Friday, November 20, 2009

Syed Azidi @ Kickdefella

oleh ali :

Mmmmm. Ramai blogger pro Pakatan Rakyat amat berminat dengan krisis Syed Azidi VS Ariffahmi CEO PMBK. Banyak benda akan diulas dan akan didedahkan diblog Baganutama. Den rilek tengok situasi dan keadaan. Ado blogger dah kono main. Aduh hai. Tidak mengapalah.

Den cuma nak ulas satu perkara sahaja buat masa ni. Walau macam mana marah kita pada individu tu janganlah kita attack peribadi individu terbabit. Kita melukakan hati dia. Apatah lagi kita attack dia ni solat atau tidak solat. Tak kena bro. Itu dia dengan tuhan. Kenapa kita nak masuk campur. Siapa kita ?? Apa yang menyebabkan kasta kita naik sebagai penghukum ?? Nabi pun tidak bersifat begitu. Jadilah pendakwah bukan penghukum.

Cerita sebenar

Ada lebih 30 orang yang menyertai xpdc ke pelantar minyak cakerawala pada bulan Ogos yang lalu. Syed Azidi menyertai xpdc tersebut. Cuba tanya 30 orang atas kapal tu, adakah Syed Azidi solat atau tidak ?? 30 wartawan dan blogger yang ada di atas kapal tu masih hidup sampai ke hari ini. Saksi mengatakan Syed Azidi lah yang paling komited dengan ibadah solat. Dengan ombak yang tinggi, mabuk laut dan pelbagai rintangan lagi Syed Azidi tanpa menafikan yang lain komited terhadap rukun Islam kedua iaitu solat. Jadi macam mana kita boleh tuduh dia tidak solat ??

Solat ni bukan kecik anak punya isu bagi orang Islam. Jika tidak solat, ia disamakan sebagai individu bukan Islam. Solat adalah pembeza kita dengan orang bukan Islam. Ia pekara besar. Jika kita kata dia tidak solat, orang akan memandang dan punya persepsi buruk terhadap individu terbabit. Ia menjatuhkan integriti, kredibiliti dan juga reputasi individu terbabit. Ini tidak baik. Lagi tidak baik bila individu yang dituduh tadi rupanya seorang yang komited dengan tuhan. Lalu ia terbalik kepada kita. Kredibiliti dan reputasi kita lah yang jatuh kerana menuduh yang bukan-bukan.

Jadi kita kena hati-hati. Kita tidak kenal pun individu terbabit. Den pun tak kenal sape Syed Azidi dan Ariffahmi. Yang den kenal Hasan Ali. Hehehe. Info-info dari Kelantan kita kena Double Check. Tidak rasa pelik ke bila orang yang bagi info tidak memuatkan infonya di blog dia. Dia cuma amik info yang sudah kita muntahkan diblog kita lalu dia muatkan semula diblog dia. Ini maybe cara bekas student agama Jordan nak kurangkan sedikit dosa jika terkantoi. Ini raso hati den lah. Ulamak oh ulamak.

No comments: