Sunday, February 28, 2010

Ayat-Ayat Cinta & Den

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Ayat-ayat cinta adalah tajuk kepada sebuah novel. Novel Islami. Novel ini diperkenalkan oleh seorang mahasiswi UIA kepada den pada akhir tahun 2007. Maso tu den dalam duka nestapa kerana ditinggalkan oleh seorang gadis. Hadoihai perlukah den ceritakan bondo ni. Maleh la den.

TKVDW

Pada tahun 2003, den telah membeli novel Pak Hamka yang bertajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" (TKVDW) di Seksyen 2, Shah Alam. Buku ni den rasa serba salah untuk melabelkannya sebagai novel Islam. Tetapi isinya bagus. Luarannya tidak menampakkan Islam tetapi isinya den berani katakan sebagai Islam. Hamka adalah orang Minang. Den juga orang Minang. Orang Pepatih berbangsa kepada ibu. Pak Hamka melakukan kritikan halus membidas adat-adat yang tak masuk akal. Adat-adat ini adalah adat Pepatih bukan budaya Islam. Pak Hamka berjaya secara halus menunjukkan bahawa adat Pepatih ini telah berjaya mengorbankan cinta suci Romeo dan Juliet dalam buku itu. Sedih. Den terbawa-bawa dengan emosi buku Hamka tersebut.

Ada dalam satu babak dalam TKVDW, yang tersemat kemas dalam hati den. Bilamana sang perawan memotong sedikit rambutnya sebagai cenderahati buat kekasihnya yang mahu pergi dari situ. Kekasihnya pergi dari situ kerana dihalau atau sang perawan akan bernikah dengan pemuda pilihan familinya? Mano satu ni. Den tak ingat. Kedua-duanya sekali kot. Dah lama sangat den baca buku tu. Nak kono balik kampung kalau nak cari buku tu balik. Babak tu memang menyengat bila dialog sang perawan dengan adik lelakinya sebelum menyerahkan potongan rambut itu kepada kekasih hatinya. Lagi satu babak yang menarik ialah masa babak sang gadis dipayungi oleh sang jejaka. Part tu best jugak. Romantik Buya Hamka ni rupo eh. Apa pun, matlamat Hamka untuk menyalurkan kritikan kepada orang Minang secara halus berjaya. TKVDW tidak disolek tebal dengan wajah Islam. Biasa-biasa je. Tetapi maksud dakwah Hamka berjaya. Barang diingat, Novel TKVDW adalah cerita fiksyen. Bukan cerita realiti. Bukan kisah sebenar. Hanya rekaan semata-mata. Tetapi kritikan terhadap adat-adat pepatih adalah real. Tidak hipokrit.

Titanic pun tenggelam gak Pak Hamka. Kapal mano yang tenggelam dulu nih?

Ayat-Ayat Cinta

Novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) den beli jugak setelah berjaya termakan propaganda mahasiswi UIA dalam pengenalan entry ni tadi. Buat pertama kalinya den baca novel habis dalam masa sehari. Den start baca pada pukul 3.00 petang dan habis baca pada pukul 5.30 pagi. Den baca secara marathon. Terus menerus. Non-stop. Buku TKVDW den amik masa 3 hari. Novel AAC berjaya dihabiskan dalam masa 14 jam 30 minit. Itu belum tolak masa den solat dengan makan lagi tuh. AAN berjaya keluar dari klise novel Islami yang tipikal. Kira buku AAC ni istimewa kojap bagi den.

Eh, apepasal istimewa kojap? Mula-mula den kagum dengan buku ni. Banyak babak dalam buku tu best. Ada satu dialog dalam buku tu yang den dengan mahasiswi UIA tu berkongsi menyukai ialah "Jika aku halal, nescaya aku bawa dikau jauh dari kesedihan ini". Jika salah betulkan den. Den tak boleh nak rujuk balik buku tu sebab ado satu betino pinjam buku ni dan tak pulangkan balik buku den tu. Kurang ajar. Dah baca pulangkan lah balik. Goram boto den.

Tapi bila difikir-fikir balik, Fahri ni kira macam James Bond Islam lah. Banyak gadis jatuh hati dengan dio. Poyo betul. Tak realistik. Sudahlah AAC ini di'make-up' tebal dengan wajah Islam, Fahri digambarkan sebagai lelaki idaman yang sempurna. Mano ado lelaki yang sempurna dalam dunia ni. Dalam mimpi ado la bai. Menjadikan peminat-peminat (si gadis) novel AAC bermimpi disiang hari untuk mendapatkan Fahri didunia realiti. Boleh blah. Yang lelaki pulak bertukar kulit menjadi Fahri tetapi isi dalam hati masih kekal serupa nak mendapatkan gadis bertudung demi memuaskan nafsu sendiri. Novel AAC ni terlalu overdose dengan wajah Islam.

Ia bertambah parah bila novel AAC dipindah ke dalam filem. Den tak tengok filem tu. Sebab dah menyampah dengan trailer movie tu. Kalau nak buat filem AAC, biar buat dengan sungguh-sungguh. Pindahkan watak-watak dari buku AAC ke layar perak dengan real. Jagalah keaslian novel AAC tu. Ni watak orang Arab, orang Jawa jadi pelakon. Tak kono bai. Macam amik Harun Salim Banchik menjadi pelakon bagi watak Laksamana Cheng Ho. Memang la Harun Salim Banchik mata sepet, tapi kaler kulit dio macam Ariffahmi. Agak-agak la bai. Walauapapun, den tetap bagi kredit kepada penulis novel AAC, Habibburahman El-Shirazy kerana berjaya mengkhayalkan dan membawa den jauh dari kesedihan ketika tu. Poyo maa.

Bahaya pakai purdah. Mata wanita lagi bahaya dari yang disangkakan.

Ketika Cinta Bertasbih

Aduh. Ketika Cinta Bertasbih (KCB) la pulak. Den rasa den ado boli buku ni kat KL Central. Tapi den tak baca dan berjaya melempar buku tu kat store rumah den. Buku tu masih berbalut plastik. Den tak pasti kenapo den lempar buku tu. Mungkin kerana den boncikan hipokrasi. Cukup lah dalam politik kini dalam novel la pulak. Fantasi tetap fantasi. Fiksyen tetap fiksyen. KCB (filem) jadi panas bila dia sedang ditayangkan di Kota Bharu sekarang ni. Entah. Den maleh nak komen. Nak-nak hari ni den "datang bulan". Jika ada kebaikan dari filem tu, den ucapkan tahniah. Kira boleh jadi alternatif dari cinta Titanic kepada cinta Islami. Tetapi kalau contentnya menghalalkan yang haram, den boikot.

Salah pilih Hero. Ibrahim Ali dengan Rosmah patut jadi hero dan heroin filem ni.

Nasihat den

Hadoihai. Kita janganlah sangat dicandukan dengan fantasi. Dengan fiksyen. Berpijaklah dibumi yang nyata. Sila berhadapan dengan realiti. Better anda baca buku realiti kehidupan dari fiksyen semata-mata. Ustaz Hasrizal berjaya mengisi ruang ini. Sudah 2 siri buah bukunya berada dipasaran. Den promosi buku Ustaz Hasrizal bukan kerana den anti Indonesia tetapi kerana buku Hasrizal adalah buku realiti, bukan fantasi semata-mata.

Hero dalam buku tu adalah Hasrizal sendiri. Memang la poyo tulis kisah hidup sendiri. Boleh jadi jobo bai. Tetapi kisah Hasrizal boleh dijadikan sebagai tauladan kepada pemburu-pemburu cinta yang halal. Persoalan cinta bukan setakat untuk sedap-sedap (versi halal). Tetapi ia menjurus lebih dari itu. Ustaz Hasrizal berjaya menjawab persoalan itu dengan baik. Buku tersebut ialah Aku Terima Nikahnya dan Aku Terima Nikahnya 2 : Bercinta Sampai ke Syurga. Memang la hero dia berbadan besar dan tak sehensem Fahri, tetapi ia adalah kisah yang real bukan fiksyen. Jangan tertipu dengan khayalan candu, tetapi berpijak lah di bumi yang nyata.

Tukang buat kulit buku ni den labelkan sebagai penyokong fanatik Chelsea. Ha Ha Ha.

Peh gambar love kat kulit buku ni cantik.

Nasihat El-Shirazy

Walaupun den mengkritik novel-novel El-Shirazy tetapi den masih waras lagi. Den kritik tu sobab den dongki. Ha Ha Ha. Nasihat El-Shirazy yang sempat dicatatkan oleh Ustaz Hasrizal amat baik untuk kita ikuti.

No comments: