Wednesday, February 3, 2010

Apa itu CINTA?

oleh ali :



Salam ... Secara jujurnya den baru dengar lagu ni pukul tigo tadi. Sebelum ni tak ponah den nongar dor. Itu pun dapek dari facebook. Lagu dan liriknya amat menusuk kalbu den. Apo lagi den mulakan operasi mencari lagu ni kat youtube lak. Inilah satu-satunya lagu yang den dongor berulang kali sampai 15 kali. Peh, kalau baca Quran tadi musti dah abis setengah juzuk. Apo dah jadi dengan den? Nak cakap malu, tapi kali ke 13 tu mato den berkaco lah. Masuk pasir agak eh la. Malaysia ni semakin lamo dah semakin hilang kasih sayang. Itu pasal ramai yang sanggup menggadaikan maruah hanya semata-mata untuk meraih kasih sayang. Entahlah. Tuhan, berikan kami petunjukMU.

Den tak tahu la, jika dari lirik lagu tu, memang untung jantan tu jiko dapek betino yang sebegitu sifatnya. Untung besar beb. Ciri wanita yang sebegitu lah yang para suami dambakan. Masalahnya, den seolah-olahnya yang menyanyikan lagu tu. Kiro den la yang paling setio bai. Tapi den la yang dio ditinggalkan. Agak-agak dimana Parti Keadilan rakyat ketika itu? Masuk kali ke 15, mato den bukan setakat berkaco, dah keluar air mato. Hadoihai. Kadang-kadang den ni lebih perempuan dari perempuan. Kenkadang lebih jantan dari jantan. Itulah agaknya manusia. Punya jiwa dan perasaan. Den tak mampu nak abiskan artikel ni ....

"Ali, lu jiwang la"
"Woi mangkuk, den hompeh keyboard ni kek kepalo kau karang baru kau tahu"

No comments: