Friday, January 8, 2010

Dalam filem "The Passion of the Christ", Nabi Isa menyebut tuhan dengan nama ALLAH

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Dalam keributan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, den teringat yang den pernah menonton filem The Passion of Christ melalui Vcd. Time tu den perasan filem tu bilo den 2 kali menonton filem Puteri Gunung Ledang kat pawagam. Filem The Passion of Christ(TPOC) ditayangkan serentak dengan filem Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004 (Jiko tak silap den). Kali pertama tengok PGL memang best. Jarang ada filem Melayu yang ado kualiti macam tu dan den ni bukan peminat filem Melayu. Kalau kat panggung wayang den layan cite omputih dengan cite Jackie Chan. Esok datang lagi, kali ni nak tengok TPOC. Tiba-tiba member den halang.

Pengaruh rakan sebaya

"Hoi mangkuk jangan tengok cito tu"
"Apepasal tak boleh lak ?"
"Li, kau tak nampak signbord tu. Orang Islam tak boleh menonton filem ni"
"Poduli 'an. Bukan duit bapak dio yang kito pakai"
"Takut la den. Kang kono tangkap lak"
"Bukan ado polis. Oh hai macam tak ponah buek jahat lak kau ni"
"Den bukan takut ngan polis. Kang jadi kapir kito lopeh tengok cito tu"
"Osah mangkuk lak eh kau ni"
"Li, jomlah kito tengok PGL. Den belanjo"
"Apokajadahnya tengok sampai duo kali. Kalau cito Titanic nak jugak den tengok"
"Ala jomla li, den tak pueh tengok Tiara bokomban"
"Bini orang kau nak skodeng. Sukati kaulah. Janji kau belanjo den McD lopeh ni"
"Ha Ha Ha. Takda hal la"

Mel Gibson dan pelakon yang memegang watak nabi Isa.

Misi dilancarkan

Pandai member den racun den. Terpakso la den tengok PGL sampai 2 kali. Selang beberapa bulan, den mulakan misi mencari TPOC. Akhirnya jumpa gak kat kedai Vcd kat Soromban. Bapak kemain mahal Vcd tu. Boli yang ori la katakan. Pokai den. Tapi den puas hati dengan filem tu. Memang detil filem arahan Mel Gibson tu. Mutu filem TPOC berada dalam kelasnya yang tersendiri. Lebih power dari filem arahannya sebelum ni iaitu Braveheart. Bilo kali kedua den tengok Vcd TPOC, den perasan pelakon utama yang memegang watak Nabi Isa iaitu Jim Caviezel menyebut 'Allah'. Kalau sekali lalu memang tak perasan. Den takdo la amik pusing sangat.

Baru hari ni den teringat TPOC. Misi mencari kembali Vcd TPOC dilancarkan pagi tadi. Bersepah bilik den kojap. Yang den jumpo kaset-kaset Butterfinger dengan Korn. Kaset Raihan pun ado. Ha Ha Ha. Aduss mano poie Vcd-Vcd den ni.

"Bu mano den punyo Vcd-Vcd !!," jorit den. Den ingat ibu den ado kat luar.
"Tona lak eh suro kau. Den lum pokak laie," sahut ibu den kat dapur.
"Laa kek dapur. Orang ingat ibu buek sesi mengumpat dongan Cik Napsiah"
"Mengumpat apo pepagi buto ni. Kau poie boli roti canai dengan Harakah. Ayah kau nak"
"Harakah dah tutup. Mano ado jual laie," pepagi lagi den bohong sunat.
"Kau tak usah menipula. Cik Mail kau semalam dah boli"
"Yolah-Yolah. Ibu ado nampak tak kotak Vcd den"
"Den dah humban 'an. Tah aponamo eh Vcd-Vcd tu"
"Den maleh lah boli roti canai"
"Buruk lak eh muko merajuk. Macam budak merah. Tu stor apo guno eh"
"Ibu tahu tak ibu ni lagi cantik dari seniwati Sarimah"
"Poie lokeh boli roti canai. Den dah lapa ni. Nak suruh bini kau masak, kau lum kawin"
"Yolah-yolah"

Selepas maghrib

Huuu. Menyampah den boli Harakah. Lopeh posan roti canai. Den balik rumah dan sambung balik misi cari TPOC kat stor. Memang jumpo kotak Vcd den. Tapi Vcd TPOC takdak. Laa baru den teringat. Ado satu mangkuk pinjam 2 tahun lepas dan dio tak pulangkan balik kat den. Dio pulak berada kat luar negeri. ISA SAMAD !!!

Den sebenarnya nak cari scene Jim Caviezel sebut namo ALLAH dan kongsikan bersama dengan pengunjung-pengunjung blog Baganutama yang amat setia bersama kami. Mati akal den. Takkan den nak naik KL cari Vcd atau Dvd TPOC. Den tak berduit lak sekarang ni. Lepas solat maghrib tadi, tiba-tiba datang satu suara .

"Eh bai, cubo kau cari kat youtube"
"Den Ali la bukan Man Bai"
"Tak kisah la, poie cari kek situ"

Scene yang dinanti-nantikan oleh anda semua

Tah mano la datang suara mangkuk tu. Betul jugak. Mana tahu ado kek youtube. Den mulakan misi cari TPOC kat youtube lepas maghrib tadi di samping tidak lupa berchatting dengan makwe-makwe antarabangsa melalui facebook termasuklah makwe dari negara Gabon. Ha Ha Ha. Alhamdulillah. Akhirnya den jumpo scene tu kat youtube. Dan den kongsikan sekarang bersama anda semua. Tumpukan perhatian anda pada minit ke 1.05 dan ulangannya selepas itu.



Apa matlamat Mel Gibson ?

Nama Muhammad sebagai Rasul selepas Nabi Isa pun ado disebutkan dalam scene tersebut. Tetapi dalam bahasa Aramaic la. "Eh Ali, kau nak buktikan apo sobonar eh". Ishh suara mangkuk ni lagi. Macam ni, siapa yang kenal Mel Gibson akan tahu bahawa mamat ni adalah anti yahudi. Dia cuba nak buktikan bahawa Yahudilah punca masalah dunia. "Tapi apa kena mengena dengan TPOC". Kau boleh diam tak mangkuk. Mel Gibson cuba nak bawakan kisah benar nabi Isa 12 jam sebelum ia wafat. Dia nak buktikan versi-versi yang ada sekarang tidak sahih dan diselewengkan oleh Yahudi. Jadi Mel Gibson berusaha bersungguh-sungguh menjayakan versi yang dianggap sahih olehnya. Kira dia bikin filem TPOC ni based on true story la.

Nabi Isa diseksa dalam filem TPOC.

Kecaman Yahudi seluruh dunia

Semasa pembikinan dan selepas filem TPOC ini ditayangkan di seluruh dunia, Mel Gibson mendapat kecaman yang tiada hentinya dari Yahudi-yahudi seluruh dunia. Alasan kecaman mereka ialah Mel Gibson sengaja memaparkan bahawa bangsa Yahudi ini zalim dan menindas Nabi Isa dan 12 orang pengikutnya. Orang Rom yang sepatutnya dipersalahkan. Mel Gibson buat tak reti je. Cayalah. Jika dilihat, versi Mel Gibson menghampiri kepada kebenaran. Mel Gibson membikin filem ini dengan teliti dan penuh berhati-hati. Of course la den beriman bahawa Nabi Isa yang kena seksa pada 12 jam terakhir sebenarnya adalah sahabat Nabi Isa. Nabi Isa telah digantikan Allah dengan sahabatnya. Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah lalu diangkat ke langit.

Cerita sebenar versi Islam

Nabi Isa akan turun semula ke bumi, mungkin pada zaman anak cucu den. Mana kito tahu. Pada masa itu Nabi Isa akan berjuang bersama-sama dengan Imam Mahdi. Versi ni Mel Gibson kono menuntut dengan kito. Sahabat Nabi Isa yang ditukar wajahnya menjadi muko Nabi Isa pula mempunyai 2 versi cerita. Satu, sahabatnya itu memang sanggup berkorban menjadi Nabi Isa dan menggantikan tempat dia. Lalu diseksa. Dua, ia adalah sahabat nabi Isa tetapi pengkhianat kepada perjuangan. Lalu dihukum Allah menjadi rupa nabi Isa lalu ditangkap oleh orang Rom kerana menyangka bahawa dia adalah nabi Isa dan diseksa sampai mati. Den tak tahu yang mano satu betul. Pilihan di tangan anda melalui ilmu masing-masing. Kongsilah bersama kami di Baganutama versi mana yang benar.Tapi versi nabi Isa diangkat naik langit adalah benar. Jadi filem TPOC sebenarnya merakamkan bahawa 12 jam terakhir kehidupan Nabi Isa sebenarnya adalah sahabat Nabi Isa yang ditukar wajahnya menjadi Nabi Isa. Bukan Nabi Isa. Mel Gibson cuma perlu mengubah 2-3 scene untuk menjadikan TPOC sebagai filem versi umat Islam. Versi yang kita imani.

Kesimpulan

Sebagai akhirnya, nama Allah telah lama digunakan sebelum zaman Arab Jahilliyah lagi. Nama Allah telah pun digunakan sejak zaman nabi Isa. Malah sebelum dari itu lagi. Daripada Shah Rukh Khan, lebih baik dianugerahkan gelaran Dato' kepada Mel Gibson. Ha Ha Ha.

1 comment:

Anonymous said...

yg salahnya.. muka para nabi dan rasul xbley ditunjuk@lakon..:D