Monday, May 24, 2010

Al-Arqam & KESESATANNYA

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Den amik maso yang lamo nak tulis pekara ni. Sobab ado kenkawan yang merasokan Al-Arqam adolah satu organisasi Islam yang sahih. Dan sengaja dilumpuhkan kerajaan kerano dongki. Yang bab dongki tu sobab Tun Mahathir raso tergugat bilo Abuya Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad mulo bercito-cito nak jadi Perdana Menteri. Tapi bab akidah, den setuju dongan Jakim. Kito mungkin la terpesona dongan kehebatan empayar ekonomi Al-Arqam sobab dah takdo Melayu-Islam yang seperti Al-Arqam. Bab ekonomi den kagum dongan Al-Arqam.

Al-Arqam ni namo asal, lopeh tu bertukar menjadi Rufaqa bilo Tun Mahathir haramkan ajaran Aurad Muhammadiah yang mendasari Al-Arqam. Kemudian bertukar laie bilo JAIS kacau 2-3 tahun lopeh. Namo terkini Al-Arqam ialah Global Ikhwan. Bab rebranding Al-Arqam memang power. Tapi malang ajaran sesat Aurad Muhammadiah totap menjadi anutan kumpulan Arqam walaupun dah banyak kali bertukar namo.

Gambar famili Ustaz Ashaari Muhammad. Sebelah kiri adalah gambar sebenar. Yang sebelah kanan pula adalah gambar superimposed yang dimuatkan dalam buku 'Pemimpin Paling Ajaib' pada muka surat 118. Penulis buku tersebut adalah Hatijah Aam isteri kepada Ashaari. Kenapa dalam buku tersebut disuperimposekan gambar Ashaari berseluar panjang dan Emak tirinya memakai tudung kepala? Kenapa perlu menipu?

Sejarah Al-Arqam

Al-Arqam diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad. Ustaz Ashaari Muhammad menurut otai-otai PAS adalah seorang ahli PAS sebelum keluar meninggalkan parti disobabkan PAS buek pertamo kalinya ber'UG' dongan UMNO menubuhkan Barisan Nasional. Ustaz Ashaari kemudiannya menubuhkan pergerakan Al-Arqam bersamo 10 orang sahabat. Dalam tahun 1974, Ustaz Ashaari mulo menubuhkan kelas-kelas pengajian di Sungai Penchala. Bermulo dongan 20 orang peserta kemudian berkembang menjadi 3,000 orang pado awal tahun 80-an. Yang lain-lain den ingat korang boleh cari sendiri. Den cadangkan baco buku 'Anak Bulan Di Kota London' tulisan Yusuf Harun terbitan tahun 1990. Yusuf Harun ado citokan serba sedikit sejarah Al-Arqam tetapi terhenti setakat tahun 1990 la.

Rahsia terbongkar

Teruskan bacaan korang pado buku 'Tersungkur Di Pintu Syurga' tulisan peguam Zabidi Mohamed yang kini dah jadi penulis skrip drama-drama Islam. Buku 'Tersungkur Di Pintu Syurga' lebih asli kerana Zabidi sendiri adolah orang kuat Ashaari. 2 kali den baco buku dio. Dari buku Zabidi, secara ringkas den rumuskan bahawa Al-Arqam ni adolah sesat kerana ajaran Aurad Muhammadiah dan beryaqazah iaitu berjumpa secara sedar dengan Nabi Muhammad S.A.W. Full stop. Ia ditambahparahkan yang orang Melayu ni sifatnya mudah menjadi super taksub dan mudah percaya sangat dongan bondo-bondo magic.

Muko dopan kulit buku Zabidi yang den maksudkan

Korang jugo boleh melayari blog yang telah disediakan oleh bekas pengikut Al-Arqam yang telah insaf. Mari klik. Dan juga mari "Mesti Tonton" u tube ni. Dalam u tube kek bawah ni, salah seorang otai Al-Arqam berbicara tentang sakit dan kematian. Dekat u tube tu je kito dah boleh sedar yang Ustaz Ashaari Muhammad sudah menyelewengkan akidah pengikutnya. Peh, Abuya ni boleh runding-runding dongan ALLAH sapo nak sakit dulu, sapo nak mati dulu. Memang sesat bai. Korang saksikan la sendiri. Maleh den nak koba an laie.


Agenda kesesatan diteruskan walaupun dah meninggal

Setelah kematian Ustaz Ashaari Muhammad, pergerakkan Al-Arqam ni masih meneruskan agenda kesesatannya dengan mengadakan pentomin untuk menguatkan akidah pengikutnya bahawa Abuya tidak mati [link]. Cuma ghaib sebentar dan akan kembali semula dongan jasad asal dalam waktu terdekat. Dah macam ajaran Kristian Katholik la pulak. Walaupun diaorang menafikan, tapi itu cumo penafian kosong. Dah memang akidah mereka mempercayai kedatangan semulo Abuya walaupun dah mati. Nak buek macam mano. Jika tidak, mengapa diadakan pentomin tersebut at the first place?

Pentomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. Kalau dah gambarkan sampai buek pentomin, memang terang lagi bersuluh pengikut bekas Al-Arqam mengamalkan Ajaran Aurad Muhammadiah

Precaution

Jadi kepado semuo mari lah kito berhati-hati dongan mereka ini. Kalau boleh kito sesamo perkukuhkan ajaran Islam mengikut ajaran Nabi melalui orang-orang yang kredibel dan dipercayai. Kemudian kito nilaikan dongan akal kito yang waras. Jangan main semborono jo bai. Kalau Ustaz tu bercito pasal itu dan ini. Kito ado hak untuk bertanyo, dari mano dalil yang Ustaz dapek untuk pekara ini? Apo hujah ustaz mengatakan itu dan ini? Dalil agama cumo datang dari 2 sumber iaitu Al-Quran dan Sunnah. Hujah ni pulak tengok kupasan samo ado ikut hujah para imam mazhab atau ulamak bosa muktakhir ini. Tapi kono berani bertanyo la.

Di samping banyak berguru, kito kono rajin boli buku dan baco buku yang kito boli tu. Boli tapi tak baco takdo la guno dor bai. Kalau korang perasan, puluhan buku-buku Ustaz Ashaari Muhammad keluaran Al-Arqam mano ado nota kaki atau sumber rujukan. Bahaya tuu. Nak boli buku agamo biar yang ado kredibiliti. Biar ado sumber rujukan dan nota kaki. Yo lah, sobab bilo kito ado raso muskil kito boleh rujuk pado sumber rujukan macam quran dan hadis. Baru padu pegangan kito.

2 comments:

Anonymous said...

hurmm bab sesat tu setuju sngt..tp bab ekonomi..abuya tu r yg bukak mata org islam..mule ada mee buatan islam n mcm2 g yg sebelum ni dipelopori oleh cino...hurmm manusia mmg xlopeh dr dongkee...

Din Taliban said...

Salam.

Lotih den membaco tulisan ni. Tak sama dengar pelat Negeri dengan baca tulisan.

Apa pun, moga Allah memberkahi tuan. Saya juga pernah juga ikut program Arqam sikit2, tapi kita juga ada belajar kat masjid/sumber lain. Jadi dari situ boleh counter check. Nasib tak terjerumus.

Sepertimana tak lojiknya Abuya yg dah mati itu akan hidup balik, begitu juga tak logiknya Syeikh Suhaimi yg dah mati akan hisup balik. Kalau manusia dah mati boleh hidup balik kat dunia, kan susah nak laksana syariat Allah. Ummu Jah tu esok manalah tahu ada orang meminang, boleh kahwin ke tidak? Di kira janda ibu tunggal ke ibu tinggal...?

Ana perempuan Abuya nak kahwin nanti pakai wali apa? Abg tak boleh kalau abuya masih hidup (wali ada tapi ghaib). Kena pakai wali hakim le. Kan tak ke pening tu.

Wassalam
Din Taliban