Thursday, November 26, 2009

Pemimpin Pas gila KUASA !!! - Part 2

oleh ali :

Previously on Pemimpin PAS gila KUASA !!!

Satu Malaysia apa khabar ??? Mari kita lihat bukti-bukti akibat pemimpin PAS gilakan banyak jawatan. Den bagi yang mudah-mudah sahaja.

[1]

Di mana post mortem Prk Bagan Pinang ?? Hari Isa Samad diisytiharkan menang adalah pada 11 Oktober 2009. Hari ni dah 25 November 2009. Sebulan lebih dah mangkuk !!! Takkan senyap macam tu je. Rakyat nak tahu apa sebab PAS kalah teruk kat Bagan Pinang. Atau memang dah siap tapi tidak mahu isytihar.

Takkan nak cover up sebab Hasan Ali punca kekalahan Prk Bagan Pinang. Sonang cito takde sape handle post mortem ni sobab masing-masing sibuk dengan benda yang bukan-bukan. Dah masing-masing pegang lebih dari satu portfolio jawatan.

[2]

Mana post mortem kekalahan PAS Terangganu 2008 ?? Sapu bawah karpet ?? Tiada siapa yang handle sebab masing-masing sibuk ?? Atau MALU nak dedahkan sebab-sebab kekalahan. Klik untuk lihat salah satu punca kekalahan sebenar PAS Terangganu. Jangan lupa melihat youtube yang disediakan. Anak TG Hadi iaitu Kholil juga terlibat dalam pertempuran di dalam youtube tu.

[3]

Apa cerita dengan JawatanKuasa Displin ?? Hilang respek den dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Apa jadi dengan Tape Recording yang ada pada tangan Tuan Ibrahim Tuan Man ?? Adakah ia sudah dilupuskan ?? Macam mana nak lupus bai. Tape Recording pertemuan gelap Hasan Ali-Nasarudin Mat Isa-Roslan SMS dengan blogger UMNO sekarang berada di dalam tangan Tulang Besi dan JiwoKelete.

Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pun mempunyai tanggungjawab yang berat dalam parti PAS iaitu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan Ahli JawatanKuasa PAS Pusat. Macam mana beliau nak menumpu dan mengurus masa bila memegang 3 portfolio penting sekaligus dalam parti ??? Beliau bukan Superman.

Sepatutnya tugas beliau dalam JawatanKuasa Displin disandang oleh ahli parti yang tidak berkepentingan seperti Dr. Sanusi Daeng Mariok atau Ustaz Hasan Shukri. Sudahlah si Hasan Ali tu kawan baik dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sudah ada conflict of interest kat situ. Jadi macam mana kita nak harapkan penyiasatan adil tanpa berat sebelah Tuan Ibrahim terhadap Hasan Ali ??

Dengan kes-kes terbaru Hasan Ali disini dan disini, dapatkah Tuan Ibrahim catch up bagi membuka kertas siasatan baru untuk Hasan Ali ?? Atau memang sengaja lambat pick up sebab siasatan Tape Recording pun tak setel lagi ?? ISA SAMAD la woi !!! Jangan nak permainkan rakyat bai. Rakyat bukan bodoh macam hang.

[4]

Dulu ada satu JawatanKuasa yang dipanggil JawatanKuasa pemerkasaan Parti PAS. Apa jadi dengan JawatanKuasa tu. Tinggal meja dengan kerusi ke bai. Bila nak buat sesuatu, buat dengan profesional. Bukan main-main. Baik tak payah undi PAS. Nanti undi, negara ni pun diaorang bikin main-main. Itu persepsi rakyat. Apa yang perkasa pada PAS ?? Pusat Perubatan Kohilal ?? Itu je lah satu . Dah berpuluh tahun tapi itu je lah satu Pusat perubatan yang ada. Kenapa tidak bertambah cawangannya di setiap pelusuk negeri dalam Malaysia ??

Lihat Hospital KPJ. Ada di setiap negeri. Ada Tan Sri Ali Hashim label kat dahi dia Islam ?? Tapi dia Islamik dalam pengurusan. Dah semua sibuk berpolitik lalu mengabaikan elemen penting dalam masyarakat Islam.

PAS tidak boleh bagi contoh pun dalam pengurusan. Tak cemerlang. Pusat Perubatan Kohilal, PPK tidak berkembang. Koperasi KOHILAL pun tidak ke mana. Jadi macam mana rakyat nak bagi undi untuk perintah negara ni. Sebab, jelas PAS sendiri tak boleh organize organ-organnya sendiri. Organ ekonomi seperti KOHILAL tak kemana. Organ perubatan moden seperti PPK tidak berkembang. Organ menyelamatkan akhlak perempuan takde langsung sebab Dewan Muslimat lagi gila kuasa dari dewan-dewan yang ada dalam PAS. Diaorang punya gila kuasa sampai tak sempat nak fikir apa jadi dengan anak gadis Islam kat Malaysia.

Kita rakyat Malaysia wajib memberikan kredit kepada Jemaah Islah Malaysia, JIM kerana menyediakan safe house dan menyediakan rawatan pemulihan akhlak kepada gadis-gadis yang malang ini melalui organnya iaitu Raudhatus Sakinah, RS. Mari menyumbang wang kepada RS. Mereka yang terlibat dengan RS memang komited dan profesional dalam mengerjakan kerjabuat baik mereka. Inilah yang dikatakan ikhlas dalam berjuang dan tidak gilakan jawatan.

[5]

Apa jadi dengan penaiktarafan Kelab Penyokong PAS kepada Dewan ?? Nak tunggu PAS masuk Barisan Nasional baru nak buat. Ha Ha Ha. Selagi clan UG berada dalam PAS, sah haraplah akan dinaiktarafkan. Tugas tu pulak diserahkan pada Mujahid Yusuf Rawa. Dia tu adalah ahli Parlimen. Tugasnya besar di Parlimen.

Sepatutnya tugas itu diserahkan kepada ahli parti yang bebas komitmen seperti ... Seperti sape bai. Dah semua gila jawatan sampai den dah tak nampak sape pelapis dalam PAS yang boleh diharapkan. Walhal ahli ada 1 juta. Dimana sistem pengkaderisasi PAS ??

Lihat DAP, berani bagi yang muda-muda pegang jawatan besar seperti Ean Yong Hien Wah(berusia 30 tahun) sebagai Exco negeri Selangor dan Anthony Loke sebagai Pengerusi DAP n9. Kalau dalam PKR kita boleh lihat pada YB Nik Nazmi, YB Yusmadi dan CheguBard. Semua orang nak nama. Itu yang Senior pemimpin PAS tak bagi pada yang junior. Apalah sangat pada nama tu. Bukan boleh bawak ke kubur pun.

Beri peluang kepada anak muda terutama yang sudah terserlah bakat kepimpinan mereka. Jadikan mereka sebagai ADUN dan MP. Tidaklah kita selalu nampak MP PAS dalam Parlimen tidur dan selalu menguap. Itu semua dilihat rakyat dalam TV. Jangan nak cong la. Kita mahu pemimpin yang muda dan sihat. Tidak lah kita mengharungi banyak Prk selepas Pru. Kita nak problem rakyat selesai. Bukan bagi rakyat susah dengan mengharungi banyak Prk dan permainan politik sepanjang masa. Jangan bazirkan masa dan tenaga rakyat.

[6]

Apa jadi dengan Dewan Muslimat Muda ?? Takkan tinggal sebagai idea. Laksanakan segera. Atau naiktarafkan sahaja Nisa' kepada Dewan Muslimat Muda. Jika tidak selamanya market pengundi bagi perempuan 21-35 tahun dapat kepada Puteri UMNO. Kata nak guna demokrasi untuk perintah Malaysia. Cepatlah laksanakan. Jangan lembab !!!

[7]

PAS wajib melaksanakan polisi KPI atau Key Performance Index sebagai memantau perjalanan organ-organnya supaya terurus dan profesional. Jika mahu nak mengembalikan persepsi positif dari rakyatlah. Jika tidak sampai ke kiamat lah PAS di takuk yang sama. Jangan malu buat polisi KPI. Malu sebab apa bai. Sebab Najib dah bikin dulu polisi ni melalui Kementerian Koh Tsu Koon ?? Benda baik kita tiru apa salahnya.

Lagi pun langkah Najib itu telah meningkatkan persepsi positif rakyat kepada Najib. PAS kena cepat bersaing dalam menagih persepsi baik dari rakyat. Jangan bagi Najib menang dalam meraih persepsi positif rakyat. Unless jika PAS nak join Barisan Nasional pada pertengahan tahun 2010. Tak gitu :)

* Ingat, rakyat sentiasa memerhati dan memantau kesemua parti yang ada. Kami sebagai Tuan berhak menilai prestasi Parti mana yang memikat hati kami. Jika PAS tidak membuang pemimpin yang telah mencalar reputasi PAS dalam waktu terdekat, pandailah rakyat mengajar kamu dalam Pru ke 13 nanti.

No comments: