Friday, April 23, 2010

Macam mano den boleh jatuh cinta dengan Zaid

oleh ali :

Salam Hulu selangor. Den sebona eh jatuh cinta dengan Zaid Ibrahim bilo beliau lotak jawatan Menteri kerana mempertahankan prinsip anti-ISA beliau. Den bertambah terpikat dengan beliau bilo melihat u tube Malaysiakini yang kek bawah ni. Limo kali den tengok u tube tu bai. Dari u tube tu den merasokan Zaid Ibrahim ni memang best.

Bilo buku beliau 'Saya pun Melayu' dipasarkan, den la orang terawal yang membolinya. Den sekali jatuh hati dengan beliau. Kali ini melalu buku beliau. Kalau tadi sobab prinsip anti-ISA dan u tube dari Malaysiakini. Meh sini den kongsikan u tube yang buek den jatuh hati dengan Zaid Ibrahim. Maso hari penamaan calon aritu, anak pompuan Zaid Ibrahim pulak jatuh hati dengan den. Korang kono pecayo bai. Ha Ha Ha.



Zaid Ibrahim tolong jangan perasan hensem. Den lagi hensem dari ekau bai

Den Tak puas hati dengan Zaid

Ado jugak bondo yang den tak puas hati dengan Zaid. Dio ni peminat Manchester United. Mano boleh bai. Den Chelsea. Kalau duduk tengok bola kek mapley, memang den takkan duduk satu table dengan penyokong Man U. Setan merah konon. Boleh blah la woi. Tapi takpo. Den dongar anak pompuan dio kipassusahmati Chelsea. Ok la tu. Kanda di sini sayang. Hehehe.

Cis! Musim ni Chelsea juara EPL bai. Ha Ha Ha

No comments: