Salam alop niyan. Lagu ni den minat sebab bunyi gitar dia menarik. Den kurang hayati lirik lagu ni. Tibo arini den dongar balik lagu ni dan menghayati liriknya dengan sepenuh hati. Apo dah jadi dengan den ni bai? Den dah semakin sensitif dengan lagu-lagu yang berkumandang disekeliling den. Mata adalah eleman yang paling payah nak menipu. Kalau anda merasakan seseorang itu tidak jujur, pandang matanya. Lihat samada dia gugup atau tidak. Ingat, praktis ini tidak menjadi bila anda berhadapan dengan Mustafa Ali atau ahli politik yang sewaktu dengannya. Jika seorang pemuda menyatakan ia jatuh cinta kepada seorang gadis, terus lihat anak matanya. Anda boleh perasan ia jujur atau tidak hanya dengan memandang anak matanya. Tetapi bertuahlah anda bila seorang gadis menyatakan "Aku cinta kepadamu" kepada seorang lelaki, kerana gadis itu jujur menyatakan hasrat hatinya. Wanita tidak menipu bila berkata demikian.
No comments:
Post a Comment