Friday, October 16, 2009

"Unity Government" adalah punca utama kekalahan PR di Bagan Pinang

oleh ali :

Kehilangan undi amat ketara dikalangan pengundi bukan melayu di Bagan Pinang. Mengapa undi bukan melayu tidak pergi kepada Pakatan Rakyat ??? Malah lebih mengejutkan undi melayu yang pro Pakatan Rakyat beralih angin kepada Umno/Barisan Nasioanal. Dahsyat.

Amat mual untuk membicarakan tentang undi-undi disetiap UPU-UPU(unit peti undi). Ada 8 UPU dan Pakatan kalah disemua UPU. Banyak faktor kekalahan yang menyumbang ketewasan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Antara faktor-faktor yang menyumbang kekalahan itu ialah faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor dalaman ini, kita akan membicarakan tentang faktor calon, kelemahan PAS N9 dan Telok Kemang. Tapi untuk hari ini kita bicara faktor luaran yang benar-benar mempengaruhi pengundi-pengundi di Dun Bagan Pinang.

Tuan Guru Hadi Awang dan Ust Nasarudin Mat Isa adalah dynamic duo bila memperkatakan tentang Unity Government atau UG. TG Hadi melontarkan cadangan dikhalayak dan Ust Nasarudin Mat Isa sebagai tukang kempen dan tukang lobi idea UG dari Bossnya. Dalam Barisan Nasional hanya Umno yang menyambut idea UG ini. Survival Umno akan kembali segar dengan idea UG tajaan TG Hadi. UG dilihat sebagai kelangsungan 'Ketuanan Melayu'. Semenjak 9 Mac 2008, media arus perdana terutama sekali Utusan Malaysia(paper milik Umno) memainkan isu bahawa kaum melayu terancam. Dalam bahasa tersiratnya, kaum bukan melayu akan menjajah kaum melayu. Isu ini di spin dengan begitu hebat oleh Utusan Malaysia.

Idea UG ini membuatkan Presiden Umno iaitu Pak Lah dan kemudiannya Najib tersenyum lebar. Pucuk dicita, ulam yang mendatang. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Mereka senyum sambil ketawa. Ha ha ha. Walaupun seorang nelayan melayu kecil di Bagan Pinang itu dilihat tidak lulus SPM, akalnya berfikir mengapa idea UG ini tidak kedengaran selepas Pilihanraya Umum 2004. Mengapa selepas Mac 2008 ??? Kenapa Pak Lah semasa 2004 tidak menyambut TG Hadi untuk bersama tubuhkan kerajaan perpaduan ??? Aik, bila dah kalah banyak negeri baru Umno sedar kepentingan UG. Yang menambahbahayakan kesihatan kita bila UG diperbincangkan secara gelap. Secara rahsia. Tidak diketahui umum. Orang ada skandal yang main dalam gelap ni. Siap ust Nasarudin Mat Isa mahu saman ahli sendiri menafikan bahawa mana ada siri rundingan dalam gelap dengan Umno. Setelah terdesak dan untuk menunjukkan bahawa Pak Lah masih ada power dalam kerajaan dan parti Umno, Pak Lah dedahkan sudah ada 3 siri rundingan dalam gelap bersama PAS.

PAS lupa bahawa rakyat mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bukan kerana PAS/Pakatan Rakyat bagus dan kacak tetapi kerana kecewa dan bencinya mereka terhadap Umno/Barisan Nasional. PAS have not learnt a lesson during past 2004 general election. Kerana gagal membaca dan predict apa kehendak rakyat, PAS dan barisan alternatif kalah besar dalam PRU 2004. PAS menang besar tahun PRU 1999 kerana orang melayu ketika itu kecewa ditipu Tun Mahathir dalam kes Anwar Ibrahim. Tetapi PAS membacanya bahawa orang undi PAS pada tahun 1999 kerana PAS bagus(Konon pengundi bagi harapan PAS laksana negara Islam dan Hudud) dan Umno ditolak secara total. Lalu kenyataan dari pemimpin PAS agak arrogant. Memang arrogant pun. TG Hadi boleh sound Lim Kit Siang dan Karpal Singh pemimpin bagaikan ubat habis tarikh luput. Dan macam-macam statement lagi. Ini menyebabkan DAP terasa hati lalu keluar dari Barisan Alternatif. PAS jangka PRU 2004 dia akan menang besar dan orang cina akan undi PAS kerana PAS. Prediction itu meleset sekali.Politician pundit telah lama mengatakan bacaan politik PAS adalah salah. Degil dan kepala batu.

Strategi Umno berjaya pada PRU 2004. Melayu benci Tun Mahathir. Maka Tun Mahathir kena berundur. Bersara konon. Itu semua wayang kulit. Itu taktik. Maka Tun M pilih Pak Lah sebagai pengganti yang tidak punya skandal gelap macam Najib. PRU 2004 Umno menang besar.Strategi sukses.Tahniah. Tapi PRU 2008 Umno kalah besar sebab Pak Lah tidur(maybe kena bomoh dengan Rosmah) dan rasuah terlalu berleluasa. Pak Lah terpaksa berundur dan Najib jadi PM. Opps !!! takkan macam tu je. Lalu diadakan siri rundingan gelap dengan PAS atas nama ketuanan melayu. Anda semua nampak tak??? Pengundi Bagan Pinang boleh nampak takkanlah yang lain tak nampak.

Siri rundingan gelap atas nama UG ini sebenarnya sedang membunuh Pakatan Rakyat. Presiden PAS dan timbalannya bertanggungjawab sepenuhnya. Walaupun Pakatan menang 7 prk selepas PRU 2008, sebenarnya kita mempertahankan kerusi sendiri termasuklah di Parlimen Kuala Terangganu yang selalu bertukar tangan antara pembangkang dan Umno di situ. Lagipun Parlimen Kuala Terangganu adalah offset kepada Parlimen Pasir Mas. Cerdik juga Ibrahim Ali ni. Orang bodoh sahaja yang selalu kena tipu dengan orang cerdik. Isu UG menjadi pukulan maut di Bagan bilamana pelobi kempen BN masuk ladang-ladang seperti Ladang Bradwall dan Ladang Atherton mengatakan PAS tidak defend YB Khalid Samad. "Lu tengok Hasan Ali mana backing itu Khalid Samad. Presiden PAS pun mana ada tulong itu Khalid". Lalu pelobi BN spin bahawa PAS dengan Umno sama sahaja dalam isu kuil dan kepala lembu di Selangor. Kalau PAS dan Umno sama, baik undi Umno, kita lagi kenal Umno.Umno bila jahat dia tak hipokrit. PAS bikin jahat dia hipokrit.Dia pakai serban dan janggut. Konon alim la tu. Manusia biasanya benci kepada manusia hipokrit.

Pengundi cina lagilah membenci orang hipokrit. Mereka sudah membuktinya pada PRU 2004. Untuk Bagan , pengundi cina telah memberikan signal yang jelas. Isu Selcat menghantui pemikiran pengundi cina. Isu penjualan arak di Selangor tidaklah sangat mempengaruhi undi orang cina di Bagan Pinang. Cara Hasan Ali mempertahankan D.O-D.O melayu di Selangor dilihat sebagai mempertahankan ketuanan melayu dan amat bertepatan pula dengan intipati UG. Sedangkan pengundi cina mahukan ketelusan ke mana duit cukai mereka dibelanjakan. Walaupun Bagan Pinang terletak di N9, pengundi cina melihat isu Selcat itu adalah isu mereka .Pertemuan PAS Selangor dan DAP Selangor baru-baru ini sebelum hari pengundian di Bagan Pinang dilihat sebagai wayang kulit. Slogan "PAS For All" kini juga dilihat wayang kulit oleh pengundi cina sebagai hanya semata-mata meraih undi orang cina. PAS For All dilihat sebagai slogan kosong . Ianya hanyalah camouflage demi meraih undi bukan melayu bagi mengundi PAS.

Bagi pengundi melayu di Bagan Pinang, selain terpikat dengan budi baik, jasa, karisma dan aura Isa Samad, isu UG menjadi perhatian mereka juga. Maklumat-maklumat yang mereka dapat semuanya dari media arus perdana. Mereka sangka PAS nak masuk Barisan Nasional seperti situasi selepas 13 mei 1969. Lalu bila PAS tak jadi masuk BN, pelobi Umno cakap "Ekau jangan pangkah PAS, itu ari iyo-iyo bonar nak masuk BN, last-last tak jadi.Ekau bukan tak tahu PAS dah jadi anjing DAP.Ekau tak tengok Perak??".

Disebabkan Unity Government inilah jualan suratkhabar Siasah jatuh merudum. Dijangkakan Siasah akan gulung tikar Disember ini. Jualan paper Siasah jatuh di bawah par. Jualan paper Siasah hanya sekitar 20 ribu naskhah. Walhal target minimum 50 ribu atau 50% dari printing. Ini dipercayai para pembaca paper Siasah telah memboikot Siasah sejak tercetusnya isu UG. Dilihat pembaca melayu nak balas dendam pada paper Siasah kerana di Siasah terdapat pengkagum UG iaitu MSO(Mohd Sayuti Omar). MSO adalah ketua pengarang di Siasah. Setelah mengkritik teruk peribadi Husam Musa,MSO sudah berani mengkritik TG Nik Aziz. MSO dipercayai adalah agen Umno yang berbayar. Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat berani berubah dengan menyingkirkan individu-individu yang pro UG ini. Jika tidak PRU ke 13 akan menjadi milik Umno/Barisan Nasional. Dapatkanlah kembali keyakinan rakyat Malaysia. Singkirkan TG Hadi, Ust Nasarudin Mat Isa, Hasan Ali dan MSO demi untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ayuh kita tidak punya masa lagi.

No comments: