Wednesday, December 9, 2009

Logo Baru Pakatan Rakyat

oleh ali :

Parlimen & Aku

Salam satu Malaysia. Dulu penulis ingat lagi, masa antara 2001-2003 adalah tahun di mana penulis rajin ke Parlimen. Penulis suka duduk kat Public Gallery dalam Parlimen. Suka dengar sesi perbahasan parlimen ketika itu. Time tu memang ahli-ahli parlimen Malaysia bagus berhujah. Kalau kat sebelah pembangkang, yang power ialah Husam Musa dan Mat Sabu. Sebelah kerajaan, yang power den tengok Dato' Ruhanie, ahli parlimen Parit Sulong dan beberapa ahli parlimen dari Johor. Ramai lagi yang bagus-bagus masa tu. Yang ada sekarang ni ramai ahli parlimen yang oppotunis. Tidak kira la dari BN atau PR.

Nak dijadikan cerita, penulis terlalu kaya dengan idea dan cadangan nak disumbangkan 'konon' untuk negara. Ha Ha Ha. Antara segmen idea itu ialah untuk Barisan Alternatif. Time tu mana ada lagi nama 'Pakatan Rakyat'. Idea-idea penulis untuk segmen Barisan Alternatif antara lainnya adalah untuk memperbaikki dan menambahbaikkan mutu pakatan pembangkang antara DAP,PAS dan PKN(Parti Keadilan Nasional).

Imej Pembangkang

Antara toplist yang penulis catatkan ialah tentang perlunya imej untuk imej Barisan Alternatif se'profesional' seperti imej korprat. Barisan Alternatif hanya perlu satu imej bagi menggabungkan ketiga-tiga parti komponen pembangkang kepada satu logo. Penulis bersungguh-sungguh menyampaikan ide ini. Letih maa. Bila jumpa je, kebanyakkan ahli parlimen pembangkang cerita pasal keagungan masing-masing. Ada yang cerita tentang kesusahan dan kepayahan kerana ditekan kerajaan pusat. Ada yang buat-buat busy. Betul yang nak layan dengar idea-idea penulis ialah YB-YB dari DAP. Eden maleh lah nak cito idea-idea den kat YB-YB DAP ni. Takut nanti apo kato orang kampung. Sekali pandang den tengok den ni dah macam salesman kat lobby parlimen. Mangkuk betul. Last-last penulis seakan fed up dengan YB-YB pembangkang terutama yang Melayu.

Perpustakaan parlimen

Dari sehari ke sehari. Tiada siapa yang betul-betul sedia dengar idea penulis. Disebabkan penulis suka pada perpustakaan, bila sesi perbahasan parlimen membosankan, penulis akan lepak kat library parlimen. Entah macam mana, hari tu sesi parlimen memang membosankan. Masa tengah lepak baca buku kat library, datang YB Husam Musa. "Wow, ado can dio ni jadi lauk arini," kato hati den. Bagi dia lepak jap, 10 minit kemudian penulis mendekati YB Husam Musa.

Husam Musa & Logo

"Assalammualaikum YB," kato den. Terkejut Husam. Lepas tu dia pandang atas ke bawah. Maybe dia terpegun dengan kekacakkan penulis. Selepas menjawab salam, Husam terus tanya,"Anda dari Universiti mana," den jawab "Dari Universiti kehidupan". Ha Ha Ha. Husam dengan den ketawa besar dalam library. Husam dengan terbuka nak dengar pandangan penulis dari A ke Z. Cayalah. Sampai ke topik pembangkang perlu hanya satu logo, kertas sketch penulis tertinggal kat rumah. Alamak macam mano ni. Mangkuk betul, time ni pulak kertas sketch ni tinggal pulak. "Takpe anta draw atas kertas ni," kata Husam. Den pun draw la. Dia jadi macam ni lebih kurang.

Source dari Google

HA HA HA. Kono golak den. Time tu KJ ade. Dio golak lagi bosar. Ini bukan KJ menantu Pak Lah. Kamaruddin Jaafar lah. "Kenapa perlu ketiga-tiga lambang parti disatukan dalam satu logo," tanya husam pada penulis. Terkedu den kojap. "Saya rasa kita perlu kekalkan identiti ketiga-tiga komponen Barisan Alternatif dalam satu logo sebab setiap parti itu mempunyai ego mereka tersendiri. Susah nak ubah ego parti politik ni YB. Nanti apa kata penyokong fanatik parti masing-masing," jawab den. Cover maa. Karang tak jawab malu. "Ooo begitu," balas Husam.

Ringkas cerita penulis happy sebab ada jugak YB yang sudi dengar idea penulis dari awal sampai habis. Husam siap offer kerja dengan dia. Tapi penulis tolak dengan baik. Ishh takkan orang cikai macam den dia nak amik kerja. Bikin malu nama Husam pulak.

Masalah Kabinet Malaysia

Selang 2-3 hari, dalam parlimen Husam up salah satu idea penulis iaitu mengenai jumlah menteri kabinet Malaysia yang terlalu banyak dan besar. Malah Malaysia mempunyai kementerian paling terbanyak dalam negara komenwel. Menjadikan ia tidak efisyen, redundant dan membazir. Ia cuma memenuhi dan memuaskan nafsu komponen BN yang berjumlah 14 parti.

Jika satu parti tidak dapat kerusi dalam kementerian, parti itu akan merajuk. Nak elak dari merajuk, tambah kementerian dan kuota kepada komponen BN yang lain. Jadi pembesaran kabinet Malaysia bukan kerana keperluan rakyat tetapi untuk menyelesaikan masalah parti-parti dalam komponen BN. Perghh masa tu den kembang hidung kat Public Gallery. Husam up idea itu hingga pada jawapan untuk menyelesaikan masalah kementerian-kementerian yang redundant ini. Walaupun Husam tak bagi den kredit masa berbahas tu sobab den lagi hensem dari dio, tapi den puas hati. Ha Ha Ha. Takkan nak bagi kredit kot. Ekau membawa masalah rakyat atas nama rakyat. Mangkuk betullah ekau ni bai.

Logo baru Pakatan Rakyat

Itulah serba sedikit kenangan penulis di zaman heyday sewaktu di parlimen. Hari ini, sudah ada logo baru bagi Pakatan Rakyat. Cantik. Walaupun dengan satu kaler, ia nampak elegen dan menawan. Beratus kali ganda lagi cantik dari logo penulis . Macam ni lah. Baru caya. Instead dari menggabungkan ketiga-tiga lambang parti komponen PR, adalah lebih baik buat satu lambang baru tetapi mewakilli ketiga-tiga parti yang bernaung dibawah PR. Excellent idea guys !!!

Logo baru Pakatan Rakyat

Lima kelopak bunga raya melambangkan 5 suku kaum terbesar di Malaysia iaitu Cina, India, Melayu, Iban dan Kadazan. Tiga bahu manusia yang melindungi 5 kelopak bunga raya tadi adalah gabungan kukuh 3 komponen Pakatan Rakyat bagi melaksanakan visi rakyat Malaysia. Logo ini akan diperkenalkan buat pertama kalinya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat pada hari Sabtu 19 Disember di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga diadakan buat julung-julung kalinya. Semoga konvensyen seperti ni dibuat secara tahunan.

Semoga logo ini kekal dan diterimapakai oleh seluruh ahli-ahli dan para penyokong Pakatan Rakyat. Diharapkan nanti, semasa den nak memangkah di kertas undi, hanya ada lambang dacing, lambang Pakatan Rakyat dan lambang calon bebas. Sudah tentulah den undi .... . Undi adalah rahsia bai.

PAS Kedah

PAS Kedah tolong jangan tunjuk kepala batu. PAS Kedah adalah satu-satunya negeri yang tidak menerima idea satu logo khas untuk Pakatan Rakyat. Jangan kerana logo, PAS Kedah sanggup keluar dari Pakatan Rakyat. Memang tak sarjana bai.

GST

Semasa Konvensyen Pakatan Rakyat nanti, suka penulis mengingatkan supaya semua pewakilan parti-parti Pakatan Rakyat up isu GST, Good & Services Tax. GST bakal menjadi neraka kepada rakyat bawahan. Perjuangkan isu ini. Jika perlu demo, kita demo !!!

No comments: