Friday, June 12, 2009

Isu - isu untuk didendangkan kpd pengundi Bagan Pinang

oleh ali.

Dari pemerhatian, ada 3 tajuk isu besar untuk diterangkan kepada pengundi Bagan Pinang dalam majlis penerangan Pakatan Rakyat. 3 tajuk isu itu ialah :

1] Isu lokal = isu di Bagan Pinang Sendiri.

2] Isu state = isu di Negeri Sembilan.

3] Isu nasional = isu-isu berkaitan negara Malaysia.

Untuk tajuk isu state dalam prk Bagan, chegubard telah bertindak cemerlang.Suratnya kepada MB Mat Hasan bagaikan bom kepada pentadbiran N9.

Klik gambar Chegubard untuk membaca surat terbukanya kepada MB Mat Hasan.Kepada pemidato-pemidato pakatan rakyat,jangan segan menggunakan point-point chegubard dan ulaslah mengikut kebijaksanaan masing-masing.Semoga majlis penerangan Pakatan Rakyat pandai meletakkan apa tajuk isu yang sesuai dalam penerangan mereka kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang.

Bersambung...


Kredit kepada ahli-ahli DAP yang banyak membantu pakatan rakyat malam tadi semasa majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat.Ahli DAP perempuan tidak takut mengibarkan belon lambang bulan PAS malah bangga dengan perbuatannya.Ahli-ahli PAS kelihatan tidak serajin ahli DAP.Mereka cuma rajin dan laju bila kutip derma.Berubahlah sebelum kamu diubah rakyat.

*Kena pantau juga ke mana pergi duit kutipan derma penyokong pakatan rakyat setiap kali ceramah.Sediakan penyata kira-kira.Setiap urusan perlu ada resit dan cek.Umumkan kepada pengundi dan ahli PAS ke mana pergi duit tu.Berapa ratus habis buat banner, berapa ribu buat jamuan Hari Raya,berapa ribu habis beli speaker dan macam-macam lagi. Prefesional la sikit.Macam mana nak pimpin rakyat jika kita tidak dilihat profesional dan banyak simpan rahsia.

No comments: