Sunday, April 18, 2010

Polis dan Rakyat adalah SAHABAT - Kita pengyu

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Semasa pernamaan calon semalam, penyokong Pakatan Rakyat dan BN dipecah-pecahkan oleh Polis dalam beberapa segmen. Den dan sahabat-sahabat lain telah berjaya dipisahkan oleh Polis. Sodey lak eh. Ala lopeh tu jumpo balik. Tah macam mano den boleh jumpo balik dengan Bro Peedee Utama. Member ado kamera pinjam yang baru. Ha Ha Ha. Sonang yo nak jumpo Bro Peedee Utama. Di mano ado Sya-reformis, di situ ado Bro Peedee Utama. Time den jumpo semalam, Sya-reformis sedang berucap atas lori. Kek situ pulak den jumpo Peedee Utama. Kek Bagan Pinang pun macam tu jugak. Ni musti ado papo. Ha Ha Ha.

Den sebona nak cito, maso nak tunggu SPR buek pengumuman pada pukul 11 pagi, kami terkejut dengan Polis. Polis bawak turun banner BN dopan mato kepalo kitaorang. Sebelum tu memang ado bantahan sobab banner BN beradao dalam kawasan neutral. Kiro macam berado dalam Zon pengaman PBB. Bebudak Pakatan dah perli-perli Polis sebelum tu. Tapi takde pape tindakan. Alih-alih Polis turunkan banner BN. Cayalah Polis.

Banner BN dalam zon neutral. Den nak puji la sikap Polis yang sabar dengan kerenah penyokong Pakatan. Korang perli-perli Polis bukan menambah pahalo. Bilo time reramai baru nak tunjuk hero dopan Polis. Pigi jalan daa

Polis tetiba menurunkan Banner BN. Bukan den sorang terperanjat, yang perli-perli Polis sebelum tu hampir pengsan dengan 'keadilan' Polis

Maso ni, penyokong Pakatan sebulat suara memuji Polis. Hidup Polis! Hidup Polis! Bilo kalo Polis ni mati?

Time ni ado penyokong Pakatan Rakyat yang suruh Tan Sri Khalid Ibrahim naikkan gaji Polis Selangor. Tergamam den. Korang tak poie sekolah ko? Hanya Kerajaan Pusat yang ado power nak naikkan gaji Polis ni bai

Antara yang folo den poie Balai Polis nak pastikan apo akan jadi dengan Banner BN ialah ayahanda Pekida. Gilo bai. Den ingat Polis memang sajo letak banner-banner BN dopan pintu sobab sonang nak pijak sambil bersihkan sepatu anggota Polis yang bertugas pado aritu. Cayalah!

Atas permintaan ramai. Den siarkan gambar Ummuasiah sedang buek-buek busy. Ha Ha Ha

Prinsip dia senang je. Kalau Polis bersikap adil, rakyat tak kira kaum dan agama pasti sayang dengan anggota Polis. Sobab anggota Polis dilihat sebagai penegak keadilan. Siapa yang adil semuo orang sayang. Apo nak heran, memang kojo Polis menegakkan keadilan. Tetapi bagi orang Malaysia, publik seakan tidak mendapat nikmat kasih sayang Polis. Dan bilo Polis tibo-tibo bersikap adil, publik sayang Polis melebih dari had.

Den dapat rasokan kehangatan kasih sayang publik kepado Polis bilo Polis turunkan banner-banner BN tu. Itu sobab publik ringan mulut jerit memuji Polis. Siap ugut tidak akan mengundi Tan Sri Khalid Ibrahim jiko MB Selangor tu tidak naikkan gaji Polis Selangor. Polis Selangor je bai. Ha Ha Ha

No comments: