Thursday, February 11, 2010

Hanya dia

oleh ali :



Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Salam kepada yang berkasih. Den tak selalu dengar radio. Kalau dongar pun bilo den bawak kereta ferari den. Den jarang tahu lagu-lagu yang best dan terlatest di pasaran. Lagu ni den dengar kat facebook. Ada kawan yang syorkan. Peh. Den dah semakin jatuh cinta dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu ni indah.

Tak tahu lah sama ada den jatuh cinta pada lagu ini kerana lirik atau melodinya. Mungkin kedua-duanya sekali. Cinta yang suci agaknya mampu membuatkan kita seakan berada di syurga. Indahnya. Tetapi, mengapa realiti selalunya pahit?

No comments: