Thursday, April 15, 2010

Sesi 'Mari memaki PAS'

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Tadi den ado terbaco artikel Bro Tulang Bosi kek link ni. Bro TB, kalau dah duduk kek Indonesia buek la caro macam duduk kek Indon. Boleh tak jangan nak menyibuk kojo orang kek sini. Ha Ha Ha. Bagi den untuk kes Hulu Selangor, den nak puji pemimpin-pemimpin yang pro-UG. Sehari selepas Datuk Zainal Abidin meninggal dunio, Mustafa Ali kol Zaid Ibrahim menyatakan sokongan padu PAS kepada Zaid sekiranya dia tercalon untuk Parlimen Hulu Selangor. Power tak Mustafa Ali? Dio boleh tahu Zaid akan tercalon jugak untuk Hulu Selangor. Sumber ni sahih bai. Bukan main khabar angin.

Angin den

Bilo Bro TB kata jentera PAS di Bagan Pinang seolah-olah macam tak wujud, apo yang boleh den cakap, lu silap bro. Den sendiri berado di Bagan Pinang. Jentera PAS yang bukan dari N9 tersusun dan profesional semasa Prk Bagan Pinang. Nak kata seolah-olah tak wujud tu macam penghinaan bagi den. Den harap bro TB tarik balik la kata-kata lu. Jangan kerana kebencian kita terhadap sesuatu membuat penilaian kita tidak adil. PAS Selangor semasa Prk Bagan Pinang adalah pasukan paling cemerlang bagi den. Mereka berkerja sebagai pasukan yang padu di UPU Ladang Bradwall dan lain-lain tempat.


Hasan Ali

Di Hulu Selangor, jentera PAS Selangor sekali lagi menunjukkan taringnya seperti di Bagan Pinang. Petugas-petugas PAS di Hulu Bernam dan Bukit Beruntung telah berkhidmat dengan 'full swing'. Hasan Ali telah mengarahkan seramai 350 orang petugas PAS memberikan khidmat di Batang Kali. Den ucapkan tahniah kepada Hasan Ali. Itu belum hari penamaan calon bai. Lepas hari penamaan calon, den yakin khidmat PAS Selangor akan bertambah-tambah power. Itu belum khidmat PAS negeri-negeri lain. PAS N9 den nasihatkan baik balik tido la lagi bagus. Prestasi PAS N9 di Bagan Pinang adalah yang paling buruk dari negeri-negeri lain padahal kau adalah tuan rumah kepada Bagan Pinang. Akan ado sesi khas mengutuk PAS N9 untuk sesi akan datang. Korang tunggu kalau den rajin.

No comments: