Korang den nasihatkan jangan tengok cito Shutter Island. Bingai punyo cito. Rugi duit den tengok cito mangkuk. Padan muko den. Ok sambung balik gambar-gambar yang den amik.
Payung ni best dan cool. Den ingat geng-geng Zunar yang bikin payung ni
UMNO APCO! UMNO APCO! Jerit banyak kali pun, duit 77 juta sudah hangus bai bayar kek Yahudi. Buek koring anak tokak menjorit tengahari buto
Helikopter mainan Polis. Ha Ha Ha
Peh. Den puji BN. Pandai BN bikin gempak guna payung terjun. Mengango la kojap penyokong Pakatan Rakyat
Salam Hulu Selangor. Alhamdulillah den sampai Hulu Selangor pada malam Jumaat bersamaOstad One-G dan Pakaq. Pasal den tak bawak keto, takdo la jauh bona nak poie Hulu Selangor. Ha Ha Ha.
Peh. Ado gayo rappers gak mangkuk ni. Agak-agak korang sapo 2 jejaka pojaan yang membelakangi kamera ni?
Den tak tahu macam mano den boleh snap gambar amoi ni. Den sebona eh nak amik gambar Azmin kek belakang tu
Budak kocik ni semalam jadi tumpuan
Khalid Ibrahim semalam nampak hepi. Den ingat dio hepi sobab Hasan Ali dah mulo dongar arahan dio sebagai MB Selangor. Gagap bukan sebarang gagap maa
Time ni anak pompuan Zaid Ibrahim kenyit mato kek den. Hilang konsentrasi den nak tangkap gambar
Ha Ha Ha. Mano la Wanita Keadilan ni dapek patung katak ni. Korang memang cool la
Ok la. Nanti den sambung. Den nak tengok lakonan member den kek wayang jap. Itu hari Leornado Dikaparia ado ajak den main cito dio yang terbaru ni. Tapi den maleh la nak glamer-glamer ni. Ok bai. Babai.
Salam Hulu Selangor. Tadi den ado terbaco artikel Bro Tulang Bosi kek link ni. Bro TB, kalau dah duduk kek Indonesia buek la caro macam duduk kek Indon. Boleh tak jangan nak menyibuk kojo orang kek sini. Ha Ha Ha. Bagi den untuk kes Hulu Selangor, den nak puji pemimpin-pemimpin yang pro-UG. Sehari selepas Datuk Zainal Abidin meninggal dunio, Mustafa Ali kol Zaid Ibrahim menyatakan sokongan padu PAS kepada Zaid sekiranya dia tercalon untuk Parlimen Hulu Selangor. Power tak Mustafa Ali? Dio boleh tahu Zaid akan tercalon jugak untuk Hulu Selangor. Sumber ni sahih bai. Bukan main khabar angin.
Angin den
Bilo Bro TB kata jentera PAS di Bagan Pinang seolah-olah macam tak wujud, apo yang boleh den cakap, lu silap bro. Den sendiri berado di Bagan Pinang. Jentera PAS yang bukan dari N9 tersusun dan profesional semasa Prk Bagan Pinang. Nak kata seolah-olah tak wujud tu macam penghinaan bagi den. Den harap bro TB tarik balik la kata-kata lu. Jangan kerana kebencian kita terhadap sesuatu membuat penilaian kita tidak adil. PAS Selangor semasa Prk Bagan Pinang adalah pasukan paling cemerlang bagi den. Mereka berkerja sebagai pasukan yang padu di UPU Ladang Bradwall dan lain-lain tempat.
Hasan Ali
Di Hulu Selangor, jentera PAS Selangor sekali lagi menunjukkan taringnya seperti di Bagan Pinang. Petugas-petugas PAS di Hulu Bernam dan Bukit Beruntung telah berkhidmat dengan 'full swing'. Hasan Ali telah mengarahkan seramai 350 orang petugas PAS memberikan khidmat di Batang Kali. Den ucapkan tahniah kepada Hasan Ali. Itu belum hari penamaan calon bai. Lepas hari penamaan calon, den yakin khidmat PAS Selangor akan bertambah-tambah power. Itu belum khidmat PAS negeri-negeri lain. PAS N9 den nasihatkan baik balik tido la lagi bagus. Prestasi PAS N9 di Bagan Pinang adalah yang paling buruk dari negeri-negeri lain padahal kau adalah tuan rumah kepada Bagan Pinang. Akan ado sesi khas mengutuk PAS N9 untuk sesi akan datang. Korang tunggu kalau den rajin.
Salam bola. Den tadi memulakan misi siasatan ke atas blogger TOya Mat Amin. Den nak tahu samo ado dio ni penyokong Man U atau Bayern Munich. Ha Ha Ha. Rupo eh kipassusahmati Arsenal. Sori la bro. Den simpati dengan kekalahan budak sekolah sukan dengan Barca. Takpo, 10 tahun akan datang boleh cubo lagi. Tah macam mano den boleh buang maso tengok u tube ni dari blog dio.
Mungkin terlebih jobo
Wonder kid? American Born Malaysian? Den ingat yang upload u tube ni bapak si Wan Kuzain tu jugak. Saje nak tunjuk jobo kot. Dah la muzik latar bagi lagu takut. Silap propaganda beb. Setakat dapat perdaya bebudak Amerika main bola baik tak payah bai. Budak kampung den lagi ligan dan skillfull main bola dari si Wan Kuzain tu. Orang Amerika mana pernah pandang tinggi sukan bolasepak. Setakat Beckham main liga kat Amerika pun diaorang tak pandang. Bukan ado kualiti pun liga bola kek Amerika. Tu pasal Bekham sanggup on loan main kat Serie A Italia sobab nak jaga kualiti permainan dan berdaya saing untuk World Cup nanti.
Amerika & bola
Tapi busuk-busuk Amerika, skuad betino diaorang juara World Cup bai. Untuk pompuan la. Bagi orang Amerika yang mentah dalam dunio bolasepak, memang diaorang hina skuad lelaki Amerika kalau kalah dengan mano-mano pasukan. "Woi! Kalau betino boleh monang World Cup. Korang tak boleh monang, baik bagi tolo kek Anjing!" Orang Amerika ni mano tahu tahap permainan bolasepak dunio. Tahun 80-an, game bolasepak Amerika ni main bercampur jantan betino sojak dari kocik. Tu yang skuad betino dio dapat pendedahan awal dan monang World Cup banyak kali. Nampak tak, early exposure tu ponting bai.
Bagi den, budak Wan Kuzain ni takdo papo sangat. Setakat boleh pusing-pusing, menari-nari dan tiru style Christiano Ronaldo baik tak payah. Baik berenti dan belajar jadi doktor. Kito dah ado pengalaman dalam isu ni.
Titus James
Mano budak India tu sekarang? Peh. Kalau dulu diolah budak paling pandai timbang bola. Diolah budak paling pandai mengelecek. Semuanya dilakukan sebelum budak Melayu bersunat. Konon si Titus ini lah genius bola macam Adiputra. Boleh blah. Main liga ketiga Peranchis pun tak lopeh. Jurulatih Malaysia pun tak pandang pun si mangkuk ni. Kan ke tak rugi maso, tenaga dan wang ringgit. Ahli parlimen berhak mempersoalkan sama ada duit perbelanjaan selamo dio ke Peranchis itu adakah duit cukai rakyat atau duit sendiri? Kalau duit cukai rakyat, budak Titus ni kono ganti balik. Bukan ado hasil pun. Dah la selamo ni kau jobo macam kau sorang yang tahu main bola.
Muko macam bagus
Dio punyo blog pun dah bersawang. Dah patah kaki kot. Ni ado la mangkuk mano tah yang meriwayatkan kisah hidup Titus James [link]. Ado keeper yang kononnya main dengan Liverpool, Syed Jamal kot namo eh. Mano deh? Jobo. Tak ke mano kau kalau cakap bosar.
Tun Mahathir
Bonci-bonci den dengan Mahathir, ado jugak idea dio yang den respek. Idea Mahathir ialah orang Malaysia boleh bersaing dan monang dalam sukan yang takdo body contact. Contoh sukan yang ado body contact ialah bolasepak dan ragbi. Mahathir punyo kepalo, orang Asia tak mungkin dapat bersaing dengan omputih yang tinggi dan berbadan bosar. Memang pun. Jadi Mahathir suruh tumpu bajet kepado sukan-sukan yang takdo body contact macam bowling, gimnastik, badminton, memanah dan lain-lain lagi. Game macam ni ado can nak monang. Bukti eh kito banyak monang emas dalam Sukom 98 kek KL dulu.
Harapan?
Den ingat baik kito rombak Liga Super Malaysia. Baik tak payah ado. Membazir bai. Membazir tu amalan syaitan. Ado liga sendiri pun tak guno sobab rakyat tempatan lebih kenal liga luar negeri. Malam ni korang tengok la berjuta rakyat Malaysia bertahajud secara berjemaah di mapler-mapler mamak termasuk den sobab nak tengok kekalahan keduo Manchester United di tangan Bayern Munich. Ha Ha Ha. Macam mano nak maju liga Malaysia ni kalau pemain import pun tak boleh main. Lepas tu ado hati nak kalahkan Korea macam zaman Mokhtar Dahari. Boleh blah la woi.
Salam kepada peminat motokar. Apo keto idaman den? Den bersyukur dengan kereta ferari den. Maso kek Bagan Pinang, Bro Topeng Perak ponah tumpang ferari den.
"Li, kalau kau nak tahu, aku ni dah macam-macam keje aku buat," tetiba bro TP sound den. "Kojo apo bang?" Jawab den sambil perati jalan. "Aku dulu pernah jadi pomen 2 tahun" "Ooo." "Kete kau ni Li ade bunyi-bunyi. Ni mesti alignment kat tayar kau problem" " Erk"
Setelah 6 bulan berlalu, 'bunyi-bunyi' yang Bro TP dongar tu masih berbunyi sampai sekarang. Huhuhu. Den tak pegi repair pun. Belum ado rezki. Dah try tanyo kek kodai pomen cino aritu. Beratus kono. Tak mampu den. Kalau ferari den sampai kek Hulu Selangor, memang keajaiban dunio ke-8 telah berlaku. Tapi alhamdulillah, setakat arini ferari den belum ponah buek perangai beronti tongah jalan. Den bersyukur sangat. Terima kasih ALLAH.
Ferari den special sikit. Ado 4 pintu. Tetapi member-member dan sepupu-sepupu den jobo dan kepingin dengan keto 2 pintu. Den pun tak tahu apo lobih eh keto 2 pintu ni. Tapi satu yang den nampak, bekereto 2 pintu ni banyak keburukan. Selain menyerlahkan ke'jobo'an diri sendiri, korang akan menyesal tak sudah bilo dah berumahtangga.
Sesal sobab apo?
1] Bilo dah ado baby nanti, bini korang akan susah nak poie seat belakang. Dio akan tunduk lobih dari tunduk orang jopun. Baby kan kono duduk belakang. Bini korang pun akan duduk belakang gak. Nanti baby lapar dah tontu nak menyusu. Takkan nak suruh baby tu amik sendiri susu dalam beg. Susah pergerakkan sang bini nak hulur dari seat dopan. Dio kono duduk bersama-samo dengan baby. Tamba-tanbah kalau baby tu menyusu badan.
2] Bapak dan Mak mertuo menyampah dengan menantu. Yelah, dah tontu satu hari esok diaorang pasti naik keto kito nanti. Diaorang menyampah bilo terpakso tunduk nak ke seat belakang dari pintu dopan macam jopun. Makbapak mertuo ni musti teraso macam 2nd class citizen bilo naik keto menantu yang ado 2 pintu ni. Mano tak menyampah, anak dah kau amik jadi bini lopeh tu tak hormat dio dengan bagi naik keto 2 pintu tertunduk-tunduk macam orang jopun.
3] Bilo anak dah banyak, memang kono tukar keto gak. Satu nak menampung penambahan anak. Kan dah membazir. Korang bukan kayo pun. Duo, orang kampung musti berbunyi "Gilo ko, dah tuo gayut masih ado hati nak berbini duo".
Salam Hulu Selangor. Den survey kat blog-blog yang pro Pakatan Rakyat, ramai yang pilih Ust. Badrul Amin sebagai calon. Den hormat pilihan korang. Den hormat hak demokratik memasing. Tapi kalau boleh baco artikel den apo sobab den taknak pilih Ust Badrul Amin [Bai ni linknya]. Bagi kesimpulan lain, Ust. Badrul Amin bilo berceramah cakap main lepas dan takde ilmiah. Sangat emosi. Sorry, not my taste. Peh, den cakap omputih maa. Ha Ha Ha.
Jom hafal sifir
Sebenarnya Hulu Selangor perlu calon yang samo macam dulu. Ia perlu mengekalkan status quo yang ado. Sifir dio mudah je bai.
Datuk Zainal Abidin = Melayu Zaid Ibrahim = Melayu
DZA = Lelaki ZI = Dulu lelaki, sekarang ni masih lelaki
DZA = Dulu Umno ZI = Dulu pun Umno
DZA = Dulu Menteri (Ex-deputy Menteri Besar Selangor) ZI = Dulu pun Menteri (kabinet Pak Lah)
DZA = Ado title Datuk ZI = Pun ado gak
DZA = Tak main rasuah, pertahan prinsip keluar UMNO ZI = Tak main rasuah, pertahan prinsip keluar UMNO
DZA = Hensem ZI = Den lagi hensem dari ZI
Kekalkan kehendak penduduk setempat
Bagi den, pengundi-pengundi Hulu Selangor perlu dihidangkan dengan calon yang samo dan serupo dengan Arwah Datuk Zainal Abidin. Orang kito ni biasonyo ado gap (jurang) dengan pemimpin yang tak samo dengan dio. Lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Zaid Ibrahim ado kualiti-kualiti yang diperlukan oleh pengundi-pengundi Hulu Selangor.
Penduduk Hulu Selangor perlukan calon yang serupo dengan Arwah Datuk Zainal Abidin. Report card Datuk Zainal Abidin amat cemerlang di mato pengundi. Zaid Ibrahim boleh mengekalkan kecemerlangan report card Datuk Zainal Abidin. Maintain status quo, Hulu Selangor pasti milik Pakatan Rakyat. Insya Allah.
Salam USA. Peh, selain APCO yang pandai menaikkan imej Perdana Menteri kita di mata dunia, kita juga patut berterima kasih dengan pemimpin-pemimpin UMNO di zaman sebelum merdeka kerana mereka juga memakai juruperunding imej dari Amerika Syarikat (Yahudi kot). CIA sendiri mengakui bendera Malaysia adalah berdasarkan bendera negara mereka. Kagum den. Apa yang perlu rakyat Malaysia lakukan selepas ini? Mudah sahaja. Terus undi UMNO/BN untuk menjadi lebih Amerika. Yeahhhhhhh baby !!!
Click for enlarge. Bukti dari laman web CIA [link]
* Layari web CIA ini dahulu [link]. Hati-hati bai bilo melayari web CIA. Nombor IP anda pasti berada dalam simpanan CIA. Nanti boleh lah mintak kojo jadi agen CIA. Glamer bai. Ha Ha Ha.
Salam kepada semua para ibu. Hari ni den terasa sangat rindukan pada omak den. Ontah apo kono eh. Den ingat den kono balik rumah gak arini. Den rindukan omak den. Nak-nak tadi den dongar lagu ni pulak. Raso sayu bilo den nongar lagu ni. Dongar lagu ni bai jangan tak dongar.
Kali pertamo den dongar lagu ni bilo den window shopping kat gerai-gerai dalam kawasan PUTIK, Kelantan pada tahun 2005. Maso tu den jadi pewakilan muktamar PAS tahun tersebut. Asal rehat poie makan den musti terdongar lagu 'My Mother'. Pandai orang meniago kaset ni saiko den. Last-last sebelum muktamar berakhir den pun boli la kaset Yusuf Islam ni. Semuo lagu best. tapi yang paling best dah tontu la lagu 'My Mother'.
Den sayang omak den. Sapo tak sayang omak oiii. Memang bukan manusia sapo tak sayang omak sendiri. Alien dari planet Neptuns pun sayang omak eh. Huhuhu. Den nak balik jumpo omak den. Den rindukan omak den. Den sayang dan cintakan omak den dengan sepenuh hati. Omak! Tunggu den balik. Nanti masakkan den lauk daging dendeng.
"Woit! Ekau tak rindukan omak kau. Ekau sebonar eh rindukan masakkan omak kau la mangkuk"