Friday, January 22, 2010

Ust. Abdul Ghani Samsudin "menasihati" Ust Harun Din

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Pada hari Selasa 19 Jan 2010 yang lalu telah berlangsung "roundtable talk" di rumah Anwar Ibrahim mengenai isu kalimah ALLAH oleh bukan muslim. Den maleh nak cito yang lain-lain. Anda boleh rujuk [link ini], [link ini] dan [link ini] untuk berita lanjut. Apo yang den nak paparkan ialah bilo time Ust. Abdul Ghani Samsudin berpeluang bercakap, beliau dengan sinis menyindir Ust. Harun Din dengan berkata, "..kita harap Dr. Harun Din tidak dimanfaatkan oleh golongan tertentu," sambil disambut dengan gelak ketawa dan riang ria oleh para hadirin yang hadir. Den tak tahu la YB Zulkifli Nordin ketawa atau tidak. Zulkifli Nordin sepanjang sesi di rumah Anwar tersebut hanya senyap menikus. Walhal dalam blog dialah hero. Dialah segala-galanya. Poyo bai. Untuk makluman, Ust. Harun Din dijemput tetapi memilih untuk tidak hadir. Pokok dek ekaulah. Dr. Harun Din dan Zulkifli Nordin den nasihatkan masuk UMNO atau bikin parti politik baru. Kehadiran mereka berdua banyak menganggu gugat Pakatan Rakyat dari dalam.

Suasana pada malam tersebut. Pertama dari kiri anda ialah Ust. Abdul Ghani Samsudin. Di sebelahnya pula Tuan Ibrahim Tuan Man. Gambar ehsan Wanjo.


Cayala Tuan Ibrahim

Lagi satu den nak highlight, den respek dengan ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah Anwar Ibrahim pada malam tu. Cantik hujah dia.


Khalid Samad vs Zulkifli Nordin

Semua orang tahu Zulkifli Nordin telah menghina Khalid Samad pada 4 Jan 2010 dengan melabel beliau sebagai politikus hingusan. [klik link] Tetapi bila di rumah Anwar, Zulkifli Nordin senyap menikus. Apepasal kau tak tunjuk hero kau depan orang ramai pada malam itu. Khalid Samad punya syok berhujah, para hadirin menjangkakan "hero Melayu" Zulkifli Nordin akan bangun membidas hujah Khlid Samad. Jangkaan meleset bai. Zulkifli Nordin memilih untuk senyap. Eh bai tunjuk la jantan kau sikit. Hilang respek den dengan Zulkifli Nordin ni. Kau ni rupanya sama taraf dengan den. Tunjuk hero dalam blog. Den blogger cikai, kau pun nak ikut samo cikai. Memang mangkuklah sapo yang bawak dio ni naik jadi Yb pada Mac 2008 hari tu.

Conversation satu hala boleh la bai

Rupanya Yb mangkuk ni cuma tunjuk hero dalam blog dan ceramah je. Satu hala. Cuba buat dua hala macam dalam forum, memang out la bai. Malam tu pun tak terlawan dengan hujah Khalid Samad. Senyap sunyi bai. Lain kali jangan cakap besar. Biasanya hujah Zulkifli Nordin didalam blognya penuh dengan sentimen dan emosi. Berfakta la sikit. Lihat Khalid Samad, penuh fakta dan hujah. [klik link] Zulkifli Nordin dalam isu kalimah ALLAH bukan sahaja melawan Khalid Samad malah keputusan Partinya sendiri.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Peguam den

Hari ini dalam blognya, Zulkifli Nordin mengatakan Khalid Samad menghina Islam kerana menghina Enakmen Negeri Selangor. [klik link] Eh bai, Enakmen yang dimaksudkan oleh Khalid Samad tidak bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana Enakmen atau undang-undang Negeri yang tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah adalah menghina Islam. Sepatutnya kita patut julang Khalid Samad sebagai HERO kerana menjulang martabat Islam. Ini terbalik bai. Lupo lak den, peguam kan pandai spin fakta. Takpo bai, den hantar peguam den jawab balik hujah kau. Maleh den nak pakai hujah-hujah Al-Qaradhawi dan Wahbah Zuhaili. Wasting my time lah. Zulkifli Nordin !!! Kau baco hujah peguam den ni. Jangan tak klik bai.

Sunday, January 17, 2010

ISLAM : A Blessing to Malaysians

oleh ali :

Negaraku apa khabar ?? Den nak kongsikan satu dialog agama yang telah berlaku dua tahun yang lalu. Wacana ini menarik dan harmoni. Ia telah berlaku pada 18 Disember 2007. Dah duo tahun bai, kenapo den baru tahu sekarang ?? Dalam wacana tu yang den kenal cuma 3 orang. Hasrizal, Tricia Yeoh dan Wan Saiful Wan Jan.

Ustaz Hasrizal, anda semua tentu kenal, den maleh nak perkenalkan. Ustaz ni terlalu teruja dengan KungFu Panda. Tah apo kono eh. Wan Saiful Wan Jan ni pernah bertanding sebagai apo tah kat England. Sebagai ahli parlimen kot. Tapi tak monang. Takpo bai, kau bertanding kek Malaysia. Ado hati nak ganti Gordon Brown. Muko tak malu. Ha Ha Ha. Tricia Yeoh den maleh nak komen. Dulu dio pernah mengurat den maso dio kojo kek Centre for Public Policy Studies (CPPS). Jadi Director CPPS maa. Den buek tak layan lamaran Tricia. Tricia patah hati lalu tinggalkan CPPS untuk join pejabat Menteri Besar Selangor. Tricia Yeoh cakap dengan member den yang muko Tan Sri Khalid Ibrahim ado iras-iras muko den. Ha Ha Ha. Suko hati ekau lah. Maleh den nak layan.

Tengok youtube yang den bagi sampai habis bai. Walaupun diaorang cakap bahasa omputih tapi korang boleh faham punya. Rugi tak tengok sampai habis. Dua panelis lain terdiri daripada K.Shanmuga dari Malaysia Hindu Sanggam dan Rev. Dr. Hermen Shastri yang mewakili Gereja-gereja Malaysia. Banyak ilmu dan pengalaman para panelis kongsikan bersama audiens. Jom kita sama-sama saksikan.



Sambungan-> [Part 2/6], [Part 3/6], [Part 4/6], [Part 5/6] dan [Part 6/6].

Saturday, January 16, 2010

ALLAH adalah TUHANKU

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Nampak gayanya polemik isu penggunaan nama ALLAH oleh non muslim berterusan dan berselang-seli dengan keganasan samada membakar atau menyimbah cat gereja. Rumah ibadat Sikh dan pejabat peguam juga diprovokasi oleh golongan mangkuk yang sampai hari ini tidak dapat dikenalpasti. Apo nak jadi ni bai. Perbincangan di facebook den lihat sangat harmoni dengan masing-masing mengemukakan pendapat dan hujah dengan baik tanpa emosi. Den puji komuniti facebook berbanding NGO-NGO muslim yang terpekik terlolong berdemo selepas solat Jumaat. Hari ini, Jumaat 15 Jan 2010 tidak pula mereka meneruskan demo besar-besaran mereka. Nampak sangat hangat-hangat taik ayam. Jelas mereka dipergunakan. "Political motivated" kata orang kampung den.

Alan Bently

Click for enlarge. Bently berbeza pendapat dengan den

Den mula-mula ingat David Bently ni bekas pemain Arsenal. Sebelum dia makan gaji dengan Spurs, dia main dengan Blackburn Rovers. Ha Ha Ha. Den tersilap, rupanya Alan Bently. Perspektif orang yang revert kepada Islam berbeza dengan muslim baka yang menyokong penggunaan nama ALLAH oleh penganut agama lain. Alan Bently adalah SB. Saudara baru la bai. Alan Bently mempertahankan pendapat bahawa God iaitu tuhan jika mahu ditukarkan kepada bahasa Arab ialah ilah. Ilah adalah tuhan. ALLAH pula adalah kata nama khas. Masuk akal juga hujah dia. Den hormat pendapat dia. Hormat tak semestinya kita menerima pendapat dia. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan Alan Bently.

Shah Kirit

Click for enlarge. Majalah Al-Islam Julai 2008 muka surat 24. Shah Kirit ni kalau kulit kaler putih mesti sejibik muko macam Khalid Samad. Seghoman bai

Den ingat Alan Bently ni berguru dengan Shah Kirit kot. Sebab mereka sependapat dalam isu ini. Shah Kirit telah lama menyatakan pendapat beliau sejak Julai 2008 lagi. Pendapat ini telah direkodkan oleh Majalah Al-Islam. God jika ditranslate secara harfiah ke dalam bahasa Arab mestilah ilah bukan ALLAH. Ilah adalah kata nama AM manakala ALLAH adalah kata nama Khusus atau kata nama Khas. Tapi Shah Kirit ada letak bom. Dia ada letak racun. Pasal dia ni power pasal Bible, dia cakap orang Katholik akan bermasalah dan keliru bila God ditukarkan menjadi ALLAH. Klik link ini untuk rujuk ayat-ayat Bible yang akan beri masalah kepada para penganut Kristian jika GOD ditukar kepada ALLAH.

Aik, yang kau nak defend orang Kristian apa hal pulak. Kita memang nak diorang bermasalah. dan keliru. Mangkuk betul la. Kita sebagai orang Islam akan tolong setelkan masalah dan kekeliruan mereka (Penganut Kristian). Itulah dakwah. Walaupun Shah Kirit dah lama jadi SB, tak semestinya dia ni maksum.

"Eh bai kau tak takut ko kono tangkap dengan SB"
"Den Ali la bukan lobai. SB tu saudara baru la mangkuk"



Kenkawan kono tengok youtube penerangan Shah Kirit di atas sampai habis. Kira fatwa terbaru dia la kot. Tak banyak beza dengan interview dia dengan Majalah Al-Islam tapi ada sedikit improvement dan den puji dia. Dalam youtube di atas Shah Kirit menyatakan kebimbangan dia bila Bible ditranslate ke dalam bahasa Melayu dan menggunakan nama ALLAH sebagai tuhan. Bagi den, translate je lah. Bukan ado masalah apo pun. Bahasa English ke bahasa Melayu tak banyak beza. Bila Shah Kirit kata orang Kristian Katholik bermasalah jika Bible English version ditukar GOD kepada ALLAH, tentulah bila Bible dibahasamelayukan akan menambah masalahkan kepada pendakwah Kristian.

Abdullah Munsyi

Sudah lebih seratus tahun Bible dibahasamelayukan di Sabah dan Sarawak. Bible bahasa Melayu mereka terang-terang menyebut nama/kalimah ALLAH. Dalam temubual antara Shah Kirit dengan Majalah Al-Islam, Shah Kirit menyatakan Bible bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1996. Salah tu bai. Dah ratus tahun. Sejak zaman Abdullah Munsyi lagi. Abdullah Munsyi adalah orang Melayu pertama translate Bible ke dalam bahasa Melayu. Malah dalam tulisan jawi. Abdullah Munsyi translate GOD ke dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH. Klik untuk baca catatan Hasmi Hashim.

Ramai tak Melayu zaman Abdullah Munsyi masuk Kristian ?? Jawapan ada pada anda.

Kenapa Shah Kirit & NGO Melayu Muslim bimbang ?

Memang diaorang ni ada point untuk bimbang. Kebimbangan mereka berasas. Paper mingguan The Herald Tribune yang mewakili penganut Kristian Katholik kat Malaysia ni sebenarnya melawan keputusan Katholik dunia yang berpusat di Vatican City (terletak dalam negara Itali). God is GOD. Tuhan adalah GOD. Itu pendirian Vatican City. Sila lihat u tube kat bawah ni sampai habis.



Bishop Katholik kat Belanda yang mahu GOD ditukarkan kepada ALLAH, Vatican City boo layan. Paderi Moore siap kondem penggunaan nama ALLAH dan mengaitkannya dengan aktiviti keganasan. Guna nama ALLAH dikaitkan dengan terrorist. Peh bermati-matian Sang paderi ni tak nak guna nama ALLAH sebagai ganti GOD.

"Li, apepasal Vatican taknak guna nama ALLAH"
"Selalu kau panggil den bai. Buang tebiat ko ??"
"Ala karang la ekau marah den. Bai soklan den kau tak jawab"
"Ha Ha Ha"

Dialog antara Aku & Jenny

Ado amoi ni selalu datang kodai famili den. Den suko berkawan dengan dia. Jenny namo diberi. Cantik dan baik orangnya. Dari nama pun kita tahu dia ni penganut Kristian. Persepsi bai. Dari nama kita dah boleh agak apa agama dia. Itu iklim di Malaysia. Bila gereja mula dibakar kat Lembah Klang, den dengan Jenny masih maintain good conversation. Bila Jenny datang kodai den, sikit pun den tak sentuh isu ni. Gereja ke-5 terbakar. Gereja ke-6 disimbah cat. Jenny dah kurang sikit berdialog dengan den. Alamak den raso tak sodap hati. Tiba-tiba gereja kat Seremban Dua belakang Jaya Jusco kono bakar. Jenny still datang kodai den. Kali ni dia bawak Bible. Tak pernah-pernah amoi ni bawak Bible, tiba arini dia bawak kek kodai den. Ado baco yasin ko malam ni ?? Ni baco yasin ala Kristian la kot. Orang Melayu ni suko buek apo yang nabi tak buek. Tak pernah lagi den baco hadis, Nabi, Abu Bakar, Umar, Ali dan sahabat-sahabat yang lain duduk reramai malam jumaat baca yasin secara berjemaah. Kalau ado hadis tu tolong bawakkan kek den. Yang sahih bai. Yang hadis palsu den tak pakai.

Ini bukan Jenny. Tapi muko dio seroman dengan gambar ni. Cantik tak?

Sambung balik pasal Jenny. Tetiba den mintak Bible kek tangan Jenny. Dialog ni memang benar-benar terjadi.

"Jenny.Itu Bible ke? Bagi jap"
"Mau bikin apa Ali?," sambil serah Bible kek den.
Den pun buek-buek baca."Eh Jenny, dia tulis God sebagai God la"
"Memangla," kata Jenny. Agak ea dalam hati mesti cakap den ni mangkuk.
"Ooo. Infact you panggil God sebagai God la"
"Tidak juga. Kami panggil God sebagai Jehovah"
"Hah," den terkejut. "You Katholik ke?"
"Bukan la. I dari Seventh-Day Adventist"
"Hape tuh"
"I bukan dari Katholik maa"
"Apa beza Katholik dengan seben ape tadi.."
"You panggil SDA atau Adventist je. Kami berbeza sebab tak makan babi. Just makan sayur. Ala you search kat internet la"
"Ok ok. Saya mau pinjam ini Bible. Hehehe. Boleh tak"
"Cannot. I want to read it tonite. Nanti habis I bagi you"
"Ini Bible version ape ?? King James ke"
"Bukan lah. NIV version"
"Uiks," apepasal malam ni den banyak kali terkejut.
"Ini New International Version"
"Ooo." Yang den tahu King James dengan Al-Muqaddas. Ha Ha Ha.
"Tapi tak unfair la diaorang bakar gereja"
"Betul kata you Jenny. I pun tak suka," alamak bai.
"Tengok you pun tak suka." Time ni mata Jenny berkaca. "Tak baikla you all buat minoriti macam ni." Jenny tak puas hati maa. Den dapat rasakan melalui mata dia.
"But we don't catch the culprit yet. Rite?" Den tetiba cakap orang kampung bolah omak den. Mata den berkaca sebab menahan malu sebab Jenny dah macam tuduh Melayu yang bakar Gereja. Den dahlah secara rasmi dilihat sebagai Melayu. Babi laa Melayu mana yang bakar gereja tu."Maybe Iluminati, maybe CIA or maybe Singaporean burn the church. It could be anyone." Peh berabuk den cakap omputih. Tah betul ke tidak. Kena cover maa. Belum tentu Melayu yang bakar gereja tu.
"Yeah rite. But important thing we live in harmony.Rite. Ok la Ali. I got to go. Bye"

Aik belah macam tu je. Tapi sebelum dia pergi dia bagi senyuman dia yang paling manis kek den. Biasala orang kacak ni pompuan suka senyum yang manis-manis je. Jangan jeles bai. Jenny tentu terguris dengan kejadian bakar gereja tu. Dah tentu kejadian tu menyebabkan penganut berbilang aliran Kristian walaupun berbeza mazhab antara satu sama lain, pasti terasa trauma dan benci terhadap orang Islam Malaysia. Sebab kejadian tu berlaku semasa isu nama ALLAH tengah hangat. Tentu diorang tuduh orang Melayu gak yang bakar tu. Tahniah la sape yang bakar tu. Anda telah berjaya membina tembok berapi antara den dengan Jenny. Sepatutnya kita semua yang mengaku muslim membina jambatan dengan penganut agama lain. Barulah senang nak dakwah. Bukan tembok. Macam mano den nak dakwah Jenny lepas ni ??

Senario Kristian di seluruh dunia

Den tak tahu secara detil. Kristian yang aliran Adventist pun baru malam tadi tahu. Jehovah sebagai nama tuhan ?? Itu pun first time den dongar. Selamo ni yang den tahu Kristian menyebut tuhan sebagai Elohim dan Yahweh. Kalau Yahweh ni banyak dipakai oleh Yahudi yang beragama Judaism. Ini den cite apo yang den tahu la. Kristian ni terbahagi kepada 3 mazhab yang besar. Tapi diaorang ado beratus-ratus aliran. Kita cerita 3 mazhab terbesar ni dahulu. Ia terdiri daripada Katholik, Orthodox dan Protestant. Apa-apa hal ia semua bermula dari Rom. 300 ratus tahun selepas nabi Isa diangkat naik ke langit, Council of Nicea baru sahaja melantik Isa sebagai tuhan. Oleh kerana Kristian di lihat sebagai Rom(Bangsa Itali) maka yang bukan bangsa Rom tak puas hati. Rom adalah Kristian. Kristian adalah Rom. Aik macam sama dengan falsafah Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Lu pikir la sendiri. Lalu yang tak berpuas hati dengan Rom buat mazhab baru iaitu Orthodox . Empayar Rom yang besar itu telah berpecah 2. Rom barat(Orang Itali) dan Rom timur(Bukan berbangsa Itali). Rom timur yang dikenali sebagai Empayar Byzantine sekarang menganut Kristian Orthodox. Byzantine berpusat di Constantinople. Sekarang, Kota Constantinople telah menjadi Kota Istanbul yang terletak dalam negara Turki moden. Protestant pula juga adalah pecahan dari Katholik Rom dan bermula dari Eropah Barat lalu merebak berkembang hingga ke tanah besar Utara Amerika. Faktor utama perpecahan Protestant dengan Katholik kerana pencerahan atau 'Englightenment'. Mereka tidak sanggup diperbodohkan akal mereka yang sihat oleh Katholik. Itu cerita pada zaman gelap Eropah apabila gereja Katholik terlalu powerful dan korup. Itu kita cerita dalam episod yang lain.

Metod dakwah yang berbeza antara mazhab

Empayar Byzatine yang menganut Orthodox ni terdiri dari Greek, Turki, Utara Mesir, Timur Tengah dan kemudianya merebak ke Eropah Timur dan wilayah Russia moden. Orthodox ni jika nak diikutkan tidak punya banyak masalah dengan orang Islam sebab pendirian atau polisi mazhab mereka
ialah tidak wajib berdakwah kepada yang bukan Orthodox. Berbeza dengan Katholik, penganut mereka wajib berdakwah kepada yang bukan Katholik. Malah memaksa mereka yang bukan Katholik untuk terima Kristian Katholik dengan apa cara sekalipun. Tidak kisahlah dengan cara menipu, rasuah kekayaan kepada yang miskin, secara sihir, taqiyyah, memanupulasikan fakta, berdebat, berhujah dan bermacam-macam cara lagi. Pendek kata, dalam dakwah, Katholik membenarkan matlamat menghalalkan cara. Wajib maa. Penganut Katholik jika tidak berjaya mengkatholikkan yang bukan Katholik maka hukumnya di akhirat adalah bermastautin di neraka. Berat tu bagi penganut Katholik. Itu pasal mereka bersungguh menjalankan program kristianisasi di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Contoh, hukum mendirikan solat bagi muslim adalah wajib. Begitulah Katholik mengkatholikkan bukan katholik. Hukumnya adalah wajib. Bagi penganut Protestant, dakwah kepada bukan Protestant hukumnya sunat kot. Raso den la.

Kristian di Tanah Arab

Orang Arab yang beragama Kristian di Timur Tengah majoritinya bukan Katholik. Jika di Mesir, orang Arab yang Kristian bermazhab dengan mazhab Koptik iaitu salah satu aliran dari Orthodox. Jika di Palestin terutama di Baitlehem yang terletak di Baitulmuqaddis orang Arab Kristian pula menganut mazhab Kristian Greek yang ori juga salah satu aliran Orthodox. Jadi orang Arab Kristian yang bermazhab Orthodox ni tidak menjadi musuh orang Islam di negara-negara Arab kerana Orthodox tidak melancarkan program kristianisasi. Mereka tak keluar berdakwah pun kepada orang Islam. Arab kristian tidak mempunyai agenda memurtadkan orang arab Islam. Jadi jika mereka menggunakan kalimah ALLAH sebagai tuhan, muslim arab tidak mencurigai mereka. Muslim Arab tidak prejudis dengan Arab Kristian. Kalau ikut logik, memang logik lah ulama'-ulama' Arab tidak pernah mengeluarkan larangan penggunaan kalimah ALLAH untuk Arab Kristian. Sebab Arab Kristian dipercayai tidak akan memanipulasikan kalimah ALLAH untuk mengelirukan muslim Arab.

Kalimah ALLAH di Wikipedia

The government of Malaysia in 2007 outlawed usage of the term Allah in any other but Muslim contexts, but the High Court in 2009 revoked the law, ruling that it was unconstitutional. While Allah had been used for the Christian God in Malay for more than four centuries, the contemporary controversy was triggered by usage of Allah by the Roman Catholic newspaper The Herald. The government has in turn appealed the court ruling, and the High Court has suspended implementation of its verdict until the appeal is heard. In the wake of this dispute, there were a number of attacks on three Christian churches in Kuala Lumpur, one in Penang, Malacca & Miri respectively in January 2010.[34]

Lihat, wikipedia cepat update perkembangan terkini isu kalimah ALLAH kat negara kita. Siap buat satu perenggan khas untuk isu itu. Nampaknya dunia luar mengambil isu ini sebagai case study. Sebab Malaysia ni kan unik. Malaysia boleh! Perkembangan Malaysia dipantau dengan rapi oleh masyarakat antarabangsa sekarang ni. [Klik link wikipedia tersebut]

Keadaan Eropah terkini

Eropah zaman Katholik berkuasa dengan Eropah zaman sekarang amat berbeza. Masyarakat Eropah adalah masyarakat membaca. Masyarakat yang maju. Masyarakat mereka tidak mudah ditipu. Misalnya, jika ada orang mengatakan Islam adalah pengganas maka masyarakat mereka tidak akan mudah mempercayainya dengan melulu. Mereka akan kaji dan membuat analisa sendiri. Lihat sahaja pada Yvonne Ridley dan Yusuf Islam (Nama asal Cat Stevens). Mereka mengkaji. Mereka mencari maklumat mengenai Islam. Mereka berdikari dalam usaha mencari kebenaran. Bila hidayah ditemui, mereka mengucap 2 kalimah syahadah. Sudah tentulah Katholik mengharamkan penggunaan nama ALLAH dalam Bible mereka di sana. Bak kata Shah Kirit tadi, ia akan bikin big problem bagi Kristian dan Katholik. Orang Eropah akan cepat menerima Islam jika GOD ditukar pada ALLAH. Lihat sahaja populasi muslim di Eropah dan Amerika Utara meningkat berkali-kali ganda selepas 911.

Keadaan Malaysia terkini

Masyarakat Melayu pemalas. Malas membaca. Malas mengkaji. Malas cari duit. Serba serbi malas. Orang yang malas mudah dimanupulasi. Orang malas bodoh dan mudah diperbodohkan. Mudah diperkotak-katikkan. Mudah dibeli. Mudah dibakar sentimennya. Tidak pandai berdikari. Mudah hilang jatidiri sendiri. Tidak menepati masa. Perangai seumpama lalang. Melayu Islam di Malaysia masih dalam kegelapan. Pencerahan itu ada. Tapi belum sehebat masyarakat Eropah moden yang ada sekarang. Dikhuatiri nanti orang Melayu Islam mudah terjebak dalam dakwah(Orang Melayu panggil 'Dakyah') Kristian Katholik lalu menjadi murtad. Jadi kebimbangan Shah Kirit, Harun Din, Abim, NGO-NGO Melayu muslim dan para mufti memang ada kewajarannya.

"Abis ko sokong mana ni Ali ?"
"Kau boleh diam tak mangkuk. Den belum habis cito lagi"

Pendirian den

Den mengutamakan kebenaran dari sentimen dan emosi. Semoga begitulah hendaknya sehingga habis nyawa di halkum. Insya allah. Kalau org lain den tak tahu. Den raso semuo org mengutamakan ilmu yang benar dan sahih sahaja. Den pernah bincangkan bahawa Nabi Isa menyebut tuhan dengan kalimah ALLAH dalam filem arahan Mel Gibson. [Klik untuk melihat artikel yang dimaksudkan] Jika yang lain mengupas ayat-ayat Al-Quran dan hadis, biarlah den dengan sejarah hidup Nabi. Abdullah adalah bapa nabi kita Muhammad. Yang bagi nama Abdullah dah tentulah Abdul Mutallib. Abdullah bermaksud hamba ALLAH. Apepasal Abdul Mutallib tak letak nama Abdul Ilah ?? Kenapa mesti Abdullah. Bak kata Shah Kirit sepatah, Ilah adalah gantinama tuhan dalam bahasa Arab. Ilah adalah gantinama Am bagi tuhan. Manakala ALLAH adalah gantinama Khas\Khusus.

Nama Bapa Baginda

Kenapa Abdul Mutallib masih guna nama ALLAH untuk menamakan anaknya ?? Untuk soalan lebih ekstrem apa agama yang dianuti oleh Abdul Mutallib dan Abdullah ?? Jika Islam, baik tak payah lantik Muhammad sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Jika nama ALLAH haram digunakan oleh bukan muslim, kenapa Nabi kita Muhammad tidak menukar sendiri nama ayahandanya dari Abdullah kepada Abdul Ilah ?? Abdullah ayahanda Nabi tidak sempat pun bersyahadah seperti kita muslim bersyahadah pada hari ini. Semua orang tahu Nabi kita Muhammad adalah anak yatim piatu. Umur baginda mencecah 40 tahun baru dilantik ALLAH sebagai Rasul akhir zaman. Habis takkanlah kita nak tunjuk lebih pandai dari Nabi Muhammad. Benda yang Nabi kita tak haramkan janganlah pula kita memandai haramkan. Kata nak ikut Nabi.

Solusi

Orang Melayu Islam wajib faham Islam sebagaimana Nabi Muhammad dan para sahabat faham Islam. Yang terpekik terlolong berdemo membantah penggunaan kalimah ALLAH bagi Katholik Malaysia, disamping menjadi alat kepada UMNO secara automatik, mereka juga mahu mengekalkan atau maintain status quo sikap dan sifat umat Melayu Islam yang ada tanahair. Itu yang sikit-sikit guna kuasa. Itu yang sikit-sikit guna ISA. Para alim ulama' termasuk mereka yang berada di Jabatan Agama kerajaan Pusat dan Negeri dan para mufti tidak mahu gunakan hujah/dalil untuk berhujah dengan yang jahil. Mereka yang berilmu dan berjawatan ini pemalas. Liat untuk mereka ini keluar dari bilik Air-Cond pejabat mereka. Mereka tak mahu keluar dari daerah keselesaan mereka.

Agama bagi mereka sekadar office hour. Itu yang ada kes cina nak masuk Islam kena halau.

"Aloo Encik saya mahu masuk Islam"
"Sekarang dah pukul 5.15 petang. Awak datang esok pagi lah"
"Sekarang talak boleh ka Encik"
"Tak boleh. Saya dah nak balik ni. Esok jangan lupa datang waktu pejabat. Jangan nak menyusahkan saya datang di luar waktu pejabat"
"Haiyaa. Babi punya Melayu"

Membunyikan Al-Quran

Kalau cina tu mati sejam kemudian macam mana. Mangkuk. Mangkuk. Dan mangkuk. Para penjawat agama di Malaysia ni bila dah makan gaji dia jadi malas. Pemalas. Lupa lak mereka ni kan Melayu. Melayu kan pemalas. Sepatutnya pekara pertama yang dilakukan oleh para alim ulama' kita ialah mengubah paradigma mentaliti orang Melayu dari membunyikan Al-Quran kepada membaca Al-Quran. Entah ajaran sesat mana mengatakan bila anak Melayu khatam Al-Quran maka dah sempurna Islamnya. Eh bai, anak kau macam burung kakak tua. Hanya membunyikan Al-Quran tanpa memahami apa yang dibunyikan. Jika kita dalam mood membaca, kita faham apa yang kita baca.

Itu sebab kita tak hairan bila Aisyah Bukhari yang dikatakan hafal Surah Yasin masuk Kristian. Dia cuma hafal membunyikan Surah Yasin. Dia tak faham pun apa yang dia bunyikan dari dada hafalannya. Jika orang Melayu faham apa yang dia baca setiap malam Jumaat iaitu Surah Yasin, mereka sudahpun menjadi pendakwah yang hebat. Kalau faham la apa maksud tersurat dan tersirat Surah tu.

Imunisasi

Para alim ulama' dan juga mereka yang mempunyai kesedaran Islam perlu keluar berjuang berdakwah seperti mana Nabi Muhammad berdakwah. Nabi Muhammad berdakwah bukan ikut waktu pejabat bai. Para pendakwah dan ulama' mesti mengimunisasikan orang Melayu dengan ilmu agama yang benar. Bukan dimomok-momokkan. Misalnya kalau kau haramkan jugak penggunaan nama ALLAH di Malaysia. Orang Melayu masih boleh berjumpa dengan orang bukan Islam yang gunakan nama ALLAH samada dalam penulisan di internet atau pergi ke luar negeri. Macam mana kau nak halang ?? Takkan orang Melayu monggok begitu sahaja kat rumah. Dia tentu berjalan-jalan ke seluruh dunia. Orang Melayu juga manusia. Seperti bangsa lain orang Melayu pasti keluar dari tempurung mereka. Ooo kau rasa ekau ni ulama' yang hebat, kau nak sound Obama suruh menghentikan penggunaan kalimah ALLAH oleh non muslim seluruh dunia. Sapa lu ??

Senang nak faham, kita lihat bayi. Kita tidak mahu bayi itu diserang oleh penyakit di sekeliling environment bayi tersebut. Jadi bayi tersebut kita rutinkan dengan program imunisasi melalui beberapa siri suntikan agar badannya tahan melawan penyakit yang merbahaya. Itu pasal rakyat Malaysia ada tanda BCG di lengan masing-masing. Kira senang je nak kenal rakyat Malaysia ni. Tak payah pakai kad pengenalan. Penyakit-penyakit merbahaya kepada bayi itu adalah seumpama dadah, Ayah Pin, program Kristianisasi, cara hidup barat, hiburan melampau, seks bebas, pengaruh rakan sebaya, mat rempit dan lain-lain. Kiro gejala buruk yang menempah tiket awal ke neraka jahanam la. Siri suntikkan imunisasi itu pula adalah ilmu-ilmu Islam yang sahih yang berterusan diberikan kepada kita serta mengamalkannya dengan ikhlas kerana ALLAH. Bayi itu adalah kita umat Islam. Para ulama' dan NGO-NGO muslim yang membantah kalimah ALLAH digunakan oleh non muslim seumpama tidak mahu bayi itu disuntik sebab malas nak pegi klinik lalu bayi tersebut di letakkan di dalam rumah yang kedap udara. Bukankah udara adalah medium utama penyebaran penyakit-penyakit merbahaya?? Sekat udara diumpamakan sebagai sekatan atau undang-undang yang tak masuk dek akal, sobab nak mengekal cara hidup yang selesa yang selama ini dinikmati. Malas dan tak mahu keluar dari zon keselesaan adalah faktor utama. Apa akan jadi pada bayi yang hidup dalam rumah kedap udara tu ?? 2-3 hari je. Lepas tu, bayi dengan makbapak-makbapak dia sekali mati dalam rumah tu. Begitulah gambaran yang den cubo nak bawakkan kepada korang semua. Umat ini akan mati jika tidak segera diimunkan.

Ilmu agama mesti diajar sebagaimana Nabi Muhammad mengajar Islam kepada para sahabat. Oleh sebab kita gagal mengajar macam yang Nabi buat terhadap sahabat lah yang menghasilkan umat yang lemah ilmu dan jatidirinya. Jika kita mengajar dengan cara yang betul, kita dah imun umat dengan ilmu-ilmu agama yang patut, sudah tentu mereka menjadi pejuang dan pendakwah agama yang hebat seperti para sahabat Nabi. Ini sikit-sikit haram. Ini sikit-sikit ban.

Sekarang kat Selangor, non muslim tak boleh bagi salam kek den. Mangkuk betul la Hasan Ali ni. Khusrin tu agaknya dah memang halal kita baling kasut kek muko dio.

Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

Ilmu agama Hasan Ali dengan Khusrin lagi hebat dari Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kot. Al- Qaradhawi juga tidak mempunyai masalah jika non muslim menggunakan kalimah Allah dalam urusan ibadat mereka.

Bakar cara hidup yang tak patut

Selain itu, para agamawan juga perlu mengajar umat untuk membakar cara hidup hedonisma dan cara hidup barat yang bertentangan dengan norma-norma Islam. Hiburan memang melalaikan orang Melayu. Orang Melayu ni hebat, pemalas tapi rajin berhibur. Pendakwah dan para agamawan perlu genius berdakwah menjadikan orang Melayu ni terhibur dengan solat. Wahai sahabat-sahabatku, Nabi Muhammad dengan para sahabat rajin bersolat sunat kerana terasa terhibur menyembah ALLAH yang tidak beranak dan memperanakkan itu. Jika kita semua yang sudah mempunyai kesedaran ini pro-aktif, dah lama Melayu yang beragama Islam ini hebat.

Apa macam bai. Masih ado harapan ko ??

Friday, January 8, 2010

Dalam filem "The Passion of the Christ", Nabi Isa menyebut tuhan dengan nama ALLAH

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Dalam keributan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, den teringat yang den pernah menonton filem The Passion of Christ melalui Vcd. Time tu den perasan filem tu bilo den 2 kali menonton filem Puteri Gunung Ledang kat pawagam. Filem The Passion of Christ(TPOC) ditayangkan serentak dengan filem Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004 (Jiko tak silap den). Kali pertama tengok PGL memang best. Jarang ada filem Melayu yang ado kualiti macam tu dan den ni bukan peminat filem Melayu. Kalau kat panggung wayang den layan cite omputih dengan cite Jackie Chan. Esok datang lagi, kali ni nak tengok TPOC. Tiba-tiba member den halang.

Pengaruh rakan sebaya

"Hoi mangkuk jangan tengok cito tu"
"Apepasal tak boleh lak ?"
"Li, kau tak nampak signbord tu. Orang Islam tak boleh menonton filem ni"
"Poduli 'an. Bukan duit bapak dio yang kito pakai"
"Takut la den. Kang kono tangkap lak"
"Bukan ado polis. Oh hai macam tak ponah buek jahat lak kau ni"
"Den bukan takut ngan polis. Kang jadi kapir kito lopeh tengok cito tu"
"Osah mangkuk lak eh kau ni"
"Li, jomlah kito tengok PGL. Den belanjo"
"Apokajadahnya tengok sampai duo kali. Kalau cito Titanic nak jugak den tengok"
"Ala jomla li, den tak pueh tengok Tiara bokomban"
"Bini orang kau nak skodeng. Sukati kaulah. Janji kau belanjo den McD lopeh ni"
"Ha Ha Ha. Takda hal la"

Mel Gibson dan pelakon yang memegang watak nabi Isa.

Misi dilancarkan

Pandai member den racun den. Terpakso la den tengok PGL sampai 2 kali. Selang beberapa bulan, den mulakan misi mencari TPOC. Akhirnya jumpa gak kat kedai Vcd kat Soromban. Bapak kemain mahal Vcd tu. Boli yang ori la katakan. Pokai den. Tapi den puas hati dengan filem tu. Memang detil filem arahan Mel Gibson tu. Mutu filem TPOC berada dalam kelasnya yang tersendiri. Lebih power dari filem arahannya sebelum ni iaitu Braveheart. Bilo kali kedua den tengok Vcd TPOC, den perasan pelakon utama yang memegang watak Nabi Isa iaitu Jim Caviezel menyebut 'Allah'. Kalau sekali lalu memang tak perasan. Den takdo la amik pusing sangat.

Baru hari ni den teringat TPOC. Misi mencari kembali Vcd TPOC dilancarkan pagi tadi. Bersepah bilik den kojap. Yang den jumpo kaset-kaset Butterfinger dengan Korn. Kaset Raihan pun ado. Ha Ha Ha. Aduss mano poie Vcd-Vcd den ni.

"Bu mano den punyo Vcd-Vcd !!," jorit den. Den ingat ibu den ado kat luar.
"Tona lak eh suro kau. Den lum pokak laie," sahut ibu den kat dapur.
"Laa kek dapur. Orang ingat ibu buek sesi mengumpat dongan Cik Napsiah"
"Mengumpat apo pepagi buto ni. Kau poie boli roti canai dengan Harakah. Ayah kau nak"
"Harakah dah tutup. Mano ado jual laie," pepagi lagi den bohong sunat.
"Kau tak usah menipula. Cik Mail kau semalam dah boli"
"Yolah-Yolah. Ibu ado nampak tak kotak Vcd den"
"Den dah humban 'an. Tah aponamo eh Vcd-Vcd tu"
"Den maleh lah boli roti canai"
"Buruk lak eh muko merajuk. Macam budak merah. Tu stor apo guno eh"
"Ibu tahu tak ibu ni lagi cantik dari seniwati Sarimah"
"Poie lokeh boli roti canai. Den dah lapa ni. Nak suruh bini kau masak, kau lum kawin"
"Yolah-yolah"

Selepas maghrib

Huuu. Menyampah den boli Harakah. Lopeh posan roti canai. Den balik rumah dan sambung balik misi cari TPOC kat stor. Memang jumpo kotak Vcd den. Tapi Vcd TPOC takdak. Laa baru den teringat. Ado satu mangkuk pinjam 2 tahun lepas dan dio tak pulangkan balik kat den. Dio pulak berada kat luar negeri. ISA SAMAD !!!

Den sebenarnya nak cari scene Jim Caviezel sebut namo ALLAH dan kongsikan bersama dengan pengunjung-pengunjung blog Baganutama yang amat setia bersama kami. Mati akal den. Takkan den nak naik KL cari Vcd atau Dvd TPOC. Den tak berduit lak sekarang ni. Lepas solat maghrib tadi, tiba-tiba datang satu suara .

"Eh bai, cubo kau cari kat youtube"
"Den Ali la bukan Man Bai"
"Tak kisah la, poie cari kek situ"

Scene yang dinanti-nantikan oleh anda semua

Tah mano la datang suara mangkuk tu. Betul jugak. Mana tahu ado kek youtube. Den mulakan misi cari TPOC kat youtube lepas maghrib tadi di samping tidak lupa berchatting dengan makwe-makwe antarabangsa melalui facebook termasuklah makwe dari negara Gabon. Ha Ha Ha. Alhamdulillah. Akhirnya den jumpo scene tu kat youtube. Dan den kongsikan sekarang bersama anda semua. Tumpukan perhatian anda pada minit ke 1.05 dan ulangannya selepas itu.



Apa matlamat Mel Gibson ?

Nama Muhammad sebagai Rasul selepas Nabi Isa pun ado disebutkan dalam scene tersebut. Tetapi dalam bahasa Aramaic la. "Eh Ali, kau nak buktikan apo sobonar eh". Ishh suara mangkuk ni lagi. Macam ni, siapa yang kenal Mel Gibson akan tahu bahawa mamat ni adalah anti yahudi. Dia cuba nak buktikan bahawa Yahudilah punca masalah dunia. "Tapi apa kena mengena dengan TPOC". Kau boleh diam tak mangkuk. Mel Gibson cuba nak bawakan kisah benar nabi Isa 12 jam sebelum ia wafat. Dia nak buktikan versi-versi yang ada sekarang tidak sahih dan diselewengkan oleh Yahudi. Jadi Mel Gibson berusaha bersungguh-sungguh menjayakan versi yang dianggap sahih olehnya. Kira dia bikin filem TPOC ni based on true story la.

Nabi Isa diseksa dalam filem TPOC.

Kecaman Yahudi seluruh dunia

Semasa pembikinan dan selepas filem TPOC ini ditayangkan di seluruh dunia, Mel Gibson mendapat kecaman yang tiada hentinya dari Yahudi-yahudi seluruh dunia. Alasan kecaman mereka ialah Mel Gibson sengaja memaparkan bahawa bangsa Yahudi ini zalim dan menindas Nabi Isa dan 12 orang pengikutnya. Orang Rom yang sepatutnya dipersalahkan. Mel Gibson buat tak reti je. Cayalah. Jika dilihat, versi Mel Gibson menghampiri kepada kebenaran. Mel Gibson membikin filem ini dengan teliti dan penuh berhati-hati. Of course la den beriman bahawa Nabi Isa yang kena seksa pada 12 jam terakhir sebenarnya adalah sahabat Nabi Isa. Nabi Isa telah digantikan Allah dengan sahabatnya. Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah lalu diangkat ke langit.

Cerita sebenar versi Islam

Nabi Isa akan turun semula ke bumi, mungkin pada zaman anak cucu den. Mana kito tahu. Pada masa itu Nabi Isa akan berjuang bersama-sama dengan Imam Mahdi. Versi ni Mel Gibson kono menuntut dengan kito. Sahabat Nabi Isa yang ditukar wajahnya menjadi muko Nabi Isa pula mempunyai 2 versi cerita. Satu, sahabatnya itu memang sanggup berkorban menjadi Nabi Isa dan menggantikan tempat dia. Lalu diseksa. Dua, ia adalah sahabat nabi Isa tetapi pengkhianat kepada perjuangan. Lalu dihukum Allah menjadi rupa nabi Isa lalu ditangkap oleh orang Rom kerana menyangka bahawa dia adalah nabi Isa dan diseksa sampai mati. Den tak tahu yang mano satu betul. Pilihan di tangan anda melalui ilmu masing-masing. Kongsilah bersama kami di Baganutama versi mana yang benar.Tapi versi nabi Isa diangkat naik langit adalah benar. Jadi filem TPOC sebenarnya merakamkan bahawa 12 jam terakhir kehidupan Nabi Isa sebenarnya adalah sahabat Nabi Isa yang ditukar wajahnya menjadi Nabi Isa. Bukan Nabi Isa. Mel Gibson cuma perlu mengubah 2-3 scene untuk menjadikan TPOC sebagai filem versi umat Islam. Versi yang kita imani.

Kesimpulan

Sebagai akhirnya, nama Allah telah lama digunakan sebelum zaman Arab Jahilliyah lagi. Nama Allah telah pun digunakan sejak zaman nabi Isa. Malah sebelum dari itu lagi. Daripada Shah Rukh Khan, lebih baik dianugerahkan gelaran Dato' kepada Mel Gibson. Ha Ha Ha.

YB Lo' Lo' membidas hujah artikel den

Oleh Yb Dr. Lo' Lo' :

Penjelasan Istana Hinggap & Kereta Presiden PAS

Bila pula saya cakap duit derma masa ceramah guna untuk kereta Presiden & Istana Hinggap Presiden? Memang terang-terang menipu dan memfitnah [Bawak mengucap Yb. Tarik nafas. Lepaskan. Fuh.Tarik nafas lagi. Lepaskan. Fuh. Tenang. Damai]. Awal-awal lagi menipu bila kata Presiden ada Istana Hinggap. Presiden duduk rumah biasa. Dia perlu rumah di KL sebab kerap turun KL kerana tugas. Saya bagi contoh, ahli dan pendokong PAS sanggup berkorban untuk pimpinan terutama Presiden kerana kita mahukan Presiden yang berat...[Den tak faham. Berat apo ni? Badan yang berat ke Yb] See More tanggungjawabnya terjaga kebajikannya, malah ada pendokong ( sudah pasti yang mampu dan berduit dan tak amik duit derma ceramah) yang sanggup menaja kereta dan lain lain asalkan Presiden ada kenderaan yang baik untuk pergi berdakwah dan turun seluruh negara berjumpa dengan rakyat. Saya tak sebut pun Presiden sekarang atau yang lalu.

Program padat Presiden PAS

Bayangkan kalau sekali turun negeri program padat: Jumpa pemimpin Negeri dan Kawasan, lepas tu mesyuarat sampai petang, petang ada Hi-tea pulak, lepas tu kuliah maghrib, malam ceramah umum sampai tengah malam. Pukul 1-pukul 2 pagi baru boleh berehat. Sepanjang malam sebelumnya travel, bermakna tidur dalam kereta je. Pagi-pagi dah nak bangun, kuliah subuh pulak. Pendek kata program back to back. Takkan sanggup kita layan pimpinan lebih-lebih lagi Presiden lebih kurang sahaja. Kalau dia sakit siapa yang susah, kalau kereta dia rosak siapa yang tak risau.

Pengalaman saya

Saya yang pimpinan kecil ni pun biasa begitu. Kita turun negeri memang kita serah seluruh tenaga dan masa unttk dipergunakan. Kita tak pernah tanya dan tak pernah tahu berapa penganjur nak bagi. Tidur pun terserah, kadang tidur rumah pimpinan kawasan, kadang-kadang di tempatkan di hotel biasa dan rumah-rumah kedai. Kita tak pernah complain pun. Nak turun nak ada orang pandu kereta, macam saya muslimat, kena bawa muslimat lain @ isteri pemandu, nak juga diberi sedikit saguhati, minyak kereta, tol, makan minum dalam perjalanan dan lain-lain. Kadang-kadang yang dalam sampul yang diberi tak cukup pun nak cover perbelanjaan yang kita keluarkan. Masa orang kutip derma, kita pun sumbang juga, biasanya penceramah bagi yang biru besar. Tolonglah jangan sebut pimpinan kaya dengan duit ceramah. Selalunya duit poket pasti kena keluar.

Click for enlarge. Hujah Yb Lo' Lo' di facebook.

Pengorbananku

Itu tak kira lagi kita tinggalkan suami/isteri dan anak-anak masa hujung minggu/malam. Masa orang berehat dengan keluarga kita terkejar-kejar ke tempat ceramah/program. Tentang duit kutipan ceramah memang digunaksn untuk cover kos menganjur ceramah, kalau tak, nak cari duit mana? Bukan ada peruntukan atau projek macam UMNO. Itu tak kira lagi duit peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masuk poket ketua bahagian UMNO. Kita dalam PAS takde semua tu. Kalau ada lebih buat apa? Abis markaz @ pusat khdmat tidak perlu diselanggarakan? Bayar sewa/tunggakan hutang, api, air, telefon, internet dan lain-lain hal utiliti. Nak baiki kerosakan, tandas tersumbat. Bumbung bocor, eh macam-macam lah. Kalau ada S/U kerja nak kena bayar gaji. Nak dapat duit mana? Ali Abu baru sekali dua kira duit derma ceramah dah ingat macam-macam. Sedangkan kita pimpinan kadang-kadang kena pula top-up jika tak cukup.

Markaz PAS kena jual

Ni bangunan markaz PAS kawasan Titiwangsa dah dibeli orang lain. Tuan rumah baru naikkan sewa dari RM1500 ke RM2500 sebulan. Mana nak cari duit? Kena pindah keluar cari tempat lain yang lebih murah. Ali Abu tahu ke kesusahan dan keperitan kita pimpinan yang diamanahkan tak kira lah peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Ali Abu nak kata apa pun terserah, nak mencarut pun ikut suka [Bilo maso den mencarut ni Yb?], jika itu akhlak yang diamalkan, tapi saya yakin ramai yang membaca tulisan saya ni akan memahami situasi sebenarnya. Kalau ada satu dua pimpinan yang hidup mewah biasanya mereka ada perniagaan sendiri, itu hak mereka; tapi apa yang saya tahu kebanyakan pimpinan PAS hidup taraf biasa. Kereta nampak mewah sebab kita memang melabur untuk kenderaan yang baik sebagai usaha untuk menjamin keselamatan semasa bergerak sana sini. Wallahua'lam. End.

* Tulisan Yb Titiwangsa ini dilihat buat pertama kali di ruang komen Baganutama [klik], kemudiannya di wall facebook beliau sendiri [klik] dan di facebook notenya [klik].

** Tiada perubahan dalam tulisan Yb Titiwangsa kecuali penambahan tajuk untuk subtopik dan penambahbaikkan perkataan dan bahasa mengikut standard Puan Ainon Mohd. Gaya dan idea asal dikekalkan. Jika tidak tulisan Yb ni nampak lekeh dan serupa macam blogger cikai macam den.

*** Untuk berlaku adil, tulisan Yb Dr. Lo' Lo' ini adalah respon kepada 2 tulisan den yang diterbitkan di Baganutama, pertama [klik] dan yang kedua [klik].

Apa akan terjadi jika kita tukar perkataan GOD dalam bible English sebagai ALLAH ?

Oleh Shah Kirit :

Contohnya:

1] Jesus said: "Allah is greater than I."- (John 14:28).

2] Jesus prayed to Allah - (Matthew 26:39).

3] Jesus said the most important commandment is "'Hear, O Israel, the Lord our Allah, the Lord is one. Love the Lord your Allah with all your heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength."- (Mark 12:29-30)

4] "I am Allah, and there is no other; I am Allah, and there is none like me"- (Isaiah 46:9)

5] "One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to Allah."- (Luke 6:12)

6] "Jesus of Nazareth was a man accredited by Allah to you by miracles, wonders and ... See Moresigns, which Allah did among you through him, as you yourselves know."- (Acts 2:22)

7] “I am the LORD your Allah, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.”- (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7)

8] Jesus prayed to Allah for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent…” - (John 17:3)

oleh ali :

Secara jujur, bilo den baca ayat-ayat bible tadi, den yakin orang Kristian bertambah percaya memang Allah itu tuhan yang esa. Malah ia membuktikan Isa iaitu Jesus bukan anak tuhan. Kita orang Islam boleh memperkukuhkan hujah bahawa doktrin trinity adalah palsu melalui kitab mereka sendiri. Itu hikmahnya yang tersirat. Sahabat-sahabat yang lain boleh tambah insya allah.

Wednesday, January 6, 2010

Banner anti Ariffahmi tersebar di Kelantan. Adakah Ariffahmi Trojan Horse UMNO di Kelantan?

Oleh ali :

Salam satu Kelantan. Nampaknya krisis di kelantan belum berakhir. Rundingan meja bulat hanya berlaku di kediaman TG Nik Aziz(TGNA) di Pulau Melaka. Sesuatu harus dilakukan. Bagi den, yang memperkukuhkan rumah papan Minang lama adalah tiang serinya. Tiang seri itu besar, kukuh dan dipasak untuk menjadikan rumah papan lama tu bertahan dari banjir, ribut, taufan, hujan dan panas. Dalam PAS ada 3 watak individu yang menjadi tiang seri bagi rumah PAS. Satu telah pergi mengadap ilahi, satu lagi tidak sedar diri dan yang terakhir adalah TGNA.

Harapan rakyat

TGNA adalah harapan bagi PAS. Bila sebut slogan "PAS for ALL", rakyat Malaysia sebenarnya terbayangkan wajah TGNA. Jika tiang seri terakhir ini tidak dijaga maka runtuhlah rumah PAS maka bertambah besar dan agamlah rumah UMNO. Imej TGNA adalah imej PAS. Rosak imej TGNA maka rosak imej PAS. Ariffahmi, kau tolong berambus dari Pulau Melaka boleh tak ?? Kau sedang merosakkan tiang seri rumah PAS yang terakhir.

Berjumpa sahabat UMNO

Baru-baru ini den berjumpa dengan sahabat-sahabat UMNO. Keakraban den dengan mereka-mereka ini sampaikan den boleh naik kereta dengan satu Dato' dari Seremban mengiringi YB Rembau ke Istana Seri Menanti Kuala Pilah pada tahun 2004 bagi menyaksikan Mat Hasan mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar N9. Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin menjadi YB Rembau selepas Pru 2008.

Click for enlarge. Banner yang tersebar di Kelantan.

Bila bertemu balik dengan kawan-kawan UMNO macam-macam lah yang kami sembang. Mula-mula sembang dah tentulah bab duit. Kaya raya dah diaorang ni. Jeles den. Sembang punya sembang, terpacul cerita Ariffahmi. Seorang ni dedahkan bahawa Ariffahmi ni sebenarnya Trojan Horse bagi UMNO. Kerajaan Persekutuan terdesak nak dapatkan balik Kelantan. Rancangan memasukkan seekor Trojon Horse sudah bermula sejak tahun 1991 lagi. UMNO mengaku susah nak musnahkan PAS Kelantan selagi TGNA hidup. UMNO mengakui kewibawaan TGNA. Jadi Trojan Horse penting untuk korupkan TGNA dari dalam. Jadi Ariffahmi terpilih untuk kerja-kerja intelligent ini.

Trojan Horse

Tahu tak apokobondo trojon horse ni bai ?? Nak sonang tengok balik cerita Troy. Brad Pitt melakonkan watak Achilles dalam movie tu. Dia dan para perajurit terpilih monggok (duduk diam) dalam patung kuda yang dianggap trophy atau piala oleh musuh. Taktik ini terpilih kerana pihak yang bersama Achilles (Greek) tidak dapat menawan pihak musuh kerana tidak berjaya membuka pintu kota musuh.

Jadi nak buka pintu kota musuh, kena buka dari dalam. Jadi Achilles yang mewakilli pihak Greek menipu pihak Trojon dengan berundur belayar pulang ke wilayah jajahan asal. Padahal tidak. Lalu ditinggalkan patung kuda besar oleh pihak Greek. Patung kuda itu ditarik oleh pihak Trojan ke dalam kota Troy. Pada waktu malam Achilles dan rakan-rakan keluar dari patung kuda dan membuka pintu kota Troy bagi askar-askar Greek yang lain yang kenkononnya telah berlayar pergi dari situ. Kota Troy ditawan dengan sekelip mata apabila pintu kota dibuka oleh pihak musuh dari dalam. Untuk detil sila klik link ini.

Click for enlarge. Perghh hensem. Tapi percayalah kacak lagi Ali Baganutama. Ha Ha Ha.

Walaupun pihak UMNO kelihatan agak malang kerana tidak berjaya untuk memilih Brad Pitt sebagai Trojan Horse di Kelantan, mereka akhirnya memilih Ariffahmi. Tak dapat rotan, akarnya pun berguna. Maka bermulalah kerjabuat Ariffahmi di Kelantan. Inilah hasilnya yang kita dapat pada hari ini.

Kenapa Kelantan penting ?

Den tak puas hati, lalu bertanya,
"Apo yang ponting sangat Kelantan ni sampai kono lotak Trojan Horse".
"Ini rahsia den nak bagitahu kau, kat Kelantan ado Uranium. Pusat amat perlukan bondo ni sebagai senjata nuklear dan tenaga elektrik. Kelantan satu-satunya negeri yang ado uranium"
"Umak ai. Kau biar boto. Habis minyak dan gas kek Kelantan tu??"
"Itu pun ponting bai. Tapi uranium penting untuk dapatkan balik Singapura"
"Ha Ha Ha. Bingai la korang nih," Den ketawa bosar.
"Tak pocaya kau punyo pasal"

Maso den golak member-member den ni buat muko serius. Den sebenarnya susah nak tulis benda ni dalam blog takut ini hanya satu lagi cerita kartun UMNO kepada publik. Lagipun dalam ramai-ramai tu ado sorang yang dulunya rapat dengan den pernah menjadi ketua unit risik dan propaganda UMNO pemuda Seremban masa Pru 2004. Dia sendiri yang buat flyers khas untuk Ezam Md. Noor dan dia sendiri bersama teamnya masuk ke kampung-kampung Melayu sampai ke Rembau untuk edarkan sendiri flyers tu.

Den ceritakan balik dalam blog ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk generasi akan datang. Mana tahu ia adalah cerita benar. Den pernah dengar kisah Kelantan ada uranium sejak tahun 1995 lagi. Masa tu den kat Sains Muar. Den buat tak peduli kisah uranium ni sebab bebudak hostel ni suka buat bedtime stories sebelum tidur. Tapi bila kawan-kawan UMNO den cerita pasal uranium ni, den amik pusing sikit walaupun kartun sebab diaorang mention nama si mangkuk Ariffahmi banyak kali dan dia sebagai watak utama Trojan Horse di Kelantan.

Click for enlarge. Tuduhan ke atas Ariffahmi di dalam banner yang disebarkan di Kelantan.

Komen tentang Annual Bakri & Banner

Den nak bagi beberapa komen :

1] Bilo den baca dekat blog Abang Topeng Perak tadi, Annual Bakri bekas S/U Politik TGNA diberhentikan serta merta sedangkan Ariffahmi, menantu TGNA diberi notis 3 bulan. Kalau benar Annual Bakri diberhentikan serta merta maka amalan nepotisma memang berlaku dalam Kerajaan Kelantan dan rundingan meja bulat memang benar-benar berlaku di kediaman rasmi TGNA di Pulau Melaka.

2] Tuduhan Ariffahmi takde Ir. Ariffahmi ada Ir. Den dah cek kat website berkenaan. Ini den tolong bagi clear namo dio bukan dek disobabkan dia samo kaler kulit dengan den atau dio dah start bayar gaji bulanan den sebanyak USD 700. Apa-apa hal kita mesti utamakan kebenaran. Menulis biar ada fact and figure. "Cayalah Ali". Laa suara mangkuk mana pulak ni. Kawan-kawan lain tersilap sebab dia bubuh abjad Ir dopan nama mangkuk tu. Tu pasal nama Ariffahmi tak keluar dalam sistem. Ataupun silap ejaan nama dia atau nama bapak dia.

Click for enlarge. Tapi takdo tulis berapa lama dia jadi Ir la bai ??

3] Tapi dalam sistem tu takde menerangkan berapa lama si Arif ni jadi Ir. Bila dia sebut depan blogger yang dia ni dah 15 tahun jadi Ir, kitaorang musykil. Takkan umur 20 tahun jadi Ir. Ini menipu atau kes nak up diri sendiri ni bai.

4] Tuduhan-tuduhan lain dalam banner itu akan didedahkan oleh rakan-rakan yang berpangkalan di Kelantan selagi Ariffahmi tidak berundur dari PMBK dengan seberapa yang segera.

Mari bersama selamatkan TGNA

Sebagai akhirnya, kami di Baganutama menyeru mari selamatkan TGNA. Mana yang berdekatan dengan TGNA diharap boleh menegur TGNA dengan baik dan ceritakan tentang keburukkan nepotisma yang sedang berlaku dalam keluarga beliau sendiri. Rakyat akan menjulang anda jika anda berani menegur TGNA dan memperbetulkan langkah-langkahnya dalam kerajaan dan politik. Inilah satu-satunya ikon dalam Pakatan Rakyat yang belum dilihat korup oleh rakyat Malaysia secara am. Anwar Ibrahim masih mempunyai kes di mahkamah dan dilihat korup oleh para penyokong fanatik UMNO. Hadi Awang ?? Den maleh nak komen.

*Gambar-gambar banner dirembat tanpa kebenaran di laman web Wan Jo. Wan Jo ni bukan kecik anak di Parlimen.

Tuesday, January 5, 2010

Duit derma publik dalam ceramah PAS, ke mana dibelanjakan?

oleh ali :

Previously on " YB Dr. Lo' Lo' love Ali "

Salam Jalan Raja Laut. Hari ini den kehilangan sense of humor. Sahabat-sahabat semua pastinya pernah turun ceramah-ceramah PAS. Yang pastinya mesti ada diumumkan untuk mengutip derma jihad dalam ceramah tersebut. Lalu kantung-kantung akan diedarkan dalam ceramah tersebut. Den pernah buat kerja tu dulu bai.

Kira duit derma

Selepas dikutip ia akan dikira secara berjemaah selepas selesai sudah ceramah atau semasa ceremah. Biasanya dikira semasa ceramah sedang berlangsung. Masa tu seronok kira duit. Terasa macam jutawan bai. Duit singgit lagi banyak dari yang merah. Duit kertas RM50 jarang sekali. Ha Ha Ha. Dia punya keadaan lebih kurang dalam gambar ni. Sebijik maa.

Click for enlarge

Walaupun den dah lama pencen dari buat aktiviti ini, den masih ado memori untuk bab ini. Selepas dikira apa jadi dengan duit tu ?? Biasanya jika cepat habis kira, ia akan diumumkan jumlahnya semasa penceramah terakhir selesai memaki hamun UMNO. Ia akan diumumkan oleh pengerusi semasa audiens beransur pulang. "Jumlah kutipan kita hari ini berjumlah seratus ringgit satu sen, bai ekau yang lotak duit satu sen ni kan? Mano laku. Meh sini kau," kata tuan pengerusi majlis.

Ke mana duit derma itu dibelanjakan

Yang den pernah kutip hanya ceramah bertaraf cawangan bukan mega ceramah macam panggil Anwar Ibrahim atau Hadi. "Apa jadi dengan duit ceramah yang kau kutip tu bai." Namo den Ali lah bukan bai. Biasanya duit ceramah itu akan digunakan untuk bayar :

1] Bayar jamuan makan kepada tuan rumah. Tuan rumah akan sediakan makanan untuk menjamu penceramah jemputan. Itu kebanyakkan penceramah PAS gemuk dan boroi sebab makan malam. Kena bagilah kek Tuan rumah sobab bukan free dia sediakan semuo tu. Lotih bini eh lagi.

2] Bayar penceramah. Maso zaman den, penceramah pernah dibayar sebanyak RM200-RM400. Bergantung kepada kutipan derma jihad ceramah pado malam tu. Banyak tu bai. Yang den raso pernah dapat bayaran tertinggi time tu Nasarudin Mat Isa dengan Mat sabu. Kalau tiap-tiap malam ceramah tak kaya bai. Penceramah yang berceramah atas pentas PAS yang paling mahal pernah den dongar ialah Akhil Hayy.

3] Bayar penginapan penceramah. Biasanya hotel. Tengoklah dio nak tinggal berapo hari. Biasanya sehari je.

4] Bayar perjalanan pergi balik kalau penceramah naik kapal terbang(biasanya yang tinggal diluar N9). Den pernah tanya,

"Eh cikgu, mahal tu kito nak bayar dio, hotel kito dah sapot, habis ceramah kito bayar dio, ni cikgu nak bagi dio naik kapal terbang ?? Bagi dio naik keretapi la cikgu."

"Kau diam. Kau apo tahu. Nanti dio taknak datang cawangan kito bagi ceramah, sapo susah," jawab cikgu tu.

"Laa dakwah apo macam ni. Baik den join tabligh takdo pun guna duit orang. Mangkuk punyo cikgu," getus hati den. Nak bersuara tak berani bai. Kang kono tampar.

5] Bayaran untuk lain-lain hal. Bayaran untuk pentas. Bayaran upah pasang lampu. Bayaran untuk khemah dan lain-lain bayaran lagi.

6] Lebihan derma. Den tak tahu dan tak pernah amik tahu. Jika anda diluar sana pernah terlibat dalam bab aktiviti kutipan duit derma ceramah mari kongsikan pengalaman anda dengan kami di Baganutama.

Itu untuk ceramah kat cawangan den. Peringkat kawasan dan negeri den tak pernah join. Bukan sikit duit derma jihad untuk ceramah peringkat cawangan. Bayangkan pula untuk peringkat kawasan dan negeri. Lagilah banyak.

Apa sebab publik sudi menderma ??

Sebelum tu, orang ramai yang datang dengar ceramah penceramah maki hamun UMNO ni, diaorang datang sebab apa ?? Sebab nak dengar second opinian dari pihak Pakatan. Ok, fine. Biasanya publik datang dengar ceramah kerana isu semasa. Kalau pasal I.S.A diaorang turun. Kalau pasal Palestin diaorang datang dan turun dengar ceremah. Kira publik turun dengar ceramah sebab ade point. Bukan turun dengar ceramah sesaje macam tu je. Lepas tu, kalau para pendengar ceramah menderma pula kerana apa ?? Adakah mereka menderma kerana mahukan Presiden PAS mempunyai Istana Hinggap di Kuala Lumpur ?? Menderma kerana mahukan Presiden PAS menaikki kereta mewah supaya selesa ??(Statement Yb Lo' Lo')

Click for enlarge. Kereta Presiden PAS semasa membelakangi kamera.

Eh bai, kalau pakcik den baca facebook Dr. Lo' Lo' di sini memang dia carutkan sebelum dia haramkan duit derma dia kepada PAS selamo ni. Pakcik den menderma kerana mahu duit dia digunakan untuk menjahanamkan UMNO, bukan untuk bayar maintenance kereta Presiden PAS atau bayar hotel penceramah PAS yang maki hamum UMNO. Publik pun begitu. Mereka menderma atas isu. Kalau pasal Palestin diaorang akan menderma untuk orang Palestin bukan untuk penceramah. Kalau pasal keluarga mangsa tahanan I.S.A, publik menderma kerana mereka(yang menjadi mangsa I.S.A) bukan untuk Parti PAS apatah lagi untuk maintenance Istana Hinggap Presiden PAS di Kuala Lumpur.

Ketidaktelusan

Di sini kita sudah nampak ketidaktelusan kutipan derma publik oleh Parti PAS. Publik mahukan duit mereka untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Den pernah suarakan masalah kutipan derma ini semasa Prk di Bagan Pinang. Den ado buat sedikit remarks time tu.

Kena pantau juga ke mana pergi duit kutipan derma penyokong pakatan rakyat setiap kali ceramah.Sediakan penyata kira-kira.Setiap urusan perlu ada resit dan cek.Umumkan kepada pengundi dan ahli PAS ke mana pergi duit tu.Berapa ratus habis buat banner, berapa ribu buat jamuan Hari Raya,berapa ribu habis beli speaker dan macam-macam lagi. Prefesional la sikit.Macam mana nak pimpin rakyat jika kita tidak dilihat profesional dan di lihat banyak simpan rahsia.

Baco jugo apa komen yang lain di sini. Jadi kepada yang berkenaan, den cadangkan setiap kutipan derma ceramah kau awamkan. Beritahu publik ke mana duit itu akan dibelanjakan. Sebab itu bukan duit kepala ayah kau. Itu duit orang ramai. Buat hitam putih. Orang ramai menderma kerana mahukan organisasi Parti PAS itu mantap untuk tumbangkan UMNO/BN bukan bergabung buat Kerajaan Perpaduang dengan UMNO.

Click for enlarge. Kereta Presiden PAS sambil dikelilingi Melayu-Melayu miskin. Tah berapo la rege nombor plat PAS 12 tu ??

Duit derma pernah diselewengkan

Duit kutipan derma ceramah perlu telus dan perlu juga dilihat telus. Beritahu dan umumkan ke mana duit itu dibelanjakan. Jika tidak fitnah akan berlaku. Paling teruk penyelewengan duit derma berlaku. Dan ia pernah berlaku. Semasa kes orang kena tahan(OKT) berlaku di Kuala Kangsar pada tahun lalu, kutipan derma dilancarkan. Dilancarkan semasa ceramah. Ramai yang bersimpati dengan OKT, lalu publik menderma bagi membiayai ikat jamin OKT.

Ustaz yang berjambang tu berceramah dengan penuh emosi dan dramatik. Publik rasa simpati dan terkesan dengan lakonan Ustaz berjambang itu. Derma mencurah-curah. Tapi satu sen pun OKT tak dapat. Ke mana perginya duit kutipan derma itu ?? Bayar lakonan hebat ustaz berjambang tu ke. Apepasal den raso jijik ni. Mat Sabu ke hulu ke hilir mempertikaikan duit derma yang dilancarkan oleh kerajaan BN semasa dibawah Allahyarham Mat Rahmat menjadi Menteri Penerangan iaitu derma "Telethon Si Jantung Hatiku". Rupanya dua kali lima jugak.

Kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, sila buka kertas siasatan untuk bab kutipan duit derma ceramah PAS. Anda sebagai ketua JawatanKuasa Displin PAS perlu menyisat pekara ini. Jangan diamkan dan menyapunya di bawah karpet.

Bukan ceramah PAS.

Ada harapan ke ?

Hancur integriti (cakap serupa bikin) dan kredibiliti (kebolehpercayaan) PAS. Macam mana nak memerintah negara kalau duit kutipan derma ceramah pun boleh diselewengkan dan boleh membiayai keselesaan kehidupan Presiden PAS (kereta & Istana Hinggap. Yang lain-lain tanya YB Dr. Lo' Lo'). Dari bab ini sahaja rakyat dah boleh menilai siapa PAS. Duit ceramah yang tangible ni pun PAS tak boleh nak handle, usah haraplah nak uruskan kewangan negara yang asetnya berbilion-bilion dollor US. Ini persepsi rakyat. Apo nak jadi ni bai.