Friday, June 11, 2010

Antara World Cup & Muktamar PAS

oleh ali :

Salam 1dunia. Hari ini hari Jumaat. Bolasepak World Cup dan Muktamar PAS berlangsung serentak. Kalau korang cerdik, antara 2 event ni yang mano satu jadi perhatian rakyat Malaysia? Dah tontu la World Cup. Lain kali penganjur Muktamar PAS kalau boleh jadi la bijak sikit cari tarikh yang sesuai untuk muktamar. Biar muktamar PAS tu jadi perhatian rakyat Malaysia. Biar jadi perhatian media. Biar jadi tumpuan. Dari situ dapat Political mileage. Dari situ baru dapek keuntungan politik. Hadoiyai. Budak Pusat Serenti pun tahu bai.

World Cup

Dah tontu la den sokong Korea Selatan. Dari Asia untuk Asia bai. Korea dalam satu grup yang payah. Ado Nigeria, Greece dan Anjing Betina. Opps. Argentina la. Ha Ha Ha. Sukar jugak Korea Selatan nak ke pusingan kedua. Takpo rimau bolum bertarung. Tapi dulu Korea ni adalah team lauk maso zaman Mokhtar Dahari. Sonang jo Malaysia nak mengitai Korea. Bapak sonang. Tapi sekarang apo jadi dengan Malaysia. Hampeh. Apo punco Malaysia masih berado ditakuk yang lamo padahal bolasepak Korea sudah ke Bulan.

Jopun? Sah cakap la. Buek malu nak dibandingkan dengan Malaysia. Bolasepak adolah sukan nombor 2 rakyat Jopun. Sukan nombor 1 Jopun adolah Baseball. Malaysia pulak, bolasepak sukan nombor 1. Malah bola ni diberi title sukan rakyat 1Malaysia. Tapi Jopun lagi hebat bai. Sobab apo Jopun dan Korea maju dalam sukan bolasepak tapi Malaysia mangkuk? Kemudahan/fasiliti kito setanding dengan Korea & Jopun. Stadium kito samo hebat. Samo bosa. Tapi korang jangan la doakan Stadium Bukit Jalil runtuh macam stadium kek Terangganu tu. Penaja iklan bola dari syarikat swasta banyak. Support dari Kerajaan 1Malaysia tak ponah berkurang. Bertambah lagi ado. Tapi masih tak sehebat Korea/Jopun. Padahal saiz badan kito serupo jo dengan diorang. Kemudahan tip-top. Negara yang takdo kemudahan asas malah takdo lampu isyarat sobab takdo elektrik, macam Korea Utara pun boleh jugak masuk World Cup. Korea Utara tu doif bai. Elektrik pun takdo. Tapi sukan bolasepak lagi hebat dari Malaysia. Li, takkan Korea Utara takdo lektrik. Aik, korang tak tengok Discovery Channel? Lain kali suruh mamak mapley tu bukak History Channel bai. Ha Ha Ha.

Jawatan seumur hidup

Kalau negara takde elektrik pun boleh bagus dalam bolasepak, abis kenapo Malaysia ni tongon? Apo sobab negara Asia lain terus maju ke dopan tapi Malaysia mundur ke belakang? Even negara yang takdo elektrik boleh masuk World Cup. Kalau den, den salahkan Tun Mahathir. Buek kojo tak abih. Ha Ha Ha. Awal 90-an, Tun Mahathir dengan beraninya memansuhkan imuniti Raja-raja Melayu. Tetapi lupo pulak nak memansuhkan hak ekslusif Raja-raja dalam aktiviti persatuan sukan-sukan macam Bolasepak. Itu yang ado Presiden seumur hidup tu bai. Menyebabkan aktiviti sukan tidak maju dan lombab untuk progresif. Stagnant. Lihat bolasepak Jopun. Mereka bermula dengan Liga-J pada awal 90-an dengan pengurusan yang dilantik atas merit. Pegawai atasasn Liga-J bukan dilantik atas lantikan politik atau fuedal. Tapi dilantik kerana karier dan kepakaran mereka dalam bolasepak. Menyebabkan bolasepak Jopun terus maju macam Ultromen Taro. Sejak tahun 1998, Jopun mano ponah miss masuk World Cup. Untuk melihat Malaysia bertanding di World Cup, Presiden FAM perlu ditukar dan diganti dengan individu yang lebih kenal erti apa itu bolasepak. Kono lantik yang pakar bai. Takkan jawatan tu dipegang sampai seumur hidup. Bak kata pepatah, jika di hulu sungai sudah keruh, usah diharap hilir sungai akan jernih. Kalau Presiden takde merit, usah diharap la pemain bolasepak Malaysia sehebat Korea.

Maruah atau patriotik

Selain Korea, pasukan pilihan den ialah France dan Argentina. Pasukan yang den tak akan sokong selagi den hidup dah tontu la England, Portugal dan Belanda. Tak dapek tu dor bai den nak sokong negara-negara yang ponah menjajah tanah Melayu. Den pun heran dengan sesetongah member den yang jadi kipassusahmati 3 negara tersebut. Kalau diperingkat kelab masih ado ampun dan maaf lagi (Sobab den penyokong tegar Chelsea. Sonyap jangan bagitahu orang lain). Ini negara bai. Maruah nenek moyang kito ponah dipijak mereka. Bukan setakat dipijak malah dibunuh. Tak paham den dengan korang. Kalau ditakdirkan Malaysia masuk World Cup, adakah orang English akan pakai baju bolasepak Malaysia sebagai tanda sokongan? Tak payah den jawab. Korang pun dah tahu jawapannya.

Pemuda PAS & bola

Muktamar Pemuda, Ulamak dan Wanita dah selesai. Korang tolong benarkan den ketawa kojap. Ha Ha Ha. Ostad Tantawi cakap tak lamo lagi PAS ado kelab bolasepak. Ekau biar benar bai. Atau sekadar retorik? Atau idea populis semata-mata kerana nak meraih sokongan peminat bolasepak tempatan atas sentimen World Cup yang bermulo pado hari ini? Adokah tujuan nak adokan kelab bolasepak ini untuk masuk Liga Super Malaysia (LSM)? Takkan saje-saje kot. Wah lopeh ni, Ostad Tantawi jadi striker, Suhaizan Kayat jadi winger dan Sany Hazman jadi keeper. Ha Ha Ha. Tak dapek den nak bayangkan. Bagus jugak. Boleh gak hilangkan lemak-lemak kek badan tu. Baru sihat bai. Kojap.

Sape nak taja?

Korang nak tubuhkan pasukan bola ni atas tujuan apo? Kalau nak masuk dan main liga tempatan ia memerlukan kos. Bukan sikit bai. Berbelas juta ringgit pasti habis. Gaji pemain je sekarang ni dah makan RM 10-16 ribu sebulan. Itu baru sorang. Kenkadang lebih dari itu. Nak berlatih lagi dah pasti makan maso. Kalau korang ado penaja ok la jugak. Tapi sapo nak taja Kelab Bolasepak PAS? Kohilal? Takkan Kohilal bai. Koperasi PAS tu rugi RM 40 juta sobab salah pelaburan. Kalau PAS tak pandai nak mentadbir Kohilal, jadi macam mano nak mentadbir 1Malaysia? Itu baru Kohilal bai. Korang ingat rakyat Malaysia tak pandai nak menilai tadbirurus korang. Macam mano la orang tak sayang kek Al-Arqam. Kalau kek Eropah ni, PAS pasti ditolak sobab kerana tak pandai mengurus organ ekonomi sendiri. Apo nak jadi ni bai.

Bermain bola ala Islam?

Sambung bab kelab bola tadi. Den masih tak nampak tujuan sebenar penubuhan kelab bola PAS ni bai. Adakah kerana nak mengislamkan pasukan bolasepak? Yelah dimana pemainnya diwajibkan pakai serban, pakai jubah dan pakai celak. Ini bukan den nak menghina pakaian nabi bai. Tapi ado orang diluar sano hanya nampak Islam pada pakaian. Jadi den nak tengok Tantawi main bola pakai serban dan jubah. Den nak tengok di mano hebatnya korang main bola dengan pakaian ala Nabi ni. Mungkin dapat kalahkan pasukan bola Korea kot. Huh. Agaknya dengan berserban, automatik pemakainya jadi sehebat Maradona.

Den nak tengok bai macam mano hebatnya korang main bolasepak dengan memakai serban. Pemain bola jadi hebat dek pakaian atau latihan? Kito sesamo tengok. Ironinya, semasa TG Hadi di dalam ABIM, beliau memakai songkok. Bila dalam PAS baru berserban. Kenapa? Sobab nak jago undi? Mano penting undi atau ilmu? Sukati korang la bai. Ismail Hanieya main bola tampar bersama pemuda Gaza tanpa serban. Padahal Arab. Kalau nak diikutkan, dia paling patut pakai serban. Prof. Dr. Yusuf Qordhowi pun tak pakai serban. Padahal dia digelar mujtahid abad ini.

Dapatkan audien yang ramai

Berkenaan dengan cadangan Teater Muzikal di Istana Budaya, Tantawi takde idea lain ke? Korang mesti fikirkan ruang dakwah dan politik yang lebih luas. Berapa kerat umat Malaysia yang minat dengan Teater? Tak ramai bai. Kan bagus korang buek drama TV. Buek filem. Audiennya lagi ramai dari teater. Ikut market la. Kalau drama TV kenkononnya Rosmah Mansur sekat, korang youtube kan drama tu diinternet. Pepandai la korang sebarkan melalui blog, myspace, facebook, twitter dan forum-forum maya. Jumlah audiensnya berjuta bai. Buek drama pulak jangan main tangkap muat. Buek biar berkualiti dan kreatif. Bila berdakwah biar la cari audiens yang ramai. Cerdik la sikit. Takdo la lotih korang berdakwah.

Gila kuasa

Dewan Muslimat sekarang den nampak semakin hari semakin gilo kuasa. Mintak naib presiden PAS la, kuato 30% lah. Kalau korang bagus, tak payah mintak dah tentu orang cari kau. Macam mano nasib kaum wanita di Malaysia ni bai? Terbela tak bawah Dewan Muslimat? Huh. Yang diorang bela ialah jawatan masing-masing. Ustazah Nuridah tu cakap je lebat bai. Mano ponah dio nak bela wanita-wanita yang dibelasah oleh para suami dan kes-kes mereka yang tertangguh di mahkamah. Wanita-wanita dalam kes tuntutan bercerai yang tak selesai yang tertunggak lebih 5-6 tahun di mahkamah mano ado dibincangkan dalam muktamar. Malah korang tak perjuangkan nasib diorang. Yang perjuangkan nasib diorang ialah Sister in Islam (SIS) dan bekas Mufti Perlis, Dr. Maza. Maza tu lelaki bai tapi dio ni lobih faham jerit payah hati nurani seorang wanita. Yang Dewan Muslimat praktikan ialah berjerit payah mempertahankan jawatan masing-masing dalam parti.

Maza semasa perasmian serentak muktamar untuk 3 Dewan pada malam Rabu yang lalu. Ikon pejuang hak asasi wanita Islam

Sumbangan pada publik?

Den pun tak nampak apo idea korang nak selesaikan masalah buang bayi. Patut isu ini lah yang korang perjuangkan. Bukan mintak jadi naib presiden la mangkuk! Korang pun bukan ado niat nak membela gadis-gadis yang terlanjur. Lihat JIM (Jemaah Islah Malaysia), diorang tubuhkan Raudathus Sakinah sebagai safehouse untuk bantu gadis-gadis malang ni. Dewan Muslimat bikin apa? Dalam pada itu 2 cadangan yang baik ditolak mentah-mentah oleh Dewan Muslimat. Malang sungguh.

Cadangan baik ditolak

Idea Dewan Muslimat Muda tu bagus. Itu sebab ia disokong TG Nik Aziz dan Dr. Lo' Lo'. Pengundi muda adalah market terbesar bagi Pru-13. Senang-senang je korang bagi Puteri UMNO monang percuma. Apa lah yang boleh diharapkan oleh Nisa'. Nisa' bukan organisasi politik malah ia masih di bawah telunjuk Dewan Muslimat. Sindrom penyakit jangan tunjuk pandai dopan orang tuo melanda Dewan Muslimat. Korang tolak usul tu pun tanpa alasan yang konkrit.

Satu lagi cadangan dari Muslimat Subang yang mencadangkan Pesuruhjaya negeri dipilih oleh PAS kawasan adalah cadangan yang baik. Selama ini ia menjadi hak ekslusif Presiden PAS. Idea Muslimat Subang lebih demokratik dan telus. Oleh kerana PAS berada dalam sistem demokrasi, maka PAS perlu buktikan yang dirinya adalah organisai yang demokratik. Baru rakyat yakin. Jawapan penolakan usul tu pulak berunsur taksub pada Presiden dan mengaplikasikan indoktrinisasi Wala'. Kamon la. Ini Malaysia bukan Arab Saudi.

Mari bakar bendera

Dewan Muslimat ni dalam bermuktamar, sompek lagi poie bakar bendera. Korang dah takdo hari lain ko? Masa nak balik pun boleh bakar lagi. Sudah la membazir, malah masa yang sepatutnya dibincang usul untuk membela kaum wanita dipersia-siakan begitu sahaja. Sudah lah korang mencemarkan alam sekitar dengan melepaskan gas monoksida ke lapisan Ozon. Jika bendera diperbuat dari plastik atau nylon, korang sudah pun melepaskan gas yang menjadi agen kanser. Korang sudah pun membahayakan kesihatan manusia-manusia yang menginap di bumi Allah ni. Agak-agak la bai bilo nak buek doso tu. Maleh den nak cito pasal Dewan Muslimat yang macam bagos nih.

Pengkhianat

Hasan Ali ape khabar? Pengerusi JK-Displin tak ponah menghukum Hasan Ali kerana mendedahkan rahsia parti berkenaan Bai'ah cerai bini dengan talak 3. Hasan Ali khianat dengan mendedahkan rahsia parti dalam pertemuannya dengan blogger UMNO. Takkan korang nak biarkan pengkhianat ni masih berjawatan dalam PAS. Bukti ado dopan mato tu bai. Korang tengok balik u tube ni.


Bachok tersalah pilih

Haaa. Macam mano pulak dengan penipu yang bernamo Nasharudin Mat Isa. Bukankah mangkuk ni menipu kato tak bertemu dalam golap dengan UMNO. Siap nak saman blogger tu bai. Pak Lah pendiri Mazhab Islam Hadhari pulak lebih Islamik dari PAS bilo jujur mengatakan PAS dan UMNO memang bertemu dalam golap. Dah 3 kali kata Pak Lah. Mana mungkin rakyat yang waras melupakan pengkhianatan ini. Selain dari itu, Nasa tidak menjalankan tugas sebagai ahli parlimen yang baik.

Rakyat Bachok pasti menyesal memilih mangkuk ni. Nasa tergamak duduk dan berbual-bual dengan santai bersama menteri UMNO di kala sidang parlimen sedang berlangsung. Kalau semasa sesi parlimen berehat, kita boleh terima lagi. Macam mano Pakaq tak geram dan langgar Nasa di lobi Parlimen [link]. Korang kata Pakaq takde adab. Tetapi Nasa lebih lagi tak beradab kepada rakyat Bachok kerana mengkhianati undi mereka. Mereka undi Nasa untuk berhujah bagi pihak mereka dalam Dewan Parlimen bukan di lobi Parlimen!

Apa jadi dengan aduan rasmi

Bagaimana pula dengan aduan Tulang Besi dan Abdullah Abdul Karim? Adakah diambil kira oleh JK-Displin PAS? Bagaimana pula dengan kenyataan Dr. Harun Din yang jelas bertentangan dengan keputusan parti tentang kalimah Allah semasa hari-hari terakhir kempen Prk Sibu yang telah diberi liputan meluas oleh Utusan Malaysia? Takkan nak dibiarkan begitu sahaja. Ulamak tidak maksum bai. Mereka juga membuat kesalahan dan patut menerima hukuman yang setimpal. Pendirian den dalam isu kalimah Allah ni serupa dengan PAS [link].

Idea UG yang gagal

Tapi rakyat Malaysia takkan melupakan pengkhianatan TG Hadi bila melontarkan idea UG atau Kerajaan Perpaduang. Walaupun idea ini telah ditutup tetapi damage yang terjadi adalah bosa. Rakyat tolak UMNO kerana rasuah dan korupsi. Tapi bagi idea untuk berpadu dengan UMNO. Ini adalah satu pengkhianatan kepada undi rakyat Malaysia yang telah mengundi PAS. Simptom- simpton penolakkan rakyat terhadap TG Hadi dapat dilihat bila penjualan buku yang ditulis Hadi dan buku tentang Hadi merosot teruk [link].

Begitu juga jualan paper Harakah akan menjunam jika muka hadapannya menampilkan TG Hadi. Seorang kawan yang bertugas dengan paper Sinar Harian telah menyatakan bahawa akhbar Sinar Harian akan melonjak tinggi jualannya jika muka hadapannya memaparkan gambar TG Nik Aziz. Itu sebab gambar Hadi tidak pernah berada di muka hadapan Sinar. Sinar Harian hanya berani menjadikan gambar TG Nik Aziz sebagai pelaris akhbar mereka. Oh ye, kemuncak anti idea UG ni datang dari ahli parti sendiri apabila, beratus-ratus ahli PAS pergi ke pejabat PAS Jalan Raja Laut bagi membatalkan keahlian PAS mereka [link]. Ini sebagai tanda protes ahli sendiri terhadap Presiden mereka. Jika ahli sendiri dah menyampah dengan idea UG ni, apo tah laie dengan rakyat yang merangkap sebagai pengundi.

Cubo lihat pilihanraya Britain baru-baru ini. Konservatif paling banyak monang kerusi berbanding Buruh. Bilo Parti Buruh pimpinan Gordan Brown tak dapek bentuk kerajaan sebab takdo majoriti, adakah David Cameron dari Parti Konservatif menghulur tangan lalu berkata "Meh buek UG dengan den. Meh la". David Cameron tak buek macam tu dor bai sobab dio tahu pola pengundian rakyat Britain menolak Parti Buruh kerana kabinet Gordan Brown dilihat korup (Den sebona ea penyokong parti buruh. Hihihi). Lalu David Cameron buek UG dengan Nick Clegg dari Liberal Demokrat. Tak pulak Cameron ajak semua parti termasuk dari Buruh buek kerajaan perpaduang dan lopeh abis tempoh jom kito lawan balik bilo Pru. Itu tak masuk dek akal di Britain dan Eropah. Idea UG tu sendiri sudah korup. Kerana dalam sistem demokrasi ianya bertujuan menolak pihak yang tidak disukai majoriti.

Zunar adalah ikon pelukis hati nurani rakyat marhaen

Sejarah selalunya berulang

TG Hadi perlu bertanggungjawab di atas damage ini. Perdana Menteri Jopun baru je meletak jawatan. TG Hadi boleh mengikut jejak langkah beliau. Jika dahulu semasa Mustafa Ali menjadi Ketua Pemuda PAS, laungan Marakbar Asri ! (pergi mampus sama kau Asri) berkemundang, mungkin tak lama lagi laungan itu menjelma semula dengan nama yang baru, Marakbar Hadi! Ingat, laungan pemuda semasa Mustafa Ali menjadi ketuanya kerana marahkan Presiden PAS (Asri) ketika itu kerana kegagalan UG antara PAS dan UMNO. Oleh kerana kegagalan itu, PAS kehilangan undi dari rakyat lebih dari 2 dekad. Itu sebab laungan pergi mampus tu berkumandang sebab damage kegagalan UG antara PAS dan UMNO selepas 13 Mei adalah terlalu bosa. Walaupun laungan itu tidak beradab dan kurang ajar, ianya dibiarkan oleh Mustafa Ali. Ianya dianggap relevan ketika itu. Dato' Asri terluka dengan peristiwa itu lalu keluar parti dan menubuhkan parti baru. Tak lama kemudian Dato' Asri masuk UMNO.

Memang lah ado sobab-sobab lain seperti kronisma dan nepotisma hingga sampai nama PAS itu diakronimkan sebagai Parti Asri Sekeluarga. Tapi penyebab utama ialah kerana beliau bertanggungjawab membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional. Adakah TG Hadi mahu ape yang terjadi kepada Asri berlaku kepada beliau? Letak jawatan adalah sebaik-baik solusi. TG Hadi perlu pulihkan kepercayaan publik kepada Parti PAS dan Pakatan Rakyat. Jika tidak, susah PAS & PR nak dapek undi dalam Pru akan datang. Lagi pun, adakah jawatan Presiden PAS ini seumur hidup seperti Presiden FAM?

8 comments:

Reformis Jalanan said...

Apa barang tomato susu..tembikai susu baru best...

jenang said...

Salam..Cantik cat baru umah kau Ali..Tp merah hea mcm UMNO la pulak..Hehehe..den x alergik warna dor baiii..Den dh baco posting kau neh..Den setuju beberapo perkaro,cumo ado sikit yo den nk explain about The Football club which I believe You misunderstood at the part of task and how it relevant to the party..Den dulu men bola dgn kombar Khairil Zainal & Faizal Zainal maso den skolah K.G.V bATCH 1991..Khairil tu anak murid Tuan Sheikh Muhammad Faiz(adik Mantan Mufti N9)..Dio baco Quran laju mcm dio koja bola siap dgn Tajwid skali..Kok berzikir neh kau x sanggup nak follow dio duduk dari pukul 9.00 smpai pukul 12.00 tgh mlm..Coach Zaki Sheikh Ahmad tu kiro geng2 dio la jugak..Elok kau refer kek diorang dlm bab bola dan Islam neh..Pakai serban tu sunat hukum hea,bkn wajib lie..Klu dlm riadah,bondo2 wajib yg kito kono jago,bkn bondo2 sunat..Kok den cito Nabi ponah bergusti,kau x cayo pulak..Tp Nabi kito ponah kalahkan Jaguh2 Gusti Arab yg bernamo Rukanah dan Abu Aswad Al-Jumahy..Itu bolum masuk cito seorang pelawak dizaman Nabi yg bernamo Nuaiman Al Ansary lg..Gilo2 Nuaiman tuh pun Nabi sayang kek dio krn beliau pun turut serta dlm Porang Badar sebagai Mujahid Mukminin..Baco buku "Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w" tulisan Nawawi Dusuki..Jd idea Kelab bola Pas tu,kau jgn la terlopong mulut pulak..Xdo apo yg polek hea..Den dulu men bola utk Piala UMNO wakil Bahagian..Ramai yg bukan UMNO dlm team tuh termasuk den..Klu kejohanan Tertutup UMNO cawangan tuh,budak2 Pas dan Keadilan ne la jd key player kg masing2..Jd xdo salah hea PAS nk tubuh kelab bola..Biar cawangan dan bahagian PAS tuh ado aktiviti utk budak2 mudo kg..Bkn nk guno Budget godang mcm Liga Malaysia tu dor..Yg den tahu la klu nk buek kejohanan tertutup ne step hea,lantik j/kuasa,buek peraturan ringkas,sket budget utk boli hadiah,bayar refree 2 org,budget air mineral,sewo P.A sistem(klu nk jimat pkai healer sekolah)..Klu nk cari income,bukak stall buah ko,burger ko kek topi padang tuh..Nak dapek budjet,buek koteh kojo sket,tunjuk kek adun ko Ahli Parlimen ko..lpeh tu jomput diorang utk acara penutup kejohanan,abih cito..Bkn susah bona pun..Silap2 budak UMNO pun join sekali..Itu baru peringkat cawangan..Klu kau ingat maso thun 80'an,Belio 4B,MAYC selalu buek kejohanan tertutup dan terbuko neh..Method tu buleh digunokan utk PAS dlm merapat an saf dgn golongan mudo..Den dulu budak bola,jd den share la bondo ne dgn ekau..Selamat menulis..

ali said...

Alo Reformis Jalanan,

Ekau lum try laie tomato susu tu. Cubo ekau try. Terangkat beb. Hehehe

ali said...

Bro jenang,

Rumah baru, biaso la cat baru. Sapo tak konal adik beradik Zainal tu. Den ponah duk bukit chedang. Betis khairil zainal tu bosa lagi dari batang pinang. Bagus la dio mengaji dgn Syeikh faiz. Ramai org n9 nak syeikh faiz jd mufti n9 ganti abg ea. Tapi nak buek mcm mano, mat hasan tak goma dgn famili mufti.

Kalau bro jenang bc balik n3 den, den tak petikai pun nk club bola. Yang den petiakai gaya penampilan ketua pemuda yg x sesuai dgn market demokrasi msia. Bagi den, pakai serban ni harus. Bukan sunat. Kalau sunat dapek pahala. Dah tentu Syeikh yusuf qorodowi pakai. Ismail Hanieya pun pakai gak. Dan cuba bc buku berkaitan hadis2 doif dan palsu. Cubo cek, kesemuo hadis ttg kelebihan pki serban ni doif dan palsu. Dan mengikut ulamak hadis, pakai serban adalah sunnah jibliyah. Pakai serban hanyalah pakaian adat ketika itu. Itu sbb org arab tak kira abu jahal atau umar pakai serban. Mmg x cerdik la kalau x pakai serban ketika itu krn mcm mn nak tahan panas mentari kalau tak pakai serban. Jd zaman tu kono pki serban, kalau tak paneh kepalo.

Btw, bila zaman berubah, penduduk madinah dan mekah berubah fesyen. Diorang dh x pki serban. Diorng pki igal skrng ni. Tgk mcm mano diorng paham hadis. Kalau sunat, patut org mekah/madinah ni pki serban hari ni. Itu sbb ulamak azhar x pki serban. Tapi kalau pki serban dek sygkn nabi, persilakan. Tapi nabi x suruh.

Mcm makan dalam talam. Mmg nabi makan dalam talam dgn para shbt. Tapi nabi x suruh umatnya folo step baginda. Yg nabi suruh ialah makan tgn kanan. Mcm tu jugak jubah/serban ni, nabi x suruh pakai, yg nabi suruh ialah menutup aurat.

Tu psl den ckp jgn jobo. Kalau org hamas boleh pki topi sudu, takkan bebudak unit amal x boleh. Dulu ado kes budak pakai cap tak dibenarkan masuk PUTIK. Apo cito?

Btw, bro jenang konal ko dgn Syeikh Raihan?

ali said...

Jap. rumah den mano ado kaler merah. Cubo tgk boto2. Apa daa. Ha Ha Ha

jenang said...

HaHa..bondo2 harus klu disertakan dgn niat krn mencintai rasul dan ALLAH dapek pahalo sunat lie..Kan den dh koba kek kau den setuju apo yg kau tulih kek perenggan awal..Bab bOLA tu yo yg den tulih panjang sket..Bab lain tuh klu kau nk tibai mcm libeh bola takraw pun den sokong..Syeikh Raihan tuh anak sedaro Tuan Sheikh Faiz..Tp dio x konal la dgn den..Yg Selelu abah den cito psl Sheikh Badran..Yg den konal botol Ustaz Amin,anak buah Tuan Sheikh Faiz gak,omak dio adik-beradik dgn Tuan Mufti dulu..Abah hea Ustaz Tahir..Ustaz Amin tu ngajar Tafsir kek surau kg den 2 minggu sekali..Tuan Sheikh Faiz tu pun ado buek zikir kek surau kg den sebulan sekali..Den mampu ikut zikir dio utk 1'st half yo..lopeh tuh den surrender..Memang Tuan Sheikh Faiz Istiqamah dgn dakwah hea..x terbuek kito mcm dio dor..Den mcm nia yo lie,kok den raso mcm x kono yo den tulih panjang2..Klu kau x setuju,ekau tulih balik panjang2..biar kito samo2 dapek manfaat..Tp dlm bab sanad hadith nie den nk berkongsi persoalan dgn kau..Ekau ponah x terbaco Riwayat dari Abu Hurairah yg mengatokan kek tangan dio ado duo karung Hadith..Hanyo satu karung yo yg beliau dapek bukak..Klu karung yg lg satu dio bukak,Muawiyah akan memancung kepalo hea..Apo jd dgn hadith dlm karung lg satu tuh?Keadaan politik maso tuh berlaku perselisihan antaro Muawiyah dgn Saidina Ali r.a...Dikatokan Hadith karung keduo tuh terkandung hadith dari Ahlul Bait dan Saidina Ali r.a tergolong dlm Ahlul Bait..Ekau setuju x klu dikatokan kaedah Sanad uth mensahihkan hadith tuh sedikit terganggu dgn suasana Politik krn Kerajaan Umaiyyah diketahui berselisih dgn keluargo Ahlul Bait dan namo Saidina Ali r.a di cerca di mimbar2 Jumaat sehinggo distop an di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz..Jadi kebanyakan Hadith Ahlul Bait tuh smpai sekarang x dapek ditunjukkan ditambah lg dgn pertukaran Kerajaan kepado Abbasiah hinggo Othmaniah..Keturunan Ahlul Bait pun dah bertebar ke seluruh bumi ALLAH nie..Kito beruntung sobab salah satu jurai keturunan Ahlul Bait tuh bermastautin di bumi N9 neh menjadi Pendakwah pulak tuh..Klu Tok Mat Asan x goma dgn diorang,usah la kito heran,dari dulu lg ALLAH dh uji keturunan Ahlul Bait ne..Tp persoalan hea,dimano menghilang hea kebanyakan hadith2 Ahlul Bait tuh?Setuju x kau bahawo ado byk sunnah2,pesanan2 Rasul yg kito blum ketahui kerano sejarah yg menimpo Ahlul Bait dan hadith2 yg diriwayatkan mereko tuh..

Anonymous said...

Ali! konfem ekau dah nak jadi metroseksual guy nih hah! blog ekau dah jadi warna pink... tomato campur susu jadi pink la tu... :)

CgLyn said...

Rajin Ali menulis dengan panjang lebar sekali. Akak cuma nak kritik, ulasan2 tu seakan diulang tayang. Tentang kemerosotan bola sepak negara, tentang UG, tentang kejoboran pemuda PAS...Sesekali cuba Ali ulas tentang kebobrokan dalam PKR pula. Parti itu mmg bermasalah. Ali kena main peranan aktif untuk menegur firaun2n kecil yg bermaharajalela dlm PKR sebelum rakyat muak dan menolak mrk pada PRK akan datang.