Wednesday, October 21, 2009

Teguran ikhlas kepada PAS

oleh ali :

Salam kepada semua. Sesi kali ini diteruskan dengan teguran terbuka kepada unit team it PAS. Memang tidak profesional langsung. Eeee. Ini bermula dengan hobi team it Pas tidak menyertakan kredit dan debit gambar-gambar yang mereka ambil dari sumber lain (bukan sumber dari team mereka sendiri) lalu dijadikan berita di web mereka sendiri samada di Harakahdaily atau di laman khas PRK Bagan Pinang. Kami di Baganutama ada perasan tentang fenomena ini. Gambar-gambar dari laman kami diambil tanpa diberikan kredit tapi kami bersangka baik tentu team it Pas ni terlupa. Kami yang memang orang kampung ni rasa tentu team it Pas ini terdiri dari ulamak-ulamak juga. Al-maklumlah mereka ini "PAS". Mereka dari gerakan Islam. Tentu mereka jujur, 'alim, soleh dan solehah.

Gambar Dato' Azeez kena pukul.

Kemudian isu gambar Dato' Azeez kena pukul meletup. Masih ingat lagi bila kami 'bertaubat' dan menyiarkan 3 keping gambar Dato' Azeez yang kami extract dari beratus-ratus gambar yang diambil dengan cemerlang dari hasil kerja peedee utama di sini ??? Ya 3 keping gambar itu kami posting semula dengan entry baru bagi menggambarkan bahawa kami benar-benar bertaubat dan rasa sesal kami terhadap Dato' Azeez di sini. Entry itu bertarikh 5 Oktober 2009 dan diposting pada pukul 10.48 pagi(a.m). Lihat laporan harakahdaily pula, sila klik. Ia dilaporkan pada tarikh yang sama juga cuma laporan itu diposting pada pukul 3.38 petang(p.m). Oklah dengan laporan tu tapi gambar itu tidak diberikan kredit. Ia tidak dinyatakan sumbernya. Siapa perawi gambar itu?? Juga tidak dinyatakan. Padahal laporan itu berdasarkan 3 keping gambar tersebut. Jika team it Pas atau harakahdaily yang ambil sendiri gambar itu , kami tidak kisah. Ia senang untuk dipertanggungjawabkan terus kepada mereka.

Mohd Khalil Abdullah
Mon | Oct 05, 09 | 3:38:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

Image(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Image(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Image (Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.

Kawan-kawan boleh lihat sendiri laporan harahdaily yang dimaksudkan. Tiada langsung dinyatakan dari mana sumber gambar itu diambil. Sedangkan gambar itu diambil oleh peedee utama iaitu bloggers utama dari http://baganutama.blogspot.com/. Sabar yo la jang.Tapi kami diamkan hal ini. Peedee utama juga tidak berbunyi tentang isu ini. Penulis tahu peedee utama cuma mahukan pengiktirafan langit tentang kerjabuatnya di Bagan Pinang.

Bagi penulis, ia berlawanan dengan prinsip. Semasa kami menubuhkan blog baganutama, kami para bloggers yang bernaung dibawah panji Baganutama telah berjanji bahawa berita, laporan, gambar-gambar atau apa sahaja yang mahu dimuatkan dalam blog ini mestilah authentic dan asli dari kami sendiri. Tiada copy paste dari sumber lain. Uncle Zorro siap merakamkan akujanji kami di sini. Again, a million thanks from us, Uncle Zorro. Jika sungguh ada copy paste dari sumber lain, kami akan berikan kredit dan link sumber tersebut. Jika laporan itu dari malaysiakini misalnya, kami akan kata ia dari malaysiakini. Jika dari blog YB Taufek, kami cakap ia dari blog YB Taufek. Begitu juga jika ia dari pasn9. Dan juga lain-lain laporan yang kami petik di dunia internet lalu kami muatkan diblog ini, insya allah kami nyatakan sumbernya.

Dengan menyatakan perawi-perawi sumber tersebut sebenarnya ia memudahkan rujukan disamping menghargai kerjabuat yang mereka paparkan diinternet. Ulamak-ulamak it dari Pas mesti tahu akan hal ini. Semasa draf perlembagaan negara Amerika Syarikat mula-mula dibuat oleh Thomas Jefferson, perkara utama yang ditekankan dalam draf tersebut ialah 'kebebasan hak individu'. Lantaran itu, kebebasan hak individu perlu dilindungi. Antara isi kandungan draf tersebut bagi melindungi hak individu ialah "Patent Right". Apa itu patent right ??? Patent right adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan Uncle Sam bagi mengiktiraf hasil kerja(rekacipta) individu terbabit. Draf tersebut telah diumumkan pada 4 Julai 1776 bersamaan dengan tarikh kemerdekaan Amerika Syarikat. Rentetan itu menyebabkan rakyat Amerika berlumba-lumba merekacipta itu dan ini bagi mendapatkan paten mereka sendiri. Mereka bangga memiliki paten sendiri. Paten mereka tidak boleh ditiru. Jika ditiru, orang yang meniru akan dihukum. Cetak rompak dan plagiat memang ada di Amerika tetapi mereka tidak dilindungi. Lihat Amerika Syarikat hari ini, mereka adalah pendahulu sebahagian besar teknologi di dunia. Ini semua hasil draf perlembagaan ahli politik Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang amat menghargai dan mengiktiraf hasil kerja dan rekacipta rakyatnya.Hakcipta rakyat mereka terpelihara dan dipelihara. Itu negara non muslim yang lebih dikenali sebagai negara musuh. Bagaimana dengan PAS ?? Artikel ini membuktikan sebaliknya.

Gambar sya-reformis.

Tidak mengapalah. Tetapi ia menjadi melampau bila gambar yang diambil oleh blogger sya-reformis telah sesuka hati diedit oleh team it Pas walaupun gambar itu telah diberi signature oleh sya-reformis sendiri. Kurang ajar. Mendidih hati den.

Lihat signature sya-reformis disebelah kiri bawah gambar. Ia tertulis syareformis@perakexpress.com.

Lihat gambar ini pula. Gambar ini sedikit cacat bila bahagian signature sya-reformis telah dipotong atau diedit.Bezakan antara 2 gambar yang penulis paparkan.


Bukan satu gambar sahaja. Lebih 2 gambar dari blog sya-reformis yang telah diedit begitu.Mari kita lihat lagi.


Gambar asli dari blog sya-reformis.

Gambar yang diedit oleh team it Pas. Kenapa mereka edit signature sya-reformis ?? Jawapannya nak tunjuk bahawa team it Pas yang ambil gambar tersebut dan bukan dari sya-reformis.

Sila klik bagi melihat gambar-gambar yang diambil oleh sya-reformis semasa hari pengundian pos di Bagan Pinang . Manakala hasil "cetak rompak" team it Pas boleh dilihat di sini. Amat mendukacitakan. Den tak tahu nak cakap papo lagi. Mana ada blogger lain yang dapat menyusup masuk dan ambil gambar abang-abang askar kita mengundi. Perempuan pulak tu. Err sya-reformis ni blogger perempuan. Kami di Baganutama pun dapat tangkap gambar angle jauh masa hari undi pos sedang berlangsung. Malu kami dengan sya-reformis. Sepatutnya sya-reformis dihargai dan dijulang hasil kerjanya.Dia patut diberi pujian. Ingat senang ke nak masuk kem askar tu. Ini boleh pulak team it Pas senang-senang potong signature sya-reformis dan cuba nak tampilkan bahawa itu hasil kerja team mereka. Isa Samad betullah engkorang ni. Sya-reformis itu adalah Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat. Jika yang bukan calang-calang orang pun dia boleh bikin macam tu, apatah lagi dengan bloggers dari Baganutama.

Gambar Pemuda ditetak Pedang Samurai.

Akibat dari hobi buruk dari team it Pas ini, maka gambar palsu pemuda ditetak pedang samurai telah disebarkan oleh mereka. Huh baru padan muka. Kenapa palsu ?? Siapa yang tajam penglihatan pasti perasan memang gambar itu palsu.

Lihat kesan tetakan pada baju tersebut. Tiada luka pada kulit mamat tu.

Lihat aliran darah dimuka mamat poyo ini. Pipi kanan(kanan gambar) penuh dengan darah tapi seakan cat. Memang cat pun.

Memang waktu itu gawat dan penuh dengan adegan pukul memukul. Markaz Induk dikepung. Markaz Pemuda Pas dirempuh dan penghuninya dipukul.Kami di Baganutama melalui peedee utama dapat merekodkan gambar mata lebam Bob@Mohd Sahid.Gambar mata lebam Bob diambil selepas kejadian di Taman Dato' Abdul Samad pada hari rabu 7 Oktober 2009.


Gambar mata lebam Bob.

Malah dari sumber risikan dalaman memang Umno sengaja melakukan provokasi supaya yang melepaskan tumbukan pertama adalah orang atau penyokong Pas . Dan mereka memastikan supaya tumbukan pertama dari orang Pas dirakam dengan videocam dan diambil gambarnya.

Lihat cubaan Umno untuk memperlihatkan Bob yang memulakan pergaduhan di Taman Abdul Samad.



Walhal Bob yang kena pukul dulu. Lihat laporan Topeng Perak di sini.

Pada masa yang sama Team Perakexpress juga membuat rakaman videocam menunjukkan kejelikkan pemuda Umno selepas memukul Bob. Lihat 2 U tube dari Team Perakexpress.

U tube 1


U tube 2


Ok sambung balik cerita gambar palsu pedang samurai. Nak dijadikan cerita bahawa gambar tersebut adalah palsu bila Markaz Induk berusaha dengan serius nak cari sumber dari mana gambar itu muncul. Apa kes?? Telefon bimbit penulis berdering bila ketua segala bloggers iaitu Wak kol penulis. Waktu?? Pada malam jumaat pukul 12 malam. Wak tanya, mana dapat gambar pemuda ditetak pedang samurai dalam blog baganutama. Dalam hati den, bila pulak?? Kami di Baganutama hanya mempertahankan laporan bergambar mata lebam Bob di sini. Wak suruh cek jugak kat blog. Wala' punya pasal den tak cek. Baru teringat, pagi tadi ada perasan blogger yang penulis amat hormati ummuasiah ada posting pasal gambar tu. Kol balik Wak, memang ada tapi diambil dari sumber lain. Dalam hati den, takkanlah ummuasiah pegi ambil sendiri gambar tu pada tengah malam sedangkan walaupun dia berada hampir setiap hari di Bagan Pinang, cukup time dia balik sebab dia ada suami dan anak. Wak suruh kol ummuasiah tanya mana dia amik sumber gambar tu. Dalam hati den "Ni 12 tengah malam ni bai,takkan den nak ganggu anak bini orang", terpaksalah den bohong sunat cakap den kol ummuasiah dan cakap ummuasiah ambil gambar tu dari sumber lain.

Tengok, disebabkan keb@d@han team it Pas, dia merebak menyusahkan semua orang. Pagi esoknya penulis memeriksa kembali blog. Memang ummuasiah ada lapor pasal gambar mamat poyo tu. Klik untuk lihat laporan ummuasiah. Tetapi ummuasiah seorang yang jujur, ia menyatakan sumber pertama laporan itu. Ia kembali kepada unit team it Pas. Sila klik. Disebabkan ketidakjujuran team it Pas dalam mengedit gambar yang diambil oleh sya-reformis dan tidak menyatakan perawi gambar yang bukan dari sumber team mereka seperti yang dialami sendiri oleh Baganutama dalam kes gambar Dato' azeez dipukul menyebabkan anasir luar dapat mengesan kebodohan ini dan mengedarkan gambar palsu pemuda ditetak pedang samurai ke dalam markaz induk. Disamping tahap keselamatan yang amat cuai dimarkaz induk, kesalahan ini juga digalas pada bahu YB Salahudin Ayub. Dia perlu akui ini dibawah tanggungjawab beliau. Penulis tidak mahu tuding jari. YB Salahudin adalah ketua segala ketua di Markaz Induk. Team It Pas dibawah kawalan YB Salahudin. YB Salahudin sepatutnya menekan peri pentingnya setiap ambilan sumber maklumat yang sampai ke Markaz Induk dan berusaha sedaya upaya tidak termakan dengan manipulasi pihak lawan.

Mat Saman Kati buat pendedahan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ...... . Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi ...... . Belumpun habis tulisan artikel ini ingin di terbitkan, tiba-tiba editor Perakexpress.com iaitu Mat Saman Kati mendedahkan bahawa video youtube yang disunting oleh mereka yang kononnya dibikin oleh unit Team It Pas sebenarnya bukan dari team it Pas.


Ya robbi, kalau nak menipu tu agak-agaklah. Memang kami ada mendesak supaya Pakatan Rakyat cepat menerbitkan video youtube dan disebarluaskan dengan secepat mungkin demi melihat kepentingan PRK di Dun Bagan Pinang. Lihat artikel ini. Tetapi bukan dengan cara menipu.Entahlah. Patutlah video youtube itu seakan-akan video lama dari genarasi 'old shcool'. Siapa yang kaki youtube macam penulis boleh sedar akan hakikat ini.Malah durasi video itu panjang. Sedangkan durasi yang sesuai ialah kurang 2 minit. Inilah video youtube yang dimaksudkan oleh Mat Saman Kati.



Sesuatu perlu dilakukan. Belajarlah bersikap jujur. Sudahlah nama "PAS" itu dijenamakan sekali dengan nama Islam. Orang luar malah pengundi boleh memalitkan ketidakjujuran ini dengan nama Islam. Patutlah Parti AKP Turki dan PKS Indonesia tidak menjenamakan nama parti mereka dengan nama Islam. Mereka tidak mahu kerana sifat buruk individu, nama Islam tercemar. Adakah sindrom ketidakjujuran unit Team It Pas ini berlaku kerana belajar dari pemimpin mereka yang selalu menipu dan berdolak dalih dalam isu Unity Government ???

No comments: