Friday, February 5, 2010

Agak-agak apa cerita di kedai kopi anda?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Agak-agak apa tajuk sesi mengumpat di kedai kopi di tempat anda? Saiful tak berak 2 hari [link] atau 2 enjin Jet Sukhoi "lesap"? Cerita Saiful tak berak sebab nak jaga air mani Anwar Ibrahim dari lupus dirasakan lebih sensasi untuk bergosip di kedai kopi. Penting ke cerita itu dari keselamatan negara yang dah sedia longgar? Sebelum ni 2 enjin Jet F5e yang hilang dalam inventori ATM, sekarang enjin Jet Sukhoi pulak bai.

Ini bukan cito memain. Sudah lah Zahid Hamidi kata rahsia negara sudah terbocor. Ini belum kita kenang kembali macam mano geng-geng Al-Ma'unah begitu mudah mencuri senjata api ATM semasa kes di sauk dulu. Senyuman Lee Kuan Yew dah tentu senyum menghina bila dengar nama Malaysia. Den seru kenkawan besar-besarkan cerita kehilangan 2 enjin Jet Sukhoi yang canggih boleh hilang di kedai kopi. Media massa sengaja menghilangkan berita ini. Sebagai modal cerita di kedai kopi anda tentang isu enjin Jet Sukhoi lesap, sila klik [link omputih] dan [link bahasa Melayu].

Kalau enjin jet canggih pun hilang, kita sebenarnya dah takde harapan untuk mempertahankan negara ini dari dijajah secara fizikal oleh kuasa luar. Sudahlah mereka berjaya menjajah minda dan ekonomi kita. Hopeless bai.



"Tenang bai jangan kecoh-kecoh"
"Mangkuk, namo den ali la bukan Man Bai"
"Bai eh ali, jom dengar lagu cerita kedai kopi ni. Best"
"Apo den dapek kalau nongar lagu nih? Bukan boleh dapek duit"
"Suko hati kau lah. Emo tak memasal. Macam betino"

No comments: