Thursday, April 1, 2010

Blogger AzamDin, ekau meh sini kojap

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Den terkejut bilo baco komen blogger AzamDin pasal gambar yang den paparkan kat entry 'Wanita Solehah'. Bula bijik mato den kojap. Den tak dapek nak kategorikan jenis komen dio ni, tapi korang baco sendiri lah :

"eissh tak baik tuduh2..kot2 dia nak tuka duit ke.. sbb kat toto ni banyak cash..dan duit kecik.."

Pendakwah yang baik

Hadoiyai. Den tak pasti samo ado nak menangis atau golak bosar-bosar bilo baco komen AzamDin. Dio punyo sangko baik tahap gaban maa. Untuk topik dakwah, blogger AzamDin boleh jadi pendakwah yang berjaya.Pendakwah kono punya jiwa bersangka baik yang tinggi. Pendakwah tak boleh jadi penghukum. Pendakwah hanya boleh menunjuk jalan dan kaedah untuk menjadikan orang yang didakwahi (mad'u) menjadi manusia yang soleh/solehah lalu bercita-cita bersama pendakwah untuk menjadi ahli syurga. Dalam bab ni, AzamDin lulus untuk jadi pendakwah.

Lain tempat, lain bahasa

Tapi kan bai, ado bab ekau tak boleh lurus bendul. Cubo kau perati kodai nombor ekor tu baik-baik. Pernah ke cashier dio tu bagi tukar duit kepado bukan pemboli nombor ekor? Den tak tahu sobab den tak pernah tukar duit kek sport toto. Poie situ yo dah timbulkan fitnah. Macam orang poie rumah-rumah pelacuran kat Chow Kit tongah malam, takkan ekau nak sangko baik orang yang poie situ nak tukar duit? Kamon la bai.

Ekau kono lihat gambar tu dalam bahasa politik. Bukan dengan bahasa dakwah. Macam Hasan Ali bertemu Khir Toyo di sebuah hotel di Petaling Jaya tanpa pengetahuan PAS Pusat. Takkan ekau nak cakap Hasan Ali nak bawak masuk Khir Toyo jadi ahli PAS, sedangkan situasi, tempat dan maso amat mencurigakan. Situasi saja dah boleh nampak UMNO nak berkuasa kembali di Selangor jadi jiko ikut bahasa politiknya Khir Toyo sedang memancing Hasan Ali. Jika dipandang dengan bahasa dakwah dah tentulah Hasan Ali sedang memancing Khir Toyo.

Tetapi dengan ilmu bahasa politik, kito kono luaskan skop. Kito tambah skop dan horizon kepada tempat dan maso. Kito soal Hasan Ali balik, kenapa perlu jumpo kek Hotel Petaling Jaya? Kenapa tidak di Pejabat PAS Gombak? Apepasal bertemu di waktu malam pukul 11 malam? Siang tak boleh jumpo ko? Dan terakhir kenapa pertemuan itu dirahsiakan. Takkan nak nilai dalam bahasa dakwah. Sekarang perjumpaan itu diselubungi dengan persoalan-persoalan taktikal politik. Jadi harus guno bahasa politik dalam menilai. Bilo guno bahasa dakwah, penilaian kito silap dan merugikan jemaah.

Jerangkap samar

Sebenarnya den ado lagi satu gambar wanita 'solehah' tu. Sajo den taknak tunjuk. Musti ado yang menilai dengan bahasa dakwah tapi tak kono tompek. Sori lah AzamDin. Den sajo perangkap lu jadi tikus makmal sempena April Fool arini. Ha Ha Ha. Jangan marah bai. Nanti kono jual.

Apo penilaian anda setelah melihat gambar terbaru 'Wanita Solehah' ni? Masih mahu menilai dio datang kat situ semato-mato nak tukar duit?

No comments: