Thursday, December 31, 2009

TG Nik Aziz pukul anak sindir menantu?

oleh ali :

Salam Sri Kondong. Hari ini den tulis santai-santai je lah. Karang den bukak rahsia, ado yang lebih celaka dari yang celaka. Den pun sebenarnya tak pernah guna word celako ni. Paling kuat den marah pun den pakai word mangkuk. Kalau den dah triple marah, den pakai word ISA SAMAD !!! Padan muko kau Isa. Dah TG Nik Aziz(tgna) pakai word tu semalam, tentulah lepas ni satu Malaysia ikut bai. Ulamak kan pewaris nabi, lepas ni boleh lah maki kawan sendiri dengan word celaka. Ha Ha Ha.

Siapa yang celaka ??


Tgna celakakan siapa sebenarnya ?? Blogger ?? Blogger yang mana satu ni bai. Den ingat tgna celakakan blogger Nik Amalina lah sebab dia yang mula-mula suruh Husam letak jawatan.

Alahai…hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan? Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya WAJIBKAN seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?

Mak nenek pun tahu yang dia maksudkan adalah Husam. Kenapa Nik Amalina sangat bencikan Husam ?? Adakah kerana Husam pernah menolak lamaran cinta Nik Amalina lalu terpaksa bernikah dengan Ariffahmi si hitam legam ?? Ha Ha Ha. Parpukari je yang jawab ye. Bukan sebab Husam menolak cinta Nik Amalina. Jauh sekali. Takdelah cantik sangat Nik Amalina ni kalau nak dibandingkan dengan Oprah Winfrey. Den pun tak hingin. Nik Amalina benci Husam kerana berita-berita yang dibawakan oleh Ariffahmi. Terdesak betul mamat ni. Kenapa Ariffahmi sanggup memutarbelitkan maklumat ?? Sebab jeles ?? Sebab pernah terguris hati dengan Husam atau memang Ariffahmi ni orang jahat ??

Mengeksploitasikan 2 beradik

Info-info dari Ariffahmi telah berjaya mempengaruhi Nik Abduh dan Nik Amalina. Itu yang keluar statement "Ayahanda dikelilingi pembantu-pembantu sesat" dan terbaru ialah dari Nik Amalina iaitu menyuruh Husam letak jawatan. Ariffahmi berjaya menimbulkan kebencian kepada Husam. Bapak respek den dengan Ariffahmi. Pandai dia memanipulasikan 2 adik beradik ini demi kepentingan dia. Den ucapkan tahniah kepada Ariffahmi. Anak ulamak tu bai dia berjaya perbodohkan. Nanti kalau Ariffahmi datang N9 memang den nak hadiahkan sejambak bunga kepada dia. Apo, ekau ingat orang hitam legam tak pandai ?? Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah memang tabik spring lah dengan si Arif ni. Dia pun tak seberani Ariffahmi.

Kantoi

Tgna akhirnya berjaya mengesan perilaku mangkuk Ariffahmi lalu berkata, "Celaka blog itu !!!". Tgna sebenarnya memaksudkan anaknya sendiri, Nik Amalina dan Nik Abduh. 2 blogger mangkuk ini telah cemerlang menjadi macai Ariffahmi. Statement tgna, "Celaka blog itu !!!" lebih tepat disandarkan kepada Nik Amalina kerana dia secara terang dan nyata menyuruh Husam letak jawatan. Tgna pukul Nik Amalina dengan statement "Celaka blog itu" kerana mahu menyindir Ariffahmi. Ariffahmi kalau tak faham den tak tahu nak cakap apo laie. Memang tak guno ekau belajar amik Ir. Tapi itu hari ade blogger cek, namo Ariffahmi tak tersenarai sebagai Ir yang berdaftar di Malaysia. Namo Nizar Jamaluddin bekas MB Perak ado tersenarai sebagai Ir di negara ini. Sila klik untuk mensahihkan si Arif ini benar-benar Ir atau tidak. Dah klik ke belum ni.

Kecik hati

Kenapa Ariffahmi sangat membenci Husam lalu menghasut Nik Amalina dan Nik Abduh untuk sama-sama membenci Husam secara berjemaah ?? Adakah kerana Husam lagi kacak dari Arif atau Husam sangat genius dari Arif atau Husam pernah mengurat Nik Amalina atau Nik Amalina pernah menyatakan kepada Arif yang dia pernah terluka dengan Husam atau....atau....atau....?? Banyaknye atau. Jawapannya bukan semua di atas. Habis apa sebab si Arif ni amat bencikan Husam ?? Jawapannya, kerana Ariffahmi pernah kecil hati dengan Husam. Kocik hati sobab apo tu bai ?? Mano den tahu. Poie la tanyo si Arif tu. Husam ni bila time keje, dia akan serius. Payah dia nak senyum. Itu kelemahan Husam yang den sendiri pun bonci. Tapi time keje takkan nak bergelak ketawa. Mangkuk betul la. Jadi si Arif yang berjiwa sentimental ni pernah terkena la di mana Husam buat dono je bila Arif datang atau bersama dengannya. Yolah dah ekau datang time dio tongah kojo. "Oh menantu Tok Guru datangla. Arif nak kopi ?? Cap Kapal Api atau White Coffe ?? biar ambo buatkan," takkan Husam nak layan Arif macam tu. Disebabkan dia menantu tgna kita kena layan dia macam Presiden seumur hidup FAM ?? Tak dapek tu do bai. Tak kono lompang kiro nasib baik dah tu.

Janji membuat blog

Arif kecik hati. Den faham. Tapi Husam tak layan tu sobab dia tengah bekerja. Sabar ye lah. Dia lakukan dengan serius sobab dia sayangkan empayar Islam yang sekangkang kera ini. Itu sobab dia amat serius. Publik pun dapat merasakan hasil kerjanya malah diiktiraf sebagai terbaik pula. Itu sobab bapak mertua kau pun sayang dia. Ariffahmi, meh sini kau kojap. Hari tu kau bercakap dengan blogger nak bukak satu blog sendiri. Mano blog kau ?? Copek bukak. Hah dalam blog tu kau boleh luahkan segala-segalanya. Jangan gunakan orang lain. Ini kau gunokan bini kau buat blog sebagai perisai. Mentang-mentanglah dio anak tgna. Memang ekau ni muko tak malu.

Barisan blogger Ariffahmi

Blogger Ahmed pun dah lama tak dongar cerita. Tah hape la jadi dengan budak tu pun den tak tahu. Budak tu bersungguh tolong kau tanpa mintak gaji. Yang copy paste tulisan Ahmed dalam blog dia pulak dapat gaji. Bapak kelakar. Ha Ha Ha. RM 700 tu bai. Tapi sekarang dengar dah taubat nasuha diaorang. Baguslah. Blogger Ahmed den nasihatkan sebelum mati mintaklah ampun dengan Husam dan ayahanda Alhusseyn51. Dengan Husam tu den tak kisahlah sebab ahli politik kenkadang kita kono kurang ajar banyak sebab takut dia besar kepala. Ini dengan ayahanda Alhusseyn pun kau kurang ajar. Dio tu pangkat datuk. Kau budak laie. Apa ingat kau hafal Al-Quran, kau ado lesen nak kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kau. Eh bai, Islam tak ajar, omputih pun tak ajar. Memang kurang ajar la ekau ni bai. Dahla kurang ajar, jobo lak tu.

Perkataan baru

Ha Ha Ha. Hari ini murid-murid mari kita belajar word baru "jobo". Senang je nak tahu makna jobo ni, cuba lihat gaya Christiano Ronaldo amik freekick. Jobo la tu. Dengan gaya terkangkang, 2 tangan di pinggang memang buat Stevan Gerrard menyampah."This fella is jobo," kata Stevan Gerrard kepada wartawan The Indian Post. Steven Gerrard belajar dengan den tu bai. Ha Ha Ha.

Salah satu aksi jobo Christiano Ronaldo

Tajuk posting pertama

Ringkas cerita, Arif ekau kono bukak juga blog. Luahkan segala-segalanya isi hati kau yang terbuku selama ini. Nak sentimental, nak buat lawak, suka hati ekau. Nyatakan segala ketidakpuasan ekau terhadap Husam. Buatlah tajuk posting yang gempak-gempak sikit. "Husam kedekut, taknak belanjo den makan, pada sapo den nak mengadu". Itu contoh. Buatlah dalam bahasa Kelantan. Takkan nak guno bahaso den. Memang orang kobakan ekau ni takdo jatidiri. Posting lu buat sendiri. Takkan itu pun den nak ajar. Apo guno ekau belajar tinggi kat UTM. Kau bayar den USD 700 baru den sanggup buat untuk ekau. Bukan RM bai, USD tau. Barulah rakyat dapat menilai kenapa ekau amat bencikan Husam. Mana tahu publik sokong ekau. Pandai-pandai la bikin ayat. Tak pun ekau amik Annual Bakri kerja dengan ekau bikin ayat-ayat sastera. Dio tengah menganggur tu bai. Musti dia terima tawaran kau.

Rahsia terbongkar

Kepada Nik Amalina, sori Arif den sound bini lu kejap. Cuba-cuba la tanya ayahanda, betul ke ayahanda pernah bagi surat meminta Husam jadi Menteri Besar Kelantan sampai 3 kali ?? 3 kali tu bai. Semenjak tahun lepas lagi surat pertama telah dihantar tgna kepada Husam. Tgna dah punya niat nak bersara. Tapi Husam tolak dengan baik. Setiap kali Husam tolak, tgna akan hantar surat memujuknya untuk menerima jawatan sebagai MB. Sampai 3 kali. Ali mana bukti kau yang tgna bagi surat suruh Husam jadi MB Kelantan ?? Mano den tahu, suruhlah Nik Amalina tanya abah dio sendiri. Takkan den nak tunjuk. Karang den tunjuk, blog ni masuk Astro Awani pulak. Nanti ado la suara-suara yang jeles kata Ali Baganutama gila rating la, nak makwe-makwe international add facebook la termasuk dari negara Gabon (Gabon ?? negara hape tu), nak masuk top ten carta Perakex la, nak lariskan ubat air pancut la. Opps, den tak jual papo pun kat blog ni hatta ubat air pancut. Den pun pelik lah apepasal ramai blogger termasuk blogger ahli PAS seumur hidup mengiklankan ubat air pancut ?? Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Apo ekau ingat rakyat Malaysia ni semuo eh mati pucuk. Sabar yolah bai. Memang betul lah tgna sayang Husam kerana Husam ada merit menjadi pemimpin. Dah terbukti pun Husam ini menjadi pemimpin berkaliber. Pogilah tanya sendiri wahai Nik Amalina kepada ayahandamu. Kenapa Husam tolak jadi MB ?? Sebab dia nak bertanding lawan PM di kawasan Parlimen Perdana Menteri itu sendiri. Kalau dulu Pak Lah di Kepala Batas, sekarang ni di Pekan, Pahang untuk lawan Najib. Maybe Husam ni jobo macam Christiano Ronaldo jugak. Tapi PAS Pusat halang niat suci Husam menjadi jobo dalam Pru 2008 yang lalu. Ha Ha Ha. Siapa yang jobo sebenarnya ?? Husam atau Ariffahmi ?? Jawapan ada pada anda.

Wednesday, December 30, 2009

Nepotisma bakal menghancurkan tiang seri PAS?

oleh ummuasiah :

Pedih dan sedih

Hati saya sebenarnya bersalut duka dengan kisah-kisah panas terkini yang berlaku di Kelantan, sedih dan pedih...tetapi siapa lah saya...namun saya seorang rakyat Malaysia yang mahu lihat sebuah kerajaan selain dari kerajaan BN dan UMNO terus berjaya memerintah Malaysia..dan Kelantan adalah satu-satunya Negeri yang berjaya bertahan lama..di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...semua orang sayang Tok Guru, tak kira bangsa dan agama...

Namun kini semuanya seakan menjadi dan melalui satu episod mimpi ngeri sedih dan suram apabila tiba-tiba muncul watak seram yang selama ini mungkin cuma bayang-bayang di belakang semua senario yang ada...kini mereka muncul apabila dibangkitkan oleh orang disekeliling mereka yang sudah tidak sanggup melihat keadaan menjadi parah mungkin dan terus malap dan sirna akhirnya, seterusnya memberikan kesempatan untuk pihak lawan terus melenyapkan semua ketenangan yang sedia ada.

SELCATKAN

Anak-anak dan menantu....tidak berani untuk saya mengulas di sini...takut...sebab semuanya belum terbukti. Mungkin ada baiknya di SELCATkan isu PMBK di Kelantan. sebagaimana kerajaan Selangor melakukan ke atas anak syarikat negeri Selangor, kemungkinan bukti dah ada cuma hendak mencari penjelasan dan pendedahan. Habis semua terbongkar secara rasmi di dalam sesi SELCAT, bukan untuk memburukkan seseorang tetapi untuk mencari kebenaran yang terserlah.

NIK AMALINA

Akhirnya paling menyayat hati kerana saya juga wanita, seorang anak dan seorang isteri ialah apabila puteri bongsu Tuan Guru juga bangun mewarna gelapkan situasi semasa...sedih. Untuk Nik Amalina...kami semua sayangkan ayahanda mu..kami sayangkan negeri Serambi Mekah itu...peliharalah dirimu, peliharalah nama baik keluarga mu yang terkenal seluruh dunia...tiada siapa yang boleh menyekat anda untuk menulis di dalam dunia tanpa sempadan ini.......tetapi rupanya bila lagi banyak menulis secara tidak lansung lagi banyak yang terdedah mengikut persepsi setiap pembacanya.

PERJUANGAN ISTERI-ISTERI TELADAN

Saya terkenangkan senario isteri-isteri tahanan ISA sejak dari era Reformasi dahulu termasuk perjuangan Datin Seri Wan Azizah dalam membela dan memperjuangkan hak dan nasib suami mereka...Kak Aliza isteri Saari Sungib, Kak Zumrah isteri Ustaz Badrul Amin, Kak Marina isteri Raja Petra, Kak Fatimah isteri Pak Din, Bahirah isteri Ezam Md. Noor, Farah bekas isteri Lokman, Vasantha isteri Gobala Krishnan, Kak Ros bekas isteri Ghani Haroon dan ahli keluarga Tukar Tiub dan Tian Chua dan tidak dilupakan Cikgu Laila isteri Mat Sah dan semua isteri tahanan ISA yang berjuang..ooohhh...termasuk Sles Monira isteri Nik Adli bin Nik Aziz. Walaupun 3 orang dari mereka telah menjilat ludah mereka sendiri namun kenangan berjuang bersama dalam tempoh dua tahun hingga kini sungguh amat memberi kesan di hati untuk terus bangun berjuang untuk seluruh rakyat dan negara dan bukan hanya untuk diri sendiri.

PERJUANGAN RAKYAT

Perjuangan mereka menyemarakkan semangat perjuangan rakyat...sungguh manis perjuangan itu yang membolehkan semua rakyat yang turut merasai betapa suami-suami mereka ini tidak bersalah...mungkin juga tiada kaitannya namun wajar diberi perhatian dan penghargaan, bangunlah berjuang dan membela untuk membebaskan nasib suami yang dizalimi dengan sepenuh hati dan sesuci hati tanpa gangguan dan desakan dari sesiapapun tetapi atas rasa kesedaran yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan sebagaimana yang dapat kita kecapi sekarang..semuanya berjuang ke arah membina sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat dan bukannya cuba meruntuhkan sebuah kerajaaan yang baik yang sedia ada.

Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam Musa walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada...walaupun ianya bukan secara khusus beliau tulis merujuk kepada apa yang berlaku di Kelantan..tetapi kita semua boleh membuat persepsi sendiri...

KERAJAAN DAN RAKYAT

Tajuk asal di blog beliau ialah Malaysia dan diri namun di dalam laporan Malaysiakini ditulis tajuk yang lebih sedikit sensasi dan direct Utamakan Keluarga Atau Kerajaan?

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Ahhh...kita terus menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi 'in the first place'.

Moga mimpi ngeri ini segera berakhir..dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR

Tuan Guru Nik Aziz adalah milik umat dan bukan hanya milik keluarga sebagaimana juga Kelantan juga adalah milik seluruh rakyat Malaysia..bilamana ianya sedang merasai sakit seluruh pelusuk rakyat yang cintakan sebuah kerajaan rakyat merasai derita dan sakitnya...peliharalah ia dengan sebaiknya..

Secara tiba-tiba juga saya teringatkan tentang Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan anaknya Muna Izzah...saya teringatkan akan satu rencana yang pernah ditulisnya. Anak-anak yang diharapkan terus menerus menjaga dan memelihara nama baik keluarga yang terhormat.

Dan kepada Baba biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini ,dirimu tidak pernah kami lupakan dan setiap detik baba ada dalam jiwa kami dan pasti kami berdo'a kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana. AL Fatihah. baca di sini

*Penulis boleh dilawati diblog ummuasiah2001.blogspot.com

Sunday, December 27, 2009

Susuibu, Turki & Hafiz Quran

oleh ali :

Salam satu Dunia. Sebenarnya penulis nak minta tolong kepada sahabat-sahabat yang membaca web ini untuk memsahihkan suatu kisah dari Turki. Penulis pun dah lupa dari mana penulis merawikan kisah ni. Kisah ini terjadi dalam zaman Turki Moden. Penulis sangsi akan kisah ini. Benar atau tidak bergantung kepada anda di luar sana untuk mensahihkan dengan membawakan link, gambar atau apa sahaja. Pliss help me. Ok kita terus pada cerita.

Kursan Karnu

Kisah ini bermula di sebuah pekan di dalam wilayah Turki moden. Ada seorang ibu tua tinggal di pekan tersebut. Ada beberapa orang anak. Yang pastinya penulis lagi kacak lah dari bebudak tu. Itu sudah pasti. Nak dijadikan cerita dihadapan rumah ibu tua tu ada sekolah tahfiz quran. Kalau kat Turki nama sekolah hafal quran dikenali sebagai Kursan Karnu. Nak tahu lebih lanjut pasal Kursan Karnu tanya Subky Latif. Hampir kesemua anak kepada ibu tua bersekolah di sekolah tahfiz itu. Dah dopan rumah, rugi la tak poie. Semuanya lulus hafal quran. Nak dijadikan cerita, ado sekor anak lelaki kepada ibu tua ni sekolah kat tempat lain. Anak bongsu. Puaslah si ibu tua ni memujuk dia ni pegi bersekolah tahfiz kek dopan rumah tu.

Ugutan sang Ibu

Budak ni pemaleh. Patut kono lompang. Puas lah si ibu tua ni memujuk budak sekor ni. Nak dilompang kudrat dah takdo. Last-last si ibu tua ni cakap, "Kalau tak kerana air tetek den ni, takkan membosa kau dor. Ekau nak den halal atau haramkan air tetek den ni kek ekau atau tidak?!" gertak si ibu tua. Dia claim balik susu badan dia pada budak pemaleh ni. Buruk siku punya omak. Ha Ha Ha. "Yolah, yolah, esok den poie tukar sekolah," sahut anak lelaki ni. Budak ni takut makan haram. Tau dia takut. Dialog tu dalam bahasa Turki bai. Den translate dalam bahasa N9. Jangan lak lepas ni ado yang mengobarkan bahasa kebangsaan Turki adalah bahasa N9. Memang patut kono tempeleng.

Keazaman

Ringkas cite, budak ni pun daftar masuk sekolah tahfiz tu. Walaupun sekolah tu cuma kat dopan rumah, setiap pelajar diwajibkan duduk kat hostel. Dan hanya dibenarkan pulang setelah habis hafal 30 juzuk Al-Quran. Bapak ganaz sekolah tu. Kalau cuti pun hanya bercuti bila tiba pada hari kematian Mustafa Kamal Ataturk. Bukan Mustafa Ali bai. Itu yang budak sekor tu taknak sekolah tahfiz. Sobab takdo cuti. Dah lah hobi dia main PS2. Tiap-tiap hari mesti tak miss main Winning Eleven. Lepas daftar je budak tu terus amik Quran dan mula menghafal Juz pertama. Oh lupa lak den nak bagitahu, namo budak sekor ni, Ali. Time rehat si Ali ni tak rehat. Datanglah si ustaz Turki ni tegur Ali.

"Eh bai, ekau taknak malam pizza ko kat kantin," kata ustaz tu dengan gaya kerek.
"Den poso la"
"Puasa apo"
"Poso sunat. Ustaz boleh jangan kacau den tak"
"Ok ok"
"Mangkuk betul la ostad ni. Dahla tak hensem" kata Ali perlahan.

Malam tu si Ali habis menghafal juz satu. Apa-apa hal Ali kena sahkan yang dia ni dah hafal juz pertama dengan pegawai tauliah kat sekolah tu. Sebelum tidur Ali pegi mengadap pegawai tauliah tersebut.

"Laa ostad mangkuk ni lagi"
"Ekau nak apo bai tengah malam buto ni. Pizza dah habis. Tunggu tahun dopan"
"Ustaz den dah hafal juz pertama"
"Ekau sahlah buat lawak. Baru pagi tadi kau mendaftar. Jangan buang maso den lah"
"Ustaz, dongar den baco dulu"
"Ekau tahu tak malam ni malam apo. Malam jumaat. Bini den tongah tunggu kat rumah. Hah copek baca !!!"
Lepas baca fatihah."Aliff lamm minn......," Ali baca sampai habis juz pertama Quran tanpa melihat mushaf Quran.
"Umak aii. Jang ekau main download ayat Quran ni dalam kepalo otak ekau ko? Den bagi tauliah ekau dah hafal juz satu. Esok ekau boleh claim den pizza hut," kata ustaz tu dengan penuh bangga.

Esok, Ali tak claim pun pizza tu. Dia teruskan dengan menghafal juz kedua Al-Quran. Malam tu...
"Ekau lagi. Pizza hut dah abis. Padan muko kau. Sapo suruh tak datang amik"
"Ustaz, den hafal juz kedua"
"Ekau biar betul jang. Ok. Ekau baco dari juz pertama sampai abis juz keduo"
"No sweat la Ustaz"
"Huh kemain cakap omputih. Copek baco !!!"
Ali berjaya habis baca juz pertama dan kedua dari dadanya.
"Wow !!!," Ustaz tu terkezut. "Ese ado duo anak betino. Ekau nak yang mano satu"
"Peduli apo den," Ali berkata dalam hati. "Ustaz, setiap malam den akan ke sini untuk mendapat tauliah dari Ustaz. Tiap-tiap malam den akan berjaya hafal satu juz. Itu janji den. Supaya hari ke 31 den berjaya main PS2"
"Hape kebende PS2 tu jang"
"Laa orang tuo ni," cakap Ali dalam hati. "PS tu Proton Saga"
"Ooo Proton Saga tu. Tahu la den kereta Malaysia tu.Den baru jual bulan lepas.Mangkuk punya kereta"
"Aii ustaz, ustaz pun pandai cakap mangkuk"
"Apo ingat ekau sorang yor yang tahu"

Berjaya menjadi Tahfiz

Begitulah setiap malam. Ali akan berjaya menghafal satu juz dari Quran. Ini mula menjadi kegemparan pekan itu. Ibu Ali belum tahu tentang keajaiban anaknya. Memang benar pada malam ke-30 Ali berjaya menghafal kesemua juz dalam Al-Quran. Ali sudah berjaya menjadi seorang hafiz Al-Quran dalam masa 30 hari sahaja. Hari ke-31, Ali sedang syok main PS2.

"Gollllll !!!," Ali menjerit sebab berjaya jaring gol dalam game Winning Eleven.
"Astaga. Bertuah punyo budak, Ali!!! Ekau kono buang sekolah ko ?!!!," jerit si ibu tua.
"Eh mana ado.Ali dah berjaya menjadi al-hafiz lah"
"Ekau jangan nak menipu.Pantang keturunan kito kono buang sekolah"
"Nah tengok sijil ni. Siap ada cop ibu jari kaki Reccap Tayyib Erdogan lagi"
"Ekau jangan buat lawak", sambil memegang sijil yg diberikan Ali.
"Eh !!! Biar boto. Oh anakku Ali. Ekau lah kebanggaan hati den," Si ibu tua itu memeluk Ali.
"Topila bu. Den tengah main bola hah"
"Copek ekau nak makan apo arini"
"Apo-apo jelah"
"Ok. Den poie orda pizza"
"Balik-balik pizza.Balik-balik pizza. Kat sekolah pizza, kat umah pun pizza. Dah takdo bondo lain ko," getus Ali dalam hati.

Si ibu tua ni dengan langkah bangga nak keluar pergi membeli pizza. Pintu rumah pun dibuka. Cap ! Cup! Cap ! Cap ! Bunyi banyak kamera. Ramai jurukamera sedang amik gambar si ibu tua nih.

"Makcik, tahniah kerana anak makcik berjaya memecah rekod Turki dalam menghafal Quran," tanya wartawan tv Ankara.
"Tengakla sapo omak ey" kata sang ibu tua bangga. "Sakitlah mato den engkorang amik gambar. Den pakai rayban jap"
"Makcik, apa rahsianya"
"Rahsia apo nih. Sapo bunuh Altantunya ko? Ekau poie interview PM Malaysia lah. Ha Ha Ha." Ibu tua tu buat lawak.
"Bukan itu. Apa rahsia yang buat Ali anak makcik boleh hafal Quran dalam masa 30 hari"
"Sobab dia nak main PS2 lah. Topilah den nak poie orda pizza hut," kata ibu tua itu sambil meninggalkan para wartawan Turki yang terpinga-pinga.
"Makcik ni buat loyar buruk campur jobo daa" kata salah seorang wartawan.

Rahsia singkat menjadi Tahfiz Al-Quran

Kejadian Ali berjaya menghafal Quran dalam masa 30 hari telah menggemparkan Turki. Berita-berita tv di Turki telah membuat liputan besar-besaran tentang kejayaan Ali. Ali telah diberikan bermacam-macam hadiah dan anugerah. Dah ramai makwe-makwe dari seluruh dunia yang add facebook Ali. Termasuklah makwe dari negara Gabon. Negara ape tu ?? Hampir seminggu wartawan-wartawan Turki berkampung di rumah ibu Ali. Semuanya nak tahu apa rahsia Ali berjaya menghafal Quran dalam masa yang singkat. Apabila ditanya wartawan, ibu Ali akan memberi jawapan yang sama iaitu sobab Ali nak main PlayStation kat rumah. Kesemua wartawan tak mempercayai jawapan itu hatta Presiden Turki, Abdullah Gul pun meragui jawapannya.

Setelah berhari-hari cuba mendapatkan jawapan dari ibu Ali, ramai wartawan dah fed up dan pulang ke tempat asal mereka kecuali seorang iaitu seorang lelaki dari Majalah Oznannanuk. Persis majalah Mastika kat Malaysia. Member ni siap berkhemah kat depan rumah Ali. Bila ibu Ali keluar je, dia akan tanya soalan yang sama iaitu apa rahsia Ali. Ibu Ali akan bagi jawapan yang sama gak iaitu main PS2. Tak boleh jadi ni. Esoknya wartawan ni tukar taktik.

Rahsia terbongkar

"Good morning makcik"
"Laa ekau laie. Tak reti bagi salam ko ?? Ekau takdo life ko??"
"Wow cantik rayban makcik"
"Baru perasan. Ni rayban arwah abah Ali"
"Patutlah bergaya. Untung makcik dapat suami yang pandai bergaya.Tentu dia seorang yang kacak."
"Eh mestilah.Tengok kesemua anak-anak den, semuanya kacak-kacak belaka"
"Makcik tak ingat ke apa amalan makcik bila membesarkan Ali dan abang-abangnya"
"Mmm. Semua den bagi minum air tetek den. Den wajibkan 2 tahun diorng minum susu badan den"
"Eh kenapa pulak makcik"
"Kalau anak-anak den koncing kat dalam rumah, den cumo main renjis-renjis air je. Kan sonang"
"Oh begitu. Main renjis-renjis je. Bersih ke ??"
"Mangkuk joluk betul la kau ni. Ekau tak tahu hukum fekah ko?"
"Oh ok-ok. Abang-abang Ali hafal Quran dalam masa 2 tahun standard macam orang lain. Kenapa Ali berbeza ??"
"Hmm. Den tak tahulah, tapi dengan Ali ni dulu, masa dio menetek dengan den, den pastikan ado wuduk. Datang bulan pun den mesti ado wuduk. Dengan abang-abang Ali tak dapek dor. Bapak ey suko main kojar-kojar dengan den. Ha Ha Ha"
"Yes itu lah rahsia nya"
"Rahsia apo ni bai. Ekau jangan nak tulih den main kojar-kojar lak dengan suami den. Tak memasal kono tempeleng dengan den"
"Eh tak-tak. Saya balik dululah makcik. Terima kasih banyak makcik"

Jadi balik lah si wartawan ni. Maka kesimpulan yang dibuat oleh wartawan Majalah Ozonnanuk ialah Ali diberi hanya minum susu badan selama 2 tahun dan sebelum diberi minum susu badan, ibunya mempunyai wuduk. Dua perkara itu dirumuskan sebagai rahsia mengapa Ali boleh hafal Quran dalam masa 30 hari. Bukan disobabkan main PlayStation bai. Itulah citenya. Betulkah cite ini ?? Sobab penulis membaca kisah ini di internet pada tahun 2005 atau 2006 (jika tidak silap). Harap kenkawan boleh tolong penulis akan kesahihan cerita ini.

Suruhan Tuhan kepada kaum-kaum Ibu

Memang terdapat ayat-ayat Quran yang menyuruh para ibu menyusukan anak selama 2 tahun.

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan- Surah Al-Baqarah(2) ayat ke-223

Dan juga ayat Quran ini.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)- Surah Luqman(31) ayat ke-14

Penulis pulangkan kepada publik untuk membuat penilaian sendiri.

Susuibu.com

Di sini penulis nak berkongsi dengan publik tentang kewujudan satu NGO yang membantu para ibu untuk menyusu badan. Penulis sudah pun kat pusat NGO ini. Memang best. NGO Susuibu.com memang friendly. Pergilah ke sana. Insya allah anda akan dibantu. Kat sana ada dijual pakaian khas untuk para ibu yang bekerjaya untuk menyusukan bayi mereka di tempat kerja seperti gambar dibawah ini. Anda dapat menyusu tanpa menampakkan aurat anda dan dapat bekerja dengan selesa. Itu yang istimewanya. Jika tidak silap penulis, pakaian itu hanya dijual di sana.


Anda tidak akan rugi ke sana insya allah. Ahli-ahlinya amat peramah. Semuanya orang-orang yang hebat dari segi latar belakang pendidikan.

Susuibu.com juga bertindak sebagai support group untuk memberi keyakinan kepada anda untuk menyusu badan. Khidmat nasihat akan diberikan oleh pakar-pakar dan doktor-doktor yang bernaung di bawah NGO ini. Mereka semua adalah hero penulis. Mereka berkhidmat untuk anda bukan kerana nak dapat title Dato' tetapi kerana nak berkongsi tentang kejayaan mereka membesarkan anak dengan air susu badan mereka. Dengarkan keajaiban susu badan anda sendiri. Anak-anak anda akan menjadi manusia hebat insya allah dengan susu badan anda. Lawati lah mereka di alamat ini :

Friday, December 25, 2009

Lampu trafik

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Lampu trafik dan kita bagaikan aur dan tebing bagi pengguna jalanraya. Naturally, hukum lampu trafik di Malaysia amat berbeza dengan negara maju. Ha Ha Ha. Den selalu kono hon bai bila memperlahankan kereta time lampu trafik memancarkan lampu kuning. Beradab sungguh rakyat Malaysia nih.


Silibus JPJ

Masa den amik lesen L, bila lampu kuning, kita kena sedia untuk berhenti. Semua orang belajar silibus yang sama dengan den. Tetapi bila di jalanraya, realitinya, bila lampu kuning menyala, semua kenderaan tidak kira samada kereta atau motorsikal, kita rakyat Malaysia akan melajukan kenderaan mereka ke tahap top speed. Mak ai, kreatif betul kita mengubah undang-undang.

Realiti yang selalu terjadi

Den dan makwe-makwe yang berbudi pekerti terasa bersalah bila tiba waktu lampu kuning menyala. "Macam mana ni, dah kuning dah tu, bersedia untuk den berhenti atau den speed sebelum lampu merah menyala ??, " kato hati den. Berhenti karang kono hon. Serba salah den. Tak dapat tidak, den lajukan kereta kancil den.


Sikap

Jika den berhenti time lampu kuning, tindakan den betul dari segi silibus hukum untuk lulus lesen memandu JPJ. Tetapi tindakan itu tak betul bagi pengguna jalanraya yang lain. Tu sobab diaorang hon tanpa belas kasihan. Siapa yang betul ni ?? Huh. Bila ada polis trafik, semua mat rempit dan Juan Pablo Montoya Malaysia bersopan-santun macam pengantin. Time tu lah den rasa den berada di pihak yang benar. Hipokrit betul. Mangkuk joluk.

Situasi di jalan raya bagi den adalah bayangan kepada sikap sebenar pengguna jalanraya. Bila ada polis, baru patuhi undang-undang. Takdo polis, dialah yang bikin undang-undang sendiri. Semua boleh melihat pekara ini sebagai perbandingan antara dosa dan pahala. Bagi muslim, kalau dia nampak syurga dan neraka barulah dia nak mendisplinkan diri dalam kehidupannya di dunia. Itu kalau nampak bai. Pasal tak nampaklah den selalu kono hon time lampu kuning.

Ayat tuhan

Dekat sini den belajar sesuatu. Majoriti tak selalunya betul. Maka benarlah kata-kata tuhan ini.

"Dan jika kamu mengikut sebahagian besar umat(majoriti) manusia di atas mukabumi ini nescaya kamu akan disesatkan dari jalan ALLAH." Surah Al-An'aam(6) ayat ke-116

Majoriti selalu hon den. Maka majoriti yang hon itu tidak benar walaupun majoriti. Bagi pengguna baru jalanraya jangan cuba menjadi majoriti. Nanti anda akan disesatkan dari JALAN tuhan. Siapa yang rugi ?? Kito jugak. Maka bila lampu kuning menyala, perlahankan kenderaan anda dan berhenti. Selamat mengamalkan pemanduan berhemah dan tolong jangan hon den. Pliss la. Den merayu nih. Den tak nak jadi mangkuk macam korang. Huhuhu.

Najib tidak bersalah. Dia cuma seorang KULI

oleh ali :

Satu Malaysia apa khabar ?? Enjin jet hilang, semua orang heboh. Mari kita lihat. Lihat dan lihat. Renung sedalam-dalamnya. Seriously Najib tidak bersalah dalam isu ini. Kita lah sepatutnya yang bersalah. Hah kita. Siapa kita tu ?? Kita tu rakyatlah. Rakyat yang sepatutnya duduk di kandang pesalah. Rakyat yang mengundi Najib lah yang salah. Tidak, mereka yang mengundi BN tak salah. Ini bukan isu undi BN atau tidak. Ini isu keselamatan kita. Isu semua orang.

Kuli

Kita sebagai rakyat tidak kira apa parti harus bangkit. Kita rakyat adalah tuan. TUAN !!! Najib tu kuli batak kita. Kalau kuli dah bawak lari enjin jet kita, apa hal kita sebagai tuan, sebagai majikan masih kekalkan dia sebagai kuli. Buang kuli tu ke dalam lubang dan tanam dia hidup-hidup. Kalau kita sebagai TUAN tidak bertindak terhadap kuli, jangan salahkan kuli. Tuan itulah yang bersalah. Masih kekalkan kuli yang terang-terang mencuri duit tuan di siang hari. Siapa yang mangkuk antara kuli dan tuan ?? Budak darjah 3 pun boleh jawab.


Rakyat Korea

Untuk menunjukkan kita tuan, semua harus bertindak sekarang. Jangan tunggu Pru-13. Kita sebagai tuan tidak kira kaum, agama atau parti mesti bertindak pro-aktif. Ganti kuli tu cepat. Jika di Korea, jutaan akan ke jalan raya tidak kira pekerja kilang, petani, nelayan, middle class dan hampir kesemua sektor masyarakat Korea menyatakan diri sebagai tuan dan komited membuang kuli mereka. Lihat sahaja 2 Presiden Korea Selatan yang terlibat dengan rasuah. 2 kuli bangsa Korea ini terbungkam dalam jel kerana rakyat dia cerdik menjadi tuan dalam sistem demokrasi. Ada bekas Presiden Korea yang bunuh diri kerana baru dituduh rasuah. Baru dituduh bai. Sebab apa bunuh diri ?? Sebab takut dengan rakyat Korea. Rakyat Korea benar-benar menjadi TUAN di negara mereka sendiri. Ini belum cerita negara lain.

Ayuh rakyat Malaysia. Ayuh tunjukkan diri anda sebagai TUAN. Tunjukkan ketuanan rakyat. Buatlah apa sahaja asalkan kuli kita Najib tersingkir. Jangan tunggu negara ini dijajah secara ketenteraan oleh mana-mana kuasa luar semudah A..B..C. Waktu itu, tiada lagi saat untuk kita semua menyesal. Kenangkan derita anak cucu kita dalam fasa peperangan nanti. Dan tidak mustahil kuli sekor ni menjual tanah dan rumah kita tanpa peperangan. Nak jadi tuan apa bila rumah dan tanah terjual kat kuasa asing. Kita mesti fight never surrender. Ayuh bertindak sebelum terlewat !!!

Thursday, December 24, 2009

Forum Pemikiran Politik & Dakwah TG Nik Aziz pada Sabtu lepas di Bangi. Ada apa-apa yang istimewa ke ?

oleh ali :

Den amik gambar banner pakai kamera adik den. Tarikh dan masa adalah benar seperti yang tertera. Kemalangan yang berlaku di Bagan sudah diteladani. Ha Ha Ha. Boleh klik kat semua gambar yang ada kat entry ni untuk super duper besar. Entry lain pun boleh.

Salam satu Malaysia. Sepatutnya penulis menghadiri Konvokesyen PR, tiba-tiba diingatkan tentang forum ni. Disebabkan rumah penulis dekat dengan Bangi, maka ke Bangi la kito. Nabi pun ada ajar, kalau nak amik lauk, amik yang paling hampir dengan mu. So, penulis pergi yang paling dekatlah. Lauk tu bai. Ha Ha Ha. Di mana rumah penulis ?? Di Area Fifty One la.

Panelis dan pengganti panelis

Kalau lihat banner, tak payah diajar, tentulah yang hadir ialah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah, paling dibenci oleh Nik Amalina, Yb Hussam Musa dan Ust. Riduan Md. Noor, pentaksub tegar TG Hadi. Alih-alih ...


Woi den salah tompek ko ni. Ado 2 mangkuk tak datang. Tapi diganti dengan cawan. Husam sakit lalu diganti oleh orang yang paling dibenci Ariffahmi, Annual Bakri Haron yang juga dikenali sebagai "pembantu-pembantu sesat ayahanda" oleh Nik Abduh. Mamat ni bikin Salam Kamunting takdo sorang pun pertikai. Den buat salam satu Malaysia, satu Malaysia kritik den. Sobab dio pakai kupiah putih anak tok guru korang double standard dengan den, kamon la. Manakala Ust. Riduan Md. Nor diganti oleh Prof. Madya Badlihisham M. Nasir. Anak M.Nasir tu bai. Ha Ha Ha. Kalau Dr. Abu pun diganti orang memang den claim duit minyak kat penganjur. Minyak mahal woi. Dari Area 51 ke Bangi abih 5 liter minyak pegi balik. Itu tak termasuk duit tol(Tahan Orang Lalu).

Den pujilah usaha-usaha yang orang Bangi buat bagi menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Ini adalah forum ke-4. Yang datang pun ramai. Makwe-makwe dari UKM pun banyak yang hadir. Diaorang tak reti malu ko, asyik kenyit mato kek den. Macam tu ke diaorang respek orang tampan. Tak patut. Sepatutnya "Bang, bila saya boleh masuk meminang ni. Tak sabar la dengan abang". Tak sabar apo tu bai.

Keunikkan TGNA yang tidak terdapat pada insan lain

Forum ni bagus. Selain memuji TG Nik Aziz, banyak ilmu-ilmu baru den dapat. Annual Bakri Haron mendedahkan bahawa TG Nik Aziz(TGNA) tidak pernah pakai dompet. TGNA hanya pakai sampul surat sebagai dompet. Wow, sesuatu yang baru bagi orang lain tetapi tidak bagi den. Cumo den tak pakai sampul suratla. Beliau juga mendedahkan bahawa TGNA tidak pernah lupa solat dhuha 2+2 rakaat. TGNA bagi beliau seorang yang direct dan simple. TGNA suka tanya soalan-soalan yang simple tetapi menikam. Contoh, baru-baru ini selepas sesi usrah bersama TGNA, TGNA telah mengadakan survey dikalangan ahli usrah. Soalan ditulis dikertas. Berapa kali anda membuat solat tahajud, setiap hari, kadang-kadang atau tak pernah langsung. Lalu kertas diedarkan kepada anak usrah. Soalan seringkas itu pun susah bagi sesetengah orang nak menjawabnya.

Survey Dr. Abu Hasan Hasbullah

Jikalau Mawi dikenali sebagai Raja SMS, Dr. Abu pula den gelarkan sebagai Raja Survey. Rupanya dia buat survey lagi. Ingatkan abis seminar khas dah takde survey. Ado lagi bai. Kali ni survey pasal Kelantan dan populariti TGNA dikalangan remaja Melayu yang bekerja dikilang. Kalau survey pasal Kelantan, Dr. Abu mendedahkan bahawa pembelanjaan isi rumah orang Kelantan amat tinggi. Ringkas cite, orang Kelantan ni kaya raya. Beliau juga mendedahkan semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, buat pertama kalinya TESCO Kelantan kehabisan barang dan stock. Siap buat pengumuman oleh TESCO, "Pliss la, barang kami dah abis bai. Tolong boli kek tompek lain. Stock untuk bulan dopan pun korang dah sapu." Tidak pernah dalam sejarah super market kat Malaysia buat pengumuman barang dah abis. Huiyoo. Bapak kaya orang Kelantan nih.


Bila Dr. Abu dah bukak laptop, faham-faham la korang. Dia tengah baca carta pai la tu. Agak hati den la. Dalam surveynya tentang populariti TGNA, beliau mendedahkan bahawa, dikalangan pekerja kilang remaja Melayu, hampir 70% sokong dan suka TGNA. Bila tang TG Hadi, survey tu terbalik. Kira 30% sokong Hadi. Ini kalau TG Hadi tak paham, den tak tahu nak kato apo lagi bai. Patutlah Ust. Riduan Md. Nor tak datang. Takut kena tibai kot. Ha Ha Ha. Dr. Abu membuat remarks, bahawa PAS bertahan selama ini kerana sosok TGNA dan bukan kerana kepimpinan Ulamak. Anak M.Nasir bantah. Sukati ko la bai. Dr. Abu bawak fact and figure, anak M.Nasir bawak air liur. Lepas tu buat muka cam bagus. Bonci lak den. Takpe-takpe. Ini demokrasi. Kita layan. Ha Ha Ha.

TGNA pandai berpublisiti

Dr. Abu mengakui kebijaksanaan TGNA mendapatkan liputan media arus perdana. Mana mungkin media arus perdana membuat liputan atau publisiti percuma kepada PAS. Tetapi TGNA pandai bikin publisiti untuk dirinya dan PAS lalu disiarkan oleh media mainstream. Contoh, bila TGNA kata "Tuhan Samseng". Berhari-hari media(Di kaca tv dan di dada-dada akhbar) memberikan publisiti percuma kepada TGNA dan PAS. Lalu publik tidak akan lupa kepada PAS. Isu tajaan pergi haji misalnya, ia diperkatakan oleh media selama 17 hari. Bagi media baru, sebanyak 25 ribu blog berbicara isu yang sama. Pandai tak TGNA tackle media ?? Pandai la bai. Dr. Abu mendedahkan bahawa crisis is business . TGNA pandai dalam bab ni. Tang point ni den teruja kojap. Selamo ni orang kapitalis je yang pandai buat duit bila datang krisis. "Ooo orang politik pun boleh sobab nak dapatkan publisiti sobab market dia pengundi," kato hati den. Orang Jemapoh kena ulas sikit bondo ni. TGNA pakar dalam bab nak dapatkan publisiti dari media yang tak pernah berpihak kepada beliau.

Pengaplikasian ilmu-ilmu Islam

Selain dari itu, Dr. Abu membuat satu lagi bold remark iaitu TGNA ini adalah satu-satunya ulamak yang mempunyai wilayah pemerintahannya sendiri selepas jatuhnya Empayar Islam terakhir iaitu Ottomon atau Othmaniyyah oleh Sultan Abdul Hamid II. Cuba namakan ulamak-ulamak yang anda kenal, Hasan Al-Banna, Abu Ala Al Mawdudi, Al-Qardhawi, Fathi Yakan dll kesemuanya tidak mempunyai wilayah untuk mempraktikkan ilmu yang ada di dada. Ia habis di medan ceramah dan di dalam kuliah-kuliah pengajian. Tetapi tidak bagi TGNA. Ia mempunyai wilayah untuk mengimplimentasikan ilmu-ilmu yang ada di dadanya. Adalah Dr. Abu sebut tentang sejarah Melayu lama di Pagoh. Den tak berapa nak tangkap sobab perut den dah lapar. Dari potang semalam sampai pagi hari ni den bolem jamah papo. Ok kita terus pada sesi soalan.

Pengalaman Dr. Abu sendiri

Tapi sebelum tu, dulu den ingat(persepsi la ni) Dr. Abu power bab future studies dan kurang ambil berat tentang sejarah. Tetapi persepsi itu diruntuhkan bila melihat beliau beraksi di Astro Awani 7-8 bulan lepas. Den dah lupo Astro Awani tu diskusi bab apo. Sebelum sesi soalan, Dr. Abu telah mendedahkan beliau juga telah menggunakan polisi crisis is business kepada dirinya sendiri. Beliau telah bikin panas bila mengkritik habis-habisan filem Sepet dalam paper. Disebabkan itu Rais Yatim yang ketika itu Menteri Penerangan telah melantik beliau sebagai ahli(Lembaga kot) Finas. "Rais Yatim kenal mana saya ni jika tidak dek kerana kritikan saya pada filem Sepet," kata Dr. Abu sambil poyo. Hoii dah lapar ni, terus pada sesi soalan.


Sesi soalan


Sesi soalan panas sikit la walaupun duduk dalam air-cond. Panas untuk Annual Bakri la sebab dia Setiausaha Politik TGNA. "Anta kah yang dikatakan sebagai pembantu sesat TGNA yang memberikan pendapat yang salah kepada Tok Guru". Haa ambik kau. Boleh tahan gak soalan orang Bangi ni. Sapa suruh jadi S/U. Ha Ha Ha. Tapi Annual Bakri ni jawab relax je. Annual Bakri kata TGNA ni a very good listener person. TGNA dengar pendapat semua orang. Dengar pendapat dia dan para S/U yang lain, dengar pendapat kesemua ahli exco dan juga dengar pendapat ahli dewan harian PAS Kelantan. TGNA gaul semua pendapat itu, kemudian baru dia keluarkan pendapat dia. Si Annual Bakri ni pun poyo gak. Kejap cakap engrish, kejap cakap klate. Kejap slow, kejap pitching dia tinggi. Boleh tahan gak mamat ni bila berbicara. Dialah yang banyak buat lawak jenaka pagi tu. "Bakpo la hino rambut krinting ambo nih," kata Annual Bakri poyo.

Ariffahmi & Kelantan

"Boleh saudara terangkan tentang isu Ariffahmi," tanya penanya. Bula mato semua orang pada Annual Bakri. Orang Bangi jangan buat memain bai. Semua celik IT. Tapi Annual Bakri tenang menjawab soalan tu. Dia pun terangkan yang perlantikkan dibuat on merit. Dia ada Ir. Dia ada pengalaman. Kira si Annual Bakri ni puji si Ariffahmi bagi mempertahankan TGNA. Lepas tu Annual Bakri kaitkan dengan Saidina Abu Bakar sebagai bapa mertua Nabi yang juga Khalifah Islam pertama. Saidina Uthman adalah menantu Nabi dan juga Khalifah Islam ketiga. Audien terpesona dengan cerita Annual Bakri. Walhal den sonang je nak patahkan hujah Annual Bakri, baginda wafat tak tinggalkan wasiat nak lantik siapa jadi Khalifah. Semua lantikkan dibuat selepas nabi wafat. Tapi kira okla si Anual Bakri ni menipu. Kira dia banyak belajar dari Mustafa Ali. Kira menipu untuk mempertahankan maruah TGNA dan Ariffahmi. Padahal Ariffahmi banyak memfitnah Annual Bakri melalui blogger yang diupah olehnya. Sila klik link ini. Jika Sheikh Azidi dikatakan budak Husam, Ariffahmi mempunyai barisan blogger bagi mempertahankan dia. Lebih dari sorang tu bai. Power tak power si Arif ni. Terbaru yang masuk sebagai barisan blogger Ariffahmi ialah Nik Amalina iaitu isterinya sendiri. Dayus betul menggunakan isteri sebagai perisai. KJ takde pun nak gunakan Nori. Takde suruh bukak blog pun. KJ lebih lelaki dari Ariffahmi. Kombang hidung den kojap. Bangga sebagai anak N9. Apa pun den puji Annual Bakri kerana tidak menggunakan medan yang terbentang luas kepadanya untuk mengkritik balik Ariffahmi malah memujinya lagi. Dalam hati siapa yang tahu.

Soalan khas untuk Dr. Abu

Soalan khas untuk Dr.Abu hanya ada satu. Itu pun den yang tanya. Ha Ha Ha. Nak letak kat facebook ke ?? Karang Dr. Abu kenal sapa Ali Baganutama. Payah pulak. Soalan den ringkas je. Hukum hudud sesuai atau tidak dilaksanakan di Malaysia. Soalan den ringkas tapi jawapan dia panjang. Bermula di pergunungan Austria pada tahun 1223(kot?), para paderi berbincang dan bla bla bla. Secular berasal dari ajaran Kristian, agama dijaga oleh para paderi bla bla bla. Tapi bab gunung tu den ado raso lucu. Jauh betul para paderi ni berdiskusi. Atas gunung tu bai. Paderi ni suko main salji kek atas gunung tu ko ?? Punyalah panjang last-last jawapan beliau ialah kena laksana sebab ia adalah perintah dalam Quran. Sangat kontradik dengan surat den kepada Suhaizan Kayat. Klik untuk lihat surat. Atau Dr. Abu tidak boleh memberi jawapan sebenar kerana berada di rumah yang salah ?? Tak kisah lah tu. Malam karang den tanyo kek Dr. Yusuf Qardhawi. Selama ni baco buku Qardhawi, den nak tanya face to face dengan Qardhawi. Kok dapekla. Maso den abih tanya soalan kek Dr. Abu semua orang bula mata pandang den. Tadi diaorang bula mato pandang Annual Bakri, sekarang bula mato pandang den. Biasalah nak glamer kena cipta krisis. Ha Ha Ha.

Artikulasi & Makan

Akhirnya, Dr. Abu sebagai tambahan berkata, TGNA sepanjang dia hidup tidak pernah berkata tentang sesuatu perkara atau isu dengan dimulakan dengan perkataan atau ayat "Saya percaya...", "Saya rasa...", "Saya akan kaji...," dan sama waktu dengannya. Statement Dr.Abu ini diiyakan oleh Annual Bakri. Jawapan TGNA kepada wartawan atau kepada orang lain adalah solid dan menyakinkan. Tiada keraguan dalam ayatnya. Ini menunjukkan TGNA berpengetahuan luas dan yakin terhadap jawapannya sendiri. Dr. Abu mengatakan bahawa dalam PAS jarang ada pemimpin PAS yang pandai berartikulasi(pandai bercakap-cakap atau petah berkata-kata) seperti TGNA. Majlis selesai tepat pada pukul 1 tengahari. Den ingat ado makan-makan. Adoihai. Takdo makan bai. Surau ni lagi bosar dari masjid tompek den, takkan takdo makan. Huhuhu. Lapar perut den maso solat zuhur. Apapun tahniah kepada Surau An-Nur(lebih dikenali sebagai surau harun din) Bandar Baru Bangi kerana menganjur forum sebegini. Nak ramai kono ado makan. Mesti ramai punya.

Saturday, December 19, 2009

Surat terbukaku kepada kekanda Suhaizan Kayat. Hudud dan PAS, suatu persoalan ?

oleh ali :

Kehadapan kepada kekandaku Suhaizan Kayat. Semoga sihat hendaknya. Di sini adinda ingin berbicara dengan kanda. Telah diketahui kanda akan berucap bagi mewakili PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada hari Sabtu 19 Disember nanti.

Benarkah kanda Suhaizan mahu membahaskan supaya Pekara 4 Perlembagaan Persekutuan dipinda agar membenarkan kerajaan-kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Islam(Syariah) atau Hudud diperingkat negeri-negeri ?? Jika benar izinkan dinda berbahas dengan kanda akan isu ini. Jika tidak benar sekalipun, dinda masih berhajat untuk berbicara demi kepentingan umat Islam Malaysia. Mungkin pandangan dinda sedikit berbeza dengan kanda.

Isu negara Islam & Hudud

Polemik isu ini sentiasa berterusan dan kadangkala memualkan bagi sesetengah yang tidak memahami. Hujah-hujah matang berdasarkan ilmu dan fakta atau berdasarkan evidence base jarang diperkatakan. Jika diperkatakan ia berbaur sentimen kepartian dan dibauri oleh sikap prejudis. Boleh dinda bertanya kepada kanda, adakah hudud ini adalah "real problem" atau hanya "presenting problem" ?? Mari kita sama-sama fikirkan secara objektif.

Kanda, adakah negara Malaysia ini negara Islam ?? Bagi dinda, jawapannya umpama menjawab soalan siapa mana yang dahulu, ayam atau telur ?? Chicken and egg question ini agaknya boleh dimisalkan dengan perumpamaan ini,

"Abu apepasal kau tak solat jumaat"

"Aku punya pasal la, ape hal kau nak sibuk"

"Kau ni kapir la Abu"

Satu hari kawan ni ajak pegi solat maghrib.

"Abu jom solat maghrib berjemaah kat masjid. Ada ceramah Harun Din"

"Eh apepasal aku nak pegi pulak. Itu hari kau cakap aku kapir. Orang kapir mana boleh solat"

Kanda, kita selalu mengatakan orang di sebelah sana tidak melaksanakan Islam. Malah kita tergamak mengatakan negara ini bukan negara Islam semata-mata kerana tidak menjalankan hudud. Sedangkan negara Islam menuntut pembaikkan yang berterusan, samada dari segi pembangunan material mahupun spritual. Kaedah dakwah kita selalu celaru dengan kita selalu berperanan sebagai penghukum. Kita selalu berpendapat, bila kita menghukum pihak di sebelah sana, kita sedang berdakwah. Walhal teknik itu salah. Sebagai pendakwah dan juga ahli politik yang bijaksana, kita harus pandai berdiplomasi dan tidak bertindak sebagai penghukum. Pendakwah dan penghukum adalah 2 pekara yang amat berbeza sekali.

Pihak di sebelah kita

Kita yang selalu mengatakan negara ini bukan negara Islam, maka tentulah kerja kita lebih banyak lagi memandangkan banyak bidang-bidang kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan dan orang melayu itu sendiri yang perlu diISLAMkan dalam ertikata yang sebenar. Presiden kita semasa menjadi Ketua Pembangkang pernah mengatakan bahawa hudud ini hanya mewakili 0.01% juzuk dari ajaran Islam. Habis mana lagi baki 99.99% ?? Kita masih belum boleh menunjukkan contoh 99.99% dari ajaran Islam yang berbaki itu. Dalam bidang ekonomi, publik boleh mempersoalkan tentang KOHILAL. Dalam bidang kesihatan, orang akan hairan mengapa PPK atau Pusat Perubatan KOHILAL tidak berkembang. Kanda boleh klik link ini dan baca point nombor 4 untuk keterangan lanjut. Nanti publik akan mempersoalkan kita, bagaimana mahu melaksanakan hudud walhal dalam bidang-bidang lain kita ketinggalan. Kenapa kita terlalu sangat menekankan hukum hudud sedangkan banyak pekara lain yang kita jauh tertinggal ??

Masalah Solat yang belum selesai

Solat adalah pekara pertama yang amat dititikberatkan dalam agama kita. Baginda nabi kita menerima wahyu tentang kewajipan solat bukan melalui malaikat Jibrail tetapi direct melalu ALLAH. Adakah persoalan solat dikalangan orang Melayu sudah diselesaikan ?? Adakah solat telah berjaya membentuk keperibadian dan sikap orang Melayu ?? Masih ramai Melayu yang belum solat. Bagi yang bersolat, berapa ramai pula yang khusyuk dan menghayati solat sebagaimana baginda nabi dan para sahabat bersolat. Walaupun orang Melayu bersolat, mereka tidak membaca al-Quran dalam solat. Mereka membunyikan al-Quran sepertimana burung kakak tua berkata-kata. Burung kakak tua tidak faham apa yang diperkatakan walaupun petah berkata-kata. Begitu juga orang Melayu bila bersolat, mereka membunyikan al-Quran tetapi tidak faham apa yang dibunyikan. Membaca dan membunyikan apa yang dibaca adalah 2 pekara yang amat berlainan sekali.

Kanda mahu bukti yang isu solat belum selesai di kalangan Melayu ?? Lihat sendiri gejala sosial, buang anak, berzina, kes ragut dan lain-lain, orang Melayu yang menjadi juaranya. Allah telah menegaskan dalam al-Quran, sesunggunya solat boleh mencegah daripada perbuatan keji/fahsya(zina) dan mungkar. So bila perbuatan keji(zina) dan mungkar masih berleluasa, itu petanda solat orang Melayu ada masalah(jika bersolat) dan tidak solat langsung. Hudud adalah bentuk pencegahan "Dari luar ke dalam" manakala solat adalah mekanisma pencegahan "dari dalam ke luar". Atas premis itu, solat lebih utama daripada hudud dalam usaha membenteras kemungkaran tanpa dinda menafikan kepentingan hudud.

Masalah Tauhid

Dalam jemaah kita sendiri masih ramai yang dihinggapi masalah tauhid. Tauhid mereka tidak lurus kepada ALLAH. Tauhid mereka tidak bersih. Ada yang mempercayai benda-benda tahyul seperti bela ikan tertentu akan dapat "ong", berubat dengan bomoh, mandi bunga nak mendapatkan jodoh atau kerja, pakai tangkal dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang dinda melihat masyarakat Melayu kita pada hari ini saling tidak tumpah seperti arab jahilliyyah semasa Muhammad dilantik menjadi Rasul. Malah lebih teruk dari itu lagi. Orang Melayu buang bayi tanpa mengira jantina dalam tong sampah, orang arab jahilliyyah baik sedikit, dia tanam bayi perempuan hidup-hidup. Tapi bukan itu persoalan yang mahu dinda rungkaikan. Orang arab jahilliyyah juga mempercayai ALLAH sebagai tuhan mereka. Nama bapa kepada Baginda Nabi kita dinamakan sebagai "Hamba Allah" atau Abdullah oleh datuknya. Allah sendiri merakamkan tentang keadaan akidah orang arab Quraisy ketika itu dalam Surah Al-Ankabut(29), ayat ke-61. Ia berbunyi :

Dan sesungguhnya jika kamu yang tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan ??" Pasti mereka akan menjawab: "Allah"...

Jika begitu perihalnya, mengapa Baginda nabi masih diutuskan sebagai Rasul untuk membawa risalah tauhid kepada suku kaum Quraisy?? Dan mengapa pula risalah Tauhid yang dibawa nabi ditolak oleh kaumnya ?? Di sini dinda nampak satu titik persamaan antara kaum Quraisy dan orang Melayu pada zaman sekarang. Iaitu syirik. Mari kita baca Surah Az-Zumar(39), ayat ke-3. Ia bermaksud :

"Kami tak sembah berhala ini melainkan supaya mereka membawa kami dekat kepada Allah"

Walaupun suku kaum Quraisy percaya kepada kekuasaan Allah tetapi mereka terang-terangan mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala. Oleh itu, kempen Baginda nabi ke atas kaumnya bukan memperkenalkan Allah kerana kaumnya sudah lama kenal Allah dan sifatnya tetapi nabi memperkenalkan kempen anti-syirik. Kempen anti-syirik itu ialah nabi membawa kaumnya hanya menyembah dan memperakui kekuasaan Allah sahaja. Lain-lain benda atau sesuatu selain dari Allah ditolak sama sekali.

Apa berhala orang Melayu ?? Sudah tentulah Melayu tidak menyembah berhala seperti kaum hindu. Tetapi Iblis berjaya memesongkan akidah orang Melayu dengan menjadikan tangkal, bomoh, pemimpin, ulamak, bela ikan tertentu ada ong, mandi bunga untuk tujuan tertentu, materialistik, wang dan segala macam sebagai berhala. Orang Melayu dengan sengaja atau tidak sengaja menyembah berhala dalam rupabentuk baru ini. Jika akidah orang Melayu belum bersih dari berhala-berhala ini, bagaimana tauhid mereka mahu lurus kepada Allah. Jika mereka solat pun, solat mereka tidak diterima Allah. Dan bagaimana solat mereka mahu mencegah mereka dari pekara keji dan mungkar ?? Kanda, adakah hudud sesuai diperkatakan kepada golongan ini ?? Solusi yang sesuai ialah memantapkan pendidikan dan dakwah kepada publik dengan hikmah dan kasih sayang.

Tariq Ramadan

Baru-baru ini pemikir Islam dan bekas pensyarah Universiti Oxford iaitu Tariq Ramadan telah datang ke Malaysia. Tariq adalah anak kepada Said Ramadan. Said Ramadan ini telah dibuang negara oleh Presiden Mesir iaitu Gamal Abd. Naser kerana aktivitinya dalam Ikhwan Muslimim. Said dibuang lalu bermastautin di Switzerland. Di sana anaknya Tariq Ramadan dilahirkan. Said Ramadan adalah menantu kepada Hasan Al-Banna iaitu founder kepada Ikhwan Muslimin. Ringkas cerita Tariq Ramadan adalah cucu Hasan Al-Banna.Semasa di Kuala Lumpur, ia telah ditanya tentang Islam dan hudud.

Tambahnya, ulama perlu membezakan prinsip dasar perundangan Islam dan juga undang-undang syariah, sesuai dengan keperluan semasa, untuk mencapai objektif prinsip tersebut."Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran.Bagaimana ini boleh dilakukan sedangkan di dalam Al-Quran telah menyatakan (kewajiban hudud) ini dengan jelas?" katanya lagi.

Jelasnya, undang-undang itu perlu difahami sebagai satu tujuan untuk mencapai keadilan dan bukannya tentang pematuhan kepada kod syariah semata-mata."Kita memerlukan (model) yang lebih sofistikated. Untuk pergi ke arah itu, kita perlu mempunyai wawasan, rangka kerja dan perubahan radikal dalam pemikiran kita," katanya lagi.

Jelasnya lagi, prinsip Islam bersifat sejagat dan merentasi tempat dan masa tetapi model tertakluk pada konteks masa atau lokasi pelaksanaan sesuatu."Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil," katanya, kini presiden Jaringan Islam Eropah yang berpusat di Brussels.


Adinda percaya kanda Suhaizan pasti memahami apa yang dimaksukkan oleh Tariq Ramadan. Wahai kekandaku, kita belum pun mencapai kemenangan. Waktunya belum sesuai untuk membicarakan hudud.

Umar Abdul Aziz

Mari kita renung kembali sirah khalifah Umar Abdul Aziz.

Apabila mencapai kemenangan, tidak semestinya semua perkara yang menjadi cita-cita Islam dilaksanakan terus, sebaliknya berhikmah dalam perlaksanaan perlu dilakukan. Perlaksanaan Islam seperti yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz amat perlu dipelajari. Waima memerintah secara solid, banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan beliau.

Abdul Malik, yang merupakan anak beliau bertanya, " Mengapa tidak dilaksanakan semua perkara Islam, walhal kita sudah memerintah”. Umar bin Abdul Aziz hanya menjawab, ”Jangan kamu gopoh wahai anakku, sesungguhnya Allah cela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, kemudian haramkannya pada kali yang ketiga”


Kanda, mungkin kita boleh belajar dari Taliban. Semasa mereka menguasai negara Afganistan. mereka melaksana hukum Islam secara total dan terburu-buru. Menyebabkan semasa mereka diserang Amerika, rakyat tidak bersama Taliban. Bagaimana mungkin rakyat mahu bersama mereka, sedangkan cara Taliban tidak diplomasi dalam melaksanakan undang-undang syariah disana.

Dulu popular satu gambar yang tersebar dimana seorang pemuda Taliban yang bersenjata menarik janggut seorang tua untuk solat jemaah. Solat jemaah bagus, tapi approachnya tidak kena. Boleh dinda katakan sebagai kurang ajar. Itu sahaja sudah mendatangkan persepsi yang salah kepada Islam.

Mari ke Kelantan

Di negeri ini kita mendapat kuasa. Adakah kita menggunakan kuasa dengan sebaik-baiknya di negeri Kelantan?? Famili adinda pernah bermastautin disini selama 2 tahun di Pangkalan Chepa. Malah disini ahli famili dinda bertambah 3 orang. 2 ipar dan satu anak buah.Hanya 2 pekara yang ingin diperkatakan oleh dinda. Golongan remaja dan kebersihan.

Remaja di Kelantan banyak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Kedua-dua ibubapa para remaja ini sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti perniagaan menyebabkan ibubapa ini menyerahkan anak muda mereka kepada kerajaan untuk dididik. Ibubapa ini menganggap pengisytiharaan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam pada akhir tahun 2005 sebagai lampu aladin untuk menyelesaikan masalah sosial anak remaja mereka. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Memang ada usaha untuk memulihkan anak remaja Kelantan ini. Tetapi bagai ada yang sesutau yang pincang di sana.

Bukti bahawa anak remaja Kelantan mempunyai masalah sosial terutama di Kota Bharu ialah dengan kewujudan Raudhatus Sakinah,RS kelolaan JIM di Kota Bharu. Semua orang tahu JIM adalah NGO bebas yang tidak punya kaitan dengan PAS. Setakat ini JIM menubuhkan 3 pusat RS di Malaysia dan meletakkan prioriti penubuhan pusatnya di tempat-tempat yang tinggi gejala sosial di mana wanita muda yang menjadi mangsanya. Kenapa Kelantan ada RS ?? Jawapannya mudah, gejala sosial tinggi di negeri ini walaupun PAS yang memerintah. Kanda klik link ini untuk aktiviti RS Kelantan. Adakah hudud sebagai solusi remaja di Kelantan ?? Dinda rasa itu bukan jalan penyelesaiannya. Ia masih bertitik tolak kepada tauhid, solat dan pendidikan. Sepertimana yang dinda bincangkan di awal-awal surat ini.

Kebersihan di Kota Bharu masih lagi menjadi cabaran besar bagi kerajaan yang diterajui PAS. Sedangkan kebersihan adalah sebahagian dari iman. Malu kita nak bandingkan tahap kebersihan Kota Bharu dengan bandar Singapura. Padahal Singapura tidak Islam pun kerajaannya. Tetapi rakyatnya Islamik dalam soal kebersihan. Selain dari masalah iman, rupanya MPKB-BRI mempunyai masalah sampingan. Kanda boleh klik link ini dan ini sebagai bacaan lanjut.

Sebagai tambahan, remaja di Kelantan keliru dengan dakwah di sini. Mereka mempunyai persepsi bahawa ajakan kepada dakwah Islam adalah ajakan kepada parti. Ini tidak kena. Sepatutnya kita agungkan nama Allah. Bukan nama parti. Kanda, kita mesti sama-sama berusaha untuk selesaikan masalah ini dahulu sebelum ke agenda yang lebih besar lagi. Selain sebagai tanggungjawab kita bersama, tidaklah pihak musuh menyindir kita, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran".

Menegakkan Negara Islam cara Nabi

Mula-mula turunnya wahyu tentang keesaan Alllah semasa period di Mekah. Surah-surahnya pendek. Di tahap ini nabi menggunakan 2 kaedah iaitu berdakwah dan pendidikan. Kempen dakwah nabi ketika mengajak suku kaum Quraisy di Mekah ialah mereka diajak berfikir tentang alam yang dijadikan tuhan. Kemudian diterangkan sifat-sifat Allah, kehidupan selepas kematian, syurga dan neraka.

Bagi mereka yang sudah menerima Islam, nabi terus mendidik mereka agar lebih mantap dan tahan diuji. Pada tahap ini setelah mereka menerima Islam dengan akal, iman itu dimantapkan ke dalam jiwa. Hati dan fikiran manusia disedarkan dan dididik melalui surah-surah Makkiyah tentang kebesaran Allah, syurga neraka dan perkara-perkara ghaib.

Dakwah dan pendidikan dilakukan secara lemah lembut dan berterusan. Lalu lahirlah generasi pertama sahabat yang digelar oleh As-syahid Syed Qutb sebagai generasi al-Quran. Waktu itu, walau sebesar mana pun pertentangan yang datang, nabi tidak membalasnya. Keluarga Yasir dibunuh, Bilal diseksa. Khabab pula ditusuk dengan besi panas berapi di bahagian belakang tubuhnya. Bila Khabab tidak tahan diseksa, nabi bersabda, "Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji..". Ada para sahabat-sahabat yang mahu membalas penyeksaan tersebut. Tetapi nabi menahan mereka dengan lunak.

Bukan kerana takut. Nabi tidak membalas pertentangan itu kerana tempoh berdakwah tidak boleh diganggu dengan peperangan dan membalas balik provokasi musuh. Maka dalam dakwah kita mesti melahirkan keindahan, keamanan dan kasih sayang. Dulu pemuda PAS terkenal dengan slogan "Duta Penyelamat dan Kasih Sayang" yang dibawa oleh kanda Salahudin Ayub. Mana pergi slogan itu ??

Setelah 13 tahun, barulah nabi berhijrah ke kota Madinah. Di sini nabi memulakan tahap baru perjuangan dengan turunnya ayat Quran yang menuntut dilaksanakan peraturan Allah sebagai satu cara hidup yang lengkap. Menerusi surah-surah Madaniyah yang lebih panjang berbanding surah Makiyah, Allah menjelaskan falsafah dan perlaksanaan sistem hidup Islam yang merangkumi bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, perundangan dan lain-lain.

Dengan kekuatan iman dan persaudaraan muslim, cara hidup Islam dapat ditegakkan walaupun mendapat persaingan dari yahudi Madinah dan musyrikin Mekah. Ketika umat Islam di Madinah terus mara ke hadapan dengan pelbagai kemajuan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan budaya, pada yang sama juga para sahabat terus dididik dengan sifat-sifat ikhlas, pemaaf, pemurah dan saling berukhwah serta tidak mementingkan diri sendiri. Dengan itu, para sahabat sikit pun tidak terpaut dengan kekayaan, kuasa dan gilakan populariti atau kemasyhuran walaupun segala-galanya sudah berada di tangan mereka.

Kanda, itulah negara Islam model Baginda Nabi. Dinda coretkan sebagai bahan berfikir kita bersama. Apakah model itu telah kita teladani ??

Cadangan semasa berucap di pentas

Dinda mempunyai beberapa cadangan untuk kanda bahaskan semasa berucap di pentas Konvesyen PR pada tengahari esok.

Ekonomi. Nasib rakyat dihujung tanduk. Ditambahparahkan bila 5 ahli Parlimen kita tidak hadir mengundi baru-baru ini di Parlimen. Bahaskan kanda. Cukai GST mahu diimplimentasikan di negara ini. Tentang habis-habisan GST. Gerakkan peserta konvensyen, supaya mereka tidak tidur melihat periuk nasi rakyat ditabur pasir oleh Kerajaan Barisan Nasional (5 MP kita bangga menolong mereka dengan senyuman).

Shodow Cabinet. PR sebagai government in waiting perlu tunjukkan komitmen untuk meraih kepercayaan publik. Publik perlu jelas siapa yang akan menjadi Perdana Menteri PR, siapa akan menjadi Menteri Kewangan, siapa akan menjadi Menteri Pendidikan dan lain-lain. Ini supaya publik boleh menilai kemampuan mereka. Kena pilih elok-eloklah. Jangan main-main dalam soal ini. Kita perlu mendapat rasa yakin rakyat terhadap kita. Baru publik selesa mengundi kita dalam Pru-13 nanti.

Logo baru PR

Synchronize. Buat waktu ini, negeri-negeri yang dikuasai PR mempunyai halatuju yang berlainan tanpa keselarasan dari segi matlamat dan halatuju. Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak sama dengan Kerajaan negeri Selangor yang dibawah kawalan PKR. Yang hairannya, Kerajaan PAS Kedah tidak sama dengan Kerajaan PAS Kelantan. Jika Selangor boleh bagi free air 20 meter padu maka kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR juga perlu mengikut langkah yang sama. Baru ada keselarasan. Pulau Pinang boleh mengadakan hari tanpa plastik, maka negeri-negeri dibawah PR juga perlu mengadakan hari tanpa plastik.

"Sekurang-kurangnya, di peringkat negeri-negeri, biarlah terdapat keseragaman agar rakyat dapat melihat model 'Malaysia Baru' yang ingin dibawa oleh PR di peringkat pusat nanti"


Akhirnya, dinda mendoakan supaya kanda Suhaizan Kayat dapat berucap dengan penuh semangat seperti selalu dan mengharumkan nama agama kita. Adinda amat mengharapkan kanda dapat menghayati kata-kata ini "Seek first to understand, than to be understood" bila berucap dan berbahas nanti. Dinda yakin kanda tidak akan mengelirukan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam malah membantu mereka memahami Islam dengan lebih baik. Rakan-rakan bukan Islam itu tidak seperti kita. Dinda yakin kanda akan berucap nanti mengikut level pemikiran mereka. Bak sabda nabi yang lebih kurang bermaksud, "Berdakwahlah mengikut tahap akal mereka".

Oleh kerana kanda seorang pembaca dan peminat buku, dinda rasa sudah tentu kanda Suhaizan sudah khatam buku tulisan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang bertajuk Fiqh al-Aulawiyyat. Kanda tentu faham maksud Qardhawi apa yang perlu diutamakan dari yang utama. First things first. Apa prioriti kanda dalam ucapan dalam konvensyen nanti ?? Kanda seorang yang tahu. Semoga kanda dapat menyusun perkara-perkara dan isu-isu yang lebih aula dari yang aula. Pilihlah perkataan yang tepat. Bagi yang tidak memahami perkataan aula, aula bermaksud penting atau utama. Jika kanda masih tidak faham akan maksud buku itu, kanda sendiri boleh bertemu dengan penulis buku itu selepas habis Konvensyen PR, pada waktu Maghrib di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Tapi dinda percaya kanda faham isi kandungan buku itu. Insya allah. Kalau boleh tanyakan pada Qardhawi apa itu maqosid negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Mungkin jawapannya sama dengan kanda. Atau sama dengan dinda. Siapa tahu ??

Adinda juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kanda jika ada perkataan dinda yang melukakan kanda. Ala, bukan tak biasa kita ni saling mangkuk memangkukkan dalam dewan pemuda. Ha Ha Ha. Semoga ukhwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dari adindamu yang tampan,
Ali