Thursday, June 3, 2010

Mereka patut DIANUGERAHKAN dengan gelaran Dato'

oleh ali :

Salam Kemanusiaan. Sebelum tu, den panjatkan kesyukuran kepado Allah kerana menyelamatkan nyawa 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas Kapal Mavi Marmara semasa insiden berdarah komando Yahudi Laknatullah menyerang kapal tersebut. Logo hati den. Fuhhh.

12 individu ini adalah pewira negara. Pewira Malaysia. Mereka layak dianugerahkan gelaran Dato'. Sapo yang berani amik risiko di atas kapal tu? Cubo cakap dengan den. Den pun tak berani. 12 orang ni dengan selambo mengambil risiko nyawa mereka demi menjayakan misi kemanusiaan LL4G. Diorang balik ni nanti, korang kono tabik spring kek 12 pewira ni.

Siapa yang patut mulakan dulu?

Jadi kepado negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat wajib bagi title Dato' kek diorang. Takkan nak harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri BN. Lain lah APCO nasihatkan diorang bagi title tu.

Yang den nampak Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan harus memulakan inisiatif ini. Sobab 2 kerajaan ni berlabel Islam. Malu lah kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi dulu gelaran Dato' kek diorang. Nanti UMNO-APCO kata negeri DAP lebih Islam dari negeri PAS. Ha Ha Ha.

Siapa yang untung?

Selain memberi mereka kredit gelaran Dato', ia juga sebagai salah satu cara menghargai dan mengenang jasa meraka sebagai pewira negara. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan mendapat publisiti meluas dari media dan publik bila memberi mereka title Dato'.

Kira ni macam win-win situation la. Duo-duo glamer. 12 orang tu dapat Dato', Negeri Pakatan Rakyat pulak disebut orang sebagai kerajaan yang pandai menghargai jasa dan pengorbanan rakyat sendiri. Baru stylo maa. Baru la berbaloi mengundi Pakatan Rakyat.

Lagi pun apo faedahnya Melaka bagi title Dato' kepado Shah Rukh Khan? Cubo korang cito kek den. Apo untung yang Negeri Melaka dapek? Shah Rukh Khan pun tak ponah poduli dan menghargai title Dato' tu mangkuk. Den pun tak tahu nak cakap apo kecuali BANGANG.

Ok. Ini namo 12 orang yang layak mendapat title Dato'. Jeng je jeng. Pewira-pewira kito ialah :

1] Noorazman Mohd Samsuddin, Haluan Palestin

2] Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluan Palestin

3] Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Haluan Palestin

4] Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin

5] Mohd Nizam Mohd Awang, Haluan Palestin

6] Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7] Jamuliddin Elias, Yayasan Amal

8] Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9] Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care

10] Mustafa Mansur, Mapim

11] Ashwad Ismail, wartawan Astro

12] Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro

13] Ali Tomatosusu

Sebelum ini, di blog ini den ponah mencadangkan Stevan Gan & Mel Gibson jugo layak mendapat anugerah Dato'. Klik link yang diberikan untuk mengetahui sobab-sobabnya. Klik jangan tak klik bai.

No comments: