Thursday, February 18, 2010

Polemik hukum sebatan Kartika akan berakhir?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Akhirnya Menteri Dalam Negeri kita, Hishamudin tidak punyai alasan untuk flip-flop lagi. Laporan Berita Harian melaporkan,

Sambil merujuk kebimbangan sesetengah pihak berhubung hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum dilaksanakan, beliau menegaskan sebatan terhadap tiga wanita itu tidak langsung mendatang kecederaan.

"Dari segi pelaksanaan dan kebimbangan orang ramai kononnya apa yang berlaku (hukuman) tidak berperikemanusiaan dan mencederakan, tidak berasas dan hanya digembar-gemburkan sedangkan apa yang dilihat tiada kesan kecederaan langsung."Berdasarkan temubual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati bahawa mereka reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

Mangkuk, menipu atau pemalas?

Tahniah den ucapkan kepada Menteri Dalam Negeri atas isu ni. Tak macam tahun lepas, Menteri mangkuk ni siap menipu satu Malaysia dengan mengeluarkan kenyataan yang Malaysia tidak mempunyai kepakaran dalam melaksanakan Hukuman sebatan ke atas pesalah syariah. Masa dia keluarkan kenyataan menipu itu, satu video youtube tersebar menafikan fakta Hishamudin. Tak tahu la den sama ado menteri ni menipu atau tak buat homework selepas mengambil alih Kementerian Dalam Negeri? Raso hati den dio menipu. Ha Ha Ha. Jom lihat youtube yang dimaksudkan.



Pemain import

Kalau memang takde pakar merotan, ini kes kalau la, kita boleh import dari luar misalnya dari Arab Saudi. Jika kita boleh import jurulatih bolasepak dari luar negeri, mengapa tidak kita import pakar pelasana hukuman syariah dari luar negara. Banyak je orang kita import konsultan dari luar negeri untuk buat empangan hidroelektrik, stadium, ERL dan lain-lain. Takde orang bising pun.

Sang Algojo

Untuk lebih realistik mana la tahu nanti ada hukuman pancung satu hari nanti dalam negara kita, tukang pemancung anak tempatan tak terlatih, kita boleh import dari Arab Saudi. Ekau nak suruh den pancung boleh bai. Tapi takut den terpotong remos rambut pesalah. Ha Ha Ha.

Kartika

Polemik tentang isu Kartika tidak akan berakhir. Sister In Islam, SIS pun dah menyalak[link]. Untuk kes Kartika, den sarankan tak payahlah dihukum minah ni. Ini bukan sobab minah ni jadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa. Ia kelihatan tak adil jika dilaksanakan hukuman sebatan tu. Arak kau jual berleluasa. Yang bagi lesen arak tu ekau rotan dulu baru boleh ekau sobat Kartika. Jikalau tidak, malu kek orang nak cito Islam ni adil kek semuo manusio dan makhluk.


No comments: