Wednesday, November 11, 2009

Cerita Kepten Bola PAS !!!

Dr Abu Hassan, yang diundang menyampaikan pandangannya dalam sesi percambahan minda pada seminar tersebut bersama Dr Abdul Aziz, turut menyampaikan dapatan tinjauannya bahawa Abdul Hadi tidak mendapat tanggapan positif masyarakat.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di akhir seminar itu, Abdul Hadi kelihatan mempertahankan dirinya dengan menyamakan pemimpin PAS sebagai pemain bola sepak dan ahli akademik sebagai pengulas sukan.

"Kita berada di medan dan mereka yang lain adalah pengulas, seperti dalam sukan dan permainan bola sepak. Dan sudah tentu ada provokasi, (seperti) lempar mercun dan sebagainya.

"Tetapi kita sebagai pemain jangan cepat melatah, lempar mercun sama," katanya.

"Kita mesti berjiwa besar. Walaupun ada teguran keras, suruh pecat kapten. Tetapi dalam sebuah perlawanan, kita belum habis masa bermain.

"Sebagai pemain profesional, kita tidak boleh pecat kapten di tengah-tengah permainan."


Ini pandangan aku untuk semua pikiaq!

Kata masa permainan belum tamat....boleh tamatkan bila-bila masa...
Memang kita tak pecat kapten di tengah-tengah permainan...tapi kalau kapten dah lemah atau cedera kredibiliti....kita boleh buat pertukaran....keluarkan kapten lemah dan lantik player lain jadi kapten. Ala..tukar pembalut lengan lambang kapten saja...bukan susah.

No comments: