oleh ali :
Previously on Pemimpin PAS gila KUASA !!!Satu Malaysia apa khabar ??? Mari kita lihat bukti-bukti akibat pemimpin PAS gilakan banyak jawatan. Den bagi yang mudah-mudah sahaja.
[1]
Di mana post mortem Prk Bagan Pinang ?? Hari Isa Samad diisytiharkan menang adalah pada 11 Oktober 2009. Hari ni dah 25 November 2009. Sebulan lebih dah mangkuk !!! Takkan senyap macam tu je. Rakyat nak tahu apa sebab PAS kalah teruk kat Bagan Pinang. Atau memang dah siap tapi tidak mahu isytihar.
Takkan nak cover up sebab Hasan Ali punca kekalahan Prk Bagan Pinang. Sonang cito takde sape handle post mortem ni sobab masing-masing sibuk dengan benda yang bukan-bukan. Dah masing-masing pegang lebih dari satu portfolio jawatan.
[2]
Mana
post mortem kekalahan PAS Terangganu 2008 ?? Sapu bawah karpet ?? Tiada siapa yang
handle sebab masing-masing sibuk ?? Atau MALU nak dedahkan sebab-sebab kekalahan.
Klik untuk lihat salah satu punca kekalahan sebenar PAS Terangganu. Jangan lupa melihat youtube yang disediakan. Anak TG Hadi iaitu Kholil juga terlibat dalam pertempuran di dalam youtube tu.
[3]
Apa cerita dengan JawatanKuasa Displin ?? Hilang respek den dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Apa jadi dengan
Tape Recording yang ada pada tangan Tuan Ibrahim Tuan Man ?? Adakah ia sudah dilupuskan ?? Macam mana nak lupus bai.
Tape Recording pertemuan gelap Hasan Ali-Nasarudin Mat Isa-Roslan SMS dengan blogger UMNO sekarang berada di dalam tangan
Tulang Besi dan
JiwoKelete.
Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pun mempunyai tanggungjawab yang berat dalam parti PAS iaitu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan Ahli JawatanKuasa PAS Pusat. Macam mana beliau nak menumpu dan mengurus masa bila memegang 3 portfolio penting sekaligus dalam parti ??? Beliau bukan
Superman.
Sepatutnya tugas beliau dalam JawatanKuasa Displin disandang oleh ahli parti yang tidak berkepentingan seperti Dr. Sanusi Daeng Mariok atau Ustaz Hasan Shukri. Sudahlah si Hasan Ali tu kawan baik dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sudah ada
conflict of interest kat situ. Jadi macam mana kita nak harapkan penyiasatan adil tanpa berat sebelah Tuan Ibrahim terhadap Hasan Ali ??
Dengan kes-kes terbaru Hasan Ali
disini dan
disini, dapatkah Tuan Ibrahim
catch up bagi membuka kertas siasatan baru untuk Hasan Ali ?? Atau memang sengaja lambat
pick up sebab siasatan
Tape Recording pun tak setel lagi ??
ISA SAMAD la woi !!! Jangan nak permainkan rakyat bai. Rakyat bukan bodoh macam hang.
[4]
Dulu ada satu JawatanKuasa yang dipanggil JawatanKuasa pemerkasaan Parti PAS. Apa jadi dengan JawatanKuasa tu. Tinggal meja dengan kerusi ke bai. Bila nak buat sesuatu, buat dengan profesional. Bukan main-main. Baik tak payah undi PAS. Nanti undi, negara ni pun diaorang bikin main-main. Itu persepsi rakyat. Apa yang perkasa pada PAS ?? Pusat Perubatan Kohilal ?? Itu je lah satu . Dah berpuluh tahun tapi itu je lah satu Pusat perubatan yang ada. Kenapa tidak bertambah cawangannya di setiap pelusuk negeri dalam Malaysia ??
Lihat Hospital KPJ. Ada di setiap negeri. Ada Tan Sri Ali Hashim label kat dahi dia Islam ?? Tapi dia Islamik dalam pengurusan. Dah semua sibuk berpolitik lalu mengabaikan elemen penting dalam masyarakat Islam.
PAS tidak boleh bagi contoh pun dalam pengurusan. Tak cemerlang. Pusat Perubatan Kohilal, PPK tidak berkembang. Koperasi KOHILAL pun tidak ke mana. Jadi macam mana rakyat nak bagi undi untuk perintah negara ni. Sebab, jelas PAS sendiri tak boleh
organize organ-organnya sendiri. Organ ekonomi seperti KOHILAL tak kemana. Organ perubatan moden seperti PPK tidak berkembang. Organ menyelamatkan akhlak perempuan takde langsung sebab Dewan Muslimat lagi gila kuasa dari dewan-dewan yang ada dalam PAS. Diaorang punya gila kuasa sampai tak sempat nak fikir apa jadi dengan anak gadis Islam kat Malaysia.
Kita rakyat Malaysia wajib memberikan kredit kepada Jemaah Islah Malaysia, JIM kerana menyediakan
safe house dan menyediakan rawatan pemulihan akhlak kepada gadis-gadis yang malang ini melalui organnya iaitu
Raudhatus Sakinah, RS. Mari menyumbang wang kepada RS. Mereka yang terlibat dengan RS memang komited dan profesional dalam mengerjakan kerjabuat baik mereka. Inilah yang dikatakan ikhlas dalam berjuang dan tidak gilakan jawatan.
[5]
Apa jadi dengan penaiktarafan Kelab Penyokong PAS kepada Dewan ?? Nak tunggu PAS masuk Barisan Nasional baru nak buat. Ha Ha Ha. Selagi
clan UG berada dalam PAS, sah haraplah akan dinaiktarafkan. Tugas tu pulak diserahkan pada Mujahid Yusuf Rawa. Dia tu adalah ahli Parlimen. Tugasnya besar di Parlimen.
Sepatutnya tugas itu diserahkan kepada ahli parti yang bebas komitmen seperti ... Seperti sape bai. Dah semua gila jawatan sampai den dah tak nampak sape pelapis dalam PAS yang boleh diharapkan. Walhal ahli ada 1 juta. Dimana sistem pengkaderisasi PAS ??
Lihat DAP, berani bagi yang muda-muda pegang jawatan besar seperti Ean Yong Hien Wah(berusia 30 tahun) sebagai Exco negeri Selangor dan Anthony Loke sebagai Pengerusi DAP n9. Kalau dalam PKR kita boleh lihat pada
YB Nik Nazmi,
YB Yusmadi dan
CheguBard. Semua orang nak nama. Itu yang Senior pemimpin PAS tak bagi pada yang junior. Apalah sangat pada nama tu. Bukan boleh bawak ke kubur pun.
Beri peluang kepada anak muda terutama yang sudah terserlah bakat kepimpinan mereka. Jadikan mereka sebagai ADUN dan MP. Tidaklah kita selalu nampak MP PAS dalam Parlimen tidur dan selalu menguap. Itu semua dilihat rakyat dalam TV. Jangan nak cong la. Kita mahu pemimpin yang muda dan sihat. Tidak lah kita mengharungi banyak Prk selepas Pru. Kita nak
problem rakyat selesai. Bukan bagi rakyat susah dengan mengharungi banyak Prk dan permainan politik sepanjang masa. Jangan bazirkan masa dan tenaga rakyat.
[6]
Apa jadi dengan Dewan Muslimat Muda ?? Takkan tinggal sebagai idea. Laksanakan segera. Atau naiktarafkan sahaja Nisa' kepada Dewan Muslimat Muda. Jika tidak selamanya market pengundi bagi perempuan 21-35 tahun dapat kepada Puteri UMNO. Kata nak guna demokrasi untuk perintah Malaysia. Cepatlah laksanakan. Jangan lembab !!!
[7]
PAS wajib melaksanakan polisi KPI atau Key Performance Index sebagai memantau perjalanan organ-organnya supaya terurus dan profesional. Jika mahu nak mengembalikan persepsi positif dari rakyatlah. Jika tidak sampai ke kiamat lah PAS di takuk yang sama. Jangan malu buat polisi KPI. Malu sebab apa bai. Sebab Najib dah bikin dulu polisi ni melalui Kementerian Koh Tsu Koon ?? Benda baik kita tiru apa salahnya.
Lagi pun langkah Najib itu telah meningkatkan persepsi positif rakyat kepada Najib. PAS kena cepat bersaing dalam menagih persepsi baik dari rakyat. Jangan bagi Najib menang dalam meraih persepsi positif rakyat. Unless jika PAS nak join Barisan Nasional pada pertengahan tahun 2010. Tak gitu :)
* Ingat, rakyat sentiasa memerhati dan memantau kesemua parti yang ada. Kami sebagai Tuan berhak menilai prestasi Parti mana yang memikat hati kami. Jika PAS tidak membuang pemimpin yang telah mencalar reputasi PAS dalam waktu terdekat, pandailah rakyat mengajar kamu dalam Pru ke 13 nanti.
Assalamualaikum tuan.
Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri.
Harap maklum.
Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali.
Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu.
Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita.
Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS!
Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama!
Telan mati emak; luah mati bapak.
Serbasalah saya dibuatnya.
Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah.
Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu!
Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri.
Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar.
Itupun selepas minta izin darinya.
Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana.
Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa.
Itu saja.
Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa.
Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor?
Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP?
PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang.
Habis nak harap siapa lagi?
Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah!
Hancurrr.
Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri.
Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut.
Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua.
Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti?
Berani siar kerana itu benar.
Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi.
Wassalamualaikum.
November 10, 2009 3:53 PM [Link]