Saturday, October 31, 2009

Blogger Ciplak 2 - Big Brader Mat Saman Kati

Oleh: MSK

Ramai orang menganggap, bila aku marah pasai artikel ciplak, itu perkara remeh. Aku bertindak macam budak-budak. Tak reti ka nak settle diam-diam?

Dah lama aku diam. Dah lama aku cuba settle belakang tabir. Tapi pasai budaya curi, rompak dan menipu dalam alam blog ini sudah sampai ketahap yang menjijikkan, aku tak boleh diam. Dan budaya ini bukan saja dikalangan blogger, malah sudah merebak sampai kemasjid-masjid, dan tapak ceramah. Kita cakap pasai Islam..pasai perjuangan, tapi kita sendiri menghalalkan budaya curi, rompak dan tipu ini..atas alasan dakwah dan perjuangan. Memang patut kerajaan Perak runtuh. Memang patut Pakatan semakin teruk kerana ramai dari kita yang sudah kehilangan moral dan nilai.

Pergi lah kemasjid Ipoh setiap jumaat, penuh dengan bahan-bahan cetak rompak. Orang yang buat kerja tak dapat apa, perompak yang dapat untung. Tapi semuanya dihalalkan pasai perompak ini pakai kopiah putih. Semuanya dihalalkan atas alasan dakwah dan perjuangan.

Pergilah ketapak-tapak ceramah. Dari VCD cetak rompak, kaset cetak rompak sampai kepada minyak wangi cetak rompak pun ada. Siap dengan gerenti…”boleh bawa sembahyang.” Hangpa tau dari mana sumbernya? Sapa yang mengeluarkan sijil ‘boleh bawa sembahyang’? Jangan terkejut, kalau hangpa buat ‘audit trail’, hangpa akan jumpa sumbernya. Sebuah kedai menjual bahan-bahan kimia, di sebuah lorong yang dikenali sebagai Rope Walk, off Chulia Street di Pulau Pinang. Hangpa beli lima ringgit sebotol kecil. Harga botol dua ringgit, minyak wangi tu tak sampai lima kupang. Yang lain untung penjual.

Hangpa nak Aramis, Anais-Anais, Poison, Dior, Channel….semua ada. Semuanya ciplak. Tapi orang-orang kita ambil dan jual…menjadi pengedar bahan curi, dan dihalalkan dengan jaminan ‘boleh bawa sembahyang’. Dan orang percaya, sebab penjualnya pakai kopiah putih.

You can cheat all the people some of the time. You can cheat some of the people all the time. But you can’t cheat all the people all the time.

Dalam blog pun dah jadi macam tu. Kita sapu hak orang lain, tampal dalam blog kita…tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah. Semua ini berlaku kerana ianya dihalalkan atas nama dakwah dan perjuangan. Kerja-kerja menipu, mencuri dan merompak ini dihalalkan dengan meletakkan label ‘dakwah dan perjuangan’.

Dan kerana kerja-kerja menipu ini jugalah, terdapat pergeseran dikalangan blogger. Jangan ingat ini perkara kecil! Kerana yang aku risaukan nanti, blogger yang buat kerja semuanya fedup, yang tinggal..hanyalah pencuri, perompak dan penipu. Kerana yang bekerja dikutuk, tetapi perompak dan penipu disanjung. Lebih baik jadi perompak dan penipu daripada jadi blogger yang jujur. Dan perompak dan penipu ini disanjung kerana mereka pakai kopiah putih.

Adakah aku marah kerana orang menciplak artikel aku? Dah beribu artikel aku di tampal curi, aku tak marah. Tapi setiap kali aku marah, kerana mempertahankan artikel orang lain. Kerana aku tak mau, blogger-blogger yang buat kerja ini fed-up, susah-susah buat kerja, orang lain dapat nama. Dan dah puas aku bagi warning secara tertutup, tapi budaya ini menjadi semakin berleluasa.

Satu masa dulu, semasa perbicaraan Nizar di Mahkamah Tinggi, kami berlima naik satu kereta ke Kuala Lumpur. Cyberboron masuk dalam kamar perbicaraan, Sya dan Perisik rakyat ambil gambar, Anaz ambil Video, dan aku duduk disatu sudut mengemaskini berita secara live menerusi Cover-It-Life.

Tapi ada pula blog-blog yang bukan saja copy-paste Cover-It-Life dalam Perakex, malah berlakun seolah-olah depa berada di Mahkamah Tinggi. Mereka berlakon seolah-olah mereka sebahagian dari Team Perakex yang berada di Mahkamah Tinggi. Dan tipu pengunjung-pengunjung depa. Ada aku bising? Aku diam.

Kemudian di Penanti.Bukan satu…malah tiga blog yang menciplak Cover-It-Life dari Perakex. Bukan setakat menciplak..tapi boleh lagi tulis..”Ekslusif..Live Dari Penanti” ..hanya di blog dia!!

Tapi bila tiba harinya, depa sapu dari Perakex. Kemudian berlakon seolah-olah depa ada di Penanti. dan pengunjung pun percaya, depa ada di Penanti, sedangkan depa hanya berblog dari bilik tidur masing-masing. Semuanya ini dihalalkan atas nama dakwah dan perjuangan.

Toksah kata hangpa berbolg bukan kerana nama. Bukan kerana hits atau glamer. Mereka bangga bila hits mencapai sejuta, dua juta, tiga juta…pirrrrah. Telok Bakong Online pernah kena sound kerana mengambil artikel dari seorang bloggger berkopiah putih, kerana tidak meletakkan kredit pada artikel yang diambil. Tapi bila aku bising, dia kata aku taik hidung masin dan membuat macam-macam tuduhan lagi.

Bila kena kat dia…dia marah. Tapi bila kena kat orang lain, macam-macam alasan diberikan. Dan seperti biasa, alasan dakwah dan perjuangan digunakan. Shit.

Semua orang ingat tentang pergeseran Albanjari dengan Manjong Mari dulu. Ramai yang merasakan ia berkaitan dengan langkah Manjong Mari mendesak Mustafa Ali dan Nasha meletak jawatan. tapi itu hanyalah ‘a straw that broke the camel’s back’. Dendam itu sudah lama membara kerana pernah satu ketika, Albanjari mengambil gambar-gambar yang diambil oleh Manjong Mari, tetapi tidak diberi kredit. Albanjari mungkin tidak sedar gambar-gambar tersebut kepunyaan Manjong Mari kerana dia mengambil dari sumber lain yang juga tidak memberikan kredit kepada Manjong Mari.Ada aku bising? Aku bagi tau kat Albanjari senyap-senyap.

Kemudian sekali lagi Albanjari menciplak artikel Amin Ahmad di Perakex tanpa memberikan kredit. dan bila aku tegur, Albanjari memberitahu bahawa artikel tersebut diambil dari blog Wfauzdin, yang menciplak dari Perakex. Macam mana kalau aku tak tegur Albanjari? Dah tentu aku bermasam muka dengan dia, disebabkan WFauzdin yang mengambil artikel tanpa menulis sumber.

Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah pernah menulis dalam Harakah tentang kegagalan media kedua semasa PRK Bagan Pinang. Dan aku setuju dengannnya kerana media kedua di Bagan Pinang penuh dengan penipuan, ciplak dan tampalcuri.

Sebelum PRK bermula, Albanjari sudah mewar-warkan didalam blognya…14 unit aprtment sudah disediakan kepada bloggers, lengkap dengan makan minum, dikawal 24 jam oleh unit amal, dan meminta sesiapa yang hendak pergi ke Bagan Pinang mendaftar dengannya.

Ramai yang ingat..ada 40 blogger yang diketuai oleh Albanjari, tetapi hakikatnya hanyalah enam orang. Dan mereka ini terpaksa tidur diatas lantai dipejabat ahli Parlimen Teluk Kemang, sebelum sebuah rumah diperolehi oleh YB Ravi, ADUN Port Dickson. Mana 14 apartment? Sapa yang bagi makan minum? Semuanya tipu.

Dan bila buat kerja, ramai yang hanya menunggu berita. Blogger macam Baganutama pi buat kerja, orang lain tunggu depan laptop, bersedia untuk copy-paste. Dan akibatnya? Berita-berita palsu pun dicopy-paste dan diedarkan. Kisah tentang petugas Pas yang kena pedang samurai itu adalah bohong. Dan kita menghalalkan pembohongan itu, malah mempertahankan pembohongan itu…demi dakwah dan perjuangan.

Perakex juga terpalit dengan pembohongan di Bagan Pinang. Anaz diberikan video untuk diedit dan dijadikan bahan propaganda. Logo Perakex digunakan untuk menambahkan kredibiliti pada video tersebut, dan kredit diberikan kepada Team IT Pas.

Tapi bayangkan bila aku menerima email ini.

Dear Editor (To whom it may concern),

It has been brought to our attention that you have produced this video:
http://www.youtube.com/watch?v=Ch1oOSlN-5w&feature=player_embedded
which is also on your website: http://perakexpress.com/www/

We note that footages from this video that was taken from our video produced in 2005 entitled Alice Lives Here.

Legally, it is a copyright material by default and it’s use is subject to permission. We have no qualms for our video being used for non-profit purposes highlighting the good work done by community organizers. In fact, it is something we encourage.

However, there needs to be proper use of it whereby acknowledgement/reference is given to the efforts of those who did the video, and not claimed as another’s by way of putting another logo (in this case, perak express logo) on it. For example, one can credit it by stating ‘footages from ‘Alice Lives Here’, 2005, courtesy of Reelpower’ either on the footage itself or at the end credits.

We hope that perak express would correct this, and take this opportunity to train your staff/volunteers on the professional and ethical way in which to use material taken elsewhere, especially were it is a community initiative and not for profit, as it would be in the spirit of support and acknowledgement of fellow community groups working towards the same purpose of justice.

Looking forward to your reply, and thank you for your attention.

regards,
ReelPower

Aku malu. Bukan kami menciplak, malah kami memberikan kredit…tetapi kredit itu diberikan kepada pihak yang menciplak. Dan itu sebab aku meminta maaf bagi pihak Perakex, walaupun bukan salah kami.(Disini)

Tapi ramai lagi yang tak tau malu. Muka tebal macam kulit tapak kaki. Ciplak, tipu dan copy-paste dihalalkan…kerana dakwah dan perjuangan.

Tak perlu bagi alasan: tak kisah kalau hits rendah, tak kisah kalau tak glamer…kita ikhlas dengan dakwah dan perjuangan!! Hakikatnya, orang tak mau baca blog kita kerana orang tau, kita menipu pembaca dengan menciplak kerja orang lain, kemudian mengaku kerja kita.

[perakexpress]

*Den menyatakan sokongan secara terbuka kepada big brader MSK. Isu plagiat adalah isu besar kepada kami. Ia adalah isu amanah. Bukan minta duit pun. Nyatakan sumber atau link itu sahaja. Contoh, supaya kejadian Markaz Induk di Bagan Pinang ditipu dengan gambar berdarah pedang samurai tidak berulang kembali. Mengenai video propaganda calon, masih belum ada pernyataan atau statement dari pihak terbabit. Maaf ke hape ke belum ada lagi. Cuma satu komen kami, kepada mereka-mereka diluar sana yang sudah melabelkan diri sebagai parti atau organisasi islam, jaga sikit dalam hal-hal berkaitan plagiat dan copy paste ini. Jika anda melakukan aktiviti cetak rompak, orang tidak menghina anda tetapi menghina ISLAM. Itu hakikat. Bukankah amanah itu diajar dalam ISLAM ??

Friday, October 30, 2009

Huru - hara Politik Malaysia

oleh ali :

Salam kepada semua. Politik Malaysia semakin hari semakin ganas. Semakin gila. Meeting khas konon, adun PKR yang ke 4 keluar melompat bebas, Jeffry letak jawatan kat Sabah dan kenkawan lain ikut, Zaid ibrahim gaduh dengan Azmin Ali(Hey Azmin !! tahulah ekau kacak tapi janganlah nak mempertikaikan perut boroi Zaid), Hannah Yeoh gaduh dengan Ronnie Liew, Wee Chee Keong tuduh Ronnie Liew mafia kongsi gelap cina dan lain-lain lah. Isa Samad tenang je kira berapa projek dia boleh sapu bersama-sama dengan abang kandungnya, Dato' Gan.

Rakyat ?? Huh, semua tengah kira hutang bank yang belum bayar. Pagi-pagi keluar kerja bersesak-sesak dalam komuter. Anak-anak pulak makin hari makin kurang ajar. TV setiap hari cerita satu Malaysia makmur. Perogal makin bertambah dikalangan kita. Perompak dan pencuri menunjukkan peningkatan yang cemerlang. Tak pernah berkurang. Perompak dan pencuri ni sayang dengan pemimpin Malaysia tak kira parti. Mana pernah diorang rompak pemimpin Malaysia. Penyangak hanya merompak rakyat Malaysia. Susah nak muncul Robin Hood di zaman ini. Mungkin Isa Samad layak dapat title tu. HA HA HA.

Pemimpin tak kira pejuang Melayu atau Islam, pernah tak diorang fikirkan kepayahan rakyat sekarang ni ?? Belah la. Mana pernah diorang fikirkan kita. Semua hanya fikirkan keuntungan politik masing-masing. Malaysia Baru ?? Apo yang baru bai. Hutang baru adolah. Bajet 2010 ?? Eh semalam Najib bagi den rumah dengan kereta Ferari. Kepala ayah kau. Rakyat semakin stress. Makwe kat 7E ?? Mano pornah senyum kat den skrang ni. Walhal den lah paling kacak kat N9 selepas ayah den. Dulu orang belah N9 timur mudah mencarut. Kini N9 barat lagi dahsyat mencarut. Masjid ?? Orang PAS ke Orang UMNO ke, mana pernah nak penuhkan masjid. Padahal nabi cakap solat jemaah bagi orang lelaki tidak kira masjid atau mana-mana tempat. Wajib jemaah sampai nabi nak bakar rumah muslim yang tak datang jemaah kat masjid pada waktu subuh. Ini yang den baca hadis buhari la.

Habis macam mana nak selesaikan semua problem-problem ni ?? Itu belum cerita maksiat lagi. Harapan ?? Makna harapan sampai sekarang den tak faham. Takde harapan langsung la gitu. Semua yang rasa diri itu bertuhan, pergilah mengadu kat tuhan masing-masing. Tanyalah dia kenapa ini semua terjadi. Tuhan den ALLAH. Tuhan orang lain ?? Nafsu pun boleh jadi tuhan. Den pernah tanya ALLAH mengapa den dikurniakan dengan pemimpin yang korup dan penipu. Ini pemimpin tak kira apo parti la bai. Tapi ALLAH tak jawab soalan den. Den bukan nabi Musa. Abih camno ni. ALLAH dah bagi Quran kan. Poie bukak Quran tu kojap.

Dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israil. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

[as-Sajdah 32:23-24]


Dalam ayat di atas ALLAH bagitahu kek kito bilo kaum yahudi bersabar mengamalkan perintah dan larangan ALLAH, ikut cakap rasul yang diturunkan pada mereka maka ALLAH kurniakan mereka pemimpin yang adil dan tidak korup kepada kaum itu.

Umat islam boleh mengambil iktibar dari ayat di atas bahawa pemimpin yang memimpin mengikut ke arah petunjuk agama, tidak terhasil semata-mata dari kempen dan kertas undi. Akan tetapi terhasil apabila masyarakat itu sendiri yang sabar mempraktikkan agama secara syumul(keseluruhan) dan beriman sepenuhnya kepada al-Quran iaitu ALLAH.

Pemimpin lahir dari masyarakat. Jadi masyarakatlah yang mendidik pemimpin. Lantas masyarakat yang samalah melantik pemimpin. Walhasil balik asal. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah pemimpin. Masyarakat jahat, maka lahir pemimpin jahat. Masyarakat tak cerdik, pemimpin dua kali tak cerdik. Apabila berlaku kerosakan dalam sesebuah masyarakat dan negara, beban dosa tidak hanya digalas oleh pemimpin. Kito pun kono sekali.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

[ar-Rum 30:41]


Eh ingat bila ada pemimpin zalim dia sorang je tanggung dosa. Kito pun kono sekali. Beban tu rupanya ditanggung bersama-sama sebab pemimpin zalim lahir dari masyarakat yang zalim juga.

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
[al-An‘aam 6:129]


Kesimpulan, jika dirasakan negara ini penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman, janganlah disalahkan kepada pemimpin(tidak kira apa parti). Tetapi salahkan pada masyarakat kita. Dah kita berada dalam masyarakat tersebut, maka salah diri kita sendirilah. Mengubah negara ini dari zalim kepada adil, kotor kepada bersih, miskin kepada kaya, kurang islam kepada islam sepenuhnya, maksiat kepada tidak maksiat dan lain-lain tidak didahului dengan mengubah pemimpin. Masyarakat dan diri kita sendirilah yang patut berubah. Selama ini kita bodoh. Berusahalah menjadi cerdik. Jangan taksub kepada pemimpin. Bigotry is an enemy.

Rupa-rupanya kita kena ikut sunnah dakwah nabi. Mula-mula ALLAH betulkan Muhammad S.A.W kemudian selepas nabi sudah benar-benar bersedia baru dia beralih kepada isterinya. Selepas itu kepada sahabat-sahabat dan teman-teman rapat baginda nabi. Kemudian kepada den. Eh silap kepada sepupu nabi iaitu Saidina Ali. Dan seterusnya. Ia membentuk masyarakat bertauhid iaitu masyarakat yang tidak mensyirikkan ALLAH. Dalam hati mereka, hanya ALLAH sahaja yang bermaharajalela. Barulah ALLAH bagi bonus kepada baginda sebuah negara untuk diperintah iaitu Madinah. Ia bermula dari individu iaitu baginda nabi > isteri dan famili > masyarakat > bonus dapat jadi pemimpin negara yang bertakwa kepada ALLAH.. Den ulang balik.

Individu > Famili > Masyarakat > Negara

Agak-agak kita buat tak semua ni. Micheal Jackson pun tahu pasal sunnah nabi.Takkan ekau pun tak tahu. Lagu "Man in the Mirror" tu lagu Micheal Jackson la. Jika mahu berubah mulakan dengan diri yang dihadapan cermin itu. Itu mesej lagu tersebut. Mari dengar dakwah Micheal Jackson ini. Mesej dakwah lagu ini benar. Bagi yang muslim gunalah kefahaman islam anda dalam memahami mesej lagu ini. Berubahlah. Mulakan dengan diri anda sendiri.



Anda sudah berubah ??

Kenapa TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar(PC)?

oleh ali :

Salam kepada semua. Semua orang tahu, mesyuarat khas semalam diadakan kerana respons dari TG Nik Aziz di dalam blognya. Satu kenyataan media disediakan oleh Mustafa Ali untuk TG Hadi Awang di sini.

Tetamu istimewa Mesyuarat Khas

Kenyataan media itu mempunyai 2 isi. Pertama, menyindir TG Nik Aziz kerana menggunakan blog untuk menyampaikan hasrat hatinya, lalu arahan dikeluarkan bahawa Pimpinan PAS jangan lagi menggunakan media baru(internet dan Blog) dalam isu yang berbangkit sekarang ini. Sebenarnya arahan itu khas untuk TG Nik Aziz. Itu sebab pimpinan PAS lain boleh guna media baru untuk pertahankan diri.

http://mudin001.com/wp-content/uploads/2009/10/Host-Picture-Hassan-n-Nasa.jpg
Bukti bergambar dimana 3 Pimpinan PAS di atas berjumpa dengan blogger. Pertemuan itu berlaku pada 26 Oktober 2009. Sedangkan kenyataan media dibaca pada 25 oktober 2009.

Kedua, isi kenyataan media itu adalah memanggil satu mesyuarat khas membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz di dalam blognya. Maka secara tidak langsung, kita semua mengiktiraf TG Nik Aziz sebagai tetamu istimewa di dalam meeting khas malam tadi. Sebagai tetamu istimewa, kita kenalah layan tetamu kita dari awal hingga ke akhir. Sebab dia tetamu, kita hormat dia. Tetapi TG Nik Aziz tidak dilayan sebegitu. Acara akhir malam tadi iaitu sidang akhbar selepas meeting tidak menampilkan TG Nik Aziz. Sepatutnya beliau wajib hadir dalam PC tersebut kalaupun tidak berucap untuk sesi soal jawab dengan wartawan. TG Nik Aziz yang menyebabkan mesyuarat malam tadi tercetus. Beliau tetamu meeting tu. Tetapi bila Press Confrence, tetamu khas tidak dijemput. Kurang ajar.

Anda semua nak tahu mengapa situasi itu terjadi ?? Meh sini den dedahkan butiran mesyuarat malam tadi. Sumber ?? Dinding bilik mesyuarat la. Ha HA HA. Lawak. Lawak. Penulis terpaksa merahsiakan sumber penulis.

For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.

Hasan Ali jadi kambing hitam ??

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

Mustafa Ali mencadangkan satu jawatankuasa displin yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Chik untuk menyiasat Hasan Ali. Siasat apa lagi bai. Bukti depan mata. Mustafa Ali kata dengan tertubuhnya jawatankuasa displin khas ini, ia mampu meredakan ketegangan banyak pihak. Tetapi majoriti melawan cadangan Mustafa Ali. Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kerana ia pilihan majoriti untuk menjadi ketua jawatankuasa displin tersebut.

Jawatankuasa Siasatan

Meeting semalam juga telah melantik saudara Hanipa Maidin untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat mana-mana lagi pemimpin PAS yang bikin skandal gelap dengan UMNO dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi, semasa sidang akhbar selepas meeting, Mustafa Ali mengarahkan Presiden PAS TG Hadi supaya tidak mendedahkan jawatankuasa sisatan itu. Apa kes ?? Hanipa Maidin pun nak glamer gak.

Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.

Resolusi atau Revolusi ??

Dari pemerhatian penulis, TG Hadi sudah tidak memainkan peranannya sebagai Presiden sebuah organisasi. Beliau dikuasai oleh beberapa orang yang kesemuanya dari PAS Terangganu. TG Hadi juga dilihat selalu keletihan yang amat sangat. Lihat sahaja sidang akhbar semalam. Suara beliau tidak berapa betul menyatakan sesuatu perkataan dan serak kelesuan. Penulis faham bahawa Presiden PAS ini terlalu banyak beban tugas yang digalas beliau. Menjadikan beliau disoriented dan vertigo lantas mudah dimanupulasi oleh keadaan. TG Hadi bukan muda belia lagi. Beliau selalu menyerahkan tugas-tugas penting Parti kepada beberapa kerat orang yang semuanya dari geng-geng PAS Terangganu. Lantas menjadikan beliau mudah dimanupulasi oleh Mustafa Ali dan Ust Harun Taib.

Semasa chatting dengan blogger Ummuasiah , beliau hairan kenapa dari EGM/Muktamar Khas boleh tukar menjadi Mesyuarat Khas dan akhirnya menjadi Seminar Khas pada 7 Disember 2009. Penulis pun hairan sama. Den chatting dengan ummuasiah ketika beliau dalam court maa. Menyompek lagi tu. Kesimpulan penulis dari observation itu ialah bertapa liciknya Pimpinan PAS menipu rakyat Malaysia demi menjaga dan menyelamatkan kepentingan beberapa kerat orang. Konon nak jaga parti. Siaplah engkorang semua PRU-13 nanti. Ingat pengundi ni bodoh macam tahun 50-an.

Demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS, EGM perlu juga diadakan bagi mendapat keseluruhan mandat dari ahli-ahli PAS untuk membuang pemimpin yang dimaksudkan. Itu jalan yang sepatutnya dirintis. Lihat orang cina, berani mengadakan EGM untuk buang pimpinan atasan mereka demi survival. Apa kuasa yang ada pada seminar 7 Disember nanti ?? Tiada kuasa pape. Membazir dan membuang masa. Itu sudah pasti. Sedangkan rakyat mahukan Pemimpin PAS yang buat skandal dengan UMNO yang korup dan munafik dijatuhkan. Itu yang patut dilaksanakan.

Ust Harun Taib adalah ular dalam semak. Aktiviti "Unity Government"nya hampir tidak dapat dikesan. Tetapi terbongkar juga. Harun Taib boleh tuduh TG Nik Aziz tidak menulis artikel yang menyebabkan meeting khas berlaku malam tadi. Dia kata orang lain yang buat. Siapa pulak yang tergamak buat aksi begitu. Sudah tentulah blog tok guru, tok guru yang menulis. Paling kuat yang menaip adalah pembantu-pembantu TG Nik Aziz. Tolong taip sahaja. Nampak niat Harun Taib adalah bersangka jahat pada TG Nik Aziz dengan mengatakan TG Nik Aziz ini dimanupulasikan oleh pembantu-pembantunya. Ini youtube kenyataan Harun Taib :



PAS perlu membebaskan diri dari cengkaman PAS Terangganu di peringkat Pusat/Persekutuan. PAS Terangganu sudah ternyata gagal semasa 2 PRU lepas iaitu PRU 2004 dan PRU 2008 dalam menawan Terangganu. Kenapa kita mahukan orang-orang yang gagal diperingkat negeri, mentadbir peringkat Pusat ?? 1Malaysia tidak faham tentang anologi ini. Paling terbaik dan demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS dari kalah teruk untuk PRU-13, ahli-ahli PAS perlu berani menyingkirkan TG Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali, Dr. Samsuri(S/U Politik Presiden) dan Idris Ahmad demi menjamin kelangsungan survival PAS dalam huru-hara politik Malaysia.

Jadi sekarang adakah anda sudah mengetahui mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas malam tadi ?? Anda sendiri boleh buat kesimpulan sendiri. Jangan jadikan diri anda mudah diajar dan dieksploitasi oleh mereka-mereka yang kononnya adalah pimpinan. Mereka-mereka itu hipokrit. Mereka penipu. Setelah mendapat undi anda, mereka akan lupakan kita lalu memboroikan perut dengan wang, kuasa dan tahta yang diperolehi dari perit jerih dan titik peluh kita. Lakukan perubahan dan tolak kesemua pemimpin yang mengkhianati kita semua. Mulakan dari sekarang !!!

Hasan Ali bakal hilang jawatan !!!

oleh ali :

Tuan Guru Nik Aziz dalam meeting malam tadi telah menyebut nama Hasan Ali sebagai orang yang terlibat dalam projek "Unity Government". Hasan Ali confirm hilang jawatan dalam Parti dan Exco jika Tuan Ibrahim Tuan Man dapat menyabitkan kesalahan tersebut ke batang hidung Hasan Ali.

Namun apa yang dikecewakan apabila TG Hadi Awang tidak menamakan Hasan Ali sebagai salah seorang yang didakwa dalam sidang akhbar selepas meeting khas tadi. TG Hadi Awang hanya menjawab bahawa jawatankuasa displin yang dibentuk cuma menyelesaikan masalah dalaman PAS Selangor.

Selepas meeting malam tadi, penulis merasakan persepsi rakyat terhadap PAS masih sama kerana tindakan serta merta tidak diambil. Mungkin tiada lagi PRK seperti Bagan Pinang untuk dijadikan indikator tentang bagaimana pengundi melihat rupa PAS. Tiada juga usul tentang penaiktarafan Kelab Penyokong PAS kepada Dewan atau sayap PAS dalam meeting khas malam tadi. Post Mortem kekalahan PRK Bagan Pinang juga tidak dibincang dan diambil pengiktibarannya dalam meeting tadi. Non-muslim voters masih melihat PAS sebagai Parti yang sedang menipu mereka sebagaimana saudara-saudara mereka di Bagan Pinang.

Kekalahan besar PAS dan Pakatan Rakyat untuk PRU-13 semakin menjadi kenyataan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat dan PAS, penulis sarankan anda supaya menyediakan diri untuk bersiap sedia untuk menghadapi kekalahan. Kerja kuat untuk menambahkan pendapatan supaya tidak miskin kerana harga minyak, barang keperluan, pengankutan dan lain-lain melambung naik. Pemimpin di atas sana mana pernah memikirkan cukup makan pakai kita. Semua muka penipu. Mana pernah diorang naik bersesak- sesak dalam komuter. Lepas tu claim diri sebagai pemimpin Islam yang berjiwa rakyat. Den nak raso muntah jap.

Blogger Ciplak - Big Brader Mat Saman Kati

Ramai orang kata, Najib adalah tukang ciplak professional. Kerja dia jadi tukang ciplak idea orang lain, kemudian dengan bangganya dia mengatakan itu idea dia. Sapa nak jadi macam Najib?

Ramai yang nak jadi macam Najib. walaupun ramai orang Pakatan Rakyat yang mengutuk Najib dan budaya mencuri dalam Umno, tapi semakin ramai orang Pakatan yang sudah terikut-ikut dengan budaya Umno ini. Kalau dulu, bila orang PKR buat perangai macam Umno, orang Pas akan kata PKR memang macam tu sebab depa serpihan Umno, sekarang orang Pas pun dah mula ikut perangai Umno.

Aku bukan nak cakap pasai Hasan Ali atau Mustafa Ali…tapi pasi blogger-blogger Pakatan Rakyat yang gila glamer.

Semasa PRK Bagan Pinang, memang patut kalah sebab ramai blogger yang membantu Pas dah terikut perangai Umno. Kerja mereka menciplak kerja orang lain, kemudian mengaku itu hasil mereka. Tak bagi kredit kat orang yang buat kerja.

Blogger Baganutama dah buat post-mortem dan teguran yang cukup panjang. Aku ingat selepas itu ramai yang akan sedar. Rupanya tidak.

Hari Isnin… Sya, Anaz dan aku ke Pulau Pinang. Kena buat kerja untuk cari makan. Aku buat kerja aku…Sya dan Anaz buat kerja depa. Aku balik awal. Pukul 11 malam dah sampai rumah. Pukul 12.30 malam, aku dapat maklumat tentang kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang.

Bila aku call Anaz, depa baru sampai Ipoh. Dan bila aku bagi tau tentang kejadian tersebut, Anaz, Sya dan F3M terus ketempat kejadian. Melalui mereka, aku dapat membuat laporan dan mengemaskini blog dengan berita-berita terkini yang disiarkan disini. Pukul 3.15 pagi, Sya dan Anaz terpaksa balik keIpoh kerana kamera Sya kehabisan bateri.

Pukul 6 pagi, mereka kembali kelokasi untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Dan dari jam 3 pagi hingga 6 pagi, Sya sempat mengemaskini laporan dan disiarkan disini.

Bukan setakat berita, malah diselitkan juga gambar-gambar. Walaupun Sya menghantar gambar-gambar kepada aku, tapi aku tak sempat nak upload didalam Perakexpress, tetapi gambar-gambar tersebut boleh didapati diblog peribadinya disini.

Tulisan-tulisan dan gambar-gambar, baik di Perakexpress atau di blog Sya, sapa-sapa pun boleh salin dan tampal. Tetapi sebagai etika berblog…apa salahnya memberi kredit kepada orang yang buat kerja?

Sya dan Anaz berada dilokasi dari pukul 6 pagi sampai 9 malam (Selasa). Berapa jam mereka tidur? Sapa tanggung makan minum depa? Sapa bayar duit minyak depa? Semua depa tanggung sendiri. Dan apa yang dihasilkan adalah untuk munafaat semua pengunjung blog ini.

Tapi ada juga blogger yang nyenyak tidur ketika orang lain berjaga mendapatkan maklumat. Bila bangun pagi…bancuh kopi…buka laptop dan surf blog orang lain. Mana-mana maklumat yang boleh dikira hits, depa sapu. Ambil sana sikit, ambil sini sikit…buat artikel dan mengaku depa punya. Langsung tak bagi kredit kepada orang yang buat kerja.

Dari malam sampai siang, dikalangan blog, hanya Perakexpress yang membuat liputan tentang kejadian tersebut. Tapi bila siang, dah banyak blog-blog yang membuat posting tentang tragedi Jambatan Runtuh. Tapi bila aku tengok blog-blog member…tak ada yang bagi kredit kepada Perakexpress ataupun Syareformis..walaupun gambar dan beritanya mereka ambil. Disinidisini….disini…..disini

Sebaliknya semuanya memberikan kredit kepada blog Ajijoi. (Disini)

Aku ingatkan…Ajijoi lagi terror dari kami, tapi bila baca laporan dan gambar yang disiarkan…rupanya diciplak bulat-bulat dari Perakex.

Cuma perenggan atas yang bukan milik Perakex, tetapi gambar banner dan gambar orangramai ditepi sungai, berserta artikel yang ditulis, diciplak sepenuhnya oleh Ajijoi. Artikel asal di Perakex ada disini.

Langsung tidak ada kredit diberikan kepada Perakex atau Syareformis. Malulah sikit kepada blogger perempuan ini. Walaupun artikel tersebut aku yang edit, Sya cuma bagi maklumat…maklum la dah pukul tiga pagi, tapi aku tetap bagi kredit pada dia. Aku tulis nama dia sebagai pelapor kerana aku sendiri tak boleh buat apa yang dia boleh buat.

Tapi ada blogger lain…buat sadin saja menciplak karya orang lain.

Maka berduyun-duyun la pengunjung meminta kebenaran daripada tuan punya blog untuk mengambil artikel tersebut dan memberikan kredit kepada tuan punya blog.

Blog otai macam AlHusseyn dan Cenangau pun bagi kredit kat Ajijoi. Mula-mula aku bersangka baik…mungkin Ajijoi terlupa nak membuat link kepada Perakex.

Tapi bila dia sendiri menjawab dalam blognya…

Azizul Nizam said…

Kesemua berita dan cerita didalam blog saya ini dibenarkan untuk dibuat sebagai bahan sebaran diblog anda sekalian kerana ilmu/info yang bermanfaat eloklah dikongsi bersama.

aku cuma boleh kata…Pirrrrraaahhh!! [link]

Thursday, October 29, 2009

Isi penting mesyuarat KHAS tadi

oleh ali :

Sidang akhbar sudah berakhir. Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing.


Gambar sidang akhbar sebentar tadi. Kredit gambar dari panzer uo.

Tepat pukul 12.15 pagi Khamis 29 Okt 2009. Mesyuarat masih berlangsung tetapi tanpa kehadiran TG Nik Aziz. Benarkah?

oleh ali:

Wartawan yang berkubu di luar menunggu dengan lesu. Sumber gambar dirahsiakan.

1] Mesyuarat paling luar biasa Pas yang bermula jam 8.45 malam semalam, sehingga jam 12 pagi ini masih belum selesai.

2] Sumber tidak rasmi memberitahu bahawa TGNA telah meninggalkan mesyuarat sejak jam 11 malam semalam. Tetapi, tidak ada yang berani memastikannya.

3] Maklumat tidak rasmi memberitahu bahawa Mesyuarat Khas yang melibatkan semua AJK PAS Pusat masih belum menemukan kata putus.

4] Di luar dewan tingkat 5, sudah ada wartawan yang memainkan lagu dari telefon bimbit masing-masing tanda protes.

Surat tanpa tandatangan Presiden PAS timbulkan tanda tanya ?

oleh ali :

Click for enlarge.

Surat di atas adalah surat Presiden PAS kepada media yang baru lalu. Ada 2 isi penting surat itu.Pertama, arahan Presiden supaya Pimpinan PAS tidak menggunakan media baru iaitu internet dan blog dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit pada waktu ini (Jelas Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS telah melanggar arahan ini). Kedua, urgent call untuk meeting yang sedang berlangsung sekarang ini.

Yang menjadi keraguan ialah surat ini tidak mempunyai tandatangan atau signature Presiden PAS. Surat-surat penting PAS wajib ada signature/tandatangan dalam menjamin kesahihan surat terbabit. Gambar di atas adalah gambar ori. Bukan salinan dari mesin fotokopi.

Pertama, dipercayai surat tanpa tandatangan ini dibuat S/U Politik Presiden PAS iaitu Dr. Samsuri atas arahan Mustafa Ali. Mustafa Ali adalah penasihat "tidak rasmi" kepada Presiden PAS. Dalam sidang media Mustafa Ali kata dia terima arahan dari Presiden untuk buat meeting dan dia cadangkan tarikh meeting. Padahal, Mustafa Ali yang buat semua arahan itu tanpa pengetahuan Presiden. TG Haji Hadi cuma patuh pada Mustafa Ali.

Kedua, kemungkinan besar TG Hadi terlupa tandatangan sebab letih. Letih kerana terlalu banyak urusan yang perlu selesaikan. TG Hadi terlalu banyak pegang jawatan. Menyebabkan beliau disoriented dan mengalami vertigo. Ini menyebabkan beliau mudah dimanupulasi oleh keadaan.

Kenyataan pertama lebih dipercayai kerana selepas meeting malam ini, Press Confrence secara rasmi tidak dibenarkan oleh Mustafa Ali. Itu sebab dia memilih meeting pada waktu malam. Sengaja juga dia memilih tarikh yang boleh menyebabkan ramai AJK PAS Pusat tidak hadir kerana keletihan disebabkan berlangsungnya sidang Parlimen, DUN Perak dan DUN Kelantan. Walaupun tiada Press Confrence selepas meeting, wartawan sudah pun berpus-pusu dihadapan pejabat agung PAS ini. Memang benar kata orang wartawan dan bloggers adalah HERO rakyat.

Taklimat Idris dengan wartawan Harakah

oleh ali :

Taklimat khas wartawan harakah pada 12 tengahari tadi dihadiri oleh Ust Idris Ahmad, S/U Politik Presiden PAS Dr. Samsuri dan Presiden PAS sendiri iaitu TG Haji Hadi.

Ust Idris Ahmad iaitu ketua Penerangan Pas adalah orang pertama memulakan bual bicaranya. Seperti biasa dia yang terkenal sebagai keras, kuku besi, tidak diplomatik dan kurang bijaksana memulakan sesi penerangannya dengan mengumpat bloggers(baca: bloggers Pro Pakatan Rakyat)

Idris Ahmad memerintahkan wartawan harakah supaya tidak menjadi ajinamoto dan kicap yang dimasak oleh para bloggers untuk menghentam PAS. Hey mangkuk !!! Bloggers yang kau maki inilah yang bagi kemenangan besar kepada PAS dalam PRU-12 lalu. Dasar tak kenang budi.Pecat lah si derih ni cepat. Sebagai ketua Penerangan PAS, derih perlu ada bahasa diplomasi dan hikmah. Derih perlu menerangkan sesuatu isu dengan hikmah, bukan menyerang dengan tak tentu pasal. Baca komen bekas Mufti Perlis Dr. Maza ini.

Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.

Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.

Bikin malu organisasi simpan orang seperti derih ni. Sudahlah begitu, derih terkenal sebagai orang yang tidak tahu bersangka baik dan kasar orangnya. Lihat komen derih terhadap rakan beliau iaitu Menteri Dijabatan Perdana Menteri Jamil Khir. Klik sini. Mana pergi budi bahasa si derih ni. Inikah pelajaran yang dia belajar selama menjadi ahli PAS. Walaupun si Jamil Khir itu UMNO sekalipun, bersangka baik lah dahulu. Jamil baru sahaja dilantik sudah dimaki teruk oleh Ketua Penerangan PAS. Uslub dakwah apa yang digunakan oleh si derih ni ??

Derih selalu juga maki Mufti-mufti dalam Malaysia. Semua negeri takde mufti yang tidak pernah dimaki oleh derih kecuali negeri Pulau Pinang. Aik , apepasal tak maki mufti Pulau Pinang ?? Mufti Pulau Pinang adalah abang kandung kepada derih ni. Tahu pulak bersangka baik dengan abang sendiri. Sedangkan arak, maksiat, kedai judi magnum dan lain-lain maksiat yang ada di negeri lain juga terdapat di negeri Pulau Pinang. Apepasal hang tak maki abang hang sendiri macam hang maki Jamil Khir. Biasalah inilah dinamakan sebagai keadilan oleh derih(baca: nepotisma). Inilah sikap 'double standard' Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Sambung balik cerita pasal taklimat khas tadi. Derih menafikan perjumpaan kali ni sebab meeting malam ini. Sudahlah. Walhal, selepas itu dia menyuruh semua wartawan PAS taksub hanya kepada PAS. Mana pergi prinsip kebebasan berakhbar ?? Mana pergi prinsip demokrasi ?? Bunyi dah sama macam UMNO. Derih juga merancang untuk buat tamrin ala-ala brainwash selepas ini. Dipercayai tamrin ini dirancang supaya wartawan PAS akan mudah menerima agenda 'Task Force 2010' nanti.

Selepas derih, TG Haji Hadi pula meneruskan sesi tengah hari tersebut. Hanya bual bicara biasa dari beliau. Nothing new. Cuma beliau ada memerli harakah kerana sekarang kerap cerita pasal 'Unity Government". Terasa ke ??

Wednesday, October 28, 2009

Hasan Ali masihkah dikau ingat tentang hutangmu

oleh ali :

1] Ok kita terus pada point. Hasan Ali ada hutang tertunggak sebanyak RM200 ribu. Hutang dari kompeni dia, kompeni Akrab.

2] PRU-12 pun menjelang tiba. Hasan ali tahu hutang RM200 ribu itu boleh menghalangnya dari bertanding dalam PRU-12.

3] Tetapi dalam mesyuarat MTD(Majlis Tindakan DUN), Hasan Ali selalu menyebut dia akan jadi MB Selangor jika menang PRU nanti.

4] Nak tak nak, Hasan ali ke Kelantan minta bantuan Husam Musa. Husam kaya ?? Husam tidak kaya bai. Tetapi Husam dikenali sebagai pemimpin PAS yang banyak berkawan dengan rakan-rakan korporat yang simpati dengan PAS(baca: Islam).

5] Melalui rakan lama Husam, Hasan Ali berjaya meminjam RM200 ribu untuk membayar hutang peribadinya.

6] Husam sendiri memberi jaminan politik kepada rakan beliau bahawa Hasan Ali akan membayar hutangnya.

7] Husam semasa itu yakin Hasan Ali adalah seorang tokoh yang dipercayai. Husam percaya Hasan Ali harus diketengahkan dalam PAS dan Malaysia. PRU-12 hilang seri tanpa Hasan Ali. Begitulah kira-kiranya.

8] Setelah diketahui ramai, Hasan Ali sekarang menjawat sebagai ADUN Gombak Setia dan EXCO negeri Selangor. Jangkanya, Hasan Ali sudah berupaya membayar balik hutangnya.

9] Tetapi Hasan Ali masih tidak membayar hutangnya. Isa Samad betul.

Hasan Ali, dulu ekau berjanji nak bayar balik hutang. Ekau janji dengan Husam dan rakan dio. Mano poie janji manismu. Kenapa hari ini ekau mungkiri janji ?? Ekau nak jadi munafikkah, wahai calon Mentori Bosar UMNO ??

Wahai,Hasan Ali, sila nafikan janji khianat anda pada Husam dan hutang RM200 ribu itu ?? Anda berani ??!!

Pengakuan dari Blogger UMNO yang menghadiri pertemuan malam tadi dirumah Hasan Ali

oleh ali :

Anak Sanusi Junid telah mengaku dan memberikan isi penting pertemuan malam tadi diruangan komen blog ini.

"Terima kasih saudara kerana sudi mengwar-warkan blog saya. Saya juga agak gembira dijemput oleh Dato' Dr Hassan Ali yang ternyata terbuka hati dalam niat memperjuangkan hak Umat Melayu Islam di Selangor dari dikekang oleh kafir Harbi DAP dan sekutunya, parti pimpinan 'Al-Juburi'... itu kan namanya menurut Mat Sabu suatu masa dahulu?"[link]

Dari komen Akramsyah di atas, kita lihat ketakutan Hasan Ali kepada Parti DAP. Ini pengakuan terbuka anak Sanusi Junid mengenai Hasan Ali. Bagaimana Hasan Ali boleh baik dengan anak Sanusi Junid ini ?? Lihat bahasanya, "Al-Juburi". Dia percaya Anwar Ibrahim adalah peliwat. Akramsyah, anda ada bukti ?? Jap-jap DAP parti Harbi ?? Harbi ni ikut istilah yang penulis tahu bermaksud orang kafir yang boleh dibunuh. Tolong betulkan penulis jika penulis silap. Inilah statement 1Malaysia dari anak Sanusi Junid. Tahniah.u

Pertemuan Hasan Ali & Nasarudin Mat Isa dengan bloggers. Fakta yang perlu anda ketahui

oleh ali :

1] Kenapa blogger Umno dijemput sama. Kenapa beb.

2] Anda kenal Akram Shah Sanusi ?? Dia pun dijemput sama. Kurang ajar !!! Hasan Ali dan Nasarudin Mat bukan tidak kenal dia ni. Dialah blogger Umno yang paling kuat menghina TG Nik Aziz dalam blog.

3] Kenapa Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sanggup langgar perintah TG Haji Hadi supaya jangan guna media baru iaitu internet dan blog ?? Klik

4] Tahukah anda bahawa Nasarudin Mat Isa telah tipu kita semua tentang pertemuannya dengan Umno untuk rundingan 'Unity Government' dan 'Task force 2010'. Siapa yang dedahkan bahawa anak Mat Isa ini berbohong ?? Siapa lagi kalau bukan Pak Lah bekas PM kita. Sudah tentulah semalam anak Mat Isa ini akan mempertahankan kebohongan dia pada blogger.

5] Tahukah anda bahawa Pemuda PAS Selayang menggelar Hasan Ali sebagai 'Raja Peluk' dan 'Raja Merajuk'. Gelaran itu terjadi kerana Hasan Ali selalu sangat jadi kacang hantu dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Hari ini jika 'Raja Peluk' kita bergaduh dengan pemimpin PR atau merajuk, esok lusa beliau akan peluk pemimpin terbabit apabila media mula mensensasikan isu tersebut. Contoh, isu arak beliau peluk Ronnie Liew dekat majlis mesyuarat PR dan isu selcat peluk Tony Pua 3-4 hari sebelum mengundi di Bagan Pinang. Wayang kulit beliau sudah tidak laku lagi.

6] Untuk analisis penulis, Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sudah terdesak lalu terpaksa menggunakan blogger juga untuk menyelamatkan tengkuk mereka berdua dari dilucutkan jawatan mereka pada malam rabu nanti. Walhal, Nasarudin Mat Isa lah yang beria-ia nak menyaman seorang blogger yang pro-PAS sebelum tembelangnya dipecahkan oleh Pak Lah.

7] Maklumat yang sampai kepada penulis, pertemuan dengan blogger semalam dirancang oleh 'Think Tank' dari Task Force 2010. Itu sebab Hasan Ali dan Nasarudin sanggup membelakangi arahan Presiden PAS. Sebab itu juga blogger Umno dijemput sekali. Umno sudah memberi kata dua atau Ultimatum bahawa mereka wajib kekal di dalam Parti PAS dan Umno tidak sama sekali akan menerima mereka.

8] Den paling tak puas hati macam mana anak Sanusi Junid boleh ada dalam pertemuan malam tadi. Ini blog si Akram Shah. Sila klik.

9] Wahai Ayahandaku Wak Al-Banjari, jika boleh kami semua nak dengar audio video pertemuan semalam. Jangan tunggu pagi khamis. Bahaya.

10] Baru tadi PA atau Personal Assistant Nasarudin Mat Isa menafikan pertemuan boss beliau dengan bloggers pada malam tadi. What ??!! Terkejut den. Hang nak menipu apa lagi anak Mat Isa. Isa Samad lah kau ni !!!

11] Perisik-Rakyat telah meminta PA Nasarudin Mat Isa iaitu Meor Isfahandy untuk mengadakan/mengaturkan satu lagi pertemuan sesi soal jawab (Q&A) dengan bloggers. Tetapi Meor bersikap defensif. Barang diingat blogger yang menghadiri pertemuan dengan Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa pada malam tadi telah dipilih oleh Roslan SMS. Semua blogger terbabit yang dipilih adalah blogger yang lunak dengan "Unity Government".

12] Pada pukul 12 tengah hari esok semua wartawan Harakah,Harakahdaily, Siasah dan yang berkaitan dengan Parti PAS akan dipanggil berkumpul dan diberikan taklimat oleh pimpinan tertentu. Mereka akan diajar cara-cara menulis berita mengikut versi pimpinan pro "Unity Government". Inilah agaknya demokrasi terpimpin ala PAS.

13] YB Salehudin Ayub kata TG Nik Aziz tidak dapat hadir untuk mesyuarat malam rabu nanti. Tetapi maklumat terkini mengesahkan Setiausaha TG iaitu Annual Bakri mengesahkan TG Nik Aziz akan hadir. Meeting dijangka bermula pada pukul 8.30 malam.

14] Dalam mesyuarat malam rabu nanti dijangkakan Nasarudin Mat Isa akan menjatuhkan kredibiliti TG Nik Aziz dengan mengekploitasikan isu menantu TG. Menantu TG Nik Aziz diberi amanah mengemudi salah sebuah yayasan atau syarikat Negeri Kelantan. Menantu TG berada di situ berdasarkan 'on merit'. Nasarudin Mat Isa akan memainkan isu nepotisma ini sebagai usaha beliau untuk menjatuhkan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Idea ini sudah tentu datangnya dari 'Think Tank' TF 2010.

* Bagi penulis, resolusi mesyuarat malam rabu nanti amat penting untuk menentukan halatuju PAS bagi menghadapi PRU-13 nanti. Penulis cuba sedaya upaya meng'update' berita dari sana. Inilah 'crucial moment' bagi PAS.

Kemunafikan UMNO

Apakah Kemunafiqan Bukan Lagi Suatu Persoalan?

Islam dan Muslim…

Sepatutnya tidak perlu dibezakan di antara Islam dengan Muslim. Sesiapa sahaja yang menisbahkan Islam kepada dirinya dengan Syahadah adalah Muslim. Tetapi ada kalanya, Islam boleh berada di satu lembah dan Muslim berada di suatu lembah yang lain. Tatkala Muslim hanya memakai nama Islam tetapi membelakangkan prinsip Islam, Muslim itu Muslim, tetapi ada nama baru untuknya, iaitulah MUNAFIQ.

Munafiq tidak wujud di era Islam miskin dan ditindas. Munafiq muncul mengiringi kemenangan Islam. Kemenangan datang dengan ghanimah, status, kejayaan dan prestasi… semua itu disambut oleh Muslim yang Mukmin dengan SYUKUR, tetapi disambut oleh Muslim yang Munafiq dengan KUFUR. Dibelenggu oleh penyakit hati yang memusuhi kaum yang beriman.

Nifaq itu penyakit dan Munafiq ini berpenyakit. Ia boleh berkembang dari kemunafikan peribadi, kepada kemunafikan sistem dan gagasan.

Justeru muqaddimah Surah al-Baqarah sudah pun menjelaskan apa yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.

TELADAN SURAH AL-BAQARAH

Berkenaan kaum MUKMININ yang bertaqwa, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan dalam lima ayat yang ringkas, berterus terang dan mudah digarap oleh kita yang memerhatikannya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

2_1-5

“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya” [al-Baqarah 2: 1-5]

Selepas menjelaskan tentang kriteria kaum MUKMININ yang berjaya, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan pula perihal golongan yang bertentang dengan kaum Mukminin iaitu golongan KUFFAR. Penjelasannya juga mudah, ringkas dan terus menjurus kepada melakarkan garis sempadan antara keduanya.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

2_6-7

“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.” [al-Baqarah 2: 6-7]

Dua ayat sudah memadai pada menjelaskan perihal golongan Kuffar ini.

Namun, di antara MUKMIN dan KAFIR itu, ada sekelompok manusia yang wujud sebagai penyakit. Sebelah kakinya memperlihatkan kebersamaan mereka dengan daerah hitam, manakala sebelah kaki yang lain menonjolkan kebersamaan mereka dengan daerah yang putih. Jika Mukmin diperincikan dengan 5 ayat dan Kafir pula diperjelaskan cukup dengan 2 ayat, kaum yang merewang di antara dua daerah ini, yang digelar sebagai kaum MUNAFIQ, diperincikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala dengan ayat yang panjang lebar.

Penyakitnya berbahaya.

Permusuhannya mengelirukan.

Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman bermula daripada ayat ke-8 surah al-Baqarah hinggalah ke ayat yang ke-20, 12 ayat yang panjang lebar diperuntukkan untuk memperkatakan tentang segala tipu muslihat, kelicikan dan kebobrokan golongan ini yang sangat-sangat memudaratkan kehidupan.

Tidak cukup dengan penjelasan di Surah al-Baqarah, sebuah surah diperuntukkan khusus dengan nama golongan ini. Surah al-Munafiqun memperincikan lagi gelagat dan tindak tanduk kelompok ini yang memakai Islam di mulut dan penampilan luarannya, tetapi amat membenci golongan yang bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Ayuh diteliti, apakah ungkapan Allah Subhanahu wa Ta’aala tentang kaum berpenyakit ini:

2_8-19

“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).

Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”

[Al-Baqarah 2: 8-19]

PENUH SINDIRAN

Allah Ta’aala memperkenalkan golongan ini dengan bahasa yang amat menyindir.

Adalah satu kelompok itu… atau dalam bahasa hari ini, “kamu sendiri pun tahu siapa mereka!”

Justeru dalam memperkatakan tentang kaum Munafiq ini, janganlah diacuh-acuh atau dilontarkan provokasi agar ‘tuduhan nifaq’ itu diberi nama siapa sebenarnya yang dimaksudkan. Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri membiarkan kelompok ini terdedah tembelang mereka tanpa nama, kerana sesungguhnya yang tidak kenal siapa Munafiq ini adalah si Munafiq itu sendiri, tatkala diberikan peringatan kepadanya agar jangan berterusan melakukan kerosakan, katanya “kami ini kaum yang membawa islah dan kebaikan!”

Tetapi cukuplah dibuat suatu penilaian, berdasarkan tentang kebejatan zahir dan batin mereka, yang didedahkan oleh Allah dengan begitu terpeinci, supaya kaum Mukmin berhati-hati. Jangan asal namanya Muslim, terus sahaja mahu diajak berkawan dan bekerjasama, tatkala yang Muslim jenis itu, ada banyak makarnya yang sudah diberitahu Tuhan.

KUFFAR

Ada pun Kuffar, biar pun mereka menolak Islam, mereka menolaknya atas kepercayaan mereka. Penolakan itu bukan suatu konspirasi yang menjadi api di dalam sekam, sebaliknya api yang tidak menyembunyikan kepanasannya. Warnanya jelas dan hala tujunya jelas.

Justeru urusan kaum Mukmin dengan Kuffar ini lebih telus.

Semasa mereka melawan, mereka mesti dilawan.

Semasa mereka mahu kepada perdamaian, ketelusan mereka terhadap apa yang mereka mahu, mesti disambut pula dengan ‘izzah kaum Muslimin, dengan menerima perdamaian yang diminta.

8_61-62

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman” [al-Anfaal 8: 61-62]

Biar pun Kuffar itu Kuffar, tetapi dek jelas warna luar dan dalamnya, Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan garis panduan interaksi kaum Mukminin dengan mereka. Dengan kesempurnaan Islam dalam menilai kawan dan lawan, kaum yang lawan itu, andai mahu mencari perdamaian, kaum Mukmin diperintahkan menerima perdamaian tersebut. Biar pun tangan yang dihulur masih dari hati yang kufur, namun jika zahirnya dinyatakan persetujuan untuk berdamai atas prinsip-prinsip utama Islam iaitu keadilan dan berlaku Ihsan, maka kecenderungan itu mesti disambut. Seterusnya bertawakkallah kepada Allah dalam erti kata, jangan putuskan pergantunganmu kepada Allah, selama engkau mencuba perdamaian dengan kaum yang KUFFAR itu.

Allah Maha Mendengar.

Alllah Maha Mengetahui.

Tatkala mereka itu ada perancangan untuk mengkhianatimu, jangan lupa pada Allah yang menjadi asas engkau menerima perdamaian itu. Ketentuan akan datang, perdamaian akan berakhir, kawan kembali menjadi lawan, kerana khianat dan makar yang jahat.

Itu dengan kelompok yang terang warnanya pada IMAN dan KUFUR.

SURAH AL-MUNAFIQUN

Ada pun kaum MUNAFIQ yang duduk di celah kelompok kaum MUKMIN, yang menggaulimu di luar masjid bahkan di dalam masjid, Allah memerintahkan para MUKMIN agar sentiasa berhati-hati, jangan alpa dan jangan terpedaya.

63_4

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya. (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?” [al-Munafiqun 63: 4]

Justeru janganlah terlalu naif untuk sekalian MUSLIM dipadukan sesama MUSLIM hanya dengan alasan permukaan berjenama MUSLIM. Andai yang Muslim itu memusuhi Muslim yang lain, menyakiti mereka, mengkhianati mereka, membuat makar dengan sesiapa sahaja demi lempias kebencian mereka terhadap kaum yang beriman kepada Allah, tidakkah Muslim yang jenis seperti ini yang dimaksudkan oleh Allah di dalam lanjutan ayat yang berikutnya:

63_7

“Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)” [al-Munafiqun 63: 7]

Salah satu kelakuan kaum MUNAFIQ ini adalah pada strategi mereka menyekat keperluan hidup orang-orang yang mahu mengikut petunjuk Nabawi. Mereka menyeru agar orang-orang yang beriman dilaparkan, dimiskinkan, disekat dana, ditahan nafkah dan rezeki mereka semata-mata atas satu tujuan yang berdasarkan sangkaan mereka iaitu “agar dengan tekanan itu, orang-orang yang beriman akan berputus asa dan berpecah belah meninggalkan Rasulullah“.

Siapakah yang mempelopori strategi yang jelek ini?

Mereka adalah golongan yang solat bersama kamu, bersyahadah seperti kamu, tetapi penyakit hatinya menjadikan kamu sasaran permusuhan mereka. Itulah kaum MUNAFIQ.

Dan kerana jeleknya sebuah KEMUNAFIQAN dan besarnya kemudaratan yang dicetuskan oleh talam bermuka-muka ini, toleransi Islam dalam kepelbagaian agama yang dianuti oleh sebuah komuniti, tetap mencetuskan sebuah perintah yang menggemparkan:

9_107

“Dan golongan (Munafiq) yang membina masjid dengan tujuan memudaratkan (orang-orang yang beriman) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. “ [al-Taubah 9: 107]

Kaum perosak itu bukan calon kawan.

Mereka bukan rakan perdamaian.

Justeru yang diperintahkan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bukanlah diruntuhkan sebuah gereja, atau kuil, atau sinagog, tetapi sebuah MASJID!

Masjid yang dibina oleh kaum yang berlidah Muslim tetapi hatinya amat bermusuh dengan Islam. Itulah masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Projek kaum MUNAFIQ, iaitu sebenar-benar musuh kamu.

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memerintahkan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin al-Dakhshim, Ma’an ibn ‘Adi atau saudaranya ‘Asim bin ‘Adi dengan arahan berikut:

bakarmasjiditu

“Pergilah kamu kepada masjid ini yang ahli-ahlinya zalim dan hancurkan ia serta bakar olehmu masjid itu” [Tafseer Ibn Katheer: 2/508]

Tentu sahaja jika mahu diperkatakan soal persamaan, Masjid Dhirar lebih banyak persamaan dengan Masjid Quba’ atau Masjid Nabawi, berbanding dengan rumah ibadat berhala Jahiliah.

Tetapi isunya bukan itu.

Biar pun MASJID vs. MASJID, tetapi sebuah masjid dibina di atas TAQWA manakala sebuah masjid lagi dibina, dengan tujuan mahu membinasakan kaum Mukmin dari dalam. Sebab itu persamaan masjid vs masjid tidak lagi punya sebarang makna. Masjid itu adalah kubu musuh. Biar pun namanya masjid!

BIAR SAHAJA ALLAH URUSKAN

Biar pun kemunafiqan kaum MUNAFIQ itu jelas, malah kepalanya juga diketahui semua, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam masih tidak mengizinkan si kepala MUNAFIQ bernama ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL itu dibinasakan secara personal. Ia bukan permusuhan peribadi. Biar pun Baginda sentiasa disakiti oleh kaum Munafiq hingga isterinya Aisyah radhiyallaahu ‘anha sendiri pernah difitnah berat oleh kecelakaan mulut kaum ini, Baginda tetap tidak mengizinkan Abdullah iaitu anak kepada Abdullah bin Ubai bin Salul itu membunuh bapanya.

Hikmahnya besar.

Walau pun kemunafiqan itu adalah sesuatu yang amat berbahaya dan besar, ia tetap berlaku dalam debu dan kelabu yang mengelirukan. Tidak semua orang tahu sebenar-benar tahu akan kes-kes yang membabitkan kaum MUNAFIQ ini, khususnya mereka yang duduk jauh dari Madinah. Maka terhadap kaum yang menyembunyikan permusuhan mereka di sebalik Shahadah dan kesaksian iman itu, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam MENINGGALKAN kaum itu, MEMENCILKAN mereka dan tidak sama sekali menghukum hapus atau bunuh ke atas Abdullah bin Ubai bin Salul itu, agar jangan nanti ada yang tersalah faham lalu berkata, “Muhammad telah membunuh sahabatnya”.

Justeru dalam usaha merapatkan saf KAUM MUKMININ, janganlah terlalu naif diajak sekalian yang melabel diri sebagai MUSLIM untuk bersatu lagi berpadu tanpa asas, kerana di celah-celah MUSLIM itu ada NIFAQ dan MUNAFIQ yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka sebenar-benar musuh. Allah sendiri sudah memberitahu, hati-hati dengan mereka.

Siapakah MUNAFIQ yang dimaksudkan itu?

Ia rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan Huzaifah radhiyallaahu ‘anhu. Tidak perlu disebut atau diberi-beri tahu.

Cukuplah sekadar segala perincian Allah tentang mereka, menjadi pedoman buatmu, wahai pejuang Islam. Jangan disengat dua kali pada lubang yang sama!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com [link]

Tuesday, October 27, 2009

Mustafa Ali yang daku kenali

oleh Huzaifah Ahmad Yamani :

http://1.bp.blogspot.com/_PmFcxVd6n5w/SjyAx13LyUI/AAAAAAAACZA/jt7_9bMpnKY/s400/mustafa+ali+on+UG.gif

Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!

Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok langgan sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…

Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…

Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…

Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!

Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.

Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…

Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!

Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!

Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!

P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?

credit team perakexpress


Sunday, October 25, 2009

Ustaz Harun Taib adalah mastermind "Unity Government"

oleh ali :

Salam kepada semua.Rindu kepada penulis ?? I'm back. Sebenarnya banyak yang ingin penulis tulis. Antaranya faktor-faktor dalaman yang menyebabkan kekalahan teruk PAS(baca bukan Pakatan Rakyat) di Bagan Pinang."Unity Government" pula adalah faktor luaran yang menyumbang damage tersebut. Tetapi penulis ingin mengutamakan yang utama. First things first. Hari ini kita teruskan sesi mengumpat kita di baganutama. Kali ini kita mengumpat pekara yang benar tentang Ustaz Harun Taib. Semua orang tahu Ustaz Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulamak Pas dan juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri(DUN) Terangganu. Tetapi semua orang tidak tahu selain Mustapha Ali, Ust Harun Taib adalah pengasas utama serta mastermind "Unity Government".

UG berasal dari Terangganu

"Unity Government" atau UG sebenarnya bermula di Terangganu. Selepas PRU-12 pada 2008 yang lalu menyebabkan ramai tidak dapat berfikir dengan lurus. Situasinya seakan 'keluarga 69'. Antara yang tidak dapat menerima kekalahan ialah PAS negeri Terangganu. Maka detik itu bermulanya skandal gelap UG antara PAS dan Umno. Walhal PAS Terangganu lah yang menggunakan taktik atau strategi ganas semasa PRU ke 12 lalu ke atas parti Umno. Mereka menggunakan kekerasan dan keganasan kononnya bagi menghalang kemasukan pengundi hantu dari mengundi. Sedangkan Islam mengajar kedamaian, kesantunan dan hikmah. Lihat sendiri u tube laporan malaysiakini di bawah ini :



Rakaman dan laporan Malaysiakini di atas tidak terdapat manupulasi dari mana-mana pihak. Malaysiakini terkenal dengan ketelusan dan dipercayai. Malaysiakini tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ia hanya melaporkan kebenaran. Jarang mereka spin atau mengulas laporan mereka. Itu menyebabkan Malaysiakini terkenal dan popular. Itu identiti mereka. Hanya melaporkan kebenaran.

Keganasan PAS Terangganu

Anda sendiri lihat bertapa ganasnya penyokong/ahli PAS Terangganu. Mereka membaling botol berisi air dan batu. Mereka memecahkan cermin tingkap bas persiaran. Pelancong-pelancong asing juga melihat perbuatan ganas mereka. Aksi perbuatan mereka lebih teruk daripada pemuda Umno semasa hari mengundi di Bagan Pinang. Mereka (PAS Terangganu) telah memalukan negara di mata dunia. Agaknya, apa kata pelancong-pelancong asing itu bila kembali ke negara asal mereka. "Wah, penyokong parti Islam itu menyambut kita dengan batu dan senyuman. Yahudi pun tak pernah sebaik mereka.Nanti saya datang lagi ke Malaysia. Saya mahu mengahwinkan anak saya dengan pemuda berserban di sini." Taktik atau strategi ini sebenarnya ada dalam pengetahuan TG Haji Hadi, Mustapha Ali dan Ustaz Harun Taib. Berjayakah strategi ini ?? Ha ha ha. Berjaya beb. Berjaya menyebabkan pengundi atas pagar yang asalnya ingin mengundi PAS, bertukar mengundi Umno. Manakala pengundi hantu yang hasratnya ingin mengundi Umno, bertambah komited untuk mengundi Umno. Barang diingat, pengundi hantu di sebelah Pantai Timur boleh mengundi paling kurang 3 kali. Paling kurang 3 kali. Penulis tiada bukti untuk statement ini. Cuma pengakuan seorang ustaz yang boleh mengundi sebanyak 3 kali di Terangganu. Dan ustaz itu juga mengatakan rakan-rakannya boleh mengundi sampai 10 kali. Ustaz tuuu.

Phantom Voters Di Kelantan


Ironinya, pengundi-pengundi hantu di Kelantan mengundi PAS dan ada yang menyerahkan dirinya kepada petugas-petugas PAS Kelantan. Baca laporan di bawah:

Itulah yang terjadi kepada apa yang didakwa oleh orang ramai sebagai pakatan Barisan Nasional (BN), polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan pengundi hantu bagi memenangkan parti yang di ketuai Perdana Menteri itu.

Di Tanah Merah, seorang broker pengundi hantu awal pagi ini menyerahkan 28 kad pengenalan milik pengundi yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau dan Kemahang kepada peguam PAS, Hisham Fauzi di Gual Ipoh.

Setelah disemak di dalam daftar pemilih, kesemua 23 pengundi tersebut sah berdaftar di DUN Bukit Panau dan lima lagi di DUN Kemahang dalam Parlimen Tanah Merah.

Broker yang dirahsiakan namanya ini membuat pengakuan bahawa 28 pengundi tersebut tidak berada di Tanah Merah tetapi menyerahkan kad pengenalan untuk orang lain mengundi bagi pihak mereka.

Ini adalah kes terawal yang diterima berhubung pengundi hantu yang dijangkakan berlaku secara meluas di Kelantan dan di Terengganu.

28 Kad pengenalan tersebut akan ditunjukan kepada pihak media antarabangsa dan tempatan.

Kesemua 28 orang pengundi itu telah didaftarkan oleh BN seawal tahun 2004 lagi.

Kedua-dua kerusi DUN tersebut telah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 manakala Parlimen Tanah Merah dimenangi oleh Barisan Nasional. (Sumber: Sheih) "

Mengapa pengundi-pengundi hantu di Kelantan menyerah diri ?? Mengapa pengundi-pengundi hantu di Kelantan mengundi PAS ?? Jawapannya.... Kita sedia maklum bahawa hati-hati manusia ini dipunyai oleh ALLAH. ALLAH lah yang berkuasa ke atas hati manusia. Siapalah kita nak mengubah hati manusia. Tuan Guru Nik Aziz dengan penuh rendah diri dan tawadhuk pergi direct sendiri memohon kepada ALLAH. TG Nik Aziz bercakap sendiri kepada ALLAH tentang kehinaan dirinya dan kerajaannya. TG Nik Aziz tunduk pada kehebatan ALLAH. TG Nik Aziz menangis mengenangkan bahawa dirinya hina lagi dina dihadapan ALLAH. TG Nik Aziz sudah tidak malu lagi pada orang ramai lalu menangis terisak-isak. TG Nik Aziz tidak malu lagi menyatakan isi hatinya kepada ALLAH. Gambar ini menjadi bukti :

http://www.tranungkite.net/v7/gambar/munajat2008a.jpg

sumber gambar

Sangat dramatik sekali. Gambar di atas cepat tersebar keseluruh pelusuk negara. Ia tersebar melalui friendster, myspace, blog-blog dan risalah-risalah. Munajat Tuan Guru Nik Aziz sebelum datangnya hari pengundian 8 Mac 2008 berserta gambar di atas menyebabkan hati dan jiwa manusia menjadi lunak lalu mengundi PAS terutama di negeri Kelantan. Allah memperkenankan luahan hati TG Nik Aziz. TG Nik Aziz menunjukkan contoh tauladan yang baik. Beliau sedikit pun tidak menunjukkan kekerasan kepada rakyat dan para pengundi.

Kambing Ust Harun Taib

Sekarang adakah anda dapat bezakan antara pendekatan TG Nik Aziz dan PAS Terangganu ?? Mana yang lebih berjaya ?? Mana yang lebih diredhai ALLAH ?? Jawapan ada pada anda. Sekarang kita kembali Pada Ust Harun Taib. Semua orang tahu Menteri Besar Terangganu, MB Datuk Ahmad Said pergi ke rumah Ust Harun Taib bukan sekadar beli kambing. Tak mungkinlah dalam negeri Terangganu hanya ust Harun Taib sahaja yang bela kambing boer. Tidak mungkin Terangganu sedaif itu. Malah penternak-penternak kambing negeri penulis amat mengkagumi kemajuan penternakan kambing boer di Terangganu. Sudahlah begitu, beli kambing boer 2 ekor sampai berjam-jam. Penjelasan ust Harun Taib seperti yang dilaporkan dikebanyakan media ialah "bahawa kunjungan MB Datuk Ahmad Said itu tak ada kena-mengena dengan soal politik, tapi semata-mata kerana kambing dan tiada yang lain melainkan kambing". Hey, pengikut taksub hang boleh lah hang menipu. Penulis percaya orang asli di Tampin tidak akan termakan dengan "bohong sunat" Ketua Dewan Ulamak ini.

Sebenarnya mereka sedang diskusi tentang "Unity Government". Cuma mereka buat dalam terang bukan dalam gelap macam Ust Nasarudin Mat Isa. MB Datuk Ahmad Said dan Ust Harun Taib "mengkambing hitamkan" jual beli 2 ekor kambing boer itu. Err kambing boer ni memang hitam ke ?? Muskil pulak hati den. Seperti yang anda, tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum rundingan pusingan pertama "Unity Government" gagal. Jadi rundingan antara MB Datuk Ahmad Said dan Ust Harun Taib terbengkalai akibat konsesus politik Pakatan Rakyat diperingkat nasional.

TF 2010 bermula semula

Sekarang rundingan pusingan kedua sedang berjalan. Ust Harun Taib sedang 'test market'. Ia bermula persetujuan ust Harun Taib menubuhkan Pakatan Rakyat melalui R.O.S seperti yang terlapor dalam harakah cetak yang baru lalu(bulan Oktober). Ust Harun Taib nak lihat sendiri siapa pimpinan PAS yang terliur sangat dengan "Pakatan Rakyat". Ini bagi mengenal pasti siapa lagi yang perlu dibunuh karektornya seperti Husam dan "Team Erdogan"nya. Sumber dalaman yang dipercayai menyatakan bahawa ust Harun Taib masih rasa sangsi lagi dengan orang kepercayanya sendiri iaitu Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga bekas setiausaha Majlis Syura. Tetapi baru-baru ini, Ust Idris ahmad berjaya melenyapkan kesangsiannya dengan menghentam teruk Prof. Abdul Aziz Bari. Beberapa individu lagi menggamit rasa sangsi ust Harun Taib antaranya Sallehudin Ayub, Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Diantara ketiga-tiga mereka, Tuan Ibrahim Tuan Man paling sukar untuk diraih kepercayanya. Ini kerana TG Nik Aziz adalah bapa saudara kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi orang kepercayaan TG Nik Aziz berbanding naib-naib presiden PAS yang lain.

Untuk perancangan pusingan kedua bergabung dengan Umno kali ini atas nama "Islam". Bukan lagi atas nama "ketuanan Melayu". Rancangan ust Harun Taib ialah menghapuskan musuh dalam selimut. Ini telah terbukti berjaya bila penulis upahan MSO telah berjaya membunuh karektor Husam Musa. Bagi untuk memastikan plan dan agenda Task Force 2010 (TF2010) itu terus berjalan, ust Harun Taib sudah pun menjalankan strategi "test market"nya dengan mempersetujui terlebih dahulu usaha mendaftarkan "Pakatan Rakyat" tersebut. Respon pimpinan PAS Pusat yang beria-ia dengan pendaftran tersebut akan dikaji oleh ust Harun Taib. Lalu langkah-langkah perlu akan diambil oleh ust Harun Taib samada perlu dilancarkan pembunuhan karektor mereka seperti yang dilakukan oleh penulis upahan MSO kepada Husam Musa sebelum ini atau tindakan drastik diambil dengan menyingkirkan mereka diperingkat kawasan dan Dewan Harian PAS negeri seperti yang berlaku kepada YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip. Ini semua bergantung atas budi bicara ust Harun Taib.

Muktamar Khas

Tetapi TG Nik Aziz berjaya memintas rancangan UG pusingan kedua ini. Tanpa melengahkan masa TG Nik Aziz mengeluarkan "WARNING" tentang tahap kemerbahayaan TF 2010 ini. TG Nik Aziz mengusulkan 'Muktamar Khas' bagi mengambil langkah-langkah perlu. Apakah pula strategi ust Harun Taib untuk situasi terkini setelah Mursyidul Amnya sendiri beria-ia benar dengan Pakatan Rakyat ?? Adakah perlu dilancarkan pembunuhan karektor TG Nik Aziz ?? Atau buat pertama kalinya perlu dilancarkan usaha-usaha untuk menyingkir terus TG Nik Aziz dari tahta Mursyidul Am PAS ?? Anda pula memilih yang mana ?? Harun Taib atau Nik Aziz ?? Sebelum itu, anda masih ingat lagi kepada Ust Ahmad Awang bekas Pesuruhjaya PAS negeri Perak ?? Pada muktamar PAS 2009 yang lalu, Ust Ahmad Awang telah mendedahkan bahawa seorang pimpinan tertinggi parti PAS telah memujuknya supaya bergabung terus dengan Umno bagi mendirikan kerajaan Melayu Islam di Perak. Adakah orang yang dimaksudkan itu ialah Ust Harun Taib ???