Friday, February 26, 2010

Den cintakan Muhammad kerana mendambakan CINTA MU

oleh ali :

Salam satu Bumi. Den tak layak tulis artikel ni. Tapi den dayokan jugak untuk menulih. Ya Allah, Muhammad engkau lahirkan untuk membawa kami keluar dari daerah syirik kepada memperhamba dan menyembah kepada engkau ya Allah. Engkau didik Muhammad supaya dapat mengajar kami cara-cara ibadat yang betul kepada mu ya Allah. Ya Allah, terima kasih kerana memberi kami Muhammad bagi menjadi ikon tauladan kepada kami. Jika tidak, entah cara hidup sape yang kami ikut. Ya Allah, terima kasih banyak. Malu den kerana tidak menjadi umat Muhammad yang baik. Sapo la den. Den lomah. Den mudah terpengaruh dengan dunia. Den kalah dengan nafsu sendiri. Ya Allah, tunjukkan jalan supaya den mudah mencontohi Muhammad supaya lebih rapat kepada mu ya Allah sebagaimana Muhammad rapat dengan Engkau.

Ya Allah, den adalah hamba Mu yang lemah. Jangan lah bebankan den dengan beban yang berat dalam melaksanakan tanggungjawab yang ditinggalkan Muhammad kepada umat zaman ni. Den muko tak malu. Den nak duduk syurga Mu ya Allah tapi doso ,den buek jugak. Mano la dayo den nak bermastautin dalam nerako mu ya allah. Ya robbi, tolonglah den. Tolonglah den. Den melutut merayu dengan engkau wahai Tuhan yang Maha Pengampun. Tolonglah den Ya Allah. Jadikan Muhammad pesuruhMu yang terakhir itu sebagai petunjuk menerangi hidup den supaya den rapat dan cintakan engkau wahai Tuhan. Sesungguhnya den melaksanakan suruhan Mu kerana takutkan api neraka Mu yang membakar dan menjulang itu. Ya Allah berikan den nikmat mencintai MU sebagaimana Muhammad Rasulullah mencintai Mu dalam ibadat dan dalam kehidupan sehariannya. Tolonglah den wahai tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Bagi lah den raso cintakan Ya Allah sebagaimana Muhammad S.A.W mencintai mu ya Allah. Bagilah den raso cinta itu. Buka lah mata hati ku sebagaimana mata hati Muhammad S.A.W memandang mu ya Allah. Oh den lah hamba mu yang paling zalim. Den memang zalim. Ya Allah tunjukkan den jalan. Tunjukkan den jalan dan cara untuk lebih mencintai mu dengan betul ya Allah. Tolong lah den wahai Tuhan yang Maha Pengampun. Tiado tuhan yang dipuji melainkan kau ya Allah. Engkaulah Tuhan seru sekelian alam. Ya Allah ya robbi makbulkan permintaan den walaupun den banyak doso dan seorang penzalim.

No comments: