Saturday, November 14, 2009

Teguran suciku kepada Suhaizan Kayat

oleh ali :

Maklumat Peribadi

One Malaysia, apa khabar ?? Ada sihat ?? Hari ini politik sedang berlangsung dengan hangat dan huru-hara. Ha Ha Ha. Grup Task Force 2010, you all ok ke ?? Kita lihat siapa yang ketawa semasa finishing nanti. Ok lah. Hari ni kita mulakan zikir mengumpat kita dengan mengumpat Suhaizan Kayat. Siapa Suhaizan Kayat ni ?? Kalau nak kata kacak, kacak lagi penulis. Suhaizan Kayat adalah comrade PAS dari Johor seangkatan dengan Mazlan Aliman dan Sallehuddin Ayub. Suhaizan yang paling muda antara mereka. Angkatan diorang ada pelik sikit dari PAS negeri-negeri lain. Mereka lebih berani, laju dan cerdik.

Muktamar PAS 2005

Pada Muktamar PAS tahun 2005, Suhaizan Kayat satu-satunya pemimpin PAS dari grup Pemuda PAS yang berani mensabitkan dosa kekalahan besar PAS dalam Pru-2004 ke atas bahu TG Hadi. Terang-terang Suhaizan Kayat sebut TG Hadi sila bertanggungjawab dan letak jawatan. Bergegar dewan PUTIK di Pangkalan Chepa ketika itu dengan ucapan Suhaizan Kayat. Ia mengkagumkan penulis. Ia memukau para muktamirin(big brader Mat Saman Kati jangan jeles den pakai bahasa arab, Ha ha ha). Suhaizan berjaya membuatkan muka TG Hadi berubah menjadi merah jambu menahan marah(atau malu). Kemuncak ucapan Suhaizan ialah bila dia berjaya mempengaruhi sebahagian besar muktamirin bangun dari kerusi bagi menyatakan sokongan supaya TG Hadi sebagai Presiden PAS bertanggungjawab dan letak jawatan. Semua orang terkejut dengan aksi demikian.

Mustafa Ali tidak dapat mempertahankan TG Hadi kerana ketika itu dia tengah sibuk bergaduh dengan Khalid Samad pasal tasik Putrajaya(sebenarnya pasal aksi Khalid Samad yang menyebabkan Yusuf Rawa berundur dari pimpinan PAS). Benda kecik pun nak gaduh. Ha ha Ha. Lalu bangkit Harun Taib dengan ucapan dan hujah yang dikira brilliant bagi mempertahankan TG Hadi dan kepimpinan Ulamak lalu disambut dengan gema takbir para muktamirin. Aduss. Pandai pulak si Harun Taib bermain-main kata-kata dan spin isu yang dibawakan Suhaizan Kayat. TG Hadi yang ketika itu rasanya sudah pun mempunyai niat untuk berundur kembali bersemangat untuk memimpin PAS. Suhaizan adalah seorang pemberani ketika itu kerana memperkatakan satu isu yang dipersetujui ramai. Bukan setakat penulis, ramai kagum dengan Suhaizan.

Seminar Khas Politik 2009 Taman Melewar

Itu cerita tahun 2005. Lain pula cerita kali ni . Penulis mengikuti Seminar Khas yang baru lalu di Taman Melewar sewaktu sesi petang. Penulis rugi kerana tidak menghadiri Seminar Khas untuk sesi pagi. Kalau tidak sudah tentu penulis melihat sendiri keajaiban dan kecerdikkan Abu Bakar Cik dan S/U Pemuda Kamaruzzaman. Mereka berdua memang MANGKUK !!! Huh memang hambar untuk sesi petang. Tiba-tiba Suhaizan Kayat di rostrum. Kenangan di PUTIK 2005 kembali menerjah di memori penulis. Jika membuat gesaan yang serupa seperti di PUTIK, Suhaizan akan menjadi Hero rakyat Malaysia kali ini. Keldai. Harapan tinggal harapan. Dia pun sama mangkuk.

Dalam ucapannya, Suhaizan dengan poyo dan selamba mengatakan TG Nik Aziz tidak mempunyai adab dalam berjemaah kerana menggunakan blog(internet) dalam menegur individu tertentu. Sukahati makbapak dialah nak guna apa pun. Ini zaman internet bukan zaman paleolitik. Lepas tu sebelum nak mengakhiri ucapan, Suhaizan cuba bermain emosi audiens dengan mengusulkan supaya dua Tok Guru iaitu TG Hadi dan TG Nik Aziz tidak berbalah sesama sendiri kerana merugikan jemaah. "Tolonglah Tok Guru berdua kenangkan kami di Johor. Kami di Johor lebih sayangkan kalian berdua dari anak bini kami sendiri," kata Suhaizan. Belah la. Peduli apo den.

Cerita sebenar

Suhaizan, ekau meh sini kejap. Teguran ekau tu tidak relevan langsung. Satu, TG Nik Aziz mana ada semasa sesi petang. Memang kurang ajar menegur semasa orang yang dimaksudkan itu tiada. Kedua, TG Nik Aziz sakit. Bukan rahsia lagi sejak akhir-akhir ini TG Nik Aziz asyik jatuh sakit. Nak tegur orang sakit ni ade cara bai. Nak jadi kurang ajar pun tengok dulu tempat dan ketika. Dan kepada Suhaizan, kenapa tidak engkau sendiri bertanyakan TG Nik Aziz kenapa beliau terpaksa menggunakan blog untuk menegur individu tertentu dalam jemaah. Apa perlu tegur secara terbuka semasa seminar ?? Nak jadi hero ??

Semasa hari Seminar Khas diadakan, sumber yang rapat dengan penulis telah berjaya merapati TG Nik Aziz dan bertanyakan beberapa soalan kepada beliau. Kejadian ini berlaku sebelum TG Nik Aziz dibawa pulang kerana tidak sihat selepas ucaptama Presiden PAS TG Hadi. Ada beberapa soalan ringkas diajukan kepada TG Nik Aziz. Antaranya, kenapa Tok Guru pakai blog tegur individu terbabit. Tok Guru jawab, guna blog itu adalah jalan terakhir beliau. Beliau sudah pun face to face dengan individu terbabit. Tetapi individu terbabit masih degil dan tidak mendengar kata. Tegur sudah. Sindir pun sudah. Barulah Tok Guru guna blog. Kalau kau tanya sendiri Tok Guru kan selesai masalah. Janganlah main tembak rambang macam tu sahaja. Kenanglah sikit yang TG Nik Aziz tu sakit. Sumber den yang cikai ni boleh face to face tanya TG Nik Aziz inikan pulak engkau yang sudah dikenali sebagai pimpinan PAS.

Sebenarnya TG Nik Aziz tidak perlu guna adab-adab dalam menegur. Itu semua mengarut !!! Tun Mahathir sebenarnya adalah Mursyidul Am bagi UMNO. Mereka tidaklah guna title tu. Tetapi hakikatnya Tun Mahathir berperanan sebagai Mursyidul Am UMNO. Lihat sahaja teguran-teguran keras beliau terhadap kerajaan dan UMNO di blog peribadi beliau. Tidak pula orang UMNO dan kerajaan kata beliau tiada adab dalam berorganisasi(bahasa arab kita guna jemaah kalau nak ada standardlah). Lihat sahaja bahasa Tun dalam membelasah Pak Lah. Mana ada belas kasihan orang tua tu dalam berbahasa. TG Nik Aziz masih lagi dikira beradab jika nak dibandingkan dengan Mursyidul Am UMNO. Bila Tun tidak setuju tentang isu kerajaan terhadap PPSMI, lapangan terbang Air Asia di Labu N9(Ekau memang dongkilah Tun) dan Isa Samad menjadi calon di Bagan Pinang, ia diluahkan secara terbuka dan terus terang di blog peribadi beliau tanpa tapisan. Lihat reaksi UMNO dan kerajaan. Takde pulak diorang terloncat seperti ekau Suhaizan.

Kepada Suhaizan, andalah harapan kami(baca:rakyat Malaysia) dalam membawa reform dalam jemaah PAS. Anda pernah membawa suara kami dengan berani untuk menyuruh TG Hadi berundur pada tahun 2005 lagi. Suhaizan, bangkit sekali lagi. Asak TG Hadi berundur sekarang sebelum kita semua pengsan dengan hakikat total fiasco pada Pru-13 nanti. Jangan tunggu hari esok. Bangkitlah sebelum menyesal.

No comments: