Friday, May 21, 2010

DS Shahidan Kasim bersama kita MENENTANG lesen judi bola!

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Rupa-rupanya 1Malaysia benci lesen judi bola ni. Ini termasuk la Dato' Seri Shahidan Kasim. Den tanyo kek facebook pado DS Shahidan Kasim, kenapo lesen judi menjadi halal? Jawapan beliau ialah yang haram tetap haram. Maknanya lesen judi bola yang baru diluluskan oleh DS Najib adalah haram bagi DS Shahidan Kasim. Korang tengok printscreen kek bawah ni.

Click for enlarge [link]

Mari Dato' Seri kito samo-samo usahakan supaya semuo lesen judi termasuk Kasino Genting dihapuskan. Kalau boleh kito samo-samo turun berdemo 3 Julai nanti. Mana tahu, pengelibatan Dato' Seri nanti menjadi katalis perlaksanaan hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran di tanahair kita nanti. Mari 1Malaysia BENCI Judi!

Click for enlarge. Buat pengetahuan Dato' Seri, seramai 13 ribu rakyat kita makan gaji dengan duit haram di Kasino Genting. Sebahagian besarnya Melayu. Oh ye, kalau boleh sampaikan ucapan tahniah den kepado DS Najib kerana Kasino Genting berjaya mengharumkan nama negara. Zaman global macam ni susah nak letak namo Malaysia di peta dunia bai [link]

No comments: