Thursday, April 29, 2010

Pyanhabib, Khalid Samad & arwah adik Aminulrasyid

oleh ali :

Salam keadilan buat arwah adik Aminulrasyid. Selebriti Pyanhabib rupanya bersaudara dengan Aminulrasyid. Arwah adik Aminulrasyid adalah cucu saudara emak mentua Pyanhabib. Baca catatan Bro Pyanhabib yang den copy paste dari blognya.

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu (norizan, 30,) cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!

- kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa')

- jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

- jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. [link]

Berikut adalah catatan penting dari Khalid Samad yang den rembat dari blognya.

Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya. [link]

* Ini catatan den pulak. Rakan yang bersama dengan Arwah adik Aminulrasyid semasa ia ditembak mati Polis adalah anak kepada seorang Sarjan Polis.

No comments: