Friday, February 26, 2010

Adakah cinta itu BUTA?

oleh ali :

Previously on "Mata"



Salam pada yang berkasih sayang. Mari kita raikan cinta. Yabedabedu! Ok-ok. Jangan jadi jobo bai. Lagu Backstreet Boys, BSB ni pertama kali den dongar bila sepupu perempuan den hadiahkan album BSB dio kek den. Bukan album gambar, kaset la. Zaman tu zaman kaset lagi. Den pun tak tahu apo motif dio hadiahkan kaset tu kek den. Untuk pengetahuan semuo, den ni tak pernah bercinta, main cinta, mengurat, cinta monyet dan yang sama waktu dengannya sejak tadika sampai tingkatan 5. Kenkawan pelik dengan den, den pulak lagi pelik dengan kenkawan den. Yolah, anak dara orang ekau belanjo makan, padahal duit boli spendar omak kau yang bayarkan. Tak dapek den nak buek kojo bodo tu bai. Ha Ha Ha.

Kenangan bersama cousin

Bilo sepupu den hadiahkan kaset BSB tu, dio asyik tanyo, suka tak dongar lagu "As long as you love me"? Den buek tak reti. Satu hari nak sodapkan hati dio, den pun cakap la yang den suko nongar lagu tu. Tetiba dio hepi. Senyuman dio melebar.

"Li, jom tengok wayang," kata sepupu den.
"Cito apo?"
"Titanic la. Jom la li," pujuk sepupu den.
"Den mano ado duit"
"Kita la belanja awak. Kita tengok kat Terminal One"
"Ok. Belanja den Big Mac sekali" Pau jangan tak pau bai.
"Ok set"


Den & Titanic

Peh. Den ingatkan dio memain. Dio memang belanjo den tengok Titanic. Maso nak masuk pawagam tu den ado raso jobo sikit sobab sepupu den ni ado roman omputih. Kiro cantik la. Mak ai, bapak kemain lamo cito Titanic ni. Sepupu den ni, kojap-kojap nangis. Kojap-kojap nangis. Alahai, ngengada betul la. Walaupun samo baya, den anggap sepupu den ni macam adik beradik la. Marin maso kocik-kocik dulu, bapak saudara den selalu bolo den sobab dio takdo anak lelaki. Jadi den memang rapat la dengan sepupu pompuan ni. Sobab memang tinggal satu atap dengan dio sejak dari kocik. Takdo la den nak feeling-feeling dongan dio walaupun dio ni memang cantik. Lepas tengok Titanic, semasa makan Big Mac.

"Kesian kan si Jack tu" Sapa sepupu den.
"Padan muko dio"
"Tak baik la Ali cakap macam tu" Manja pulak suara sepupu den ni.
"Ala den nak makan haa. Tak lapar ko berejam duduk dalam air-cond"
"Li, jom kita pegi jauh dari sini"
"Nak ke mano? Poie mano?"
"Li, awak tak rasa pape dengan kita ke?"
"Raso apo namo eh ni?"
"Sombong la awak ni. Mentang-mentang awak kacak. Tak suka la"
"Ala la la. Merajuk pulak. Tu Big Mac tu kalau taknak bagi den makan. Membazir tu amalan setan"

Time tu den ingatkan dio tengah terbawa-bawa emosi filem Titanic. Den ingatkan dio sedang hayati kisah derita percintaan antara Jack dengan Rose. Mano la den reti maso tu. Den tak perasan pun yang sepupu den ni ada pape dengan den. Nak-nak maso tu ado civil war antara mak den dengan mak dio. Jadi den dengan dio ada sedikit renggang selepas tu. 3 tahun lepas dio selamat menikah. Alhamdulillah. Semasa hari penikahan sepupu den tu.

Kejutan di hari pernikahan cousin

"Li, kau tak rasa pape ke?" Yusman, sepupu yang paling den rapat tiba-tiba menyapa.
"Raso kari ni takdo la masin bona dor"
"Hak ala budak ni. Bukan tu la mangkuk. Ina nikah kau tak rasa pape ke?"
"Alhamdulillah. Bagusla dia menikah awal. Kau Man bilo lagi?"
"Eh, bukan Ina tu kekasih kau ke dulu"
"Kekasih den? Bilo maso ni. Kau jangan main gila Man"
"Eh bukan ke? Aku ingat lagi masa kau kena buang sekolah marin, Ina la yang paling kuat melalak kau tahu tak. Menangis tak sudah-sudah"
"Ala Ina memang emo sikit"
"Adoihai. Macam cakap dengan tunggul. Ina tu ada perasaan dengan kau la li. Kau je tak layan"
"Kau biar boto Man. Tak pernah pulak dia cakap I Love You kek den. Lagi pun den anggap Ina tu macam adik-beradik la. Sudah la Man. Ina dah selamat menikah dah. Tapi sejak bilo?"
"Kau ni bingai la Li. Ina ada perasaan dengan kau sejak dia bagi Kaset Backstreet Boys"
"Hah? Biar boto. Yang kau ni Man, semuo info kau tahu. Macam mano kau tahu semuo ni bai? Kau story sikit dengan den"
"Lepas SPM masa nikah Sheila anak Mak Ngah, Ina nangis. Sepupu lain tanyala apa punca dia melalak. Kat situ Ina bukak rahsia yang dia ada hati dengan kau"
"Ini yang den muskil. Apepassal korang tak bagitahu den"
"Ina suruh rahsiakan. Padan muko kau, sombong lagi li"

Padan muko den? Den tak tahu menahu pun. Si Yusman ni pun satu mangkuk, Ina dah selamat menikah baru nak bukak rahsia. Tapi den memang takdo pape perasaan dengan sepupu pompuan den yang sorang tu. Den tak pernah jatuh hati dengan dio walaupun dio cantik macam omputih. Takpo la cito lamo. Kalaulah Ina tanpa malu meluahkan perasaan dio kek den, mungkin dio kawin dengan den. Ha Ha Ha. In your dream lah. Kepada gadis-gadis yang diluar sana jika anda mencintai seseorang jejaka yang kacak macam den, jangan sogan meluahkan hasrat anda. Dapek tak dapek itu belakang kira. Yang penting kita tak menyesal di belakang hari.

Tapi den sampai hari ni muskil macam mana Ina boleh jatuh hati dengan den sedangkan kitaorang macam adik beradik sojak dari kocik. Entahlah. Cinta itu buta? Entahlah. Tapi sejak kebelakangan ni den selalu mainkan lagu BSB "As long as you love me". Den semakin sensitif dengan lagu ni.

Cinta itu memang buta

Maksud lagu ni mengisahkan yang lelaki tu tak kisah sapa pun yang jadi kekasihnya. Dia tak ambil peduli background pompuan tu. Dia dari kasta rendah? Dia bibik Indon? Dia dari Madura? Dia bekas Pelacur? Dia Kudsia Kahar? Dia hitam legam? Si dia lebih tua dari aku? Ahh, persetankan itu semua. Aku tak peduli asalkan dia mencintai daku dengan sepenuh hati. Agak den la akan maksud lagu tu.

Cinta itu buta bai. Itu maksud sebenar lirik lagu tu. Den pernah merasai rasa cinta yang sebegitu. Masa kat Matrik, entah macam mana den terjatuh cinta. Peh. Jatuh cinta adalah perkara yang amat mustahil bagi den. Masakan tidak. Sejak dari tadika sampai habis SPM den tak pernah bercinta. Bila terjatuh cinta tu, den jadi serba tak tahu. Tak tahu nak mula dari mana. Ha Ha Ha. Kelakar beb. Cinta telah berjaya memperbudak-budakkan den. Betul la kata orang, cinta bisa menjadikan seorang dewasa menjadi budak-budak.

Tipudaya cinta & ahli politik

Tapi ramai cakap cinta itu datang dari mata turun ke hati. Den tak bersetuju dengan statement tu. Memang sifat manusia tu lebih pecaya apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar. Tapi apa yang dilihat tak semestinya betul. Gadis selalu tertipu dengan lelaki yang mendambakan cintanya. Lelaki zaman sekarang saling tak tumpah macam ahli politik Malaysia. Ahli politik sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan undi dari pengundi. Macam-macam lah yang dia lakukan antaranya bagi janji manis, bagi harapan, tunjuk baik, tunjuk alim, tunjuk kononya pejuang Melayu, tunjuk kononnya dia lah sahaja pejuang Islam dan lain-lain lagi. Apa yang penting, dia mesti dilihat sebagai pemimpin yang berwibawa supaya publik mengundi dia.

Macam tu jugak lelaki yang cuba mendapatkan cinta dari seorang gadis. Lelaki ni akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang perawan. Dari tak pegi surau, sekarang sudah menjadi tukang azan solat 5 waktu kat surau kolej. Dulu dengar lagu Metallica sekarang dengar lagu nasyid. Sekarang dah pandai pakai kopiah. Naik motorsikal, serban menjadi helmet. Status kat Facebook dari tulis yang bukan-bukan sekarang dah tulis hadis Bukhari Muslim. Gadis mana la yang tak cair bai. Cair maa. Sekarang nampak tak? Ahli politik dan lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan cinta. Persamaan antara 2 jenis mangkuk ni ialah strategi menawan hati pengundi dan sang perawan. Ini adalah taktik mengabui pandangan mata. Mata pengundi dan sang perawan hanya nampak yang baik-baik sahaja tetapi sebenarnya di dalam hati penuh dengan kebusukkan dan niat jahat. Itu lah hipokrit. Kemunafikkan hampir tidak dapat diselak oleh sesiapa pun. Itu yang menyesal tak sudah bila ahli politik yang kita undi melompat ke parti lawan. Itu yang menyesal tak sudah bila si gadis mengandung anak tak sah taraf. Apo nak jadi ni bai?

Dengan hujah di atas den tak berapa setuju lah dengan statement cinta itu datang dari mata turun ke hati. Bukan apo bai, kalau macam tu tak betul la statement cinta itu buto Cinta itu memang buta. Cinta sebenar tidak datang dari mata. Tapi datang dari hati naik ke mata. Jika cinta datang dari mata turun ke hati, itu cinta nafsu. Mentang-mentang badan dia ramping macam kerengge, tetiba kau jatuh hati. Cuba badan dia macam BlueHyppo, dipaksa buntangkan biji mata pun korang sumpah mati hidup 7 kali pun taknak. Ala, rahsia korang dalam poket den la bai. Kira low class la cinta yang bermula dari mata. Cinta first class bermula dari hati.

Ini baru "Cinta Itu Buta". Mata jantan tu sengaja "dibutakan" tetapi tidak pada mata hatinya. Den respek dengan pasangan ni.

Mata hati

Apa yang dilihat oleh mata bukan hakikat tetapi hanyalah container (luaran) semata-mata. Itu sebab "Don't judge a book by its cover". Luar nampak molek, tapi dalam belum tahu lagi. Hati lah yang boleh memproses apa yang tersurat menjadi hakikat. Hati lah yang menemukan akal kepada apa yang tersirat. Jadi butakan mata seketika untuk membuka mata hati anda. Gunakanlah mata hati anda. Gunakanlah mata hati dengan sebaik mungkin. Jangan persia-siakan mata hati anda. Mata biasa hanya mampu menilai luaran tubuh badan pasangan kita. Tetapi mata hati mampu melihat budi yang kekal hingga ke liang lahad. Mata hati penting bai.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada - Surah Al-Hajj (22) : Ayat ke-46

Pesanan penaja

Cinta bukan sekadar retorik semata-mata. Love is a verb. Cinta adalah perbuatan. Kalau betul dia cintakan kamu, suruh dia masuk meminang. Kalau tak, itu bukan cinta. Jantan itu hanya bermatlamat nak puaskan nafsu semata-mata. Sebagai akhirnya, untuk bahagia, cintailah orang yang menyintai kamu, bukan orang yang kamu cintai.
Peh, Ali Abu dah jadi Doktor cinta maa.

No comments: