Sunday, February 28, 2010

Arsenal yang bernasib MALANG & Terry yang JOBO

oleh ali :

Salam satu EPL. Peh. Den simpati dengan skuad Arsenal. Memang tahap dongki pasukan lain dengan skuad budak sekolah sukan ni dah mencapai tahap Ibrahim Ali. Tackle pemain lawan terhadap skuad Arsenal adalah tackle nak bagi cacat bai. Tackle bagi patah liuk dan patah tebu. Musim aritu Eduardo yang kono.

"Ekau ingat bilo dah jadi warganegara Crotia, kau sesonang yo nak bertukar kulit jadi kaler putih macam den ko? Nah! Ambik kau" - Taylor Swift

Peh. Kaki Eduardo patah dengan sadisnya. Memang ganas maa EPL ni.

Selepas Eduardo, kini giliran Aaron Ramsey. Budak Wales ni memang malang. Baru nak naik. Main bagus dan tak jobo macam Bendtner. Budak ni ado prospek yang cemerlang maa. Kono tackle kasih sayang dari pemain antarabangsa England Ryan Wachawski [link].

"Poie balik Wales la mangkuk. Menyomak duk England. Nah ambik kau!" - Ryan Wachawski

"Oh my god, my leg!"- 5 pemain Arsenal menjerit tanda ngengada.
"Woi bingai! kaki den yang terkulai apepasal korang yang pegang kepala. Kau No. 6 baik blah. Tak payah nak usik kepalo den tanda sayang"-Aaron Salim Banchik



Tapi den paling suko bilo Wayne Bridge tak sambut salam John Terry [link]. Ekau tumbuk pun takpo. Den lagi suko. Den terasa jijik maa nak taip kesalahan John Terry terhadap bekas rakan sepasukannya, Bridge. Boto den memang rasa jijik. Bondo-bondo jijik yang melibatkan ubat air pancut den serahkan kepada Wak Albanjari. Dio memang power bab lucah-lucah ni. Silap-silap dio ulas siap dengan gambar 18SX lagi. Bab gambar-gambar 18SX, ahli PAS seumur hidup ni tak pernah fail.

John Terry dengan raso jobonya menghulurkan tangan. Tapi tak bersambut. Ini bukan bab pro tak pro bro. Ini bab maruah yang tercalar. Melibatkan hati dan perasaan. Manusia bukan robot maa.

No comments: