Wednesday, February 24, 2010

Penjelasan Mustafa Ali tentang aduan-aduan rasmi Abdullah Karim & Tulang Besi

oleh ali :

Previously on "Plan cover up Stopa"

Salam Raja Laut. Untuk lebih adil, dibawah ni den perturunkan youtube wawancara khas Mustafa Ali dengan Malaysiakini. Tumpu dan fokuskan perhatian anda dari minit ke 5.00 hingga habis. Dari minit pertama hingga minit ke 4.59, anda boleh abaikan. Dari minit ke 5.00 hingga 7.13, wawancara dimulakan dengan sesi mengumpat aduan Exco Pemuda PAS, Abdullah Karim. Pada minit ke 7.14 pula Mustafa Ali bercakap tentang perihal aduan Tulang Besi. Saksikan sendiri penipuan Mustafa Ali!



Ulasan terhadap penjelasan Stopa

Ok, anda semua dah saksikan sendiri teknik menipu si Stopa ni kan? Den nak buat ulasan ringan dan santai. Kurang ajar si Stopa ni bai. Ha Ha Ha.

Stopa memang pandai kontrol mata. Den ingat dio ni belajar dengan Adolf Hitler dalam bab nak menyakinkan orang ramai (Baca: Menipu)

1] Nampak tak si mangkuk Stopa memperlekehkan aduan dari ahli Partinya sendiri. Boleh lak buat lawak jenaka orang tuo ni. Lawak sinikal Stopa sebenarnya merendah-rendahkan daya intelektual ahli Partinya sendiri.

2] Stopa cakap laporan Abdullah Karim takde merit. Woi, si Dollah tu pengamal Undang-Undang, takkan la dia sanggup menjatuhkan maruah sendiri dengan menghantar aduan yang cincai-cincai Tak pecaya den dor.

3] Stopa kata dia siasat sendiri laporan Abdullah Karim. Periksa orang sini, kol orang sana. Kalau macam tu bai, baik tak payah wujudkan JawatanKuasa Displin (JK-D). Menghabiskan boreh yo. Anda semua nampak tak ni? Stopa begitu powerful. Kuasanya melangkaui kuasa Presiden PAS. Dia boleh tolak dan terima aduan. Merit tak merit tu belakang cite bai. Ini diktator baru dalam PAS. Hati-hati la dengan orang tuo ni terutama sekali dalam bab pentadbiran dan politik.

4] Jap-jap. Stopa, kau dah kol Nazree Yunus (Ex-Presiden Gerak)? Kau tak pernah hubungi dia pun bai. Jangan nak menipu rakyat Malaysia la. Rakyat Zimbabwe bolehlah kau perbodohkan.

5] Kedatangan Tulang Besi telah pun dimaklumkan kepada Stopa melalui PA nya iaitu Khairul Anuar Md. Zuki sehari sebelum aduan rasmi dibuat Di Pejabat Agung PAS.

6] Bukan isu bertemu blogger UMNO tetapi isu sebenar ialah membocorkan RAHSIA Parti PAS kepada Blogger UMNO la MANGKUK. Pandai si Stopa ni divert isu bai.

7] Ulasan ni takde kat Youtube kat atas tu tapi ada dalam laporan Malaysiakini [link] di mana Harun Din dimaafkan atas kesalahannya mempunyai pendirian peribadi yang berbeza dengan pendirian Parti dalam isu penggunaan kalimah ALLAH bagi non-muslim. Kalau Harun Din boleh dimaafkan, jadi apa beza dia dengan Khalid Samad. Harun Din dimaafkan tetapi Khalid Samad dihukum gantung 6 bulan. Adil ke bai? Walhal kesalahan Harun Din jauh lagi besar dari Khalid Samad.

Harun Din menentang penggunaan isu kalimah ALLAH dan bersama-sama menunjukkan solidariti dengan NGO-NGO UMNO menyatakan pendirian tersebut. Ia merugikan parti PAS. Malah ia menikam Pakatan Rakyat dari belakang. Besar pengkhianatan itu bai. Tapi dimaafkan dengan begitu sahaja.

Khalid Samad? Ia digantung 6 bulan kerana mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali. Hasan Ali mempertahankan pegawai-pegawai D.O yang korup dengan mengkritik SELCAT secara tebuka. Khalid Samad menentang pandangan Hasan Ali secara terbuka juga demi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor. Pegawai-pegawai D.O ni jika tak bersalah, buat apa nak takut dengan SELCAT bai. Jawab je lah soalan-soalan dari SELCAT. Ini takut nak jawab sebab korup sejak dari zaman UMNO memerintah lagi. Dan Hasan Ali mempertahankan mangkuk-mangkuk belanga ni bai. Tindakan Hasan Ali sebenarnya menguntungkan UMNO sebab menutup jejak-jejak rasuah ahli-ahli politik UMNO Selangor. Khalid Samad tahu perihal ini lalu menentang dan dihukum gantung selama 6 bulan. Eh ekau memasing nampak ke tak ni?

Apa sahaja isu penglibatan ahli PAS yang menguntungkan UMNO akan dibelai manja oleh Stopa. Mana yang mempertahankan Pakatan Rakyat akan dihukum. Di manakah keadilan? Tak usah citolah tentang ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional. Buek malu kek orang kampung je bai.

8] Sahabat-sahabat boleh tolang tambah. Hadoihai. Apo nak jadi ni bai?

No comments: