Monday, February 1, 2010

Warna-warni hari pernikahan AdukaTaruna - Part 2

oleh ali :

Previously on Hari Aduka menikah "Part 1"

"Hang tunggu apa lagi. Jomla gi rumah Aduka," gesa Pakaq.
"A ah. Ana dah tak sabar ni. Anta ni Syeikh dah macam naga dah ana nampak," tokok Ustad One-G.
"Sabar Ostad, rokok den bolum abih laie aa. Xenan, bacakan hadis sabar itu separuh dari iman den tak hapal la," den berkata sambil ketawa.
"Gua tak tahu matan yang mana satu ni beb. Lampu kalimantan tahu la gua beb. Ha Ha Ha," Xenan kono kan den.
"Ha Ha Ha. Jom lah," Edyes dah tak sabar-sabar laie nak ke rumah Aduka.

Pukul 3.10 tengahari

Tadaaa. Dah sampai pun kek dopan area rumah Aduka. Masing-masing apo laie, berjalan laju menuju ke khemah. Muko masing-masing dah macam rimau. Porut dah lobong (lapar) maa. Time ni baru den perasan yang Edyes bawak famili dio bersamo. Peh, rambut anak lelaki dia style rambut tercacak. Stylo beb. Ini baru betul-betul reform bai. Ha Ha Ha. Dah sampai kek khemah tu, akak Aduka sambut. Akak Aduka senyum-senyum dengan den. Lepas tu kenyit mato kek den. Den buat tak reti je. Den jual mahal. Bukan jual mahal maa. Den lapar haa. Pukul tigo baru jumpa nasik. "Haa masuk-masuk. Ha Ha Ha" Suara Aduka menjengah. Apo lagi aktiviti salam-salam, peluk memeluk dan laga-laga pipi berlangsung antara kami dan Aduka. Aduka terharu dengan kedatangan kami. Terharu tak terharu, den tak kiro dor. Den lapar ni, mano nasik minyak eh ni bai. Peh lauk dio memang marvellous. Apo laie den tibai lauk lagi banyak dari nasik. Jadi omputih den.

Macam ni kot style rambut anak Edyes yang baru berusia 5 tahun tu. Agak den la.

Pengalaman Aduka

Ha Ha Ha. Time kami tongah makan tu, deraian ketawa mendominasi keadaan. Aduka cito lah serba sedikit pengalaman maso kek Kelantan dan maso kono tahanan reman. Polis kek Kelantan tak tahu nak charge apo tuduhan kek Aduka. Tu yang Aduka lepak kek bilik Polis bukan kek lokap. Dari cito Aduka baru den tahu, baju lokap kalau warna oren tu khas untuk jenayah berat macam membunuh, merompak, merogol dan lain-lain. Kalau baju purple, untuk petty criminal, pesalah untuk kesalahan kecil macam main perempuan, Urine kantoi dan seumpamanya. Aduka pakai baju purple. Kira kesalahan kecil la si Aduka ni. Ha Ha Ha.

Pengalaman dalam lokap

"Gua walaupun pakai baju purple, gua cakap gua kes Bukit Aman, OKT-OKT lain respek gua macam gua pakai baju kaler oren pulak. Ha Ha Ha," kata Aduka.
"Nak mandi dengan berak wajib waktu subuh, kalau tak reramai tengok kau bogel. Gila lu," tambah Aduka.
Aduss den tongah makan ni. Boleh lak becito bondo jijik. Potong stim betul la.
"Abis, macam mana hang tentukan waktu subuh?" Soal Pakaq sengaja memprovok.
"Hulur je kepala tengok langit. Entah gua pun tak tahu. Apa lagi wa guna mazhab AdukaTaruna lah"
"Ha Ha Ha," Semuo ketawa dengan riang ria. Waktu ni orang dah tak ramai. Kitaorang menguasai suasana sambil diselang-seli dengan nyanyian karaoke kek dalam laman rumah Aduka.
"Tandas kek lokap paras kepala je. Boleh berbual dengan orang sebelah macam kita berbual ni," tambah Aduka. Hoi den tongah makan ni bai. Boleh lak bawak naik balik cito jamban.
"Banyak-banyak benda yang paling gua tak tahan bila pegawai tu tak pecaya gua pakai nset nokia yang cokia ni. Dia tak pecaya blogger pakai nset yang ada lumpu suluh nih," sambil tunjuk nset Edyes.
"Letih gua nak menjawab" Ha Ha Ha. Semua orang kek meja tu pakai nset yang sama. Padahal semuo blogger tuh. Kecuali Ustad One-G, dio punyo nset canggih.
"Ana tengah update blog jap," peh tengah gelak ketawa tu menyompek lagi Ustad One-G surf internet. Canggih gak ustad ni.

Pukul 4.00 petang dah. Tapi masih ramai lagi orang bertandang ke rumah Aduka. Meriah beb.

Sesi mengumpat bermula

Time ni la pulak isu Pak Ngah den kawin lagi menerjah kembali dibenak hatiku. Walhal kenkawan tengah syok mengumpat ni.
"Lu tahu tak apa yang berlaku kat tenet," sergah Xenan
"Mana gua tahu. Modem rumah ni pun diaorang (Polis) amik. Tu pagi tadi wa terkejut. Utusan buat lawak ke atau salah lapor. Terkedu gua Khalid (Samad) kena gantung. Ha Ha Ha." Jawab Aduka poyo.
"Hang tak tahu Aduka apa itu fungsi JK Displin, bla bla bla .....," kata-kata Pakaq den dah tak pedulik.
Aduss syoknya Pak Ngah den sekarang. Kawin bini baru. Patut eh sponsor den yang bolum laie menikah ni. Kan bagus macam tu.
" Bla bla bla .... Lalu pengerusi JK Displin ketika itu telah memecat keahlian PAS orang tu serta merta." Ayat terakhir dari Pakaq tu je yang clear kek telinga den.
"Wah bagus tu, lagi tegas dari Tuan Ibrahim Tuan Man," den menyampuk.
"Tegas amendenya. Itu mangkuk la anta. Ha Ha Ha. Anta yang bagi femes MANGKUK tu kan. Ape daa," senyum Ustad One-G kek den.
"Pakaq, hang ulang balik," seru den.
"Macam ni, dulu ade kes isu tabung balu Memali, Pengerusi JK-Displin ketika tu hanya panggil individu ni sekali je untuk bagi keterangan. Alih-alih lepas 6 bulan dia pecat keahlian parti individu tu," Pakaq terang balik kek den.
"Ooo, memang osah mangkuk. Ha Ha Ha"

Ustad One-G tengah update blog melalui nsetnya yang canggih-manggih tu.

Gaya macho seorang wartawan Harakahdelay. Opps. Harakahdaily la bai.

Wartawan Mangkuk

Tetiba Aduka perkenalkan seorang wartawan dari Berita Harian kepada kami. Tah mano muncul eh den tak tahu.
"Pekenalkan ni semua kenkawan saya. Yang ni Papa Gomo. Ha Ha Ha." Aduka tuding jari kek Xenan konon nak perkenalkan pada wartawan BHarian.
"Kurang asam lu bai. Ha Ha Ha." Xenan terkono dengan usikkan Aduka.
"Makan dulu Encik." Aduka sendiri tuang nasi untuk wartawan tuh.
Kitaorang pun apa lagi teruskan sesi mengumpat yang tergendala sebentar tadi sambil diselang-seli dengan pencambahan idea-idea baru. Entah macam mana, wartawan Bharian yang dah abis makan tadi mendekati kami.
"Maaf Encik, saya takde pape statement untuk arini. Terima kasih Encik." Kata Aduka.
"Takdelah. Apa nama isteri Encik Kairol?," tanya wartawan tu.
" Siti Nurhaliza. Nak lebih lanjut tanya Datuk K. Sori Encik arini saya takde pape nak cakap. Terima kasih." Jelas Aduka sambil tersenyum. Kami kek mejo dah gelak separuh nyawa.

Hak ala. Apa kena mengena kes Aduka dengan nama isteri Aduka? Apa kaitannya? Soalan tak membina minda langsung. Hampeh btul. Kalau wartawan muda, kita fahamla dia punyo jobo mesti macam Ariffahmi. Ini sebaya dengan Wak Albanjari. Dah tuo bangko. Bagilah soalan cerdik sikit bai. Kot adola Pak Ngah den, dah lamo orang tuo tu kono sekeh. Betul la cakap Pak Ngah den, kek Amerika Syarikat polisi dio ialah " Semakin pandai rakyat kito, semakin mudah mereka ditadbir". Tapi kek Malaysia, polisi dio " Semakin bingai rakyat, semakin mudah mereka diperbodohkan (dimanupulasikan)". Contoh, macam soalan cerdik dari wartawan tua dari Bharian. Hadoihai.

Veronica Guerin

Wartawan Malaysia takde satu pun yang bertaraf pembela rakyat seperti Veronica Guerin. Mungkin ada macam Karam Singh Walia tapi belum mampu setaraf dengan Veronica. Veronica berjuang sehingga mempertaruhkan nyawa sendiri. Perjuangannya berjaya setelah beliau sendiri mati dibunuh. Bila lah Malaysia nak ado wartawan seperti Veronica. Berjuang demi negara dan rakyat.

Filem khas untuk Veronica. Tak rugi tonton bai. Buang masa la kalau tonton Mami Jarum arahan Profesor Mangkuk dari UiTM. P.Ramlee tak perlu title Profesor pun untuk menghasilkan filem yang evergreen untuk rakyat.

Masa untuk pulang

Dah pukul limo beb. Sedara-sedara Aduka dah mulakan prosiding mengemas khemah. Itu tando dio suruh kito balik tu. Sebelum pulang kami jumpo mak Aduka.
"Mak ni semuo kenkawan Angah ni," Aduka memperkenalkan kami.
"Apa khabar makcik? Makcik sihat?" Edyes menyantuni omak Aduka.
Den pulak carik mano akak Aduka tadi. Aduh rugi btul buek sombong tadi. Agak eh dio merajuk dengan den kot. Takpo la. Menyosal den tak sudah.
"Engkorang nasihatkan anak makcik ni. Busuk-busuk pun anak kito. Tah apo kojo eh," sayu lak bilo menongar eh.
"Jangan risau mak, Angah dah wala' dengan omak." Aduka berdiri sambil buat gaya wala' yang poyo.
"Takpe makcik. Jangan risau. Kalau dia tak makan nasihat. kami bagi makan penampar je. Ha Ha Ha," Xenan dengan gaya meredakan kerisauan mak Aduka.
"Nah ambik lauk ni sorang satu," pelawa mak Aduka. Lauk beb. Rezki jangan ditolak. Dahla datang tak menolong. Tolong makan yo. Ha Ha Ha.
"Kami pulang dulu ye makcik"
"Yolah-yolah, bebaik jalan tu," jawab mak Aduka.
Kepada Aduka, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke Syurga.

Pose istimewa dari Aduka. Seksi la konon.

Edyes dan Aduka memperagakan gaya terhangat masakini.

Gaya Aduka telah menjadi trend seluruh dunia. Aduka menjadi anak Melayu pertama menjadi trendsetter di dunia. Ha Ha Ha.

Pukul 5.50 petang

Den dah sampai kat Komuter Seremban. Xenan brothers mahu pulang. Hati den sebak sikit. Yelah kawan datang dari jauh, datang pun sekali-sekala tapi den punyo layanan tak memuaskan. Takpelah nanti den bikin kereta ferari den ado tivi lak lopeh ni. Kali pertama jumpo maso himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009 samo-samo dengan Aduka dan Dayat. Sama-sama kono tear gas dengan water canon dari abang-abang FRU. Xenan brothers time tu berjumlah 3 orang. Arini 2 orang, sorang lagi praktikal. Bilo la kito boleh berjumpo laie. Jangan diucapkan selamat tinggal, ucaplah bilo boleh bertemu kembali.

Gaya maut. Korang teka yang mana satu Xenan dan yang mano satu adik dio?

No comments: