Monday, February 8, 2010

Agensi Perisikan Rusia juga terbabit?

oleh ali :



Salam ... Dunia semakin ghairah mencipta manusia individualistik maa. Dalam individualistic society, kasih sayang antara 2 jiwa adalah palsu. Solekkan semata-mata. Sikap ke'aku'an ini sekarang sudah menebal. Kasih sayang tu cuma boneka nak dapatkan sesuatu untuk memuaskan nafsu sendiri. Lelaki atau perempuan, tiada bezanya dalam zaman ni.

Kemanusiaan

Tapi, masihkah ada apa yang dikatakan sebagai cinta? Ada kot. Mesti la ada. Cuma kena jujur dengan diri sendiri. Ini dengan Tuhan pun kau tak cinta, tiba-tiba harapkan cinta suci dari orang lain. Boleh blah la woi. Tak payah pergi jauh. Lihat sahaja orang-orang disekeliling anda. Adakah anda dikelilingi oleh orang yang bahagia kerana cinta? Lagu KGB ni den pernah dengar masa zaman dulu-dulu. Zaman Paleolitik marin. Lagu dan liriknya indah. Ada unsur manusiawi. Ado unsur kemanusian yang semakin hilang pada hari ini. Bukan senang nak dongar lagu dari Agensi Perisikan bekas Soviet Union ni bai. Empayar komunis Soviet Union runtuh, maka lenyap lah kumpulan KGB ni sekali. Walaupun dilatih oleh bangsa Rusia, Melayu maa. Hangat-hangat taik ayam. Ha Ha Ha.

Bahasa Melayu

Anyway, Bahasa Melayu sebagai Bahasa nombor satu di Malaysia memang indah. Lirik lagu ini telah terbukti indah kek den. Tapi den polik bilo orang Melayu mengagung-agungkan bahasa omputih. Belajar la bahasa omputih tu. Den tak marah dor. Tapi jangan merendah-rendahkan bahasa sendiri. Jangan pandang rendah pada orang Melayu yang tak reti cakap omputih. Yang den nampak, orang-orang Melayu yang pandai cakap omputih telah mencipta kelas masyarakat mereka sendiri. Dan kelas masyarakat ini pula memandang rendah kelas masyarakat Melayu yang tak cakap omputih sebagai paria. Padahal dulu kelas Melayu yang berbahasa omputih ini dihantar kerajaan belajar di luar negeri dengan wang rakyat. Rakyat yang tak reti cakap omputih ni punyo duit. Sekarang, sapo yang paria? Pandai lak marah tu bilo cakap dio bukan Melayu. Bukan bahasa menunjukkan kan bangso ko?

Kembali ke akar

Walaubagaimanopun, kelas masyarakat Melayu yang berbahasa omputih ni tak banyak. Tak majoriti pun. Itu sobab grup Butterfingers dan OAG yang pernah jobo dengan album berbahasa omputihnya telah convert balik ke alam Melayu. Grup ni terpaksa ikut market. Nak hidup maa. Sapo nak boli bai kalau album omputih padahal market berbahasa Melayu. Ha Ha Ha. Nyatalah selain kita kehilangan cinta manusiawi dari jiwa, kita juga hilang mencintai bahasa ibunda sendiri. Cintailah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia!

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu Bahasa!

Saturday, February 6, 2010

Team 2010 tidaklah sebijak mana - Part 2

oleh ali :

Previously on "Part 1"

Salam satu Malaysia. Den nak tarik balik kata-kata den yang mengatakan team ni genius. Memang Team 2010 pun sama mangkuk macam Team 1998. Tahniah kepada Bro Ikut Suka Aku. Bro Isa awal-awal lagi mengesan kemangkukkan Team 2010. Untuk lebih lanjut [sila klik]. Apo yang boleh den ringkaskan :

1] Kenapa Saiful Buhari yang memiliki K Y Jelly? Padahal dia yang kena rogol. Sepatutnya orang yang merogol memiliki K Y Jelly. Jelly itu patut dirampas dari Anwar Ibrahim bukan dari Saiful. Sapo yang kono rogol ni bai?

2] Spendar Saiful yang berjenama Levi's diambil dirumah tunangnya pada 28 Jun 2008. Jap- jap. Mangsa rogol kita ado tunang la bai. Ini sudah kes bersekedudukan. Boleh lak lepak-lepak kek rumah tunang. Macam rumah makbapak dio sendiri. Spendar tu diambil dekat tepi mesin basuh rumah tunangnya. Peh. Macam laki bini mangsa rogol kito ni dengan tunangnya. Di mana Jawi/Jais? Lekaslah buat tuduhan bersekedudukan ke atas Saiful. Dio dah mengaku dah tu. Karang den tuduh makan gaji buto, ekau marah.

Dalam tajuk ini kita tak boleh minta bantuan Team MythBuster. Ia membabitkan fact and figure. Ini bukan mitos lagi. 2 point di atas memerlukan perincian dan fakta. Pepandai la korang roger team CSI pulak. Pilihlah yang mano berkenan di hati. Nak team CSI Miami? Las Vegas? New York? Sukohati anda. Eh bai, team CSI Malaysia macam mano pulak? Den bukan tak patriotik, tapi boleh cayo ko.

Den memilih Team CSI yang ini. Pasal dio yang paling cool dan paling lamo ditayangkan kek tivi. Ha Ha Ha.

"Eh jap-jap. Jang, K Y Jelly tu apobondo eh?"
"Ese pun tak tahu nak mengoba 'an kek atuk. Dio macam minyak rambut"
"Nak merogol orang pun kono pakai minyak rambut. Apo nak jadi dengan orang zaman sekarang. Nak tunjuk hensem bilo buek jahat"
"Bukan macam tu tuk. Ala dio macam minyak pelincir keto"
"Bingai, nak merogol pun pakai minyak pelincir keto ko. Apo kejadah eh. Hilang akal ko"
"Tuk ni jantan rogol jantan tuk. Dio tak samo. Dio memang pakai pelincir"
"Uiks! yo ko? Mano lobang dio pakai?"
"Lubang hidung"
Pangggg !!!

Gambar sehari selepas Saiful Buhari DILIWAT

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Gambar ini sedang tersebar luas di internet. Foto ini didakwa diambil pada 27 Jun 2008 sehari selepas Saiful Buhari dirogol oleh Anwar Ibrahim. 26 Jun Saiful Buhari kena rogol. 27 Jun, mangsa rogol ni boleh buat kopi untuk Anwar. Peh. Ini baru mangsa rogol yang cool. Mangkuk ni cuba menipu dan merendah-rendahkan intelek rakyat Malaysia di mahkamah. Tak dapek tu dor bai. Hanya Papa Gomo dan Parpukari sahaja yang 'percaya' cerita Saiful Buhari diliwat kerana menjadi anjing kepada tuan yang memberi mereka makan. Apa boleh buat, daripada 2 mangkuk ni mencuri dan menjadi peragut, lebih baiklah menjadi pemfitnah untuk mengembirakan majikan.

Muka Saiful sedang menahan berak untuk hari pertama selepas dirogol oleh Anwar. Korang ado gambar hari kedua tak? Bai, den nak buat analisis bersama geng-geng MythBusters. Serius ni bai.

Macam mano la agak eh limo ekor ni buat ujikaji menahan berak 2 hari selepas diliwat. Menahan berak 2 hari sambil melakukan aktiviti rutin dalam keadaan normal adalah mitos yang perlu dipecahkan. Korang tulis email kat MythBusters tentang Saiful Buhari dan mitosnya. Sanggup tak 5 mangkuk ni membuat eksperimen tentang mitos si Saiful tu?

Mata TITM berkaca. Mengapa?

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Cuba anda perhatikan betul-betul mata kiri Tuan Ibrahim Tuan Man. Berkaca bukan? Sebenarnya mata kiri dan mata kanannya digenangi air mata. Jika perasaan TITM tenang dan tidak berbolak-balik, maka ia tenang membacakan keputusan pergantungan Khalid Samad selama 6 bulan. Tentu matanya tenang tanpa air mata.

Mata kiri TITM jelas berkaca.

Ilmu jiwa-jiwa

Jika ikut ilmu kemanusiaan yang den pelajari, bila mata kita berkaca sedangkan situasi tidak memerlukannya maka ada something wrong telah berlaku. Wajah manusia terutama mata tidak boleh menipu. Politician pakar dalam bab mengawal ekspresi wajah. Kira ahli politik ni pakar menipu bai. Tetapi tidak bagi TITM. Beliau jujur tetapi terpaksa mengucapkan sesuatu yang tidak selari dengan hati nuraninya. Itu sebab matanya digenangi air lantaran menanggung beban membuat keputusan yang tidak mengikut kemahuan hatinya. Mata TITM tidak menipu.

Cahaya dari mata kirinya berkelip kerana menandakan adanya sejumlah zarah-zarah air mata di situ.

Jika itu bukan keputusan TITM, abis siapa yang memutuskan pergantungan Khalid Samad? Adakah Mustafa Ali dan Harun Din membayangai keputusan TITM? Suka diingatkan bahawa orang yang melantik Hasan Ali menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ialah Presiden PAS. Jika Hasan Ali digantung, maka nama Hadi akan terpalit sama kerana memilih orang yang salah. Ia menggoncang kredibiliti Hadi yang sudah sedia dipersoalkan oleh publik.

Spekulasi

Mengapa den mengatakan Mustafa Ali membayangi keputusan TITM? Sebab Mustafa Ali boleh memilih aduan mana yang boleh dirasakan menguntungkan puaknya. Mustafa Ali boleh tapis aduan sebelum sampai ke tangan TITM. Mak ai, baik Mustafa Ali jadi Ketua JK-Displin. TITM cuma menjadi boneka yang disolek hias membacakan keputusan yang telah diputuskan oleh Mustafa Ali untuk mengabui mata para pengundi. Mustafa Ali nak jaga nama baik Hadi dan puaknya. Itu sebab UMNO tidak menyerang PAS dalam isu ini, kerana ia menguntungkan UMNO sendiri. Puak ini lah yang bersedia bergabung dengan UMNO menerusi Kerajaan Perpaduang atau Unity Government.

UMNO cerdik

Kalau nak diikutkan, UMNO lagi terang bersuluh boleh mempersoalkan kenapa Hasan Ali kena amaran tetapi Khalid Samad kena gantung kerana ia dilihat tidak adil pada mata kasar. Umno mainkan isu tu je, rakyat dah boleh ragu terhadap sistem keadilan dalam Parti PAS. Tetapi UMNO relax je. Buat dunno bai. Sebab tak untung la serang puak yang bersetuju dengan mereka. Dalam politik, bila parti lawan tak menyerang ia menunjukkan parti lawan bersetuju dengan keputusan kita. Keputusan yang sebenarnya menguntungkan parti lawan.

Bila fikir-fikir balik, den simpati dan kesian dengan TITM. Beliau terpaksa sedangkan ia tahu kata-katanya semasa membacakan hukuman Khalid Samad bakal membuatkan rakyat loya dengan PAS. Rupanya susah kita nak cari hero pada zaman yang penuh keributan ini.



Saksikan sekali lagi youtube yang dimaksudkan.

Friday, February 5, 2010

Agak-agak apa cerita di kedai kopi anda?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Agak-agak apa tajuk sesi mengumpat di kedai kopi di tempat anda? Saiful tak berak 2 hari [link] atau 2 enjin Jet Sukhoi "lesap"? Cerita Saiful tak berak sebab nak jaga air mani Anwar Ibrahim dari lupus dirasakan lebih sensasi untuk bergosip di kedai kopi. Penting ke cerita itu dari keselamatan negara yang dah sedia longgar? Sebelum ni 2 enjin Jet F5e yang hilang dalam inventori ATM, sekarang enjin Jet Sukhoi pulak bai.

Ini bukan cito memain. Sudah lah Zahid Hamidi kata rahsia negara sudah terbocor. Ini belum kita kenang kembali macam mano geng-geng Al-Ma'unah begitu mudah mencuri senjata api ATM semasa kes di sauk dulu. Senyuman Lee Kuan Yew dah tentu senyum menghina bila dengar nama Malaysia. Den seru kenkawan besar-besarkan cerita kehilangan 2 enjin Jet Sukhoi yang canggih boleh hilang di kedai kopi. Media massa sengaja menghilangkan berita ini. Sebagai modal cerita di kedai kopi anda tentang isu enjin Jet Sukhoi lesap, sila klik [link omputih] dan [link bahasa Melayu].

Kalau enjin jet canggih pun hilang, kita sebenarnya dah takde harapan untuk mempertahankan negara ini dari dijajah secara fizikal oleh kuasa luar. Sudahlah mereka berjaya menjajah minda dan ekonomi kita. Hopeless bai.



"Tenang bai jangan kecoh-kecoh"
"Mangkuk, namo den ali la bukan Man Bai"
"Bai eh ali, jom dengar lagu cerita kedai kopi ni. Best"
"Apo den dapek kalau nongar lagu nih? Bukan boleh dapek duit"
"Suko hati kau lah. Emo tak memasal. Macam betino"

Thursday, February 4, 2010

Team 2010 kali ni bijak

oleh ali :

Salam Desa Damansara. Loya pun ado bila den folo kes liwat kedua Anwar Ibrahim nih. Masa kes liwat pertama dulu, Anwar Ibrahim dituduh meliwat Azizan, drebar Anwar sendiri. Muko Azizan secara jujur den cakap memang tak hensem. Ghoman pocah rumah. Bijak lah "team" kali ni pilih watak yang kono liwat tu. Kacak sikit dari Azizan. Marin maso tahun 1998, team dulu punyo mangkuk boleh lak buat lawak dengan mendakwa Anwar boleh meliwat secara Tagteam bersama-sama dengan Azizan dan Munawar Anees.

Team tahun 1998 juga boleh buat anda riang ria dan ketawa dengan aksi petunjukkan mengangkut tilam ke hulu ke hilir keluar masuk dalam mahkamah. Yelah, maso tu Tivoli Vila belum wujud lagi. Kali ni kondo tu memang terbukti ada. Jadi Hakim sendiri turun ke Kondo yang dimaksudkan semata-mata hanya nak tengok tilam. Tak hebat tu. Team 2010 memang lagi hebat dari Team 1998 walaupun sebenarnya mangkuk jugak den tengok. Tilam kali ni sangat berat. Itu pasal tak boleh angkut ke hulu ke hilir. Patah pinggang maa.

Di sinilah Anwar meliwat saya. Tuan Hakim nampak tak yang kuning-kuning tu.

Anwar meliwat Munawar Anees? Kamon la bai. Bikin malu company la ekau ni jang.

Wednesday, February 3, 2010

Apa itu CINTA?

oleh ali :



Salam ... Secara jujurnya den baru dengar lagu ni pukul tigo tadi. Sebelum ni tak ponah den nongar dor. Itu pun dapek dari facebook. Lagu dan liriknya amat menusuk kalbu den. Apo lagi den mulakan operasi mencari lagu ni kat youtube lak. Inilah satu-satunya lagu yang den dongor berulang kali sampai 15 kali. Peh, kalau baca Quran tadi musti dah abis setengah juzuk. Apo dah jadi dengan den? Nak cakap malu, tapi kali ke 13 tu mato den berkaco lah. Masuk pasir agak eh la. Malaysia ni semakin lamo dah semakin hilang kasih sayang. Itu pasal ramai yang sanggup menggadaikan maruah hanya semata-mata untuk meraih kasih sayang. Entahlah. Tuhan, berikan kami petunjukMU.

Den tak tahu la, jika dari lirik lagu tu, memang untung jantan tu jiko dapek betino yang sebegitu sifatnya. Untung besar beb. Ciri wanita yang sebegitu lah yang para suami dambakan. Masalahnya, den seolah-olahnya yang menyanyikan lagu tu. Kiro den la yang paling setio bai. Tapi den la yang dio ditinggalkan. Agak-agak dimana Parti Keadilan rakyat ketika itu? Masuk kali ke 15, mato den bukan setakat berkaco, dah keluar air mato. Hadoihai. Kadang-kadang den ni lebih perempuan dari perempuan. Kenkadang lebih jantan dari jantan. Itulah agaknya manusia. Punya jiwa dan perasaan. Den tak mampu nak abiskan artikel ni ....

"Ali, lu jiwang la"
"Woi mangkuk, den hompeh keyboard ni kek kepalo kau karang baru kau tahu"

Monday, February 1, 2010

Warna-warni hari pernikahan AdukaTaruna - Part 2

oleh ali :

Previously on Hari Aduka menikah "Part 1"

"Hang tunggu apa lagi. Jomla gi rumah Aduka," gesa Pakaq.
"A ah. Ana dah tak sabar ni. Anta ni Syeikh dah macam naga dah ana nampak," tokok Ustad One-G.
"Sabar Ostad, rokok den bolum abih laie aa. Xenan, bacakan hadis sabar itu separuh dari iman den tak hapal la," den berkata sambil ketawa.
"Gua tak tahu matan yang mana satu ni beb. Lampu kalimantan tahu la gua beb. Ha Ha Ha," Xenan kono kan den.
"Ha Ha Ha. Jom lah," Edyes dah tak sabar-sabar laie nak ke rumah Aduka.

Pukul 3.10 tengahari

Tadaaa. Dah sampai pun kek dopan area rumah Aduka. Masing-masing apo laie, berjalan laju menuju ke khemah. Muko masing-masing dah macam rimau. Porut dah lobong (lapar) maa. Time ni baru den perasan yang Edyes bawak famili dio bersamo. Peh, rambut anak lelaki dia style rambut tercacak. Stylo beb. Ini baru betul-betul reform bai. Ha Ha Ha. Dah sampai kek khemah tu, akak Aduka sambut. Akak Aduka senyum-senyum dengan den. Lepas tu kenyit mato kek den. Den buat tak reti je. Den jual mahal. Bukan jual mahal maa. Den lapar haa. Pukul tigo baru jumpa nasik. "Haa masuk-masuk. Ha Ha Ha" Suara Aduka menjengah. Apo lagi aktiviti salam-salam, peluk memeluk dan laga-laga pipi berlangsung antara kami dan Aduka. Aduka terharu dengan kedatangan kami. Terharu tak terharu, den tak kiro dor. Den lapar ni, mano nasik minyak eh ni bai. Peh lauk dio memang marvellous. Apo laie den tibai lauk lagi banyak dari nasik. Jadi omputih den.

Macam ni kot style rambut anak Edyes yang baru berusia 5 tahun tu. Agak den la.

Pengalaman Aduka

Ha Ha Ha. Time kami tongah makan tu, deraian ketawa mendominasi keadaan. Aduka cito lah serba sedikit pengalaman maso kek Kelantan dan maso kono tahanan reman. Polis kek Kelantan tak tahu nak charge apo tuduhan kek Aduka. Tu yang Aduka lepak kek bilik Polis bukan kek lokap. Dari cito Aduka baru den tahu, baju lokap kalau warna oren tu khas untuk jenayah berat macam membunuh, merompak, merogol dan lain-lain. Kalau baju purple, untuk petty criminal, pesalah untuk kesalahan kecil macam main perempuan, Urine kantoi dan seumpamanya. Aduka pakai baju purple. Kira kesalahan kecil la si Aduka ni. Ha Ha Ha.

Pengalaman dalam lokap

"Gua walaupun pakai baju purple, gua cakap gua kes Bukit Aman, OKT-OKT lain respek gua macam gua pakai baju kaler oren pulak. Ha Ha Ha," kata Aduka.
"Nak mandi dengan berak wajib waktu subuh, kalau tak reramai tengok kau bogel. Gila lu," tambah Aduka.
Aduss den tongah makan ni. Boleh lak becito bondo jijik. Potong stim betul la.
"Abis, macam mana hang tentukan waktu subuh?" Soal Pakaq sengaja memprovok.
"Hulur je kepala tengok langit. Entah gua pun tak tahu. Apa lagi wa guna mazhab AdukaTaruna lah"
"Ha Ha Ha," Semuo ketawa dengan riang ria. Waktu ni orang dah tak ramai. Kitaorang menguasai suasana sambil diselang-seli dengan nyanyian karaoke kek dalam laman rumah Aduka.
"Tandas kek lokap paras kepala je. Boleh berbual dengan orang sebelah macam kita berbual ni," tambah Aduka. Hoi den tongah makan ni bai. Boleh lak bawak naik balik cito jamban.
"Banyak-banyak benda yang paling gua tak tahan bila pegawai tu tak pecaya gua pakai nset nokia yang cokia ni. Dia tak pecaya blogger pakai nset yang ada lumpu suluh nih," sambil tunjuk nset Edyes.
"Letih gua nak menjawab" Ha Ha Ha. Semua orang kek meja tu pakai nset yang sama. Padahal semuo blogger tuh. Kecuali Ustad One-G, dio punyo nset canggih.
"Ana tengah update blog jap," peh tengah gelak ketawa tu menyompek lagi Ustad One-G surf internet. Canggih gak ustad ni.

Pukul 4.00 petang dah. Tapi masih ramai lagi orang bertandang ke rumah Aduka. Meriah beb.

Sesi mengumpat bermula

Time ni la pulak isu Pak Ngah den kawin lagi menerjah kembali dibenak hatiku. Walhal kenkawan tengah syok mengumpat ni.
"Lu tahu tak apa yang berlaku kat tenet," sergah Xenan
"Mana gua tahu. Modem rumah ni pun diaorang (Polis) amik. Tu pagi tadi wa terkejut. Utusan buat lawak ke atau salah lapor. Terkedu gua Khalid (Samad) kena gantung. Ha Ha Ha." Jawab Aduka poyo.
"Hang tak tahu Aduka apa itu fungsi JK Displin, bla bla bla .....," kata-kata Pakaq den dah tak pedulik.
Aduss syoknya Pak Ngah den sekarang. Kawin bini baru. Patut eh sponsor den yang bolum laie menikah ni. Kan bagus macam tu.
" Bla bla bla .... Lalu pengerusi JK Displin ketika itu telah memecat keahlian PAS orang tu serta merta." Ayat terakhir dari Pakaq tu je yang clear kek telinga den.
"Wah bagus tu, lagi tegas dari Tuan Ibrahim Tuan Man," den menyampuk.
"Tegas amendenya. Itu mangkuk la anta. Ha Ha Ha. Anta yang bagi femes MANGKUK tu kan. Ape daa," senyum Ustad One-G kek den.
"Pakaq, hang ulang balik," seru den.
"Macam ni, dulu ade kes isu tabung balu Memali, Pengerusi JK-Displin ketika tu hanya panggil individu ni sekali je untuk bagi keterangan. Alih-alih lepas 6 bulan dia pecat keahlian parti individu tu," Pakaq terang balik kek den.
"Ooo, memang osah mangkuk. Ha Ha Ha"

Ustad One-G tengah update blog melalui nsetnya yang canggih-manggih tu.

Gaya macho seorang wartawan Harakahdelay. Opps. Harakahdaily la bai.

Wartawan Mangkuk

Tetiba Aduka perkenalkan seorang wartawan dari Berita Harian kepada kami. Tah mano muncul eh den tak tahu.
"Pekenalkan ni semua kenkawan saya. Yang ni Papa Gomo. Ha Ha Ha." Aduka tuding jari kek Xenan konon nak perkenalkan pada wartawan BHarian.
"Kurang asam lu bai. Ha Ha Ha." Xenan terkono dengan usikkan Aduka.
"Makan dulu Encik." Aduka sendiri tuang nasi untuk wartawan tuh.
Kitaorang pun apa lagi teruskan sesi mengumpat yang tergendala sebentar tadi sambil diselang-seli dengan pencambahan idea-idea baru. Entah macam mana, wartawan Bharian yang dah abis makan tadi mendekati kami.
"Maaf Encik, saya takde pape statement untuk arini. Terima kasih Encik." Kata Aduka.
"Takdelah. Apa nama isteri Encik Kairol?," tanya wartawan tu.
" Siti Nurhaliza. Nak lebih lanjut tanya Datuk K. Sori Encik arini saya takde pape nak cakap. Terima kasih." Jelas Aduka sambil tersenyum. Kami kek mejo dah gelak separuh nyawa.

Hak ala. Apa kena mengena kes Aduka dengan nama isteri Aduka? Apa kaitannya? Soalan tak membina minda langsung. Hampeh btul. Kalau wartawan muda, kita fahamla dia punyo jobo mesti macam Ariffahmi. Ini sebaya dengan Wak Albanjari. Dah tuo bangko. Bagilah soalan cerdik sikit bai. Kot adola Pak Ngah den, dah lamo orang tuo tu kono sekeh. Betul la cakap Pak Ngah den, kek Amerika Syarikat polisi dio ialah " Semakin pandai rakyat kito, semakin mudah mereka ditadbir". Tapi kek Malaysia, polisi dio " Semakin bingai rakyat, semakin mudah mereka diperbodohkan (dimanupulasikan)". Contoh, macam soalan cerdik dari wartawan tua dari Bharian. Hadoihai.

Veronica Guerin

Wartawan Malaysia takde satu pun yang bertaraf pembela rakyat seperti Veronica Guerin. Mungkin ada macam Karam Singh Walia tapi belum mampu setaraf dengan Veronica. Veronica berjuang sehingga mempertaruhkan nyawa sendiri. Perjuangannya berjaya setelah beliau sendiri mati dibunuh. Bila lah Malaysia nak ado wartawan seperti Veronica. Berjuang demi negara dan rakyat.

Filem khas untuk Veronica. Tak rugi tonton bai. Buang masa la kalau tonton Mami Jarum arahan Profesor Mangkuk dari UiTM. P.Ramlee tak perlu title Profesor pun untuk menghasilkan filem yang evergreen untuk rakyat.

Masa untuk pulang

Dah pukul limo beb. Sedara-sedara Aduka dah mulakan prosiding mengemas khemah. Itu tando dio suruh kito balik tu. Sebelum pulang kami jumpo mak Aduka.
"Mak ni semuo kenkawan Angah ni," Aduka memperkenalkan kami.
"Apa khabar makcik? Makcik sihat?" Edyes menyantuni omak Aduka.
Den pulak carik mano akak Aduka tadi. Aduh rugi btul buek sombong tadi. Agak eh dio merajuk dengan den kot. Takpo la. Menyosal den tak sudah.
"Engkorang nasihatkan anak makcik ni. Busuk-busuk pun anak kito. Tah apo kojo eh," sayu lak bilo menongar eh.
"Jangan risau mak, Angah dah wala' dengan omak." Aduka berdiri sambil buat gaya wala' yang poyo.
"Takpe makcik. Jangan risau. Kalau dia tak makan nasihat. kami bagi makan penampar je. Ha Ha Ha," Xenan dengan gaya meredakan kerisauan mak Aduka.
"Nah ambik lauk ni sorang satu," pelawa mak Aduka. Lauk beb. Rezki jangan ditolak. Dahla datang tak menolong. Tolong makan yo. Ha Ha Ha.
"Kami pulang dulu ye makcik"
"Yolah-yolah, bebaik jalan tu," jawab mak Aduka.
Kepada Aduka, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke Syurga.

Pose istimewa dari Aduka. Seksi la konon.

Edyes dan Aduka memperagakan gaya terhangat masakini.

Gaya Aduka telah menjadi trend seluruh dunia. Aduka menjadi anak Melayu pertama menjadi trendsetter di dunia. Ha Ha Ha.

Pukul 5.50 petang

Den dah sampai kat Komuter Seremban. Xenan brothers mahu pulang. Hati den sebak sikit. Yelah kawan datang dari jauh, datang pun sekali-sekala tapi den punyo layanan tak memuaskan. Takpelah nanti den bikin kereta ferari den ado tivi lak lopeh ni. Kali pertama jumpo maso himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009 samo-samo dengan Aduka dan Dayat. Sama-sama kono tear gas dengan water canon dari abang-abang FRU. Xenan brothers time tu berjumlah 3 orang. Arini 2 orang, sorang lagi praktikal. Bilo la kito boleh berjumpo laie. Jangan diucapkan selamat tinggal, ucaplah bilo boleh bertemu kembali.

Gaya maut. Korang teka yang mana satu Xenan dan yang mano satu adik dio?