Tuesday, December 15, 2009

Design T-Shirt yang menjadi pilihan den!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Dalam mendepani mehnah serta tribulasi yang dihadapi manusia, berbagai cara serta kaedah untuk manusia atau rakyat untuk menunjukkan protes. Baju adalah salah satu cara rakyat untuk menunjukkan tanda protes atau sayang kepada sesuatu. Biasanya tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan manusia disekeliling mereka.

Jika seseorang itu mencintai alam sekitar dan benci kepada pembalakkan seperti penyanyi Zainal Abidin, sudah tentu dia suka memakai baju warna hijau serta baju yang memprotes pembalakkan haram. Manusia bebas memilih dan memakai baju kesukaan mereka. Baju adalah tempat manusia meluahkan rasa hati mereka. Baju amat significant dalam kehidupan manusia. Jarang manusia memakai baju yang tidak mereka sukai. Hari ini Baganutama akan berkongsi serta melobi baju T-shirt yang disukai oleh kami :)

DESIGN 1
White





DESIGN belakang




Design T- shirt di atas menjadi pilihan Baganutama. Mari sahabat-sahabat kita vote design T-shirt ini. Ada beberapa sebab mengapa Baganutama melobi T-shirt di atas. Antaranya :

1] Logo utama di baju depan T-shirt yang tertulis "Berdoa Ke Arah Perubahan PAS. Prayer For PAS Reform" berserta dengan gambar tadah tangan sedang berdoa sudah menjadi logo sticky di blog-blog otai. Logo bikinan xenan ini sudah tersebar luas dikalangan blogger. Antaranya blogger top gun yang tersenarai dalam senarai top ten dalam carta Perakex 100 Blogs seperti wartamaya dan MalaysiaWaves.

Dalam 100 blog yang tersenarai dalam carta Perakex 100 Blogs, sebahagian besar blog yang tersenarai telah menjadikan logo itu sebagai sticky di blog masing-masing. Design pilihan Baganutama patut menjadi keutamaan dalam undi anda untuk menunjukkan solidariti kita kepada blogger-blogger yang telah menjadikan logo tersebut sebagai sticky di blog masing-masing sebagai tanda bertapa seriusnya kita terhadap reform dan islah. Reform wajib berlaku dalam Parti PAS. Ini perlu demi kebaikkan Pakatan Rakyat itu sendiri.

2] Baganutama memilih warna background putih kerana putih lambang kepada "Kesucian". Dari segi sains, kaler putih pada baju melambatkan penyerapan cahaya dan haba matahari. Kaler hitam mempunyai efek mempercepatkan penyerapan haba dari matahari. Panas pakai baju kaler hitam. Ini bukan mitos. Ini sains. Takkan nak suruh Jamie Hyneman dan Adam Savage buat ujian efek kaler terhadap cahaya matahari ke atas baju dalam siri "Mythbusters". Melampau maa. Ekau sendiri boleh buat ujikaji sendiri. Bukan susah bonar pun. Hari ini pakai baju kaler putih dan esok pakai baju kaler hitam. Kemudian bandingkan. Taraaa. Mana lagi panas ?? Result di tangan anda.

Jika Malaysia terletak di kutub utara atau di benua Antartika, Baganutama pasti memilih kaler hitam sebagai kaler background. Itu sebab Allah jadikan kaler kulit Penguin hitam. Supaya penguin ni cepat menyerap haba cahaya matahari yang amat sedikit di kawasan berkutub. Kepanasan penting untuk survival penguin di tempat iklim sejuk yang melampau. Jadi kepada sesiapa yang vote kaler hitam, lu selupa Penguin di tengah padang pasir maa. Ha Ha Ha.



3] Pilih design yang benar-benar memberi impact kepada pimpinan PAS. Supaya mereka terasa dengan kehadiran kuasa rakyat. Beri mereka gerun dengan kuasa rakyat. Kali ini kita protes bukan main-main. Pimpinan PAS yang main-main dengan kita. Kertas siasatan yang dibuka oleh JawatanKuasa Displin yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man masih senyap dan sunyi sepi. Takut betul dia dengan Hasan Ali.

Pilih lah logo yang berlatarkan orang berdoa. Ia adalah logo yang menjadi pilihan Baganutama. Jangan main-main dengan kuasa doa rakyat. Jika TG Nik Aziz boleh doa supaya Najib pecah perut dalam isu royalti minyak Kelantan, kenapa tidak untuk mereka-mereka yang berunding secara gelap dengan UMNO ?? Mereka-mereka inilah yang akan menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat. Malah boleh menyebabkan PAS kehilangan negeri Kelantan dalam Pru ke-13 nanti.

4] Untuk point ini, den mencadangkan kepada xenan supaya menambah logo ini samada di lengan atau di belakang T-shirt yang menjadi pilihan Baganutama. Ini logo yang dimaksudkan :



Logo ini sesuai digandingkan dengan logo yang direkacipta oleh xenan. Logo ini adalah rekaan blogger IkutSukaAku dan motto "Desak EGM selamatkan PAS, Setiap ahli layak mengundi" adalah ciptaan blogger Zainulfaqar. Logo ini juga favourite yang disticky oleh ramai blogger yang menyokong reform dalam Parti PAS.

Logo ini bagi pandangan den sesuai di kedua-dua belah lengan T-shirt. Jika dibelakang T-shirt, ia bersesuaian di bawah logo PAS REFORM yang ada tanda right macam lambang Nike tu.

Jika mahu islah atau reform dalam PAS, dapat atau tidak kita memerlukan EGM dalam rangka membuang pimpinan PAS yang terang-terang bersalah kerana berunding secara gelap dengan UMNO. Ini bagi memperbetulkan kembali persepsi publik kepada PAS. Jika tidak, ia tidak akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada PAS lalu menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"Apa guna REFORM jika masih mengekalkan pimpinan PAS yang KORUP !!! "

Itu sebab kita perlukan logo ciptaan blogger IkutSukaAku pada T-shirt tersebut. Manakala pada motto logo tersebut, selain EGM, kita juga perlukan perubahan supaya ahli-ahli PAS yang tidak mempunyai jawatan dalam parti tidak kira samada di kawasan atau di cawangan boleh mengundi pimpinan pilihan mereka. Selain mengelak politik wang seperti UMNO, undian yang diambil adalah solid keasliannya. Biasanya ketua cawangan atau kawasan kadangkala boleh terpengaruh dengan lobi pihak-pihak tertentu lalu mengundi tidak mengikut kehendak ahli-ahli di peringkat cawangan atau kawasan. Untuk lebih adil, biar semua ahli boleh mengundi.

Jika UMNO dan PKR boleh berubah untuk membiarkan kesemua ahlinya mengundi pimpinan yang dimahukan mereka, kenapa PAS tidak boleh ?? Demi kebaikkan dan bagi mengelakkan fitnah "Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi-bunyi", tolonglah berubah.

Dan bagi kita rakyat, untuk memangkinkan perubahan atau reform ini, mari kita pilih design T-shirt pilihan Baganutama berserta dengan cadangan tambahan logo blogger IkutSukaAku di lengan baju atau di belakang T-shirt. Untuk undian, sahabat-sahabat boleh klik kat banner baju di sebelah kanan atas blog ini atau terus ke blog xenan.

Mari kita tunjuk kepada pemimpin yang ego serta keras kepala mengenal kuasa rakyat. Mari kita ajar mereka yang kurang ajar apa itu kuasa rakyat. Tunjukkan dengan membeli serta memakai T-shirt yang betul bagi memberi mereka tekanan. Ingat, rakyat adalah tuan dan pemimpin adalah kuli kepada rakyat. Itu hak rakyat dalam demokrasi . Jangan nafikan hak itu. Gunakan hak anda itu dengan sebaik-baiknya. Tunjukkan POWER rakyat !!!

* Ini den promosi serta melobi tanpa komisyen. Jangan salah faham ya. Den tak termasuk dalam projek ini. Den cuma menyokong projek ini dengan harapan nanti diorang bagi den T-shirt free. Ha Ha Ha.

No comments: