Saturday, February 6, 2010

Mata TITM berkaca. Mengapa?

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Cuba anda perhatikan betul-betul mata kiri Tuan Ibrahim Tuan Man. Berkaca bukan? Sebenarnya mata kiri dan mata kanannya digenangi air mata. Jika perasaan TITM tenang dan tidak berbolak-balik, maka ia tenang membacakan keputusan pergantungan Khalid Samad selama 6 bulan. Tentu matanya tenang tanpa air mata.

Mata kiri TITM jelas berkaca.

Ilmu jiwa-jiwa

Jika ikut ilmu kemanusiaan yang den pelajari, bila mata kita berkaca sedangkan situasi tidak memerlukannya maka ada something wrong telah berlaku. Wajah manusia terutama mata tidak boleh menipu. Politician pakar dalam bab mengawal ekspresi wajah. Kira ahli politik ni pakar menipu bai. Tetapi tidak bagi TITM. Beliau jujur tetapi terpaksa mengucapkan sesuatu yang tidak selari dengan hati nuraninya. Itu sebab matanya digenangi air lantaran menanggung beban membuat keputusan yang tidak mengikut kemahuan hatinya. Mata TITM tidak menipu.

Cahaya dari mata kirinya berkelip kerana menandakan adanya sejumlah zarah-zarah air mata di situ.

Jika itu bukan keputusan TITM, abis siapa yang memutuskan pergantungan Khalid Samad? Adakah Mustafa Ali dan Harun Din membayangai keputusan TITM? Suka diingatkan bahawa orang yang melantik Hasan Ali menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ialah Presiden PAS. Jika Hasan Ali digantung, maka nama Hadi akan terpalit sama kerana memilih orang yang salah. Ia menggoncang kredibiliti Hadi yang sudah sedia dipersoalkan oleh publik.

Spekulasi

Mengapa den mengatakan Mustafa Ali membayangi keputusan TITM? Sebab Mustafa Ali boleh memilih aduan mana yang boleh dirasakan menguntungkan puaknya. Mustafa Ali boleh tapis aduan sebelum sampai ke tangan TITM. Mak ai, baik Mustafa Ali jadi Ketua JK-Displin. TITM cuma menjadi boneka yang disolek hias membacakan keputusan yang telah diputuskan oleh Mustafa Ali untuk mengabui mata para pengundi. Mustafa Ali nak jaga nama baik Hadi dan puaknya. Itu sebab UMNO tidak menyerang PAS dalam isu ini, kerana ia menguntungkan UMNO sendiri. Puak ini lah yang bersedia bergabung dengan UMNO menerusi Kerajaan Perpaduang atau Unity Government.

UMNO cerdik

Kalau nak diikutkan, UMNO lagi terang bersuluh boleh mempersoalkan kenapa Hasan Ali kena amaran tetapi Khalid Samad kena gantung kerana ia dilihat tidak adil pada mata kasar. Umno mainkan isu tu je, rakyat dah boleh ragu terhadap sistem keadilan dalam Parti PAS. Tetapi UMNO relax je. Buat dunno bai. Sebab tak untung la serang puak yang bersetuju dengan mereka. Dalam politik, bila parti lawan tak menyerang ia menunjukkan parti lawan bersetuju dengan keputusan kita. Keputusan yang sebenarnya menguntungkan parti lawan.

Bila fikir-fikir balik, den simpati dan kesian dengan TITM. Beliau terpaksa sedangkan ia tahu kata-katanya semasa membacakan hukuman Khalid Samad bakal membuatkan rakyat loya dengan PAS. Rupanya susah kita nak cari hero pada zaman yang penuh keributan ini.



Saksikan sekali lagi youtube yang dimaksudkan.

No comments: