Monday, December 14, 2009

Jualan buku tulisan TG Hadi keluaran PTS merudum

oleh ali :

Previously on 'Jualan Buku Biografi TG Hadi '

Salam satu Dunia. Dalam artikel yang lepas, penulis mendedahkan buku tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor tentang biografi TG Hadi tidak laku dalam Pameran Pesta Buku Bangi yang lalu. Kali ini rangkaian buku tulisan TG Hadi sendiri tidak laku. Buku-buku tulisan TG Hadi yang dimaksudkan ialah buku keluaran PTS.


Dari maklumat sahabat-sahabat di PTS, kesemua jualan buku-buku TG Hadi jatuh merudum sebanyak 80% semenjak isu "Kerajaan Perpaduang" dimainkan. Mereka dapat membuat anggaran ini apabila membuat closing stock sempena berakhirnya tahun 2009 iaitu pada bulan Disember.


Jika ikut sifir mudah, dari 100 buku tulisan TG Hadi, hanya 20 buah yang terjual. Ini menunjukkan buku tulisan TG Hadi tidak laku. Kenapa ini terjadi ?? Sudah tentulah kerana kebencian publik tentang berita pergabungan PAS dengan Barisan Nasional yang dijangkakan berlaku pada pertengahan tahun 2010 nanti lalu publik memboikot secara senyap buku-buku tulisan TG Hadi.


Pemboikotan ini terjadi dengan sendirinya. Buku biografi TG Hadi tulisan Ust Riduan dan rangkaian buku-buku tuilisan TG Hadi sendiri di PTS sudah menjadi tukun di store. Ini merugikan para penerbit buku-buku terbabit.


Selain diboikot kerana isu "Kerajaan Perpaduang", buku tulisan TG Hadi tidak laku kerana kualiti tulisan buku itu sendiri.

Kritikan Ilmiah Buku TG Hadi

Gaya tulisan TG Hadi tidak up to date. Isi-isi buku tulisan TG Hadi juga tidak dikemaskinikan dengan perkembangan ilmu-ilmu Islam terkini. Cuba baca buku tulisan Profesor Yusuf Al-Qaradawi dan bandingkan dengan tulisan buku TG Hadi. Buku Profesor Yusuf Al-Qaradawi lebih bermutu dan up to date. Buku-buku tulisan TG Hadi juga isinya ringkas dan sesuai untuk beginner. Atau memang tujuan TG Hadi menulis untuk pembaca beginner ??

Mungkin juga TG Hadi tidak sempat untuk membuat kajian lanjut untuk sesebuah buku karyanya lalu diterbitkan ikut 'dan' sahaja. Al-maklumlah yang TG Hadi ini sibuk kerana terlalu banyak memegang banyak jawatan politik yang besar seperti Presiden PAS dan Ahli Parlimen dan juga ADUN. Lalu apa keutamaan TG Hadi ?? Adakah sebagai penulis buku atau sebagai ahli politik ?? Atau kedua-duanya sekali ?? Kenalah profesional. Tidak bolehlah kita bila buat sesuatu perkara ikut prinsip 'asal boleh' sahaja. Kalau semua mahu dikaut, akulah penulis buku, akulah Presiden, akulah Ahli Parlimen, akulah ADUN, akulah Imam Masjid Rusila dan segala-galanya aku, maka susahlah begitu. Tiada pengkhususan, maka tiada kualiti.

TG Hadi & Qaradawi sebagai perbandingan

Mari kita ambil contoh yang senang, iaitu isu SYIAH. Dalam buku TG Hadi jika tidak silap penulis yang bertajuk "Inilah Akidah Muslim". Nanti penulis periksa semula buku yang dimaksudkan. Jika tersilap tajuk buku, penulis akan buat ralat. Dalam buku tersebut, TG Hadi menulis bahawa mazhab Syiah Imamiyyah atau Syiah Imam 12 yang dianuti oleh Presiden Iran Ahmadinejad adalah sebahagian daripada Akidah Ahl Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Jadi Syiah Imam 12 ini cuma berbeza dari segi furuq atau masalah cabang iaitu Fekah sahaja sebagaimana mazhab Hanafi, Maliki, Syafie' dan Hambali.


Tetapi berlainan pula dengan pendapat Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Qaradawi mengatakan beza kita dengan Syiah Imam 12 bukan masalah cabang atau ranting sahaja tetapi melibatkan masalah 'Usul iaitu Akidah. Contoh, Syiah Imam 12 mendakwa Al-Quran yang ada sekarang sudah diubah, mencerca dan memaki para sahabat, memaki isteri Baginda nabi 'Aisyah dan taqiyyah. Lihat penjelasan u tube dari Profesor Dr. Yusuf Qaradawi dibawah ini. Jangan takut ada subtitle bahasa Melayu.



Cuba bandingkan ilmu antara kedua ilmuan ini tentang mazhab Syiah Imam 12. Beza bukan ?? Sudah tentu antara kedua mereka iaitu TG Hadi dan al-Qaradawi mesti salah seorang dari mereka lebih ilmiah dan up to date. Di point ini, penulis pulangkan semula kepada publik untuk menilai dan membuat kajian lanjut tentang apa yang penulis bincangkan di sini(baca: Syiah). Terpulang kepada anda semua untuk mengadili hal ini.

Penulis cuma nak tunjuk bahawa kesibukkan TG Hadi menyebabkan beliau tidak punya masa untuk buat research dan membuat kajian mendalam serta khusus tentang sesuatu topik menyebabkan buku tulisan beliau kurang bermutu dan ilmiah.

Walaubagaimanapun, TG Hadi patut dipuji kerana sedikit sebanyak telah memberi sumbangan yang besar dalam menyampaikan ilmu pengetahuannya sebagai pencerahan minda kepada publik. Jika nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, besar lagi jasa TG Hadi dalam bab penulisan buku.

Siasah

Akhbar Siasah sepatutnya bungkus dalam bulan ini. Tetapi sudah diberikan suntikan modal oleh pihak atasan PAS supaya bernyawa. Adakah kerana agenda "Unity Government" belum berakhir ??. Sudahlah jualan paper Siasah juga merudum kepada 80% selama 7 bulan berturut-turut. Paper Siasah diketuai oleh Mohd. Sayuti Omar(MSO) yang pro UG. Ini menjadikan salah satu faktor kenapa ia merudum. Seperti jualan buku tulisan TG Hadi, paper Siasah merudum kerana faktor "Kerajaan Perpaduang". Publik terang-terang memboikot Siasah. Publik bencikan pergabungan antara PAS dan UMNO atas nama "Kerajaan Perpaduang".


Nasihat

Sebagai kata-kata akhir, penulis suka menasihatkan TG Hadi merenung semula faktor-faktor yang menyebabkan jualan buku-bukunya merudum. Lihat jualan paper Siasah juga. Jika boleh renung semula kata-kata Prof. Aziz Bari. Dengar semula nasihat Dr. Abu Hasan Hasbullah tentang ilmu 'Persepsi' sewaktu Seminar Khas PAS yang lalu. Ini semua adalah tanda-tanda bahawa penolakkan publik terhadap TG Hadi adalah amat tinggi. Walaupun TG Hadi menafikan seribu kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO, tetapi masyarakat tetap menolak anda. Berundurlah. Berundurlah dengan terhormat demi kesejahteraan Pakatan Rakyat dan demi rakyat.

No comments: