Wednesday, November 18, 2009

Benarkah Tariq Ibn Ziyad membakar kapal perangnya ?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Sekarang hangat orang cerita kisah hero umat Islam, Tariq Ibn Ziyad membakar kapal perang. Betul ke ?? Kita tidak menafikan kehandalan Tariq Ibn Ziyad membuka empayar Andalus. Tapi isu bakar kapal perang tu ada yang tidak kena. Kalau kapal perang tu dari harta Tariq Ibn Ziyad kita tidak kisah. Beliau nak buat kayu api ke, bikin kuda trojan ke, buat rumah agam style minangkabau itu kita tidak kisah sebab itu duit Tariq. Bagaimana pula jika ia datang dari duit rakyat ?? Bukankah itu menimbulkan fitnah. Tidak sesenang itu seorang panglima perang mengeluarkan arahan untuk membakar kapal perang yang hasilnya datang dari duit kerajaan iaitu duit rakyat.

Kulit muka depan buku Dr. Basri Ibrahim

Kisah Tariq Ibn Ziyad membakar kapal ni memang terkenal. Satu Malaysia dan satu dunia tahu Tariq bakar kapal perang laut sebagai motivasi kepada askar-askarnya. Tetapi mengikut kajian Dr. Basri Ibrahim, kisah itu tidak benar. Kajiannya itu telah dibukukan pada buku yang berjodol "Kisah-Kisah Para Nabi Yang Tidak Boleh DiJadikan Hujah" terbitan Darul Nu'man. Untuk lebih detil kita terus merujuk pada mukasurat 54 pada buku tersebut tentang kisah Tariq dan arahan membakar kapal perang lautnya.

Alasan utama yang dikemukakan oleh Dr. Basri bahawa kisah itu tidak benar ialah :

1] Kapal-kapal perang laut itu adalah hakmilik awam, hakmilik negara, maka Tariq yang bertaraf Panglima Perang tidak boleh mengeluarkan arahan demikian melainkan dengan meminta izin dari Khalifah yang mengetuai Kerajaan Pusat.

2] Kisah ini tidak dicatatkan dalam kitab-kitab sejarah utama.

Dr. Basri Ibrahim kini adalah pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

Bagaimana kisah yang tidak benar boleh diperbandingkan dengan Bai'ah Cerai Talak 3. Tidak masuk akal kita membuat contoh anologi demikian. Kemungkinan besar orang yang membikin anologi ini tidak mengetahui tentang buku terbitan Darul Nu'man ini. Penulis percaya maklumat beliau terbatas. Jika beliau tahu kisah itu tidak benar sudah tentu beliau tidak menjadikan kisah Tariq beri arahan membakar kapal perang lautnya sebagai justifikasi untuk menghalalkan(baca: cover up) isu Bai'ah Cerai Talak 3 beliau. Apapun penulis pulangkan semula pada publik untuk menilai.

Jangan lupa membeli buku Dr. Basri Ibrahim di atas. Ia membuka minda kita bahawa banyak yang kita sangkakan ia fakta cerita benar tetapi ia bukan. Di bawah ini penulis turunkan sinopsis buku tersebut dari laman web Darul Nu'man. Percayalah anda tidak rugi memiliki buku ini. Den mempromosi buku ini tanpa mendapat apa-apa komisyen pun dari Darul Nu'man. Baik jugak Den ni kan walaupun handsome. Hehehe :)

Sirah para Nabi dan Rasul tidak pernah luput dari ingatan. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka, umat Islam terselamat dan mendapat petunjuk Allah SWT. Walau berbekal mukjizat dan perkara yang di luar kebiasaan, namun mereka tetap merasakan penderitaan. Semuanya termaktub dan terlakar di dalam al-Quran. Namun sejarah mereka tidak terlepas juga dari penyelewengan dan penambahan, sehingga ada berita yang mencacatkan darjat kerasulan.


1 comment:

Syed Azharul Asriq said...

Salam. Boleh ceritakan lagi tak pasal buku ni?