Tuesday, February 23, 2010

Bukti plan Unity Government wujud dalam PAS

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Hari ini YB Khalid Samad mendedahkan detil aduan Exco Pemuda iaitu Abdullah Karim yang ditolak mentah-mentah oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali. Tapi YB Khalid Samad tak dedah semua. Malu-malu ayam pulak dio ni. Meh sini den dedahkan lagi sikit. Apa daa Yb Khalid ni, itu pun nak malu. Nak kono blogger cikai macam den jugak yang dedahkan. Ha Ha Ha.

Clue
dari YB Khalid Samad

Begitu juga dengan persoalan aduan. Adakah difikirkan tepat, SUA secara seorang diri layak dan berhak untuk menentukan sesuatu aduan itu bermerit atau sebaliknya? Tidakkah mungkin berlaku situasi dimana SUA sendiri bersetuju dengan tindakan yang diambil, walaupun tindakan khianat terhadap rakan pakatan dan maka oleh itu membakul sampahkan aduan tersebut? Bukankah aduan seperti yang dibawa oleh Saudara Abdullah Karim bahawa pimpinan PAS Selangor berusaha untuk mengkhianati MB Selangor dengan bantuan sebuah NGO dan Presiden NGO berkenaan pada ketika itu telah sanggup menjadi saksi keatas pertuduah tersebut merupakan aduan yang cukup serius.
Sekiranya ianya ditangani dengan cara sebegini, bagaimana PAS boleh meyakinkan rakyat bahawa ianya mampu menegakkan keadilan?

Kes ini diketahui ramai dan akan diketahui oleh ramai lagi. Lebih-lebih lagi sekiranya mantan Presiden NGO berkenaan sudah menjadi ahli PKR; parti MB Selangor. Tidakkah perkara ini akan diketahui pimpinan PKR? Tidak malukah PAS pada ketika itu bercakap “Ya kami bersama PR dan kami ikhlas kerana kami Parti Islam” sedangkan pimpinan PKR sudah tahu tentang usaha khianat pimpinan PAS Selangor?


Nazree Yunus adalah Presiden NGO yang dimaksudkan oleh YB Khalid Samad.

Aduan Abdullah Karim

NGO yang dimaksudkan oleh YB Khalid Samad ialah Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau nama glamernya GERAK. Presiden GERAK yang dimaksudkan ialah Mohd. Nazree Yunus. Nazree baru sahaja menyertai PKR. Beliau sedia menjadi saksi terhadap aduan Exco Pemuda, Abdullah Karim. Abdullah Karim ada hard evidence atau bukti kukuh tentang plan Kerajaan Perpaduang di Selangor dan mempunyai saksi yang sanggup tampil ke depan iaitu Nazree Yunus. Respek den pada bekas budak SMAP Labu dan Universiti Malaya ni kerana berani menjadi saksi kepada Abdullah Karim.

Nazree ketika menyerahkan borang keahlian PKR kepada Ketua AMK baru-baru ini.

Diktator baru PAS

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali boleh buang detil aduan Abdullah Karim dengan alasan tiada merit. Cakap dopan wartawan Malaysiakini dengan selamba dan gelak ketawa pulak tu. Kurang ajar mangkuk ni. Sabar yolah bai.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Sukahati si MANGKUK Stopa ni buang aduan Abdullah Karim dalam tong sampah. Abdullah Karim masih bangun dan terus melawan[link]. Ini bayangan diktator dalam PAS. Tuan Guru Haji Hadi sudah tidak berfungsi lagi bila dikuasai Mustafa Ali. JKD-PAS atau JawatanKuasa Displin cuma menjadi boneka Mustafa Ali. Setakat ni sahaja pendedahan Baganutama. Yang lain-lain akan menyusul, Insya Allah. Terpulang kepada publik untuk menilai. Dengan pendedahan terbaru ini, yang den boleh simpulkan ialah Mustafa Ali sengaja membuang aduan Abdullah Karim kerana hendak cover up plan puak Kerajaan Perpaduang dalam PAS yang telah digagalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Den amat bersetuju dengan rumusan blogger Xenan tentang praktis terkini yang dilakukan oleh Mustafa Ali. Apo nak jadi ni bai?

Gembira betul Mustapha Ali.Siap gelak2 lagi.Mmg Tricky Master la mamat ni. JK Displin PAS bawah tapak kaki die jer.Selamber tapis apa2 yg nak masuk dlm JKD.Setiausaha "Agung" sungguh. Busuk2 kes liwat anwar pon, Mahkamah at least kasi jugak bukti n tuduhan dua2 belah pehak dibentangkan dulu depan hakim. Tak kesah la ada merit ke idak.Baru ler Mahkamah leh putuskan.

Lagi hebat bila bukan hampir tapi semua geng dia buat lah apa saja, langsung tak kena apa2. Takat kene kutuk n kritik tadak cacat cela nya pon bang.Tuh bukan hukuman da.Bila tengok senarai tindakan displin PAS pada geng UG ni, teringat gua pada Party lawan PAS.

Dengan Party ni pon, lu dakwa la apa pon diorg mesti menang gak. Masuk parlimen menang, masuk DUN menang siap leh tukar speaker, masuk court menang.Kalah cuma satu jek..bila berdepan dengan undi rakyat. Maybe tuh jek kot jalan nak kalahkan "bayangan UMNO" ni?


Berkaitan :
Aduan Abdullah Karim & Tulang Besi tidak boleh "dibakulsampahkan" <-- Woi Pakaq, hang punya laporan yang ni pun delay lagi ka? Jika laporan Zainulfaqar ini tidak disiarkan oleh Harakahdaily, memang sah Khalid Samad sekarang adalah orang buangan PAS dan juga membuktikan Mustafa Ali telah lama menguasai organ-organ penting Parti PAS seperti Organ Penerangan Parti dan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

No comments: