dada hafalannya. Jika orang Melayu faham apa yang dia baca setiap malam Jumaat iaitu Surah Yasin, mereka sudahpun menjadi pendakwah yang hebat. Kalau faham la apa maksud tersurat dan tersirat Surah tu.

Imunisasi

Para alim ulama' dan juga mereka yang mempunyai kesedaran Islam perlu keluar berjuang berdakwah seperti mana Nabi Muhammad berdakwah. Nabi Muhammad berdakwah bukan ikut waktu pejabat bai. Para pendakwah dan ulama' mesti mengimunisasikan orang Melayu dengan ilmu agama yang benar. Bukan dimomok-momokkan. Misalnya kalau kau haramkan jugak penggunaan nama ALLAH di Malaysia. Orang Melayu masih boleh berjumpa dengan orang bukan Islam yang gunakan nama ALLAH samada dalam penulisan di internet atau pergi ke luar negeri. Macam mana kau nak halang ?? Takkan orang Melayu monggok begitu sahaja kat rumah. Dia tentu berjalan-jalan ke seluruh dunia. Orang Melayu juga manusia. Seperti bangsa lain orang Melayu pasti keluar dari tempurung mereka. Ooo kau rasa ekau ni ulama' yang hebat, kau nak sound Obama suruh menghentikan penggunaan kalimah ALLAH oleh non muslim seluruh dunia. Sapa lu ??

Senang nak faham, kita lihat bayi. Kita tidak mahu bayi itu diserang oleh penyakit di sekeliling environment bayi tersebut. Jadi bayi tersebut kita rutinkan dengan program imunisasi melalui beberapa siri suntikan agar badannya tahan melawan penyakit yang merbahaya. Itu pasal rakyat Malaysia ada tanda BCG di lengan masing-masing. Kira senang je nak kenal rakyat Malaysia ni. Tak payah pakai kad pengenalan. Penyakit-penyakit merbahaya kepada bayi itu adalah seumpama dadah, Ayah Pin, program Kristianisasi, cara hidup barat, hiburan melampau, seks bebas, pengaruh rakan sebaya, mat rempit dan lain-lain. Kiro gejala buruk yang menempah tiket awal ke neraka jahanam la. Siri suntikkan imunisasi itu pula adalah ilmu-ilmu Islam yang sahih yang berterusan diberikan kepada kita serta mengamalkannya dengan ikhlas kerana ALLAH. Bayi itu adalah kita umat Islam. Para ulama' dan NGO-NGO muslim yang membantah kalimah ALLAH digunakan oleh non muslim seumpama tidak mahu bayi itu disuntik sebab malas nak pegi klinik lalu bayi tersebut di letakkan di dalam rumah yang kedap udara. Bukankah udara adalah medium utama penyebaran penyakit-penyakit merbahaya?? Sekat udara diumpamakan sebagai sekatan atau undang-undang yang tak masuk dek akal, sobab nak mengekal cara hidup yang selesa yang selama ini dinikmati. Malas dan tak mahu keluar dari zon keselesaan adalah faktor utama. Apa akan jadi pada bayi yang hidup dalam rumah kedap udara tu ?? 2-3 hari je. Lepas tu, bayi dengan makbapak-makbapak dia sekali mati dalam rumah tu. Begitulah gambaran yang den cubo nak bawakkan kepada korang semua. Umat ini akan mati jika tidak segera diimunkan.

Ilmu agama mesti diajar sebagaimana Nabi Muhammad mengajar Islam kepada para sahabat. Oleh sebab kita gagal mengajar macam yang Nabi buat terhadap sahabat lah yang menghasilkan umat yang lemah ilmu dan jatidirinya. Jika kita mengajar dengan cara yang betul, kita dah imun umat dengan ilmu-ilmu agama yang patut, sudah tentu mereka menjadi pejuang dan pendakwah agama yang hebat seperti para sahabat Nabi. Ini sikit-sikit haram. Ini sikit-sikit ban.

Sekarang kat Selangor, non muslim tak boleh bagi salam kek den. Mangkuk betul la Hasan Ali ni. Khusrin tu agaknya dah memang halal kita baling kasut kek muko dio.

Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

Ilmu agama Hasan Ali dengan Khusrin lagi hebat dari Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kot. Al- Qaradhawi juga tidak mempunyai masalah jika non muslim menggunakan kalimah Allah dalam urusan ibadat mereka.

Bakar cara hidup yang tak patut

Selain itu, para agamawan juga perlu mengajar umat untuk membakar cara hidup hedonisma dan cara hidup barat yang bertentangan dengan norma-norma Islam. Hiburan memang melalaikan orang Melayu. Orang Melayu ni hebat, pemalas tapi rajin berhibur. Pendakwah dan para agamawan perlu genius berdakwah menjadikan orang Melayu ni terhibur dengan solat. Wahai sahabat-sahabatku, Nabi Muhammad dengan para sahabat rajin bersolat sunat kerana terasa terhibur menyembah ALLAH yang tidak beranak dan memperanakkan itu. Jika kita semua yang sudah mempunyai kesedaran ini pro-aktif, dah lama Melayu yang beragama Islam ini hebat.

Apa macam bai. Masih ado harapan ko ??