Saturday, November 21, 2009

Perisik Rakyat & Tulang Besi, kami para blogger dibelakangmu !!!

oleh ali :

Satu Malaysia apa khabar ??? Den sedikit terkejut bila mengetahui ada dikalangan comrade kita yang mahu disaman oleh pihak terbabit. Den raso pelik sikit. Jika benar pihak yang mahu disaman rasa terfitnah kenapa tidak menjawabnya secara hujah. Hujah lawan hujah. Biarkan masyarakat di luar sana yang mengadilinya. Kenapa hujah mesti dilawan dengan maki hamun ?? Kenapa hujah mesti dilawan dengan penumbuk ?? Kenapa hujah mesti dilawan dengan saman ??

Ada segelintir blogger yang hepi dengan perkembangan ini. Dia siap boleh buat entry khas untuk beritahu pada dunia yang Tulang Besi dan Perisik Rakyat akan disaman. Ada juga blogger yang dengarnya dah tutup blog. Ha ha Ha. Nampaknya pihak di sebelah sana menggunakan taktik fear and favour . Istilah fear and favour tak best. Istilah orang kampung den ialah carrot and stick. Jika anda tidak mahu makan gaji bersama kami, kami akan saman anda. Lebih kurang begitulah maksud istilah orang kampung den. Apa boleh buat, begitulah kitar pusingan bagi pembawa obor kebenaran. Sabar dan teruskan perjuangan anda. Anda berjuang untuk kebaikan rakyat. Dengan izin tuhan, rakyat Malaysia pasti di belakang kamu berdua. Wahai pejuang rakyat, teruskan, kibarkan panji kebenaran !!!

Info-info yang perlu kita semua tahu

Setakat hari ini, pihak perisik rakyat dan tulang besi masih menunggu penafian akan keterlibatan dia terhadap dakwaan terbabit. Tulang Besi juga berkeras untuk tidak menarik balik artikel tersebut dari web perisik rakyat dan webnya malaysiawaves.

Ini juga adalah kali kedua pihak terbabit cuba mengambil tindakan undang2 terhadap artikel tulang besi yang disiarkan dalam webnya malaysiawaves dan juga perisik rakyat.

Kali pertama tindakan hendak diambil ialah pada 14hb Ogos, 2009 terhadap artikel “Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-UMNO di Selangor”.
Klik untuk melihat artikel yang dimaksudkan.

Kami di Baganutama berdiri teguh dibelakang Perisik Rakyat dan Tulang Besi. Percayalah blogger-blogger lain dan rakyat juga bersama anda berdua. Hidup Ketuanan Rakyat !!!

No comments: