Sunday, October 11, 2009

Den kagum dengan semangat mahasiswa di Bagan Pinang

oleh ali :

Malam tadi kami meronda di sepanjang jalan pantai dari batu 7 hingga batu 3. Banyak ceramah disepanjang laluan tersebut. Kami akan berhenti dan lihat suasananya. Di batu 7, markas DAP penuh warna-warni. TG Nik Aziz sedang bagi penerangan dipentas DAP sepentas dengan YB Khalid Samad. Betul-betul di sebelah markas DAP, PKR sedang mengadakan makan malam dengan Mat Sabu berucap berapi-api dihadapan audiens yang kesemuanya cina.Wow !!

Jalan depan sikit, ceramah Umno. Maleh den. Jalan depan sikit kat batu 5, Mahfuz sedang berucap. Jalan lagi ke depan, Khairy Jamaludin sedang berucap. KJ ni memang ada karisma dan auranya sendiri. Ribuan terpukau dengan KJ. Pesta demokrasi sedang berlaku di Bagan Pinang dengan meriah. Target kami ialah di Batu 3, Kampung Bagan Pinang sebab TG Nik Aziz akan berucap di sana pada pukul 10.30 malam. Bila sampai, lautan manusia dihadapan. Suara Anwar Ibrahim lantang kedengaran. Den terpaku kejap. Anwar masih hebat walaupun usianya dah lebih 60 tahun.

Kejap lepas tu, TG Nik Aziz berucap. Serentak dengan itu kedengaran suara Ibrahim Ali berucap di atas pentas Umno tidak jauh dari situ. TG Nik Aziz seperti biasa merawat hati kami dengan sentuhan ayat Quran dan tamsilan-tamsilan yang mudah. Sebelum ucapan TG Nik Aziz berakhir den terkejut. TG Nik Aziz cakap loghat N9. First time den dongar TG Nik Aziz cakap slang N9. Den terdengar "cayalah Nik Aziz". Hahaha.

Tapi bukan itu den nak highlight. Selepas TG Nik Aziz habis berdoa bagi mengakhiri majlis penerangan Pakatan Rakyat, tetiba bangun seorang pemuda disebelah lautan orang ramai. Pemuda itu dengan selamba berucap dengan pembesar suara. "Saya berucap mewakili mahasiswa datang ke Bagan Pinang atas maksud....". Wow !!! amazing. Orang ramai yang bergerak kerana nak balik sebab dah pukul 11.30 terpaku sambil mendengar ucapan anak muda itu yang hanya pakai pembesar suara je. Berani budak ini memposisikan dirinya. Cayalah. Mana ada slot untuk mahasiswa berucap. Sejak hari selasa lagi den cuba melobi supaya ada satu slot khas untuk GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) berucap dalam majlis penerangan Pakatan Rakyat dalam kempen di Bagan Pinang. Tapi boo layan. Maybe janggut Pak Samad (A. Samad Said) lebih panjang dari janggut YB Saari Sungip. Hahaha.

Ucapan anak muda itu bersemangat. Berapi-api ucapannya dalam menerangkan apa itu e-voting yang sedang berlaku dikampus-kampus Universiti pada waktu ini. Darah muda den naik. Den dulu pernah jadi mahasiswa masa zaman reformasi. Inilah gaya ucapan mahasiswa pada zaman reformasi dulu. Meremang bulu roma den dek teringat jatuh bangun mahasiswa masa zaman reformasi dulu. Walaupun ucapan anak muda ini berakhir dalam 6 minit, tapi itu sudah cukup. Audiens rata-ratanya kagum. Syabas buat anak muda ini. Berani dan ada talent dalam pidatonya. Buat anak muda itu dan para pejuang, meh sini den kongsikan sajak Allahyarham WS Rendra diblog ini. Dengar dan hayati.

No comments: