Monday, March 8, 2010

8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia

oleh ali :

Salam Wanita satu dunia. Belum terlewat rasanya kami mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada sahabat-sahabat diluar sana. Wanita adalah permata. Wanita adalah mutiara. Wanita juga adalah ibu bagi para lelaki di luar sana.

Kau memang mutiara hatiku

Wanita adalah mutiara. Ya, wanita seumpama mutiara. Bagi den wanita adalah mutiara. Dalam banyak-banyak aliran, den nampak hanya Islam sahaja yang berjaya menonjolkan wanita itu adalah mutiara. Islam cukup jaga wanita macam kito jago mutiara. Kalau korang ado mutiara Afrika sebesar penumbuk, adakah korang sepah-sepahkan macam korang sepah-sepahkan paper Utusan Malaysia?


Dah tentukan kito akan jago mutiara Afrika itu dengan baik. Kita bungkus mutiara tu dengan kain elok-elok. Kita simpan mutiara tu dalam peti besi. Peti besi tu pulak dirahsiakan pulak lokasinya. Sebab apo kito buat macam tu? Sebab mutiara amat bernilai dan sebenarnya amat tak ternilai. Macam itu lah wanita dalam pandangan Islam. Islam menjaga wanita macam kita menjaga mutiara Afrika yang kita simpan dalam peti besi.

Nabi & Wanita

Allah jadikan Muhammad S.A.W sebagai Rasul supaya menjadi contoh ikutan kita semua. Lihat macam mana Nabi kita layan para wanita. Semuanya dengan kelembutan. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Nabi sebagai contoh ikutan umat Islam dan umat manusia di bumi, mana pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. Malah menyantuni mereka dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Dalam satu hadis nabi yang bermaksud "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri" (Tahrij hadis ni minta sahabat-sahabat carikan).

Kita juga dapat melihat kemulian wanita apabila ia menjadi ibu kepada anak-anaknya. Syurga anak-anaknya berada dibawah tapak kaki ibunya. Jangan korang sesuko hati melawan cakap omak kau. Tak tempuh syurga lak korang.

Perjuangan kami

Kami di Baganutama juga adalah pecinta dan pejuang hak-hak kewanitaan. Salah satu pejuangan kami ialah cuti bersalin selama 2 tahun kepada semua wanita yang melahirkan anak. Kami juga memperjuangkan elaun khas dari Kerajaan Malaysia kepada wanita yang sudi menjadi Housewife sepenuh masa. Doakan perjuangan kami berjaya. Insya allah. Allahummaamin.

Lagu ini kami dedikasikan kepada semua wanita diluar sana. Dunia ini tidak berseri tanpa kehadiran mu.

No comments: