Wednesday, February 17, 2010

YB Yusmadi Yusuff bakal menjadi YB BEBAS?

oleh ali :

Salam satu Pulau Pinang. Den memula kenal dengan YB Yusmadi ni semasa kempen Pru ke-12 tengah menggila. Entah macam mana ada satu gambar yang pelik den tengok masuk dalam laptop den. Hairan den dengan gambar tu.

Semasa kempen Pru-12


Naik basikal berkempen dengan berpakaian blazer & tali leher? Ini hanya lakonan untuk meraih publisiti murahan yang hanya dikagumi oleh orang kampung. First impression, den nampak mamat ni poyo dan jobo. Tak pernah pulak den tahu yang Pulau Pinang ni terletak di kawasan 4 musim macam kek Negara Great Britain. Gilo ko apo ni? Tengahari pakai tie. Tengah berkempen pulak tu. Memang serius jobo mamat ni. Agak-agak la bai. Mangkuk belanga punyo calon.


Tali leher atau tie tidak dicipta untuk aksi jobo ni. Baru den tahu tali leher ni berasal dari askar-askar upahan berbangsa Crotia. Tujuan utama diciptakan tali leher ini untuk memanaskan badan di musim sejuk. Bukan untuk tujuan tunjuk jobo dopan orang kampung. Paneh tu bai pakai tie maso tongahari buto.

Selepas Mac 2008

YB Yusmadi mula menghiasi kaca televisyen Malaysia seperti dalam rancangan HUJAH Tv9 dan Sudut Pandang Astro Awani. Peh. Power gak idea dan bahasa omputih dio. Den dah mula nampak mamat ni boleh jadi future leader untuk Malaysia. Chegubard pun ok jugak tapi tak nampak idea beliau. Dari segi gaya aktivisma rakyat dan kerjabuat, Chegubard nombor satu. Sehebat-hebat YB Yusmadi, dio masih belum boleh mengatasi Khairy Jamaludin dari segi artikulasi, retorik dan idea. KJ tang tu memang bagus. YB Yusmadi boleh pergi jauh jika diberi peranan yang betul dalam PKR.

Den lagi kacak dari ekau la. Jangan nak jobo la bai.

Task Force 2010

Task force mangkuk ni tak pernah tidur bai. Kita ingat objektif kumpulan ini cuma Selangor, Perak dan PAS (baca: Kerajaan Perpaduang). Tidak sama sekali. PKR adalah lubuk pengundi kaum India. Tak dapat tidak TF2010 wajib melemahkan parti PKR menjelang tahun 2010 demi melengkapkan wawasan Dato' Seri Najib. Selepas Zahrain dan Zulkifli Noordin (Zul ni sah-sah akan keluar PKR jugak), YB Yusmadi bakal menjadi YB yang tidak berparti selepas ini. Isu serbuan SPRM terhadap IGP Musa Hasan dan Setpol Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuma nak mengalihkan tumpuan publik seketika. Bilo semuo dah khayal dan digula-gulakan dengan aksi kononnya SPRM adil, maso tu lah kita tak sedar TF2010 sedang mencapai matlamat utamanya. Ha Ha Ha. Buto-buto rakyat Malaysia sedang ditipu maa.

Kepada YB Yusmadi

YB Yus, jika anda ada tak puas hati dengan Anwar Ibrahim, Chegubard, Kerajaan Pulau Pinang atau apa sahaja, sila luahkan secara terang- terangan. Secara terbuka. Kami publik pandai menilai dan menghukum. Anda adalah pemimpin masa hadapan Malaysia. Anda boleh berhujah dan mempunyai karisma tersendiri. Berpegang teguhlah dengan prinsip anda, nescaya rakyat bersama anda. Bukan pakai baju kot mahal dan tali lehar maso tongahari buto masuk kampung. Tak perlu tu dor. Rakyat melihat serta menilai kemampuan anda, idea anda dan integriti anda. Bukan menilai pakaian anda. Jangan terpengaruh dengan sandiwara UMNO. Jangan terpengaruh dengan spin UMNO. Jika anda masih ahli PKR dan teguh bersama Pakatan Rakyat, sila nafikan yang anda akan menyertai dan menjadi YB Bebas seperti Zahrain.

AC Milan VS Manchester United

oleh ali :

Salam satu Eropah. Den meramalkan Man U kalah 2-0 kepada Milan. Biasalah, ramalan den selalunya boto bai. Ha Ha Ha. Tak cayo ekau tengoklah nanti.

Manchester United

Bermain di Milan menyebabkan Man U pasti gugup. Man U dah tak power setelah kehilangan pemain paling jobo dalam dunia, Christiano Ronaldo. Ferguson masih tidak pandai mengoptimize Fabio disebelah kiri. Budak ni main cantik dan laju tapi tidak diberi peranan sewajarnya. Rugi bai. Rooney masih gagap. Kurang bantuan dari tengah. Ditambahparahkan dengan ketiadaan Giggs. Tengok la karang Man U main dengan style Itali.

AC Milan

Tengah Milan sangat power. Ronaldinho tidak sejobo dulu. Sudah matang. Pirlo, peh ni orang tuo amat berbisa. Walaupun bulu kakinya tidak selebat dulu tapi rembatannya seakan arwah Mokhtar Dahari. Pato boleh bersendirian di bahagian serangan. Budak sekolah ni bahaya. Dia meniru cara permainan den. Ni mesti ado spy intip cara permainan den. Tapi key match ini terletak dibulu kaki David Beckham. Peranan Beckham sangat penting dalam perlawanan ini. Beckham tahu sangat taktik strategi Ferguson. Dan kaki kanan Beckham masih berbisa bai. Beckham bukan tahu sangat skill bola. Harap rajin dengan freekick je. Tapi pengalaman dan rembatannya menyebabkan Ferguson bakal meraung pagi ni.


Beckham sewaktu jobo bersama Man U. Jejak langkah jobonya telah ditiru bulat-bulat oleh Christiano Ronaldo.


Beckham bersama AC Milan ketika sudah tua tetapi sangat berpengalaman.

Ekau tengah simpul tali ko?

Kesimpulan, AC Milan bakal memenangi perlawanan pusingan pertama ini walaupun dibarisi ramai pemain tuo kebatun. Tetapi barang diingat, AC Milan mempunyai teknologi menjadikan pemain-pemain tuo ini menjadi remaja. Tu sobab Beckham pindah Milan dengan matlamat mewakili negaranya di World Cup 2010 di Afrika Selatan nanti. Man U kalau monang pun nasib je bai. Jadi ramalan Baganutama ialah AC Milan monang 2 gol berbalas telur oleh Man U.

Tuesday, February 16, 2010

Senyuman selalunya BERMAKNA

oleh ali :



Salam. Biasanya bilo den bawak kereta ferari den, den biaso dongar lagu ni. Takde la lagu ni membawa erti papo kepado den. Tapi semenjak dua menjak ni, lagu ni seakan melokap kek gegendang telingo den. Lagu ni semakin indah bila didengar. Ishh, apo kono dengan den ni. Adakah den dilamun cinta? Biar boto ni bai. Takkan den yang kacak dan anak yang soleh ni sedang dilamun cinta? Dunio nak kiamat ko? Hadoihai. Tapi den sejak kebelakangan ni murah dengan senyuman. Den sendiri kebingungan bilo dunio di sekeliling den hura-hara tapi den murah dengan senyuman. What telah happen? Biar boto den dilamun cinta. Siapakah gadis yang bertuah tu? Hallamak. Apo nak jadi ni bai?

Herman Samsudeen penipu BESAR?

oleh ali :

Previously on "Herman duduk relax"

Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan telah pulang sendiri ke rumah setelah berjaya menyusahkan ramai orang. Ada khabar angin mengatakan beliau menikah lagi seorang. Boto ko? Mano den tahu. Itu kono tanya Tuan Pesuruhjaya sendiri. Ada yang menyatakan bahawa Baganutama menyebarkan fitnah tentang Herman Samsudeen iaitu Timbalan Ketua Pemuda Wilayah yang tidak berbuat apa-apa mengenai kehilangan Ketua Pesuruhjayanya. Memang mangkuk itu tidak berbuat apa-apa pun. Malah kami ada bukti yang si mangkuk ni duduk relax depan laptop atau PC dari jam 2 petang hingga 6 petang 15 Januari 2010 hari Isnin semalam.

Herman menelefon Pesuruhjayanya pada pukul 6.00 petang lalu mengupdate blognya mengenai ketuanya antara pukul 6.00 petang hingga 8.oo malam semalam. Sebelum waktu 6.00-8.00 semalam ia tidak melaporkan yang pesuruhjayanya telah ditemui kira-kira pukul 3.00 petang dirumah beliau sendiri. Sebab apa beb Herman tidak melaporkan yang PJnya telah ditemui sebelum pukul 6.00 petang? Sebab dari pukul 2.00-6.00 petang si mangkuk ini sedang sibuk mengupdate blog yang bukan kepunyaannya sendiri atas tujuan berniat busuk terhadap blog tersebut. Oleh kerana blog peribadi si mangkuk ni tidak mencatatkan pukul berapa posting itu dipublish jadi amat sukar kita nak datangkan bukti pukul berapa posting mengenai Pesuruhjayanya ditemui dikeluarkan. Tidak mengapa. Kita pulangkan balik kepada publik untuk menilai. Tetapi yang pasti, bagi kami Herman memang duduk bersedap-sedapan dihadapan laptopnya antara pukul 2.00-6.00 petang busy mengupdate blog orang lain sedangkan PJnya ditemui pada pukul 3.oo petang.

Click for enlarge. Pukul 2.00 petang?[link] Sedangkan Malaysian Insider melaporkan PJ Wilayah ditemui pada pukul 3.00 petang. Sapo yang boto ni bai? Herman membawa publik seolah-olah ia amat rapat dengan menelefon sendiri PJnya sedangkan ia sendiri melaporkan yang PJnya tak berapa nak sangat bercakap atas alasan keletihan. Sahabat kami yang menelefon sendiri PJ tersebut melaporkan bahawa beliau amat ceria dalam telefon bagaikan pengantin baru. Kenapa ada beza cara percakapan PJ Wilayah antara Herman dan sahabat kami? Adakah benar Herman ada perselisihan dengan PJnya?

Click for enlarge. Laporan Malaysian Insider[link] yang melaporkan bahawa PJ Wilayah ditemui di rumah beliau sendiri pada kira-kira pukul 3.00 petang. Herman melaporkan pada pukul 2.00 petang. Mana satu yang boto ni bai? Reputasi Herman sudah lama hancur bila mana menyebarluaskan gambar AdukaTaruna yang palsu di internet tidak lama dahulu. Sudah lah gambar itu palsu malah menganiaya pemuda yang dikatakan sebagai AdukaTaruna di dalam gambar tersebut[link]. Memang memalukan. Perbuatan itu amat-amat tidak bertanggungjawab dari seorang yang kononnya dari gerakan dakwah Islam. Malah Herman masih tidak menafikan dakwaan blogger Zainulfaqar yang dia ini adalah anjing Polis. Apo nak jadi ni bai?

Monday, February 15, 2010

Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan hilang. Timbalan Pemuda Wilayah duduk depan PC mengadap facebook

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Amat mengecewakan apabila Timbalan Ketua Pemuda iaitu Herman tidak menggerakkan usaha mencari Pesuruhjayanya yang hilang. Tiada langsung inisiatif dari beliau. Hanya pandai duduk bersedap-sedapan di hadapan laptop. Al-maklumlah, hari cuti. Mungkin dia beranggapan ketuanya berada di Golok menikah lagi satu. Atau Herman sendiri menculik Pesuruhjayanya sendiri? Dikhabarkan mereka berdua mempunyai perselisihan faham antara satu sama lain. Segalanya berkemungkinan. Diharap pihak Polis dapat menyiasat bekas anjing Polis ini. Anjing Polis? Ya, begitulah dakwaan blogger Zainulfaqar kepada Herman. Apo nak jadi ni bai?

Click for enlarge. Sila lihat sebelah kiri atas gambar. Didapati Herman sedang sedap berfacebook. Lihat masa disebelah kanan bawah menunjukkan 5.37 petang. Pesuruhjayanya masih hilang tapi Herman tidak menggerakkan usaha mencari Bossnya. Ini menimbulkan tanda tanya dan kemusykilan kepada banyak pihak terutama sekali pihak Polis.

Thursday, February 11, 2010

Hanya dia

oleh ali :



Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Salam kepada yang berkasih. Den tak selalu dengar radio. Kalau dongar pun bilo den bawak kereta ferari den. Den jarang tahu lagu-lagu yang best dan terlatest di pasaran. Lagu ni den dengar kat facebook. Ada kawan yang syorkan. Peh. Den dah semakin jatuh cinta dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu ni indah.

Tak tahu lah sama ada den jatuh cinta pada lagu ini kerana lirik atau melodinya. Mungkin kedua-duanya sekali. Cinta yang suci agaknya mampu membuatkan kita seakan berada di syurga. Indahnya. Tetapi, mengapa realiti selalunya pahit?

Wednesday, February 10, 2010

Mustafa Ali tidak akan siarkan fakta ini di dalam Harakah. Ratusan ahli PAS tidak mahu bersama Parti. Mengapa?

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Maklumat terkini yang berada ditangan kami, Pejabat Agong PAS mengesahkan ratusan ahli-ahli PAS telah pergi ke pejabat itu dan meminta administration membatalkan borang keahlian PAS mereka. Fenomena ini berlaku sejak meletusnya isu Kerajaan Perpaduang sehingga ke hari ini. Dari sehari ke sehari jumlahnya semakin meningkat. Adakah ia tanda protes?

Jika masalah ini tidak ditangani segera, kami menjangkakan ahli PAS yang mahu keahlian mereka dibatalkan akan meningkat ke angka ribuan sebelum pertengahan tahun ini. Kita tunggu press statement dari Mustafa Ali. Apo nak jadi ni bai?

Warna-warni di Istana Kehakiman Putrajaya

oleh ali :

Salam satu Perak. Peh. Hari ni den berada di Putrajaya. Nak saksikan sendiri kekalahan Pakatan Rakyat dari menguasai kembali Negeri Perak. Den takdo la buat live coverage dari sana macam orang lain. Den bawak kamera cokia dan nset nokia yang ado lampu. Tu yo lah. Yang buek den semangat nak datang tu sobab ado blogger nak belanjo den makan. Bilo ado orang nak rasuah den makan kebab arab memang den laju datang, selaju kereta ferari den. Semuo gambar-gambar kek bawah ni boleh diclick for enlarge.

"Kak, biar boto nak belanjo den, ni dugong darat dengan dugong air tawar pun akak kono belanjo sekali"
"Takpe-takpe, bawak je semua dugong-dugong yang ada kat situ"
"Serius ni kak?"
"Serius la. Takkan la akak nak memain lak"
"Ok-ok. Roger and out"

Den sampai dalam pukul 9.30 pagi. Pekara pertama den lakukan bilo sampai ialah den cari Dugong Darat. Den kol dio tak angkat. Mano pulak dio pogi nih. Risau lak den. Maso sampai tu den dah terkejut bosar. Ni den salah mahkamah ko? Ado himpunan BERSIH maa. Mano Mat Sabu?

Ramai pakai baju kuning kek belakang Ashwad Asmadi tuh. Maso ni den sajo bagi flash tinggi. Bagi mato dio sakit. Sori la bai. Ekau takdo la hensem bona dor bilo kono flash.

Last-last den jumpo gak dugong darat. Rupo eh dio dalam under cover mission. Gilo Mat Saman Kati bagi Dugong Darat misi ni. Punyo la berlagak roman eh. Takpo kito kenkawan faham. Ha Ha Ha.

Grup baju kuning buat bising. Yang kek dopan ni buat solat. Den tak tahu la buek solat apo. Qodho' Solat Subuh secara jemaah kot. Ibadat dengan Tuhan ni kono tonang dan ikhlas. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Kito tak mampu nak kawal jobo dalam diri bilo solat diperhati kek orang. Den nak mintak tolong kek kenkawan la, pernah tak Nabi Muhammad solat Hajat berjemaah bersamo para sahabat? Contoh macam sebelum perang Badar ko, sebelum pembukaan Mekah ko, sebelum perang tabuk ko? Sobab den cari kat hadis takdo la. Ibadat kono ikut nabi bai. Mano boleh sebarang. Tolong kot ado yang tahu. Hadis sahih, jangan lak hadis palsu ekau bagi kek den.

Tun Faisal pun ado maa. Ini lah wajah pengasas Cybertroopers UMNO. Siap ado biodata kek wikipedia [link]. Tun Faisal mendapat repot yang Parpukari dan Papa Gomo ponteng arini. Itu yang dio datang cek. Gaji dah bayar mahal tapi tak buek kojo. Mano la orang tak marah.

Den tak tahu la. Samo ado mato den salah memandang atau ...? Sobab yang datang sokong Pakatan Rakyat takdo yang mudo. Dah tuo bangko macam Wak Albanjari. Mano poie yang mudo? Ado yang mudo tapi tak ramai.

Ni maso BN meraikan keputusan mahkamah yang Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Den poie dekat dan terdongar perbualan ni.

"Huiyoo Ganesan, manyak syok la you dapat pegang tangan 2 amoi. Wa dapat pegang satu maa."
"Ayoyo, lu tak baik tamak-tamak. Sedap maa pegang tangan amoi Melayu"
"Lu jangan pegang lama-lama Ganesan."
"Huuuuu. Manyak syok maa"
"Ganesan! Lu punya mata sulah tertutup sepaluh, stim ka?"
"Jangan kacau lah. Huuuuu. Best woo"

Blogger Ummuasiah sedang mecari suami di tengah khalayak ramai. Kacak woo laki dio. Kalau tak dijago, Ummuasiah bakal mendapat payung emas di padang Mahsyar nanti. Mak Ngah den dah semakin tamak. Tak cukup satu, dio nak 2 payung emas. Orang tamak selalu untung maa.

Ok la, den tarik balik cakap den tadi. Ado jugak muda-mudi yang join Pakatan Rakyat. Pompuan yang pakai baju kaler biru tu tadi mintak nombor fon den. Dio cakap dio kenal den. Marin sesamo belajar kek Tadika Pasti koba eh. Tapi den tak pernah pulak masuk Pasti. Misteri nih.

YB Mahfuz Omar serius menjawab soalan wartawan. Dibawah ni ado sedikit catatan den mengenai soaljawab YB Mahfuz dengan press.

"Saya masih tak berpuas hati. 5 mangkuk MP PAS yang tak hadir dalam pengundian bajet 2010 yang lalu masih tidak dihukum. Saya marah kepada mereka berlima dan juga Parti saya sendiri kerana tidak mengambil tindakkan tegas terhadap mereka. Mereka berlima telah menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat"
"Tapi YB Mahfuz..."
"Takdak tapi-tapi lagi dah. Yang benar tetap benar, yang mangkuk tetap mangkuk. Saya sendiri akan berjumpa Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar lagi untuk membuat aduan mengenai pekara ini. Terima kasih harus kita berikan kepada adik Ali Baganutama kerana mengingatkan saya akan isu ini," sambil pandang muko den. Apo hal pulak dio ni jual namo den.
"Tapi YB..."
"Tapi apa lagi ni bai. Awak ni dari paper Utusan Malaysia ka?"
"Tidak. Kami dari Agensi Berita FAKAP. YB adalah salah seorang daripada 5 MP PAS yang tidak hadir tu. YB telah memangkukkan diri sendiri. Tahniah!"
"Awak salah orang ni. Saya ketika itu berada di Jakarta atas urusan peribadi dan saya telah ..."
"Sendiri nafi, sendiri mengaku. Mangkuk punya YB. Jom interview orang lain pulak. Dia tengah jobo tu. Jangan layan"

Peh. Time den tangkap gambar ni, den teringat Anwar Ibrahim maso zaman reformasi 1998. Nizar ni ada iras-iras ganti Anwar jika Anwar masuk jail balik jika didapati bersalah merogol Saiful Buhari.

Den bukan peduli sangat dengan keputusan hakim. 5-0 tu memang patut Pakatan Rakyat dapat. Macam Manchester United lawan Pompey aritu. Tigo own goal. Samo lah dengan 3 Adun Pakatan yang melompat BN. Padan muko. Menyusahkan rakyat. Lain kali pilih Super Katak bai.

Hari ni den bersyukur dapat beramah mesra dengan blogger alhusseyn dan uncle Wanjo disamping hepi dapat berjumpo balik dengan sahabat-sahabat yang berbakti semasa Prk Bagan Pinang macam blogger dugong darat, Ummuasiah dan Sya-reformis.

Den carik Wak Albanjari. Tapi tak jumpo. Habis keliling mahkamah tu den carik. Blogger lain cakap jangan cari sobab dio memang tak datang. Hampo den. Sobab Pak Ngah den sejak kawin baru ni suruh cari ubat air pancut la pulak. Kot ado Wak tadi boleh boli dengan dio. Blog dio kan kayo dengan iklan ubat air pancut. Tapi bilo den cek kek internet, Albanjari buat live coverage dekat mahkamah Putrajaya nih. Biar benar. Polik den. Sobab carik tak jumpo. Dio pakai jin ko? Tapi itulah kelebihan ahli PAS seumur hidup macam Wak Albanjari. Anda tidak dikira munafik jika menjadi ahli PAS seumur hidup. Power beb.

Aku bukan Cyberboron dengan tulisan Ilmiah dan penuh isi yang enak dan elok dibaca. Aku juga bukan macam Albanjari yang mampu kelentong korang macam dia berada di lokasi padahal duk kat Umah. Aku juga bukan macam Topeng Perak yang tulisannya naratif yang hebat pernah aku jumpa. Kalau suh provoke, 'his the best'.

Ha Ha Ha. Sabar yolah. Penipu ramai zaman sekarang ni bai. Pandai atau tidak korang rebranding penipuan korang. Dunia akhir zaman ni pepandai la nak selamatkan diri. Manusia menipu semata-mata nak mencari keuntungan diri sendiri maa.