Wednesday, February 17, 2010

YB Yusmadi Yusuff bakal menjadi YB BEBAS?

oleh ali :

Salam satu Pulau Pinang. Den memula kenal dengan YB Yusmadi ni semasa kempen Pru ke-12 tengah menggila. Entah macam mana ada satu gambar yang pelik den tengok masuk dalam laptop den. Hairan den dengan gambar tu.

Semasa kempen Pru-12


Naik basikal berkempen dengan berpakaian blazer & tali leher? Ini hanya lakonan untuk meraih publisiti murahan yang hanya dikagumi oleh orang kampung. First impression, den nampak mamat ni poyo dan jobo. Tak pernah pulak den tahu yang Pulau Pinang ni terletak di kawasan 4 musim macam kek Negara Great Britain. Gilo ko apo ni? Tengahari pakai tie. Tengah berkempen pulak tu. Memang serius jobo mamat ni. Agak-agak la bai. Mangkuk belanga punyo calon.


Tali leher atau tie tidak dicipta untuk aksi jobo ni. Baru den tahu tali leher ni berasal dari askar-askar upahan berbangsa Crotia. Tujuan utama diciptakan tali leher ini untuk memanaskan badan di musim sejuk. Bukan untuk tujuan tunjuk jobo dopan orang kampung. Paneh tu bai pakai tie maso tongahari buto.

Selepas Mac 2008

YB Yusmadi mula menghiasi kaca televisyen Malaysia seperti dalam rancangan HUJAH Tv9 dan Sudut Pandang Astro Awani. Peh. Power gak idea dan bahasa omputih dio. Den dah mula nampak mamat ni boleh jadi future leader untuk Malaysia. Chegubard pun ok jugak tapi tak nampak idea beliau. Dari segi gaya aktivisma rakyat dan kerjabuat, Chegubard nombor satu. Sehebat-hebat YB Yusmadi, dio masih belum boleh mengatasi Khairy Jamaludin dari segi artikulasi, retorik dan idea. KJ tang tu memang bagus. YB Yusmadi boleh pergi jauh jika diberi peranan yang betul dalam PKR.

Den lagi kacak dari ekau la. Jangan nak jobo la bai.

Task Force 2010

Task force mangkuk ni tak pernah tidur bai. Kita ingat objektif kumpulan ini cuma Selangor, Perak dan PAS (baca: Kerajaan Perpaduang). Tidak sama sekali. PKR adalah lubuk pengundi kaum India. Tak dapat tidak TF2010 wajib melemahkan parti PKR menjelang tahun 2010 demi melengkapkan wawasan Dato' Seri Najib. Selepas Zahrain dan Zulkifli Noordin (Zul ni sah-sah akan keluar PKR jugak), YB Yusmadi bakal menjadi YB yang tidak berparti selepas ini. Isu serbuan SPRM terhadap IGP Musa Hasan dan Setpol Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuma nak mengalihkan tumpuan publik seketika. Bilo semuo dah khayal dan digula-gulakan dengan aksi kononnya SPRM adil, maso tu lah kita tak sedar TF2010 sedang mencapai matlamat utamanya. Ha Ha Ha. Buto-buto rakyat Malaysia sedang ditipu maa.

Kepada YB Yusmadi

YB Yus, jika anda ada tak puas hati dengan Anwar Ibrahim, Chegubard, Kerajaan Pulau Pinang atau apa sahaja, sila luahkan secara terang- terangan. Secara terbuka. Kami publik pandai menilai dan menghukum. Anda adalah pemimpin masa hadapan Malaysia. Anda boleh berhujah dan mempunyai karisma tersendiri. Berpegang teguhlah dengan prinsip anda, nescaya rakyat bersama anda. Bukan pakai baju kot mahal dan tali lehar maso tongahari buto masuk kampung. Tak perlu tu dor. Rakyat melihat serta menilai kemampuan anda, idea anda dan integriti anda. Bukan menilai pakaian anda. Jangan terpengaruh dengan sandiwara UMNO. Jangan terpengaruh dengan spin UMNO. Jika anda masih ahli PKR dan teguh bersama Pakatan Rakyat, sila nafikan yang anda akan menyertai dan menjadi YB Bebas seperti Zahrain.

No comments: