Tuesday, February 16, 2010

Herman Samsudeen penipu BESAR?

oleh ali :

Previously on "Herman duduk relax"

Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan telah pulang sendiri ke rumah setelah berjaya menyusahkan ramai orang. Ada khabar angin mengatakan beliau menikah lagi seorang. Boto ko? Mano den tahu. Itu kono tanya Tuan Pesuruhjaya sendiri. Ada yang menyatakan bahawa Baganutama menyebarkan fitnah tentang Herman Samsudeen iaitu Timbalan Ketua Pemuda Wilayah yang tidak berbuat apa-apa mengenai kehilangan Ketua Pesuruhjayanya. Memang mangkuk itu tidak berbuat apa-apa pun. Malah kami ada bukti yang si mangkuk ni duduk relax depan laptop atau PC dari jam 2 petang hingga 6 petang 15 Januari 2010 hari Isnin semalam.

Herman menelefon Pesuruhjayanya pada pukul 6.00 petang lalu mengupdate blognya mengenai ketuanya antara pukul 6.00 petang hingga 8.oo malam semalam. Sebelum waktu 6.00-8.00 semalam ia tidak melaporkan yang pesuruhjayanya telah ditemui kira-kira pukul 3.00 petang dirumah beliau sendiri. Sebab apa beb Herman tidak melaporkan yang PJnya telah ditemui sebelum pukul 6.00 petang? Sebab dari pukul 2.00-6.00 petang si mangkuk ini sedang sibuk mengupdate blog yang bukan kepunyaannya sendiri atas tujuan berniat busuk terhadap blog tersebut. Oleh kerana blog peribadi si mangkuk ni tidak mencatatkan pukul berapa posting itu dipublish jadi amat sukar kita nak datangkan bukti pukul berapa posting mengenai Pesuruhjayanya ditemui dikeluarkan. Tidak mengapa. Kita pulangkan balik kepada publik untuk menilai. Tetapi yang pasti, bagi kami Herman memang duduk bersedap-sedapan dihadapan laptopnya antara pukul 2.00-6.00 petang busy mengupdate blog orang lain sedangkan PJnya ditemui pada pukul 3.oo petang.

Click for enlarge. Pukul 2.00 petang?[link] Sedangkan Malaysian Insider melaporkan PJ Wilayah ditemui pada pukul 3.00 petang. Sapo yang boto ni bai? Herman membawa publik seolah-olah ia amat rapat dengan menelefon sendiri PJnya sedangkan ia sendiri melaporkan yang PJnya tak berapa nak sangat bercakap atas alasan keletihan. Sahabat kami yang menelefon sendiri PJ tersebut melaporkan bahawa beliau amat ceria dalam telefon bagaikan pengantin baru. Kenapa ada beza cara percakapan PJ Wilayah antara Herman dan sahabat kami? Adakah benar Herman ada perselisihan dengan PJnya?

Click for enlarge. Laporan Malaysian Insider[link] yang melaporkan bahawa PJ Wilayah ditemui di rumah beliau sendiri pada kira-kira pukul 3.00 petang. Herman melaporkan pada pukul 2.00 petang. Mana satu yang boto ni bai? Reputasi Herman sudah lama hancur bila mana menyebarluaskan gambar AdukaTaruna yang palsu di internet tidak lama dahulu. Sudah lah gambar itu palsu malah menganiaya pemuda yang dikatakan sebagai AdukaTaruna di dalam gambar tersebut[link]. Memang memalukan. Perbuatan itu amat-amat tidak bertanggungjawab dari seorang yang kononnya dari gerakan dakwah Islam. Malah Herman masih tidak menafikan dakwaan blogger Zainulfaqar yang dia ini adalah anjing Polis. Apo nak jadi ni bai?

No comments: